Anda di halaman 1dari 9

ILMU BINAAN SENDIRI

Berdasarkan Teori Lowenfeld Stages of Arististics Development oleh Victor Lowenfeld

Ilmu binaan saya adalah berdasarkan teori yang diasaskan oleh Victor Lowenfeld yang merupakan tokoh yang terkenal dalam bidang kreativiti dalam proses pembelajaran seni visual. Menurut Lowenfeld, aktiviti seni yang berterusan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan deria pancaindera menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. Berdsarkan teori ini, saya telah mengaplikasikan aktiviti seni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid-murid kelas pemulihan supaya dapat merangsang pemikiran serta menarik minat murid untuk belajar. Aktiviti seni merupakan terapi kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan mereka dan mendorong murid untuk berfikir secara kreatif. Setelah hampir 4 minggu saya menggunakan aktiviti seni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati murid-murid saya semakin aktif dan dapat berfikir dengan lebih kreatif. Tahap perkembangan murid semakin hari semakin meningkat. Bukan itu sahaja, hasil analisis kerja harian murid, saya mendapati hasil kerja mereka semakin kemas. Pada 4/4/2013, saya telah menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku murid setelah saya mengaplikasikan teori Stages of Arististics Development dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia kelas Tahun 1 Bestari pemulihan. Kemahiran yang diajar pada hari ini ialah kemahiran menulis. Saya telah menggunakan aktiviti seni dalam pendidikan iaitu membuat kipas cina untuk aktiviti penilaian. Langkah pertama yang dilakukan oleh saya ialah meminta murid untuk menulis perkataan yang dipelajari berdasarkan gambar di atas kertas warna yang disediakan. Setelah selesai menulis, saya meminta murid-murid saya untuk menghias kertas warna tersebut. Selepas itu, saya menunjukkan cara-cara untuk membuat kipas cina menggunakan kertas warna tersebut. Perkara yang tidak diduga oleh saya berlaku selepas murid-murid saya berjaya menyiapkan kipas cina masing-masing. Mereka menari dan menyanyi sambil mengipaskan kipas cina yang dibuat oleh mereka seperti tarian dalam opera cina. Melalui tingkah laku yang ditunjukkan, saya dapat mengesan bahawa terdapat secara

beberapa orang murid saya yang berbakat dalam bidang tarian. Mereka dapat menari dan menyanyi tanpa segan silu di hadapan kelas. Walaupun murid saya lemah dalam akademik, terdapat juga beberapa orang yang berbakat dalam bidang seni iaitu seni muzik dan seni lukis kerana mereka dapat menghasilkan karya yang cantik. Ini merupakan ilmu yang terbina berdasarkan teori Stages of Arististics Development. Kebanyakkan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni. Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini, untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Rujukan Jaffri Hanafi.(2008).Pendidikan Seni Visual dan Kreativiti.Open University Malaysia.

Aktiviti seni yang dilaksanakan secara berterusan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan deria pencaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod

Set Induksi

Murid-murid saya pendiam dan kelihatan kurang aktif semasa berada di dalam kelas. Bagi mewujudkan suasana kelas yang ceria dan aktif, saya akan memasang muzik yang ceria dan meminta murid untuk melakukan pergerakkan tubuh mengikut kesukaan mereka semasa set induksi. Menurut Golemen (1995), tahap kecerdasan emosi seseorang individu adalah merupakan faktor utama kepada penentuan kejayaan seseorang individu, terutamanya pelajar. Aktiviti yang dilakukan ini secara tidak langsung mempengaruhi emosi murid supaya gembira dan ceria. Muzik yang digunakan juga merupakan terapi kepada murid. Dalam terapi ini, muzik bertindak dengan mempengaruhi bahagian otak yang mengawal emosi, seterusnya mengurangkan ketegangan dan meningkatkan ketenangan. Apabila emosi sudah stabil dan tenang, murid akan bersemangat dan bersedia untuk menerima isi pelajaran yang disampaikan. Hasilnya ialah, semasa langkah satu, murid-murid saya dapat memberikan respon terhadap soalan-soalan yang diajukan oleh saya. Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi. Tiada jalan lain yang mengeluarkan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan yang menghubungkan hati selain dari telinga, kerana sebaik saja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa saja yang menguasainya. Al-Ghazali.

Pengajaran

Semasa menyampaikan isi pelajaran, saya menggunakan video untuk menerangkan sesuatu kepada pelajar. contohnya perkataan "kerbau". Saya akan menunjukkan video kerbau kepada murid. Hal ini kerana, tidak semua murid pernah melihat kerbau. Tayangan video yang digunakan juga dapat menarik minat murid untuk belajar serta memberi idea-idea kepada murid untuk bercerita berbanding dengan penggunaan gambar pegun. Hasilnya ialah, apabila saya meminta murid untuk bercerita berkaitan dengan kerbau, secara tidak langsung mereka dapat menggambarkan ciri-ciri kerbau dengan yakin.

