Anda di halaman 1dari 2

Ruj. Kami: IPGKTIJB.

600/42/22( Tarikh : 05/07/2011

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Felda Sening, Felda Sening 81900, Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Tuan , Pemohonan Lawatan Program Bina Insan Guru (Perkhemahan Kemasyarakatan)

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, kami guru pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim ingin mengadakan aktiviti perkhemahan kemasyarakatan ke Sekolah Kebangsaan Felda Sening, Kota Tinggi, Johor.

2.

Lawatan ini bertujuan untuk membolehkan kami selaku guru pelatih untuk

mengembangkan kemampuan kami dari segi kemahiran interpersonal dan pengurusan. Di samping itu, melalui aktiviti perkhemahan ini juga guru pelatih berpeluang untuk berkhidmat untuk masyarakat.

3.

Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :

Tarikh : 18 Julai 2011 Hingga 20 Julai 2011 Masa : 1030 (18 Julai)- 1200 (20 Julai) Ahli : 75 orang Guru Pelatih termasuk 6 orang Pensyarah Pengiring

4.

Di sini, kami lampirkan bersama aturcara program bagi rujukan pihak tuan.

5.

Oleh itu, kami berharap permohonan kami ini akan diluluskan oleh pihak Tuan.

Segala kerjasama Tuan, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

______________

(SATHIA THARISHINY A/P BALAKRISHNAN) Naib Setiausaha, 4 PISMP BT/PJ/PSK, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.

Anda mungkin juga menyukai