Anda di halaman 1dari 21

Esement big http://kejesookasooki.blogspot.com/2010/11/laporan-aktiviti-program-bina-insan.

html

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU KPLI (SR) TESL JANUARI 2011Pengenalan Program Bina Insan Guru ini merupakan satu program di mana para guru diberipeluang untuk membina akhlak, semangat juang yang tinggi dan mempunyai tahapketahanan mental dan fizikal untuk menyumbang tenaga dan pengetauhuan kepadadiri dan masyarakat. Tujuan utama program ini adalah untuk mematikan para gurudapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan interkasi dikalangan peserta.Disamping itu, diharap para peserta dpat mengaplikasikan pengetauhuan danpengalaman yang ada untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran. Tujuan Melalui aktiviti Bina Insan Guru ini peserta dapat mengenal jati diri dan mampumengaplikasikan pengalaman dan pengetauhuan yang diperoleh kea rahmembangunkan diri sebagai warga pendidik yang bersemangat dan berilmupengetauhuan secara beterusan. Program ini diharap dapat melahirkan bakalpendidik yang memunyai kemantapan sahsiah yang tinggi dan profesionalisme yangunggul dalam menghadapi cabaran pendidikan arus globalisasi dunia tanpasempadan. Objektif Memperluaskan pengetauhauna dan memberi pendedahan tentang kehidupanberkhemah Memberi peluang mempraktikan pengetauhaun perkhemahan Meningkatkan kemahiran kognitif guru-guru pelatihg terutamanya aspekpengurusan dan penyelenggaraan program Meningkatkan daya tahan fizikal, mental, emosim rohani dan sosila melaluiprogram yang teratur Memupuk semangat setiakawan, toleransi, kerjasama dan tolong menolongantara guru-guru

BIG 4 - LAPORAN & REFLEKSI LAPORAN AKTIVITI

Program Bina Insan Guru (BIG) adalah hasil gabungan daripada beberapa aktiviti yang terancang dari segi pengurusan masa, kewangan dan perlu melalui beberapa peringkat iaitu sebelum program dijalankan, semasa program dijalankan dan selepas program BIG dijalankan. Proses untuk menjayakan sesuatu program seperti ini akan mengambil masa dan bermula dari peringkat awal penubuhan jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Peringkat yang pertama adalah berkaitan dengan segala aktiviti yang dilakukan sebelum program ini dilaksanakan. Pada peringkat ini, kami telah diberikan taklimat untuk menjalankan program BIG yang disampaikan oleh pensyarah bertanggungjawab dan Ketua Jabatan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Kehadiran semua pelajar diambil termasuklah kumpulan kami yang mengambil opsyen Pendidikan Khas. Taklimat diberikan adalah mengikut sukatan dan kurikulum yang telah disediakan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru bagi semester keempat ini, yang merupakan Program perkhemahan dan anak angkat.

Selepas taklimat diberikan, kami telah mengadakan perbincangan bersama bagi memilih lalu menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan program perkhemahan dan anak angkat ini (senarai ahli jawatankuasa boleh telah dikemukakan di muka surat sebelum ini). Sebanyak 14 jawatankuasa telah ditubuhkan dimana semua pelajar kelas PK/PJ 02 terlibat dan mesyuarat pertama telah diadakan yang mana tugas-tugas Ahli Jawatankuasa telah diterangkan oleh setiausaha. Selepas mendapat taklimat dan penerangan tentang tugasan masing-masing, pelajar-pelajar telah bergerak dimana sebahagian pelajar terlibat untuk merancang aktiviti, tentukan tarikh manakala sebahagian yang lain pula menyediakan alatan dan ada yang menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti program. Antara aktiviti yang telah dicadangkan ialah latihan dalam kumpulan, adik angkat, sukaneka, gotong royong bersama penduduk kampung dan tazkirah yang dirangkumkan atas satu nama iaitu Semarak kasih. Bagi jawatankuasa induk pula, mereka telah ditugasan untuk menyiapkan kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak pentadbiran yang mencakupi hal-hal jadual aktiviti, kewangan dan permohonan menggunakan kenderaan bas Institut. Seminggu sebelum tarikh program, mesyuarat susulan diadakan bagi membincangkan tentang perkembangan setiap ahli jawatankuasa dan melakukan persiapan terakhir.

