Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI INDIVIDU (AKTIVITI WATER CONFIDENT) LEE SIU FONG 1PISMP PC Pada hari pertama, kami telah menjalankan

aktiviti water confident. Tujuan aktiviti water confident dijalankan adalah untuk membina keyakinan kepada guru pelatih yang tidak mahir dalam air supaya tidak fobia akannya. Taklimat mengenai aktiviti ini telah disampaikan oleh jurulatih yang berkenaan. Melalui taklimat ini, saya telah mengetahui serba sedikit mengenai aktiviti water confident.. Selepas taklimat diberikan, kami pun memakai P.A. untuk memastikan keselamatan ketika berada dalam sungai. Ada sebahagian pakaian P.A tidak dapat digunakan. Namun begitu, kami juga memastikan keselamatan yang terjamin dengan alat-alat yang sempurna Seterusnya, jurulatih-jurulatih

membimbing dan kami sama-sama berpegangan tangan dan langkah demi langkah menuju ke sungai. Jurulatih-jurulatih mengajar kami cara untuk mebuat aktiviti tersebut. Dalam sungai tersebut terdapat banyak obor-obor. Salah satu dari kaki guru pelatih perempuan telah bengkak dan dihantar ke hospital untuk rawatan. Melalui aktiviti water confident, kami berpeluang untuk mempelajari cara berenang ketika berada di sungai dan mengatasi masalah fobia atau takut terhadap air. Kemahiran dan pengalaman ini sangat berguna semasa menghadapi masalah semasa di tengah sungai. Seterusnya, saya juga menyedari bahawa kerjasama antara guru pelatih amat penting semasa aktiviti dijalankan. Secara keseluruhan, walaupun aktiviti water confident merupakan satu aktiviti yang agak mencabar bagi kami yang tidak tahu berenang atau fobia akan air, namun kami juga berjaya melaksanakan aktiviti tersebut dengan penuh semangat dan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai