Anda di halaman 1dari 11

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENYEDIAAN AKUARIUM........................................................................................................2


2.0 ANALISIS SWOT.........................................................................................................................7
2.1 kekuatan (strength)................................................................................................................7
2.2 kelemahan (weakness).........................................................................................................7
2.3 peluang (opportunities)........................................................................................................8
2.4 ancaman (threat)....................................................................................................................9
2.5 cadangan penambahbaikan.................................................................................................9
3.0 KESIMPULAN............................................................................................................................10
4.0 RUJUKAN...................................................................................................................................10
LAPORAN AMALI IKAN HIASAN

1.0 PENYEDIAAN AKUARIUM

BIL Langkah-Langkah Gambar

1. Menyediakan peralatan ikan


dan bahan serta aksesori ikan
hiasan.

Alatan dan kelengkapan :


- Akuarium
- Pam air
- Penyaring undergravel
- Pam Udara

Aksesori :
- Batu-batuan
- Tumbuhan akuatik
- Kayu
- Hiasan batu Gua
- Poster latar belakang

2. Bersihkan Akuarium

- Cuci menggunakan garam

- Cuci dan bilas sehingga yakin


bersih

- Hilangkan semua lumut dan


kotoran yang melekat pada
akuarium
3. Bersihkan dan bilas bahan
hiasan.
- Batu
- Hiasan

4. Masukkan penyaring
“undergravel”

- Undergravel yang telah


dicuci diletakkan
dibahagian paling bawah
dalam akuarium

5. Masukkan ke dalam akuarium


dengan berhati-hati.

- Batuan kecil dimasukkan


untuk diletakkan
dibahagian bawah
- Kemudian batu batu
besar disusun mengikut
pelan lanskap
6. Masukkan
- Pam air dipasang
dengan betul
- Penapis air
disambungkan pada
pam air bagi menapis
kekotoran yang terdapat
dalam akuarium
7. Pasangkan latar belakang

- latar belakang
digunakan bagi
mencantikkan lagi
suasana akuarium

8. Masukkan air tadahan ke dalam


akuarium.

10. Letakkan Termometer

11. Letakkan hiasan dan tumbuhan


akuatik
- tumbuhan hydrilla
dimasukkan ke dalam
akuarium dan disusun
mengikut pelan landskap

12. Uji ph air, suhu air dan tahap


klorin di dalam air

PH: 7.2

Suhu : 30 darjah Celsius

Klorin: ada
15. Masukkan ikan hiasan

- ikan yang didalam


plastic dietakkan
didalam akuarium bagi
penyesuaian dengan air
- Selepas 20 minit baru
ikan dilepaskan ke
dalam akuarium.
- Antara ikan yang
dilepaskan ialah Ikan
swordtail, neon tetra,
dan ikan bandaraya.

17 Bagi makan kepada ikan

- Makanan yang diberikan


mestilah bersesuaian
dengan saiz ikan hiasan
16. Kemas semula peralatan dan
tempat agar elok dipandang.

2.0 ANALISIS SWOT

2.1 kekuatan (strength)

Antara kekuatan ketika melakukan amali ini saya dapat menyiapkan tugasan dengan
tempoh masa yang ditetapkan. Selain itu, kami telah melakukam persiapan peralatan lebih
awal. Dan perkara ini sememangnya memudahkan kerja kami menjalankan tugasan amali
yang diberikan. Landskap akuarium yang telah kami hasilkan juga sangat unik dan
bertemakan alam semulajadi. Kami juga hanya menggunakan langkah kerja yang
disediakan dan sememangnya memudahkan kerja kami dalam menyiapkan tugasan amali.
Pada luar akuarium juga, kami telah meletakkan label bagi nama ikan dan tumbuhan yang
kami gunakan.
2.2 kelemahan (weakness)

Antara kelemahan yang saya hadapi dalam menyelesaikan tugasan amali ini ialah,
saya kekurangan ilmu mengenai plan landskap akauarium yang sistematik. Hal ini
menyebabkan plan landskap akuarium yang dihasilkan kurang memuaskan. Selain itu, kami
juga tidak menepati jadual masa yang telah disediakan dalam menyiapkan akuarium.
Penyediaan makanan ikan yang tidak sepadan dengan saiz ikan juga antara kelemahan
kami. Hal ini menyebabkan kami terpaksa menghancurkan dulu makanan ikan sebelum
diberika makan ikan.

