Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN UJIAN AMALI

TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Senarai bahan dan pengikat.

Paku
Kepingan besi (0.5mm x 250mm x 250mm)
Kayu berketam (20mm x 100mm x 300mm)
Kayu berketam (20mm x 100mm x 250mm)
Kayu berketam (20mm x 100mm x 200mm)
Papan (100mm x 200mm)

Alatan tangan.

Gergaji puting
Tukul warington
Sesiku L
Pembaris keluli
Penggarit
Pahat tepi serong
Gandin kayu
Kikir parut
Mesin gerudi meja
Pensil tukang
Kemasan

Syelek
Kertas las
Berus
Pelarut
Cat minyak
Langkah-langkah

Mengukur dan menanda

1. Mengukur dan menanda kayu berketam mengikut ukuran yang ditetapkan dengan
menggunakan pensil tukang dan sesiku L serta pembaris keluli.
2. Mengukur dan menanda kepingan besi dengan menandakan menggunakan penggarit.

Memotong bahan

1. Potong kayu berketam yang telah diukur mengikut ukuran yang telah ditanda dengan
mesin gergaji meja. Pastikan tangan tidak melebihi had keselamatan.
2. Seterusnya, potong kepingan besi dengan menggunakan alat pemotong plat besi.
Membina tanggam

Tanggam Parit Terus

1. Menggergaji 2 bahagian tanggam pada kayu berketam (20mm x 100mm x 300mm)


dengan jarak antara 2 tanggam adalah 130mm menggunakan gergaji puting setelah
menandakan bahagian kedalaman yang perlu dibuat tanggam dengan mengikut
ukuran ditetapkan.
2. Gunakan pahat untuk membuang sisa tanggam. Ketuk pahat dengan menggunakan
gandin kayu.
3. Ratakan dasar tanggam dengan menggunakan kikir parut supaya mendapat
permukaan yang rata.
4. Lekapkan kayu kepada tanggam tersebut dan ikat dengan memaku pada bahagian
tersebut menggunakan tukul besi warington.
Tanggam Lekap Palang

1. Gergaji kedua-dua kayu berketam (20mm x 200mm x 100mm) pada bahagian yang perlu
dibuat tanggam dengan mengikut ukuran yang telah ditanda.
2. Gunakan pahat untuk membuang sisa tanggam. Ketuk pahat dengan menggunakan
gandin kayu.
3. Ratakan dasar tanggam dengan menggunakan kikir parut supaya mendapat permukaan
yang rata.
4. Lakukan semula bagi kayu berketam (20mm x 100mm x 200mm).
5. Sambungkan kedua-dua tanggam tersebut membentuk palang.
Pemasangan projek

1. Kayu 20mm x 100mm x 200mm dipasang pada kayu 20mm x 100mm x 300mm di
bahagian tanggam parit terus.
2. Seterusnya, kayu 20mm x 100mm x 250mm di pasang pada tanggam lekap palang pada
kayu 20mm x 100mm x 200mm dengan kemas dan kukuh.
3. Kepingan besi dipasang logam disambung pada belakang rak gantung. Jenis pengikat
yang telah digunakan ialah paku supaya ia lebih kukuh.
4. Kemudian, produk akan dikemaskan dengan kertas las supaya permukaan lebih licin
sebelum melakukan kemasan.
5. Syelek disapukan dengan rata dengan menggunakan berus pada bahagian kayu produk
dan biarkan selama 5 minit sebelum mengulanginya sebanyak 3 kali.
6. Bahagian kepingan besi tersebut dicat dengan cat minyak dengan menggunkan berus cat
atau boleh menggunakan cat sembur sebagai kemasan.
REFLEKSI

Ujian amali Teknologi Bahan dan Pembuatan sudah selesai dengan jayanya. Melalui tugasan
ini, saya dapat menambahbaik kemahiran pertukangan saya. Kemahiran ini saya dapat
aplikasikan semasa saya bekerja mahupun ketika di rumah. Kemahiran pertukangan yang asas ini
sedikit sebanyak memupuk sifat nilai murni dalam diri saya iaitu sifat sabar dan kegigihan.
Dalam melaksanakan tugasan ini, saya perlu memupuk kesabaran yang tinggi bagi
menyelesaikan masalah yang saya hadapi semasa melakukan aktiviti membina dan menyambung
tanggam kerana terdapat sedikit kemalangan yang berlaku pada kayu saya iaitu patah. Nilai
kegigihan saya dapat ditonjolkan dengan mencari jalan penyelasaian bagi membatasi masalah
tersebut. Akhirnya, saya dapat melaksanakan dengan sempurna.

Kelemahan saya dalam menyelesaikan tugasan ini adalah pemasangan dan pembinaan
tanggam kerana tanggam memerlukan ukuran yang tepat untuk memastikan ia sepadan dengan
kayu tersebut. Tanggam yang saya hasilkan mungkin longgar dan terlalu ketat yang mungkin
telah menjadi salah satu faktor kayu saya merekah dan patah sedikit. Walaupun hal ini telah
mencacatkan produk saya, namun saya tetap dapat menyelesaikan masalah ini dengan tenang.

Peluang yang saya dapat dengan melaksanakan produk ini adalah saya dapat menghasilkan
sebuah produk dengan hasil tangan saya sendiri dan mampu untuk menyelesaikan masalah
dengan tenang. Saya juga dapat pengalaman untuk menghasilkan satu projek walaupun ianya
satu projek yang kecil. Pada masa akan datang saya berharap agar dapat menghasilkan produk
yang lebih besar kelak.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kekangan saya untuk memperbaiki kemahiran
pertukanan saya iaitu kekangan masa dan juga kelengkapan alatan untuk saya melakukan aktiviti
pertukangan bagi meningkatkan kemahiran saya.

Anda mungkin juga menyukai