Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN

Ikan merupakan sumber diet protein yang utama kepada manusia. Ikan selalu
menjadi sajian harian kita kerana ia murah dan mudah diperoleh. Terdapat dua
kategori ikan, iaitu ikan air tawar yang hidup di sungai, kolam dan tasik. Kedua,
ikan air masin yang tinggal di lautan. Selain dijadikan makanan, ikan juga
dipelihara untuk dijadikan sebagai hiasan. Ikan hiasan dapat mengindahkan
sudut-sudut rumah, malah di luar rumah juga kita boleh melihat keindahannya.

IKAN HIASAN
Kini ikan hiasan menjadi salah satu hobi yang paling popular di Malaysia.
Terdapat banyak kedai ikan hiasan yang muncul untuk memenuhi permintaan
ikan hiasan yang semakin meningkat pada hari ini.

Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan dan mampu memberi
pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan. Kebanyakan ikan
diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada
bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophorae iaitu pigmen sel-sel yang
3.1
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
3
3
Ikan
Hiasan (I)

5. Menghuraikan cara penyediaan bekas/akuarium.



3. Menjelaskan ciri-ciri ikan hiasan;
4. Menjelaskan cara pemilihan ikan hiasan; dan
1. Mengenal pasti bahagian luaran ikan;
2. Menyenaraikan enam jenis-jenis ikan hiasan;
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
22
memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat
pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan dan jantina.
3.1.1 Bahagian Luar Ikan
Ikan yang berlainan jenis mempunyai bentuk badan yang berlainan. Namun
begitu, bahagian luar ikan secara amnya mempunyai beberapa ciri yang serupa.
Adakah anda tahu apakah bahagian-bahagian luar ikan? Mari kita lihat dan
mengenal bahagian luar ikan (lihat Rajah 3.1 dan Jadual 3.1).

















Si r i p
Si si k
Dubur
Si r i p Kaudal
Gar i san
Lat er al
Si r i p Dor sal
Si r i p
Pek t or al
Si r i p
pel vi k
I nsang
Mul ut
Mat a
Si r i p Anal
Rajah 3.1: Bahagian luar ikan

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
23
Jadual 3.1: Bahagian Luar Ikan dan Fungsinya

Bahagian Fungsi
(a) Mulut
Mengunyah makanan.
(b) Mata
Melihat.
(c) Sisik
Melindungi badan ikan dari musuh kecederaan dan penyakit.
Selain daripada itu pada sisik ikan terdapat saraf deria.
(d) Insang
Organ pernafasan. Ikan menyedut air yang mengandungi
oksigen ke dalam mulutnya lalu mengalir melalui insang dan
keluar melalui tempat terbuka di belakang penutup insang.
Oksigen akan diserap oleh badan ikan semasa air yang
mengandungi oksigen bergerak melalui insang.
(e) Sirip atas,
sirip bawah
dan sirip
kaudal
Membantu ikan bergerak lurus di dalam air. Ia juga bertindak
sebagai kemudi pergerakan ikan sama ada ke atas atau ke
bawah.
(f) Sirip pektoral
Mengawal arah ikan ke kiri atau ke kanan dan memberhentikan
pergerakan ikan.
(g) Sirip pelvik
Mengawal kemantapan kedudukan ikan supaya tidak dibawa
arus air.
(h) Dubur
Mengeluarkan najis dari badan ikan.
(i) Garisan
lateral (saraf)
Dilihat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari penutup
insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan
pergerakan objek lain dan juga getaran di dalam air. Organ
deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
3.1.2 Jenis-jenis Ikan Hiasan
Diketahui oleh umum bahawa terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh kita
pelihara. Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran
penggemar-penggemar ikan hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan
beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang
boleh dipelihara.


TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
24
Jadual 3.2 menyenaraikan spesis-spesis ikan mengikut famili.

Jadual 3.2: Spesis-spesis Ikan Mengikut Famili

Bil. Famili Gambar Ciri-ciri Utama
1 Cyprinidae
Contoh:
ikan seluang,
ikan mas,
ikan kap,
ikan barb.

