Anda di halaman 1dari 4

Papan

Info


PELAN BILIK DARJAH










Sudut
pelajaran

Papan tulis Meja murid


Papan info

Pintu Pintu

Rajah 1: Pelan bilik darjah SK. Taman Sungai Besi Indah



Meja
guru
Sudut
pame-
ran
Peta konsep pengurusan bilik darjah







PENGURUSAN
BILIK DARJAH
Susun atur
kerusi &
meja
Sudut
pameran
Sudut
pelajaran
Papan info Papan tulis
Meja guru
Tong sampah
PENERANGAN PETA KONSEP
Pemerhatian terhadap pengurusan bilik darjah ini telah dijalankan semasa Program
Pengalaman Berasaskan Sekolah pada 5-9 Mac 2012 yang lalu. Berdasarkan pemerhatian
yang telah dilakukan, peta konsep di atas dapat disimpulkan.
Berdasarkan pelan bilik darjah bagi Tahun 2 Unggul diatas, susun atur kerusi dan
meja pelajar adalah secara bertiga. Penyusunan ini kelihatan kemas dan sistematik. Namun
demikian, penyusunan kedudukan pelajar kurang baik. Hal ini kerana, pelajar yang berbadan
kecil diletakkan di bahagian agak belakang. Perkara ini menyebabkan pelajar tersebut tidak
dapat melihat dengan jelas apa yang ditulis oleh guru di papan tulis. Selain itu, terdapat
beberapa pelajar yang nakal diletakkan berdekatan. Kedudukan ini mendorong pelajar
berkenaan untuk bermain dan berbual-bual, lantas tidak memberikan tumpuan kepada
pengajaran guru. Kedudukan meja guru dilihat agak sesuai kerana berada di hadapan kelas.
Hal ini membolehkan guru dapat melihat dengan jelas keseluruhan kelas.
Seterusnya adalah sudut pameran dan sudut pelajaran yang terletak dibelakang
kelas. Sudut ini sangat baik kerana mempunyai bahan yang menarik dan sesuai. Pada sudut
pameran, terdapat beberapa bahan seperti hasil kerja seni atau kraftangan murid dan juga
lain-lain. Perkara ini dapat memberikan semangat dan keyakinan dalam diri murid apabila
hasil kerja mereka dipamerkan. Murid-murid juga sering mengunjungi sudut pameran untuk
melihat dan berbincang tentang hasil kerja mereka. Sudut pelajaran pula memaparkan
bahan-bahan dan maklumat mengenai pelajaran mengikut mata pelajaran yang dipelajari.
Terdapat juga beberapa buah buku untuk murid membaca pada masa lapang.
Papan tulis pula terletak di bahagian hadapan kelas. Papan tulis ini diapit oleh papan
info yang digunakan untuk memaparkan maklumat terkini, organisasi kelas, jadual kelas,
jadual bertugas dan sebagainya. Papan info ini juga kelihatan cantik ceria kerana dihias
dengan baik dan kreatif. Namun demikian, papan tulis kelihatan agak kotor kerana tidak
dibersihkan dengan baik. Terdapat juga sedikit lubang pada papan tulis tersebut. Perkara ini
mencacatkan sedikit pemandangan dan juga mengganggu sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, kelas ini juga mempunyai dua tong sampah, sebuah penyedok sampah
berserta dengan sebatang penyapu yang diletakkan di bahagian belakang kelas. Masalah
yang timbul dengan kedudukan tong sampah ini adalah pelajar sering berulang-alik
menajamkan pensel mereka di tong sampah sambil bercerita semasa menajamkan pensel
mereka. Hal ini mungkin disebabkan kedudukan tong sampah yang berada di belakang dan
mereka mengambil kesempatan berborak kerana kedudukan tersebut kurang mendapat
perhatian guru. Lantai bilik darjah ini juga kelihatan agak kotor dengan cebisan-cebisan
kertas pembungkus makanan yang bertaburan.
Secara keseluruhannya, kelas ini kelihatan kemas dan ceria kerana kelas ini
merupakan kelas yang terpandai. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa cacat cela
yang perlu diperbaiki terutamanya dari segi kebersihan, kedudukan pelajar dan disiplin
murid.

Anda mungkin juga menyukai