2.3 peluang (opportunities)

Antara peluang yang saya perolehi ketika melakukan amali ini saya telah
mempelajari banyak perkara tentang ikan hiasan. Sebelum ini, secara jujurnya saya
langsung tidak mengetahui apa-apa berkaitan dengan ikan hiasan. Namun, selepas saya
tekah mempelajari subjek ikan hiaan ini. , Saya telah mengetahui serba sedikit mengenai
ikan hiasan. Bermula dari ilmu tentang jenis ikan hiasan, cara penjagaan ikan dan
sebagainya telah banyak memberi saya pelbagai maklumat tentang pemeliharaan ikan
hiasan ini. Tambahan pula, dalam penjagaan ikan hiasan bukan semua ikan dapat
dipelihara bersama-sama. Ikan pemangsa perlulah dipelihara di akuarium yang sejenis
sahaja kerana ia akan memakan anak ikan kecil.

Dari segi nilai pula, nilai yang dapat saya kutip sepanjang melaksanakan tugasan ini
ialah nilai kerjasama, nilai menghargai masa dan nilai kerajinan. Melalui kerjasama daripada
rakan sekelas serta pensyarah pembimbing, kami dapat menyiapkan tugasan dengan
bantuan dan tunjuk ajar daripada mereka. Semasa melaksanakan tugasan ini juga, kami
dapat belajar bagaimana membahagikan masa untuk membuat kerja-kerja yang diberikan
mahupun subjek yang lain. Pembaziran masa mulai berkurang. Tambahan pula, melalui
dorongan daripada rakan-rakan yang lain, sikap rajin dapat kami terapkan antara satu sama
lain.

2.4 ancaman (threat)

Antara ancaman atau cabaran yang dihadapi oleh kami dalam melakukan aktiviti
penyediaan akuarium ini ialah dari segi kewangan. Sebagai seorang pelajar, kami akur
bahawa kewangan untuk melaksanakan projek ini amat tinggi. Peralatan dan keperluan
dalam menyediakan akuarium ini memerlukan kos yang amat tinggi. Di sini, saya dapat
pelajari bahawa guru pelatih perlu menggunakan akal fikiran untuk mencari alternatif lain
dalam menggantikan aksesori akuarium yang diperlukan menggunakan bahan terbuang
agar dapat menjimatkan kos. Hal ini kerana, rata-rata guru pelatih lebih suka membeli
peralatan yang dijual di kedai tanpa memikirkan kosnya.

Selain itu, semasa penyediaan akuarium ini ia memerlukan kesabaran yang amat
tinggi agar penyediaan akuarium yang dibuat menampakkan hasil yang baik. Hal ini kerana
dalam penyediaan akuarium ia cukup mengambil masa yang lama, menggunakan tenaga
yang banyak dan sebagainya.. Tambahan pula, kadang-kadang ia juga boleh mengakibat
kecederaan. Namun yang demikian, kami masih mampu untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan.

2.5 cadangan penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang saya akan lakukan ialah saya akan menambah
baik dari segi ilmu pengetahuan mengenai ikan hiasan. Hal ini kerana, ia kan memudahkan
saya untuk melakukan tugasan yang diberikan dan dapat menambah pengetahuan
mengenaikan ikan hiasan. Saya juga akan menambah baik landskpa akuarium dengan
menambah lampu. Ini akan menerangkan lagi suasana akuarium dan memberi
pencahayaan kepada ikan dan tumbuhan akuatik.

3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya tugasan amali ini dapat berjalan lancar hasil persiapan-persiapan
yang telah di lakukan sebelum bermulanya tugasan amali ini. Secara tidak langsung,
tugasan ini memberi manfaat kepada diri saya sendiri di manamemberi peluang kepada
saya dan rakan-rakan lain yang melaksanakan tugasan ini.Pengalaman serta ilmu berkaitan
teknologi ikan hiasan banyak mengajar saya.

4.0 RUJUKAN
Aizam Zainal Abidin,Siti jalilah Muhammad, ( 2013). Aspek Pengurusan Dalam Kultur Ikan
Hiasan air Tawar : Universiti Malaysia Terengganu

Aisyah Abdul Rashid,Faizah Ismail,Daud Kamsany, (2010).Kemahiran Hidup Tahun 5:


Dewan Bahasa dan Pustaka: K.L

Yasir Mohd,( 2012)Penternakan Ikan Hiasan Air Tawar Di Malaysia.Synergy Media :K.L

Anda mungkin juga menyukai