Peringkat kedua pula merupakan perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti semasa program dijalankan dan selepas kertas kerja mendapat kelulusan daripada bahagian pentadbiran. Pada hari pertama (5/8/2009), kami bertolak ke lokasi akitiviti program Semarak kasih ini iaitu Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah pada jam 8.30 pagi yang turut disertai oleh mentor kesayangan kami, Pn Harlina Bt Haji Ishak. Setelah tiba di lokasi, kami melakukan persediaan bagi aktiviti pendaftaran adik angkat dan aktiviti Ice-breaking. Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan kami sebagai fasilitator, abang dan juga kakak angkat kepada peserta program adik angkat ini. Manakala pada sebelah malam pula, selepas pengurusan diri aktiviti Latihan dalam Kumpulan telah dijalankan. Pada waktu ini, kami sebagai abang dan kakak angkat akan membantu adik angkat masing-masing dengan memberi bimbingan berdasarkan lembaran kerja akademik yang telah diberikan mahupun kerja-kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru semasa disekolah. Ini merupakan alternatif kepada murid yang lemah sebelum mereka menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Pada hari kedua pula (6/8/2009), kami telah melakukan aktiviti seterusnya iaitu senaman pagi bersama penduduk-penduduk kampung selama dua jam bermula pukul 7.00 pagi. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan bergotong royong bersama penduduk-penduduk kampung. Kumpulan kami telah dipecahkan kepada dua kumpulan utama untuk melakukan aktiviti ini. satu kumpulan dikehendaki membersihkan kawasan masjid dan yang selebihnya membersihkan balai raya Felda Teloi Timur termasuklah saya. Aktiviti ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan pada dua jam berikutnya kami hanya melakukan pengurusan diri. Pada sebelah petang iaitu dari jam 2.30 hingga 6.00, persiapan dilakukan untuk aktiviti sukaneka bersama murid-murid dan pihak waris dan aktiviti malam kami pada hari itu diisi dengan majlis bacaan yaasin bersama penduduk kampung dan sedikit tazkirah berkenaan kecemerlangan hidup didunia dan akhirat khusus buat murid-murid tersebut. Pada jam 9.30 hingga 10.30 pula, dilakukan aktiviti latihan dalam kumpulan yang menekankan cara untuk membina keyakinan diri.

Hari terakhir kami (7/8/2009) sekali lagi dimulakan dengan aktiviti senaman pagi bersama penduduk kampung di dewan Felda Teloi Timur selama satu jam bermula pada pukul 7.00pagi. seterusnya, pada jam 9.00 pagi, telah diadakan ceramah motivasi untuk murid-murid merangkap adik-adik angkat kami. Ceramah telah diberikan oleh seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Darulaman dari Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling iaitu En Rosli B. Ahmad. Selepas tamat sesi ceramah motivasi, program kami ditutup oleh wakil Pengerusi Felda Teloi Timur beserta jamuan kecil.

Peringkat seterusnya ialah melakukan perkara yang berkaitan selepas program selesai dilaksanakan. Antaranya ialah mengemas dewan yang telah digunakan untuk melakukan sebahagian besar aktiviti program bersama murid-murid dan majlis penutup. Setelah pulang ke Institut pada jam 5.00 petang, kami memulangkan semula alatan kepada pihak stor Institut sebagai tugas terakhir. Selain itu, pada peringkat ini juga kami diminta menyediakan laporan dan dokumentasi berhubung segala aktiviti yang telah dijalankan sepanjang BIG siri keempat tahun 2009.

REFLEKSI INDIVIDU

Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam program Semarak Kasih ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani.

Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut.

Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi penduduk Felda Teloi Timur itu sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan aktiviti-

aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam seiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan kawasan untuk aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam menjayakan program ini. Contohnya semasa aktiviti senaman pagi dan gotong royong yang sekaligus mengeratkan hubungan di antara kami. Kami juga turut rasa dihargai dan berbaloi merancang program Bina Insan Guru di tempat tersebut.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai. Pertama dari segi cuaca, sepanjang tiga hari dua malam berada disana iklim cuaca tidak begitu menentu. Tetapi apa yang sudah tentu, hujan akan turun dalam pada sebelah pagi mahupun malam dalam satu hari. Walaupun dewan telah disediakan namun, proses kedatangan murid-murid merangkap adik angkat kami turut terganggu. Mereka terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti baru dapat hadir ke dewan dan ini secara tidak langsung telah menjejaskan kelicinan perjalanan program yang telah dirancang.

Kelemahan kedua ialah, masa yang singkat. Sepanjang tiga hari, dua malam kami berada disana masa kami bersama adik-adik angkat tidak banyak. Kami hanya dapat berjumpa dengan mereka selepas mereka pulang dari sekolah dan juga pada sebelah malam. Kebanyakan masa kami juga telah dibahagikan untuk program dan aktiviti yang lain.

Oleh itu, cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi masalah ini ialah pada masa akan datang dan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar junior supaya mungkin apabila menjalani Bina Insan Guru siri keempat, pastikan tarikh yang dipilih tidak bertemu dengan hari persekolahan dan mungkin lebih elok jika program seperti ini dilakukan pada waktu cuti sekolah. Masalah cuaca juga boleh diselesaikan jika pemilihan terikh dilakukan dengan merujuk ramalan kaji cuaca sekiranya terdapat aktiviti yang memerlukan kawasan luar dewan yang luas. Sekaligus, perjalanan program yang telah dirancang berjalan dengan lancar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh tiga hari dua malam kita perlu mempunyai perancangan yang rapi bermula dari peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem supaya program yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian. jadikan pengalaman orang lain dan pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat pertimbangan bijak untuk menghadapi masalah yang mendatang.

