Anda di halaman 1dari 26

PENYEDIAAN AKUARIUM

DAN PERALATAN

PEMILIHAN LOKASI
Berikut merupakan panduan untuk memilih lokasi
peletakan akuarium:
Jangan meletakkan akuarium berdekatan jendela.
Cahaya matahari yang memasuki akuarium akan
menyebabkan suhu air dalam akuarium meningkat.
Jauhkan akuarium dari jangkauan anak-anak, agar
tidak diganggu oleh anak-anak.
Anak-anak mempunyai kecenderungan untuk
mengganggu ikan dalam akuarium dan
memasukkan berbagai benda ke dalamnya.
Keadaan ini membahayakan nyawa ikan.

1) KADAR CAHAYA
Pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan
tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium.
Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium
mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan
hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini
sudah biasa dengan beberapa jam keadaan
cahaya terang setiap hari dalam hidupnya.
Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk
melihat arah berenang dan juga untuk mencari
dan melihat makanan yang akan dimakan.

Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam


akuarium juga memerlukan cahaya untuk
fotosintesis.
Namun, bagi tumbuhan, lampu yang
digunakan mestilah sesuai jika tidak
tumbuhan tidak akan tumbuh.
Bila memilih lampu untuk akuarium, dua
perkara perlu diberi perhatian, ia itu
spektrum warna cahaya dan keterangan
(brightness) cahaya.

2) SUHU
Suhu air adalah tahap kepanasan air
diukur dalam unit C.
Bagi ikan hiasan tropika, suhu air mesti
berada pada julat 25C -35C .
Manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk
dan sederhana pada julat 4C hingga 25C.
Suhu boleh diukur menggunakan meter
termometer.

Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup


ikan termasuk pernafasan, penghadaman,
selera makan, tumbesaran dan pembiakan
kerana proses-proses ini cuma boleh
berlaku pada julat-julat suhu tertentu saja.
Misalnya, semakin suhu air meningkat
semakin sukar bagi oksigen larut dalam air,
oleh itu suhu yang terlalu tinggi
menjadikan air kekurangan oksigen
terlarut.

PEMBERSIHAN DAN MEMBASMI


KUMAN PERALATAN

1) LANDSKAP DALAM
AKUARIUM

Menyediakan
dan
Menghias akuarium

1. Sediakan semua aksesori tambahan


akuarium

2. Bersihkan akuarium sebelum


memasukkan
aksesori pasaran kedalamnya

3. Bersihkan dan bilas bahan hiasan


seperti pasir,
batu dan kayu. Kemudiannya, tuskan
semua
bahan tersebut dengan penapis atau
bekas
yang sesuai

4. Masukkan pasir, batu dan kayu buruk


ke dalam
akuarium dengan berhati-hati

5. Masukkan pam air ke dalam akuarium.


Kemudian, pasangkan penapis

6. Titiskan larutan antiklorin ke dalam


akurium

7. Letakkan tumbuhan akuatik atau


tumbuhan
tiruan ke dalam akuarium

8. Letakkan dan pasangkan lampu di


bahagian
bawah penutup akuarium

9. Hidupkan suis alat penapis dan lampu

10. Akuarium yang sedia untuk


dimasukkan ikan
hiasan

2) RAWATAN AIR

Tiga tahap kemasinan untuk kegunaan akuarium


adalahair tawar, air payaudanair laut.
Selain dari kadar kemasinan, terdapat juga beberapa
ciri air lain yang perlu diambil perhatian iaitu:Ph Air,
Ph air akan menentukan kadar keasidan dan
kealkalian air. Pada tahap neutral, ph = 7 . Kurang
daripada 7 adalah berasid dan lebih daripada 7 adalah
alkali. Untuk akuarium , ph yang dicadangkan adalah
dari ph6 hingga ph9 tetapi sesetengah mencadangkan
ph 6 hingga ph 8 . Seandainya terlalu rendah(kurang
dari 6) ikan-ikan boleh jatuh sakit dan mati.

KLORIN
KHLORINASI
Proses utama dalam proses
penghilangan kuman penyakit
air bersih atau air minum yang
akan kita gunakan.
Sebenarnya proses khlorinasi
tersebut sangat efektif untuk
menghilangkan kuman penyakit
dalam air.
Khlorinasi merupakan salah satu
bentuk pengolahan air yang
bertujuan untuk membunuh
kuman dan mengoksidasi
bahan-bahan kimia dalam air.

3) TEKNIK MELEPASKAN
IKAN KE DALAM BEKAS

Memasukkan ikan hiasan ke dalam


akuarium

PENGURUSAN DAN
PENJAGAAN

1 . Penjagaan harian
- Beri makan 1 hingga 2 kali sehari
- Perhatikan perlakuan ikan
- Ikan yang mati perlu dibuang
- Pastikan peralatan berfungsi
- Ukur kualiti air

2. Penjagaan mingguan
- Ganti atau 1/3 air dari isipadu akuarium
- Cantas tumbuhan akuatik yang tidak diperlukan
- Bersihkan bahagian hadapan cermin
- Cuci kapas penapis (jika perlu tukar baru)
- Jangan beri makanan berlebihan

3. Penjagaan bulanan
- Menguji kualiti air
- Membersih penapis air

Anda mungkin juga menyukai