Ikan mas

Ikan seluang
Kecil, berbadan mampat,
mempunyai sesungut.
Tiada sirip adipos dan gigi.
Ekor terbuka dan berbentuk
fork.
Badan bersisik dan bergerak
pantas.
Kepala tanpa sisik.
Terdapat di Afrika, Amerika
Utara, sebahagian besar dari
Asia Tenggara.

2
Chichidea
Contoh:
ikan angel,
ikan discus,
ikan Oscar.

Ikan angel

Ikan discus
Hanya sepasang lubang
hidung.
Hanya satu sirip dorsal
(long base).
Sirip ekor bulat.


3 Charachidae
Contoh: Semua
jenis ikan tetra.

Imeontetra


Seakan-akan ikan barb.
Tiada sesungut.
Ada gigi dan sirip adipos.
Berasal dari Amerika Selatan
dan Afrika Tengah.

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
25


Tetra black


Neon tetra

4 Belontiidae
Contoh:
Ikan pelaga Siam
(betta splendens),
gourami biru,
dwarf gourami

Dwarf gourami

Ikan pelaga

Guppy
Berbadan lebar dan
mempat.
Sirip anal yang panjang.
Mempunyai aksesori
respirator organ untuk
bernafas di udara.
Terdapat di Korea
Selatan, Asia Tengah dan
Afrika Barat.






5 Poeciliidae
Contoh: Guppy,
swordtail fish,
platy

Platy
Live-bearing tooth-carp.
Melahirkan anak.
Sedikit persamaan dengan
mamalia.
TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
26


Guppy
6 Famili catfish
Contoh:
Corydoras sp.
ikan bandaran
(Rineloricaria
parva)

Corydoras

Suckermouth.
Mempunyai sesungut.


SEMAK KENDIRI 3.1
1. Berikan lima contoh ikan hiasan yang biasa terdapat di pasaran.
2. Nyatakan bahagian luar ikan dan terangkan fungsinya dengan
ringkas.
3.1.3 Tujuan Memelihara Ikan Hiasan
Kebanyakan rumah yang memelihara ikan hiasan adalah bertujuan untuk
mencantikkan ruang di dalam atau luar rumah. Selalunya kita memelihara ikan
hiasan di dalam bekas seperti botol, akuarium atau kolam.

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
27
Rajah 3.2 menunjukkan tujuan-tujuan memelihara ikan hiasan.


















Sebagai
Sumber
Pendapatan.
Sebagai
Memenuhi Hobi
di Masa Lapang.
Dapat Memberikan
Keindahan
Permandangan di dalam
Rumah.
Dapat Memupuk Sifat
Sayangkan Binatang.
Memberikan
Ketenangan Perasaan.
Kepentingan
menternak
ikan hiasan
Dapat Menghayati
Keindahan Alam
Dapat Menambah
Pengetahuan Berkaitan
Alam Akuatik.
Rajah 3.2: Tujuan memelihara ikan hiasan

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan.
Kegiatan ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan
atau sebahagian dari proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan
pembesaran atau pemeliharaan mengikut saiz untuk mendapatkan keuntungan
ekonomi ataupun sosial sekiranya dilakukan secara intensif.

Kaedah penjagaan yang memerlukan ketelitian serta berbeza mengikut jenis ikan
akan melahirkan rasa keprihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan
satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan
hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan
mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.
3.1.4 Ciri-ciri Ikan Hiasan
Peminat ikan hiasan akan melihat kepada beberapa ciri istimewa apabila
memilih ikan hiasan. Setiap ikan mempunyai ciri yang berbeza. Ciri-ciri
istimewa yang selalu dijadikan panduan dalam memilih ikan hiasan adalah
seperti:
Warna
Sisik
TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
28
Bentuk badan
Sirip
Cara pemakanan
Cara pembiakan
Pergerakan
Jantina

Warna merupakan salah satu daya tarikan yang paling penting pada ikan hiasan.
Ikan yang berlainan spesies mempunyai warna yang berbeza. Ikan hiasan
menjadi menarik berdasarkan warna yang dimiliki. Jantina juga memainkan
peranan dalam warna ikan. Selalunya, warna ikan jantan lebih jelas dan menarik
berbanding warna ikan betina. Saiz ikan juga berbeza mengikut ukuran panjang
dan lebar badan ikan. Jadual 3.3 menunjukkan beberapa jenis ikan hiasan serta
ciri-cirinya.