Selain itu, seorang bakal guru perlu merasai pengalaman hidup bersama masyarakat dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti gotong royong, aktiviti bacaan yaasin dan lain-lain kerana ia dapat membantu para guru apabila dihantar mengajar kelak. Setiap latarbelakang komuniti dalam sesebuah masyarakat adalah berbeza dan guru harus tahu petua dan larangan jika ke tempat orang. Jadi, melalui program seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba mengadaptasi dengan komuniti dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosial seperti berkomunikasi.

Akhir sekali, untuk menjadi seorang guru yang berjaya seseorang guru haruslah mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan masyarakat kerana guru berperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi rujukan disekolah. Tugas guru ialah menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat melalui didikan kepada generasi baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi merentasi kurikulum, agama serta bangsa malah guru juga boleh menggantikan pemimpin kerana kualiti kepimpinan dan sikap tanggungjawab yang terdapat pada seseorang guru.

Laporan Program Bina Insan Guru (BIG) PPG Kohort 1 Siri 2 semester 3 2012. Ahad, 17 September 2012 Pada 17 September 2012, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Mizan , Besut, Terengganu telah mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) di Pusat Kegiatan Kokurikulum UNISZA, Pantai Merang, Setiu. Para peserta program ini terdiri daripada dua kelas, iaitu pelajar PPG Kohort 1- Sains dan Pengajian Bahasa Melayu 1. Program ini diketuai oleh EN MOHAMAD YUSSOFF BIN ALI selaku Kem Komandan Program BIG Siri 2 2012. Pelajar PPG Kohort 1 Unit Sains telah diselia oleh tutor kami iaitu En Zakaria Bin Sulaiman yang turut bersama sehinggalah tamat sesi Program BIG ini.

Bersarapan bersama dengan En Zakaria Bin Sulaiman sebelum program bermula.

Di bawah ini disertakan jadual perlaksanaan program: LAMPIRAN 1 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KOHORT 1 PERINGKAT 1 SIRI 2/2012 TARIKH : 17 SEPTEMBER 2012

PEGAWAI BERTUGAS PEMANTAU : EN. MOHAMAD BIN ABDUL LATIF KEM KOMANDAN : EN. MOHAMAD YUSSOFF BIN ALI KETUA JURULATIH : TN. HAJI MOHD YAZIT BIN ISMAIL PENCERAMAH : Rujuk Jadual Aktiviti TUTOR : EN. ZAKARIA BIN SULAIMAN (Sains) : PN. HAJJAH NORMAIZAM BINTI HAMID (BM 1) URUSETIA : EN. FAZZRUS RIZAM BIN ROSLAN JADUAL AKTIVITI MASA 8.00 9.30 pagi 9.30 10.30 pagi 10.30 11.00 pagi 11.00 12.00 tgh 12.00 1.00 ptg 1.00 2.00 ptg 2.00 3.00 ptg AKTIVITI Bertolak dari IPGKSM ke Kem Kokurikulum Merang, Setiu, Terengganu. Taklimat Umum dan SOP minum pagi dan rehat Taklimat Penyediaan dan Mendirikan Khemah Latihan Dalam Kumpulan 1 makan, solat dan rehat Latihan Dalam Kumpulan 2 En. Mohamad bin Abdul Latif En. Syukreri @ Syukri bin Mohamad Zin En. Mohamad Yussoff bin Ali PENCERAMAH/URUSETIA En. Fazruss Rizzam bin Roslan En.Mohamad Bin Abd Latiff.

3.00 3.30 ptg 3.30 4.30 ptg 4.30 6.00 ptg

Minum petang dan rehat Aktiviti keselamatan di air Tn. Haji Mohd Yazit bin Ismail

Bertolak balik ke IPGKSM dan rumah masing-masing

TENTATIF PROGRAM Pada 17 September 2012 8.00 -9.00 PG - Bertolak dari rumah di Pasir Puteh ke Kem Ko-Kurikulum di Pantai Merang, Setiu,Terengganu untuk menghadiri Program Bina Insan Guru (BIG). 9.00 10.30 pagi Taklimat Umum dan SOP yang disampaikan oleh En.Mohamad Bin Abd Latiff.

- Beliau menerangkan tentang: PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji. Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.

Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG). MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Peringkat 1Perkhemahan I ( 45 Jam ) yang akan dilaksanakan pada semester ke dua dan ke tiga. 5 jam pertama di laksanakan di IPGK dan 40 jam lagi dilaksanakan secara berasaskan sekolah ( school based ).Fokus aktiviti Peringkat 1 ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:

1. 2. 3. 4. 5.

Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

6. 7. 8. 9.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan 10.30-11.00 pg 11.00-12-00 Khemah Tgh -REHAT Taklimat Penyediaan dan Mendirikan

Oleh En. Syukreri @ Syukri bin Mohamad Zin

En. Syukreri @ Syukri bin Mohamad Zin

Proses mendirikan khemah adalah satu aktiviti yang mudah. Namun sikap sambil lewa boleh membawa padah. Oleh itu, ketua perlu memastikan tapak khemah perlu sesuai, selamat dan selesa. Berikut ialah beberapa panduan mendirikan khemah yang boleh diaplikasikan. SUMBER ASAS BENTUK MUKA BUMI PERHUBUNGAN SINAR MATAHARI DENAI BINATANG ARAH KIBLAT ARAH LALUAN ANGIN

SUMBER ASAS Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat. BENTUK MUKA BUMI Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untukmengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur.

PERHUBUNGAN Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara

SINAR MATAHARI Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok. MEMASANG DAN MENDIRIKAN KHEMAH Khemah didirikan (dipasang) untuk membuat tempat kediaman sementara bagi berteduh daripada panas dan hujan.

Biasanya, Khemah diperbuat daripada kain tebal, kain layar, campuran palastik (nilon) dan sebagainya. Pada masa kini, khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia adalah ringan dan senang dibawa ketempat perkhemahanAnda seharusnya mengetahui nama bahagian yang terdapat pada khemah. Kebiasaannya, sebuah khemah mempunyai bahagian seperti dinding, bumbung, pancang, tali pancang, penahan angina, tiang daripada kayu atau besi pintu. Sesetengah khemah mempunyai pintu dan penahan angin. Terdapat juga khemah yang tidak mempunyai tiang besi yang siap. Selain itu,terdapat juga khemah pasang siap seperti khemah ridge. Cara-cara membuka khemah daripada beg

Mula-mula sekali kita hamparkan khemah

Setelah dibuka kita masukkan batang kerangka mengikut lubang yang disediakan dengan berhati-hati

Khemah bentuk igloo siap didirikan

Seramai lapan orang dapat mendiami khemah ini

KESELAMATAN DAN PENJAGAAN KHEMAH Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain dari memasuki khemah

12.00 1.00 ptg

Latihan Dalam Kumpulan Oleh En. Mohamad Yussoff bin Ali

Taklimat Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1) Latihan dalam kumpulan merupakan aktiviti wajib bagi mana-mana kem perkhemahan .Dalam taklimat ini para peserta diberitahu tentang kemahiran komunikasi yang melibatkan kemahiran interpersonel dan intrapesonel yang mana aktiviti LDK ini mencerminkan satu bentuk interaksi sosial yang mana amat perlu bagi membentuk kerjasama dan membina pesefahaman dalam melaksanakan tanggungjawab untuk

kepentingan bersama. Jika wujud suatu komplik dalam perhubungan maka penyelesaian yang tuntas amat-amat diperlukan. Mengikut saranan penceramah aktiviti LDK dilaksanakan berdasarkan konsep ABC iaitu Advantanges Based Counserlling dilaksanakan secara trapeutik yang menjadi suatu aktiviti alternatif proses pengajaran dan pembelajaran di luar kelas atau bilik darjah.Proses pembelajaran yang terlibat merupakan aktiviti yang terjadi di luar kegiatan individu yang mana melibatkan 3 domain yang utama iaitu afektif,kognitif dan psikomotor. Manakala objektif utama LDK ialah bertujuan untuk peningkatan konsep kendiri,perkongsian pengalaman dan kejayaan serta mencapai matlamat bersama. Pelaksanaan LDK boleh dilakukan samada dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil mengikut kesesuaian bilangan peserta dan tema program.Di mana setiap kumpulan dikehendaki memilih ketua masing-masing.Matlamat atau arah tuju LDK adalah berdasarkan persamaan minat,konsep kendiri,pengalaman diri,matlamat diri dan keseronkan dalam belajar dan menimba ilmu secara kolatif dan untuk kebaikan bersama. Sebagai rumusan atau kesimpulan aktiviti LDK adalah melibatkan sesi perbincangan diantara fasilitator dengan peserta dari segi dapatan perasaan seronok atau tidak seronok di mana alasan diperkukuhkan sebagai hujah.Peserta juga diminta memberikan pendapat pro dan kontra bagi aktiviti yang dilaksanakan.Peserta diminta memberikan komen secara positif apa-apa perkaitan aktiviti yang dijalankan dengan pengalaman dalam kehidupan seharian. Ciri-ciri rumusan yang dikehendaki dalam aktiviti LDK adalah berkaitan dengan saranan aktiviti yang dapat menghubungkait dengan ciri-ciri tugas selaku seorang pelajar seperti berkaitan dengan personaliti dan penampilan,masa belajar yang tidak berpadanan,suka dengan tugasan belajar dan matlamat,pembelajaran bersifat kreatif dan berdaya saing,berkerjasama dan membina jaringan,menjadi anak dan pelajar yang membanggakan semua orang. Akhir sekali aktiviti LDK ditutup dengan ucapan terima kasih bagi penilaian diri sendiri yang bersifat refleksi metakognitif,afektif dan sosial.LDK juga boleh ditutup atau dileraikan dengan melontarkan kata-kata hikmah untuk renungan dan titik perubahan dalaman bagi mengharungi hari-hari seterusnya dalam kehidupan ini.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK 2 ) ( Ice Breaking) Perlaksanaan aktiviti LDK 2 adalah berkenaan ICE BREAKING. Kami menjadi peserta Program BIG dipusat Ko-Kurikulum,Merang,Setiu,Terengganu. Aktiviti ice-breaking