Penilaian

Saya menggunakan aktiviti seni atau permainan untuk menilai tahap penguasaan murid-murid saya terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Aktiviti seni merupakan terapi kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan mereka . Bukan itu sahaja, guru juga dapat mencungkil bakat yang terpendam di dalam diri murid. Penggunaan pensel dan kertas dalam aktiviti penilaian dilihat agak membosankan, jadi saya memilih untuk menggunakan aktiviti seni dan permainan untuk menggantikan pensel dan kertas. Pada 4/4/2013, saya telah mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia kelas Tahun 1 Bestari pemulihan. Kemahiran yang diajar pada hari ini ialah kemahiran menulis. Bagi mengelakkan murid saya daripada bosan, saya telah menggunakan aktiviti seni dalam pendidikan iaitu membuat kipas cina untuk aktiviti penilaian. Langkah pertama yang dilakukan oleh saya ialah meminta murid untuk menulis perkataan yang dipelajari berdasarkan gambar di atas kertas warna yang disediakan. Setelah selesai menulis, saya meminta murid-murid saya untuk menghias kertas warna tersebut. Selepas itu, saya menunjukkan cara-cara untuk membuat kipas cina menggunakan kertas warna tersebut. Tujuan utama saya semasa aktiviti ini dijalankan ialah untuk menarik minat murid supaya menulis. Hal ini kerana, murid-murid saya kelihatan jemu menulis di atas lembaran kerja yang disediakan pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Perkara yang tidak diduga oleh saya berlaku selepas murid-murid saya berjaya menyiapkan kipas cina masing-masing. Mereka menari dan menyanyi sambil mengipaskan kipas cina yang dibuat oleh mereka. Melalui tingkah laku yang ditunjukkan, saya dapat mengesan bahawa terdapat

TEORI BINAAN SENDIRI (Berlandaskan Teori Behavioris)


Sepanjang saya menjalani praktikum di SK USJ 2, saya sering kali menjadi guru ganti kepada kelas-kelas yang ketiadaan guru. Sepanjang menjadi guru ganti, saya belajar cara-cara untuk mengawal kelas. Semasa saya ditugaskan untuk menjaga kelas 3 Bestari, saya dapati terdapat 4 orang murid yang sangat nakal dan membuat bising di dalam kelas tersebut. Apabila saya memarahi mereka, mereka tidak menghiraukan kehadiran saya dan menganggap saya tiada di dalam kelas tersebut. Semakin saya memarahi mereka, semakin kuat mereka menentang saya. Mereka mengugut bahawa mereka akan memberitahu ibu bapa mereka bahawa saya telah memarahi mereka. Kesimpulan yang dapat saya buat ialah, ibu bapa mereka tidak akan segan silu untuk datang ke sekolah dan berjumpa dengan guru sekiranya guru memarahi anak-anak mereka. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencari dan membaca maklumat yang berkaitan dengan cara-cara untuk menangani murid-murid yang nakal. Hasil pembacaan saya, saya telah mengaplikasikan teori behavioris yang diasakan oleh Skinner (1904-1990) dalam teori binaan saya sendiri. Dalam eksperimen yang dijalankan oleh Skinner, peneguhan dan rangsangan merupakan asas kepada teori Skinner. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Saya telah mengaplikasikan peneguhan negatif di dalam teori binaan saya sendiri. Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau

menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Saya telah menggunakan teknik rakaman video tingkah laku untuk mengawal tingkah laku murid. Semasa saya memasuki kelas 3 Bestari, saya telah merakam setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh keempat-empat orang murid nakal tersebut sama ada tingkah laku positif mahupun tingkah laku negatif. Saya memberitahu mereka bahawa rakaman video tersebut akan diberikan kepada ibu bapa mereka semasa ibu bapa mereka datang berjumpa dengan saya nanti. Saya menetapkan peraturan bahawa mereka perlu membaca buku yang diminati seterusnya menceritakan isi kandungan buku tersebut kepada saya. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, saya akan menyerahkan video tingkah laku negatif mereka kepada ibu bapa mereka. Tindakan yang diambil oleh saya berkesan kerana mereka takut video yang telah dirakam tersebut terlepas ke tangan ibu bapa mereka. Setiap kali saya memasuki kelas 3 Bestari, keempat-empat orang murid nakal ini akan duduk ditempat masing-masing dan membaca buku kesukaan mereka. Selepas itu, mereka akan datang kepada saya dan menceritakan isi kandungan buku tersebut. Secara tidak langsung, murid-murid ini dapat melakukan perkara yang berfaedah. Saya turut mengaplikasikan teori dan teknik ini di kelas lain dan saya berjaya mengawal tingkah laku murid-murid.

ILMU BINAAN SENDIRI

Anda mungkin juga menyukai