Jadual 3.3: Jenis-jenis Ikan Hiasan dan Ciri-cirinya
Jenis Warna Saiz Asal Cara
menjaga
Makanan Jantina Pembiakan
Guppy Putih
keperakan,
kemerahan
dan
keemasan
30mm
panjang
Trinidad Mudah Semua
jenis
makanan
ikan
Ikan betina
lebih besar
dari ikan
jantan
Bertelur (di
dalam
badan ikan
betina)
Angelfish Putih
keperakan,
kebiruan
dan
berbelang
hitam
110mm
panjang

Amerika
Selatan
Mudah Semua
jenis
makanan
ikan
Ikan jantan
mempunyai
salur
pernafasan
yang lebih
besar
daripada
ikan betina
Bertelur
(telur di
simpan di
celah batu
atau daun
dalam
akuarium)
Ikan
pelaga
Biru
kehitaman
dan
kemerahan
60mm
panjang
Thailand Mudah Semua
jenis
makanan
ikan
Ikan jantan
mempunyai
sirip yang
lebih besar
dan
kembang
daripada
ikan betina
Bertelur
(telur
disimpan di
bawah
sarang
berbentuk
buih di atas
permukaan)
Ikan mas Ada yang
berwarna
keputihan,
hitam,
kekuningan
seperti
emas dan
kemerahan
120mm
panjang
China Mudah Semua
jenis
makanan
ikan
Ikan jantan
mempunyai
bonjol
pernafasan
di kepala
dan di
penutup
insang
Bertelur
(telur
ditabur di
bahagian
dasar
akuarium)


TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
29
Ikan koi Putih
bertompok
merah,
kekuningan
seperti
emas dan
ada yang
bertompok
hitam
250mm
panjang
Jepun Mudah Semua
jenis
makanan
ikan
Ikan betina
lebih besar
daripada
ikan jantan
Bertelur
(telur
ditabur di
dasar
akuarium)

Sumber: Gerak Kerja Kemahiran Hidup, Rosli Ibrahim dan Saloma Ahmad
3.1.5 Pemilihan Ikan Hiasan
Kita telah mempelajari tentang jenis-jenis ikan hiasan dan tujuan memeliharanya.
Sekarang kita lihat pula bagaimana cara memilih ikan hiasan untuk dipelihara.
Untuk memelihara ikan hiasan dalam akuarium, terdapat beberapa faktor yang
perlu dipertimbangkan iaitu jenis ikan, saiz ikan, kesihatan ikan, harga ikan serta
pengurusan dan penjagaan ikan.

(a) Jenis Ikan
Jika anda baru hendak memulakan hobi memelihara ikan hiasan, anda
dinasihatkan untuk memilih jenis ikan yang mudah diperoleh dan mudah
dijaga. Jenis ikan yang dicadangkan adalah seperti ikan guppy, gourami
dan ikan mas. Jika berminat dengan ikan tempatan bolehlah memilih ikan
pelaga atau ikan kaloi.

Ikan-ikan ini boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai ikan hiasan.
Bagi ikan tempatan, selain dari membeli di kedai ikan hiasan, kita boleh
menangkap sendiri di sawah atau sungai. Kesesuaian jenis ikan perlu
diambil kira jika kita berhasrat untuk memelihara berbagai jenis ikan dalam
satu akuarium. Ini kerana ada ikan yang boleh ditempatkan bersama dan
ada ikan yang tidak boleh ditempatkan bersama.

(b) Saiz Ikan
Saiz ikan perlu sesuai dengan saiz akuarium yang dipilih. Jika besar saiz
ikan, maka besarlah saiz akuarium dan begitulah sebaliknya. Tetapi sebagai
permulaan, digalakkan untuk memelihara ikan yang bersaiz kecil.

(c) Kesihatan Ikan
Ikan yang dipilih untuk dipelihara mestilah bebas dari penyakit, sihat dan
segar. Jadual 3.4 memberi sedikit panduan kepada anda untuk memilih
antara ikan yang sakit dengan ikan yang sihat.

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
30
Jadual 3.4: Perbezaan antara Ikan Sihat dan Ikan Sakit
Ikan yang Sihat Ikan yang Sakit
Cergas dan aktif. Murung dan pasif.
Bentuk badan yang berisi dan mantap. Bentuk badan kurus dan pergerakan
tidak mantap.
Pergerakan lancar dan sirip-siripnya
kemas.
Pergerakan lemah dan siripnya longlai.
Suka menyendiri di permukaan atas air
atau bersembunyi di sudut-sudut
akuarium.
Warna badan jelas, terang dan menarik. Warna badan pudar dan pucat.
Tiada kesan atau penyakit pada
bahagian badan.
Ada kesan luka, sirip terkoyak atau
penyakit pada badan.
Sumber: Gerak Kerja Kemahiran Hidup, Rosli Ibrahim dan Saloma Ahmad

(d) Harga Ikan
Jenis dan asal tempat ikan mempengaruhi harga jualan ikan tersebut. Ikan
import selalunya lebih mahal dari ikan tempatan. Oleh itu kita digalakkan
untuk memelihara ikan tempatan si mana harganya adalah sangat berpatutan.

(e) Pengurusan dan Penjagaan Ikan
Pengurusan dan penjagaan yang sempurna perlu diberikan kepada ikan
hiasan. Beberapa perkara pengurusan yang perlu diketahui adalah:
Menyedia dan mengurus akuarium serta aksesorinya.
Jenis air dan rawatannya.

Aspek penjagaan ikan pula adalah seperti perkara-perkara di bawah:
Jenis makanan ikan yang sesuai.
Masa memberi ikan makan.
Menjaga kebersihan air dan akuarium.

(f) Kriteria-kriteria Lain
Selain dari perkara-perkara di atas, lain-lain kriteria yang perlu dalam
memilih ikan hiasan adalah:
Habitat: Dibeli dari kedai dan bukannya diperoleh dari habitat semula
jadi seperti sungai dan laut. Ini kerana ikan di kedai lebih jinak
daripada ikan dari habitat asal.
Sifat ikan sama ada jinak/liar dan pemangsa/bukan pemangsa.
TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
31
Tahan terhadap perubahan air.
Tahan terhadap penyakit

Memilih ikan merupakan satu proses penting untuk mencipta sebuah akuarium
yang menarik suasananya. Pilihan ikan dalam akuarium adalah penting supaya
akuarium seimbang dan ruangnya dapat digunakan secara maksimum.
3.1.6 Peringkat-peringkat Ikan di dalam Akuarium
Kebiasaannya terdapat tiga peringkat ikan di dalam akuarium iaitu:
Ikan lapisan permukaan (surface swimmer);
Ikan lapisan pertengahan (mid-swimmer); dan
Ikan lapisan bawah (bottom-dweller).

Kebaikan memelihara ketiga-tiga peringkat ikan ialah apabila ketika memberi
makan ikan di mana:
Ikan di peringkat pertama akan memakannya dahulu kerana mulut ikan-ikan
ini biasanya mempunyai posisi mulut ke atas.
Makanan ini pula akan jatuh ke tengah dan akan dimakan pula oleh ikan di
peringkat tengah yang mempunyai muncung mulut yang mendatar.
Akhirnya lebihan makanan yang jatuh ke dasar dibersihkan pula oleh ikan
peringkat bawah.

(a) Ikan Lapisan Permukaan
Ikan ini biasanya suka berenang-renang di permukaan air tangki akuarium.
Terdiri daripada ikan guppy, harlequin, zebra danios dan white cloud
mountain minnow.