yang kami laksanakan adalah dalam kumpulan besar dimana kesemua pelajar PPG unit sains dan unit BM1 ambilan Jun 2011 dikehendaki membuat bulatan yang besar.Kemudian Fasilitator memberikan1/4 bahagian kertas A4 kepada setiap peserta. Seterusnya para peserta diminta menulis nama panggilan semasa alam kanak-kanak dan lima sifat-sifat diri.Setelah selesai menulis peserta diminta mengulung atau melipat kertas tadi kemudian meletakkanya ke dalam bakul yang disediakan di tengah-tengah bulatan besar tadi.Kemudian fasilitator ice breaking meminta peserta semua mengambil kertas yang tertulis nama dan sifat-sifat tadi tetapi bukan yang diri sendiri. Peserta yang mendapat nama peserta lain atau sahabat baru diminta mencari siapa empunya diri dan menanyakan 5 soalan tambahan bekenaan diri peserta (kawan baru). Sebaik sahaja aktiviti pusingan ini selesai,para peserta program BIG diminta berada dalam bulatan besar semula.Seterusnya fasilitator mula meminta peserta program membaca dan memberi komen tentang personaliti kawan baru yang peserta kenali.Aktiviti membaca dan memberi komen ini berantai mengikut nama peserta kawan baru seperti mana yang terdapat pada tangan peserta.Aktiviti ini adalah kemuncak ice-breaking ,memakan masa yang agak lama,beberapa gelagat nama pelik ,penerangan bagaimana nama tersebut diperolehi unsur-unsur lucu dan keseronokkan timbul bersama gelagat setiap perserta yang unik dan mempunyai kelainan yang tersendiri. Di akhir aktiviti ice-breaking,Fasilitator mendapatkan kesimpulan daripada peserta tentang maksud yang tersirat yang diperolehi oleh peserta semua berdasarkan aktiviti ice-breaking tadi.Selanjutnya Fasilitator merumuskan beberapa kebaikan perlaksanaan aktiviti ice-breaking ini.Antaranya ialah peserta lebih kenal dengan kawan baru (kejelekitan),terdapatnya nama panggilan yang lucu dan asing,kepelbagaian sifat-sifat peserta ,keyakinan dalam berucap di khalayak ramai,berfikiran terbuka memberi dan menerima seadanya kelebihan dan kekurangan seseorang di mana terserlahnya kehebatan dan keunggulan guru dalam interaksi sosial secara terbuka ini. KESIMPULAN Di akhir aktiviti LDK, fasilitator berbincang dengan para pelajar tentang hasil aktiviti yang telah dijalankan. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan antaranya: Apakah yang anda fikir tentang aktiviti yang telah dilakukan? Positif/negatif dan alasannya. Apakah yang anda rasa (perasaan) tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Seronok/tak seronok dan alasannya.

RUMUSAN

Fasilitator merumus semua aktiviti dengan mengaitkan dengan ciri-ciri dan tugas seorang pelajar: personaliti/penampilan masa belajar yang tidak bersempadan suka dengan tugas pelajar dan bermatlamat kreatif dan berdaya saing bekerjasama dan membina jaringan menjadi anak dan pelajar yang membanggakan

Sesi LDK 2

1.00 2.00 ptg

- Makan, solat dan rehat

2.00 4.30 ptg

- Aktiviti keselamatan di air oleh Tn. Haji Mohd Yazit bin Ismail

Aktiviti Keyakinan Di Air (Keselamatan di Air) Bagi perlaksanaan aktiviti keyakinan di air para peserta dipekenalkan dengan `life jaket. Baju keselamatan ini yang mana ciri-cirinya mempunyai pelampung ,tali pengikat,wisel.Kemudian peserta diberi taklimat dan praktik memakai jaket keselamatan ini.Setelah semua peserta bersedia,peserta mula dibawa ke gigi air `lagoon .Di sini peserta diminta membuat 3 barisan panjang menghadap laut. Perserta diberi sedikit taklimat tentang keselamatan dan ditanya tentang kemahiran berenang samada boleh atau tidak. Seterusnya para peserta diminta memasuki air secara perlahan-lahan.Dalam ramairamai peserta itu rupa-rupanya ada peserta yang tidak yakin dengan jaket keselamatan

yang dipakai. Peserta inilah yang banyak diberikan dorongan ,tunjuk ajar dan kata-kata semangat untuk meneruskan aktiviti di air. Bagi peserta yang nampak yakin dan bekemahiran berenang mula diperkenalkan cara-cara untuk memusingkan badan yang betul samada ke kiri atau ke kanan,cara-cara meletakkan kepala untuk berendam rehat,cara-cara melentang dan mentelangkuk kepala,cara-cara rehat berkumpulan iaitu silang kaki berempat ,cara pegang tangan kaki terangkat dan akhirnya cara berenang dengan teknik yang betul untuk mendapat daya tujah yang tinggi. Setelah aktiviti di air selesai para peserta diminta membasuh dan menyidai jaket keselamatan yang telah dipinjamkan tadi.Kemudian ke kafetaria untuk majlis makan keropok serta majlis penutup program untuk kali ini. 6.0 Majlis Penutup Majlis Penutup Program BIG Peringkat Satu Pelajar PPG Ambilan Jun 2011(unit sains dan BM 1) IPGM KSM di Pusat Ko-Kurikulum,Merang,Setiu,Terengganu di adakan secara ringkas bertempat di kafeteria, sambil-sambil peserta mendengar ucapan penutupan daripada ketua urusetia.Para peserta dihidangkan dengan keropok lekor yang panas-panas dan sedap. Dalam majlis ini pihak penyelaras meminta para pelajar PPG agar memanfaatkan pengalaman yang diperolehi di sini untuk kelangsungan generasi yang akan datang.Para Pelajar PPG diminta menyiapkan FOLIO Program BIG Peringkat 1 ini secepat mungkin dan dihantar kepada mentor masing-masing.Seterusnya ketua urusetia mewakili semua pegawai yang bertugas mendoakan keselamatan peserta dalam perjalanan pulang,sayornarai. Akhir sekali para peserta bersalam-salaman dengan semua pegawai sebagai tanda program BIG peringkat satu kali ini ditutup dengan rasminya. Sekian.

langsung tidak mempunyai etika profesion perguruan serta watakpelajar bernama Alias dan beruknya. Cerpen ini menceritakankepayahan pelajar yang terpaksa mengharungi kesukaran untukmeneruskan pelajaran akibat kesempitan wang. Dia Cumabergantung harap kepada beruknya untuk mencari nafkah hidupdengan memetik kelapa. Pelajar tersebut tinggal bersama ibunyadalam menghrungi kepayahan hidup.Cerpen ini menceritakanbagaimana watak Cikgu Sunan menangani masalah pelajar tersebutdan diakhir cerpen tersebut, beruk peliharaan pelajarnya, Alias matiakibat dibunuh olehnyasendiri sematamata untuk mempertahankan gurunya daripadadiserang beruk tersebut.Di akhir cerita, cikgu tersebut hanya mampumelihat kematian beruk itu sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa.Hanya pelajarnya itu

sahaja yang bersungguh-sungguhmeminta maaf diatas tindakan beruk tersebut.Akhirnya,beruktersebut mati terkulai layu di pangkuan Alias. Refleksi : Melalui penceritaan cerpen ini, kami dapat menyelami watak CikguSunan dan memahami kesusahan yang di alami oleh Alias. Selainitu, kami juga dapat menilai sejauh mana keihklasan Cikgu Sunandalam mendidik anak bangsa.Keseluruhannya,melalui cerpen inikami dapat mengambil iktibar daripada cerpen tersebut agar dapatmenjalankan tugas sebagai pendidik dengan bersungguh-sungguh.Begitu , kami juga diterapkan etika seorang guru melaluipenceritaan cerpen ini. Daripada aktiviti ini,jelas para peserta dapatmemahami keperluan serta pengorbanan yang perlu dilakukan olehmereka untuk memastikan anak didik mereka berjaya dan mendapatpendidikan yang sewajarnya dan memahami keperluan murid walaudalam apa jua keadaan sekalipun.

11 Februari 2011 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)Organisasi Dalam Sistem Pendidikan Malaysia Aktiviti ini memerlukan para peserta menyenaraikan organisasiyang terlibat dalam sistem pendidikan kebangsaan bermuladaripada peringkat tertinggi sehingga ke peringkat paling bawahsekali. Melalui pendekatan ini, diharap para peserta dapatmengetauhui salasilah struktur pendidikan kebangsaan. Refleksi Keseluruhannya,melalui aktiviti kumpulan ini kami dapat memahamistuktur pendidikan kebangsaan.Ini adalah untuk memastikan kamisentiasa peka ataupun sedar mengenai sebarang perubahan dalamorganisasi tersebut. Selain itu,kami dapat menyatakan dengansepenuhnya struktur utama dalam organisasi pendidikankebangsaan melalui sesi perbincangan yang dijalankan.Begitu jugakami dapat memahami tugas-tugas utama setiap bahagian dalamstruktur pentadbiran tersebut. Kami juga telah dapat mendalamibagaimana setiap bahagian dalam struktur organisasi pendidikan inisaling berhubungkait dan memerlukan antara satu smaa lain dalammenjamin kemampanan isntitusi pendidikan Negara ataukebangsaan. Jungle Trekking (Kembara Hutan ) Aktiviti jungle trekking atau kembara hutan ini dilakukan bermula disebelah pagi. Aktiviti kembara ini merupakan aktiviti merentas hutansekitar Tanjung Tuan yang mana guru pelatih di bawa berjalanmerentasi sekitar pantai Port Dickson. Selain itu, guru pelatih jugadibawa merentasi denai-dena pulau-pulau kecil di Port Dickson,seperti Keramat Pulau Intan,Tanjung Karang dan Tajung Tuan.Sepanjang aktivitiini, guru pelatih telah didedahkan dengankeindahan flora dan fauna yang terdapat disekitar pulau-pulautersebut. Para peserta juga dibawa melihat kesan tapak kaki yang dimana

dipercayai tapak kaki Hang Tuah kawasan yang dikenalisebagai Keramat, menurut penduduk tempatan di situ. Tidakketinggalan juga,guru pelatih dibawa melihat dengan lebih dekat lagirumah api Tanjung Karang yang mana menjadi kebanggaanpenduduk kampong sekitar tempat tersebut dan memerlukanpeserta untuk menaiki anak tangga yang curam untuk sampai kesitu. Di sana para peserta di beri peluang melihat panorama indahmenghadap Laut China Selatan. Refleksi

Secara keseluruhannya, aktiviti fizikal kembara hutan ini telahbanyak mendatangkan manfaat kepada kami. Aktiviti ini memerlukankerjasama dan daya ketahanan fizikal yang tinggi dikalangan setiappeserta sendiri. Dalam aktiviti ini, para peserta menunjukkansemangat kerjasama yang tinggi dalam membantu rakan-rakanmengharungi jalan-jalan berliku,denai-denai yang sukar untukditempuhi. Selain itu, kami juga perlu menunjukkan ketahan fizikalyang mana amat diperlukan ketika menempuhi cabaran menjadiguru kelak. Begitu juga, dalam aktiviti ini guru pelatih dikehendakimenggunakan survival skill terutamanya ketika menyediakanmakanan. Melalu aktiviti ini, para kami telah diterapkan dengan nilaiberdikari yang mana mereka menggunkan hanya peralatan yangdisediakan untuk menyediakan makanan. Para peserta juga telahmenunjukkan komitment dalam memastikan masing-masing dapatmenyediakan makanan mengikut menu yang telahdisediakan.Kesimpulannya aktiviti ini penting dan telah berjayamemenuhi objektif yang mana penting untuk diaplikasikan ketikakami keluar menjadi guru kelak semangat Kerjasama,komitmentserta nilai berdikari yang telah diterapkan ini perlu ada dalam dirisetiap bakal guru Ksimpulan Secara keseluruhannya, dalam meneliti kembali Program Bina Insan Guru untuk KPLI(SR) TESL, dapatlah disimpulkan bahawa setiap peserta telah menunjukkankerjasama,kemahiran, dan yang paling penting sekali adalah komitment yang telahditunjukkan sepanjang program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam. Melalui programini, dapatlah kami menyediakan diri dari aspek fizikal dan mental sebelum meneruskantempoh pengjian di IPBA dalam tempoh masa setahun ini. Melalui program ini, kamidapat menjalankan persediaan dan persiapan terlebih dahulu tidak kira dari segi mental,fizikal,rohani dan jasmani dalam menempuh alam profesion perguruan yang sangatmencabaran. Diharap melaluiprogram ini, dapatlah nilai-nilai dan etika perguruanditerapkan dan disemai dalam diri kami sejak awal lagi dalam memastikan kami mampumenjadi warga pendidik yang cemerlang,gemilang dan terbilang dalam melahirkangenerasi pelapis Negara yang berdaya saing bagi menghadapi kecanggihan globaldunia tanpa sempadan

Laporan Program Bina Insan Guru Di Kem Malangang, Kiulu

Pada 20 Februari 2012, seramai 122 orang guru pelatih dari PISMP Sem 1 berserta dengan pensyarah pembimbing dari IPG Kampus Gaya telah melaksanakan Program Bina Insan Guru di Kem Malangang, Kiulu selama 4 hari 3 malam. Oleh sebab institut kita hanya memiliki 2 buah bus dan tidak dapat memuatkan semua guru pelatih, maka kami telah dibagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama bertolak pada pukul 7.30 pagi manakala kumpulan kedua bertolak pada jam pukul 11 pagi. Perjalanan ke Kem Malangang mengambil masa sebanyak 1 jam 15 min. Matlamat program Bina Insan Guru adalah berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Terdapat juga banyak objektif melaksankan program ini. Antaranya adalah seperti menunjukkan dan mengetahui cirri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama, memiliki ketahanan fizikal dan semangat juang, menguasai kemahiran asas interpersonal, menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan dan memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan peniilaian kendiri dalam semua aspek bertugas. Apabila sampai di sana, kami telah disambut oleh Penolong Pengarah Kem Malangang serta bersama dengan beberapa orang pengawai. Selepas itu, kami dikumpul di dewan dan diberi taklimat berkaitan dengan lokasi Kem Malangang, tempat larangan bagi para guru pelatih, mengenai kebersihan dan sebagainya. Selepas itu, taklimat berkaitan dengan bagaimanan membina khemah telah diberikan oleh pengawai di sana. Selepas taklimat, guru pelatih diberi khemah dan membina khemah mengikut tunjuk ajar yang telah diberi dalam taklimat. Kami telah mengambil masa selama 15 min untuk membina khemah. Akhirnya semua guru pelatih telah berjaya mendirikan khemah dan disusun dengan teratur. Aktiviti seterusnya adalah kawad kaki. Komander yang tegas telah memberi arahan. Kami berkawad secara asas sahaja. Selepas itu, sukan tara telah dianjurkan. Terdapat 3 acara dalam sukan tara tersebut iaitu lari pecut 60m, lontar peluru dan lompat tinggi. Semua guru pelatih telah melibatkan diri dalam sukan tara. Selepas sukan tara, tibalah masa untuk pengurusan diri. Selepas itu, guru pelatih muslim bersembayang di masjid manakala bagi bukan muslim, sesi moral telah dijalankan di kantin. Selepas makan malam, aktiviti ice-breaking telah dijalankan. Guru pelatih bermain beberapa permainan kecil seperti angin bertiup dan sebagainya. Selepas itu, Pn Rahmah Ag. Besar, kaunselor IPG Kampus Gaya telah memberi ceramah. Beliau telah memberi sekeping kain dan menyuruh kami melakar dan melukis sebuah bendara yang menjadi lambang kumpulan masing-masing. Pada waktu malam, guru pelatih telah dibagikan kepada beberapa kumpulan yang akan menjalankan bertugas sebagai penjaga malam. Pada hari kedua, selepas melakukan aktiviti senam robik, menaikkan bendara dan menyanyikan Lagu Patriotic, Institut dan Negaraku, ceramah berkaitan dengan aktiviti darat iaitu berkembara telah diberikan oleh En. Abdullah Muhammad, Pensyarah IPG Kampus Gaya. Beliau telah memberikan tugasan-tugasan yang akan kita buat sepanjang berkembara. Contoh kami disuruh melukis peta

sepanjang aktiviti berkembara, mengira jarak, melawati ke rumah orang tempatan dan sebagainya. Kami telah mengambil masa selama 4 jam dalam menghabiskan perjalanan kita. Bentuk muka bumi yang berbukit bukau, berbatu bata telah mengkaji dan mencabar ketahanan kita. Dalam separuh perjalanan, kami telah menjalankan aktiviti memasak dalam hutan. Kami diberi dua setengah gelas nasi, 7 bungkus Maggie mee dan 7 tin makanan tin. Pada waktu malam, semua kumpulan diberi masa untuk membentangkan bendara yang telah kami lukis. Pada keesokan hari, aktiviti air iaitu berayuh telah dijalankan. Kami telah dibagikan kepada 12 kumpulan dan dalam setiap kumpulan akan diketuai oleh guru pelatih yang pandai berenang. Kami menaiki bus pergi ke Pukak dan aktiviti berayuh dijalankan di sana. Sebelum berayuh, kami telah diberi taklimat yang berkaitan dengan keselamatan, cara berayuh dan sebagainya. Kami telah mengambil masa kira-kira selama 4 jam menjalankan aktiviti berayuh. Selain itu, kami juga diberi peluang untuk melakukan body rafting. Pada waktu malam, aktiviti malam bakat telah dijalankan. Banyak persembahan seperti lakonan, bersajak, tarian dan nyayian telah dipersembahkan oleh guru pelatih.

Pada hari keempat, iaitu hari terakhir kami berada di Kem Malangang, masjlis penutupan telah dibuat pada waktu pagi. Kami telah membuat refleksi mengenai aktiviti yang telah kami jalankan dan juga apa yang telah kami mempelajari dalam Program Bina Insan Guru tersebut. Selepas menurunkan khemah, kami pun balik ke IPG Gaya.

Disediakan oleh, _______________ (CHIENG ZHIN LI)

Anda mungkin juga menyukai