(b) Ikan Lapisan Pertengahan
Terdiri daripada ikan-ikan yang bersaiz sederhana besar. Bentuknya pula
adalah pipih. Ikan ini sering berlegar-legar di celah-celah pokok akuatik
atau di celah-celah batu-batu besar. Terdapat ikan-ikan yang agresif namun
ada juga yang sebaliknya. Ikan-ikan ini terdiri daripada:
(i) Spesies tetra: Terdiri daripada neon tetra, cardinal tetra dan black
phantom tetra.
(ii) Spesies-spesies lain: Terdiri daripada angelfish, rosy barb dan tiger
barb.
TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
32
(iii) Spesis gourami: Terdiri daripada dwarf gourami, pearl gourami, blue
gourami, platy dan swordfish.

(c) Ikan Permukaan Bawah
Biasanya ikan ini suka berada di peringkat bawah tangki akuarium. Ikan
jenis ini suka bersembunyi di celah-celah kayu atau gua-gua batu. Ikan ini
lebih suka di celah-celah kawasan yang terlindung daripada cahaya atau di
tempat-tempat yang gelap. Ikan ini terdiri daripada spesies catfish,
corydoras, botia dan loach.

Di Malaysia ikan ini mendapat gelaran ikan dewan bandar raya, ikan majlis
bandaran dan ikan alam flora. Ikan-ikan ini biasanya pemalu dan ini
mungkin disebabkan oleh rupanya yang hodoh. Ia biasanya aktif pada
waktu malam selepas lampu akuarium ditutup.

Peranannya adalah penting untuk membersihkan segala lebihan kotoran
makanan atau lumut di dalam akuarium. Ikan ini bukanlah ikan yang suka
mengganggu ikan-ikan lain dan suka membuat halnya sendiri. Terdapat
juga jenis ikan yang boleh membersihkan siput-siput di dalam akuarium
iaitu spesies ikan clown loach.


SEMAK KENDIRI 3.2
1. Apakah ciri-ciri yang perlu diambil kira dalam memilih ikan hiasan?
2. Mengapa kita digalakkan untuk membeli ikan di kedai ikan hiasan
berbanding ikan yang ditangkap sendiri di sungai atau sawah?
TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
33

PENYEDIAAN BEKAS/AKUARIUM 3.2
Apabila ikan hiasan sudah dipilih, beberapa persediaan perlu dilakukan iaitu:
Mengenal pasti dan memilih bekas untuk memelihara ikan (akuarium);
Mengenal pasti dan memilih aksesori akuarium;
Mengenal pasti cara menghias akuarium; dan
Memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium.
3.2.1 Pemilihan Bekas yang Sesuai
Bekas yang paling sesuai digunakan untuk memelihara ikan hiasan adalah
akuarium. Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penyediaan
bekas/akuarium adalah seperti di bawah.
(a) Jenis Akuarium
Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil,
sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bentuk-bentuk
akuarium yang digunakan ialah akuarium empat segi sama (rectangular
aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium
berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata
(flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical
aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium).

Terdapat tiga jenis akuarium yang boleh digunakan, masing-masing
dengan kelebihan dan kelemahan tersendiri:
Akuarium kaca (glass aquarium),
Akuarium akrilik (acrylic aquarium), dan
Kolam tiruan

(i) Akuarium Kaca
Jadual 3.5 menjelaskan kelebihan dan kelemahan bagi akuarium kaca.

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
34
Jadual 3.5: Kelebihan dan Kelemahan Akuarium Kaca
Kelebihan Kelemahan
Ia lebih sesuai untuk memelihara ikan di
rumah.
Akuarium kaca lebih menarik dan tidak
mudah pecah.
Pengasingan pelbagai spesies ikan di
dalam akuarium yang sama boleh
dilakukan
Saiz ikan hiasan yang boleh dipelihara
biasanya sederhana besar dan
mempunyai warna yang menarik. Jenis
ikan yang diternak di dalam akuarium
kaca ialah ikan mas, ikan oscar, ikan
discus dan ikan angel.
Bilangan ikan yang boleh dipelihara agak
banyak dan ia bergantung kepada saiz.
Contohnya bagi akuarium kaca yang
berukuran 30x 60 dan bilangan ikan
yang sesuai ialah antara 10 hingga 12
ekor.
Perlu dicuci bagi mengelakkan kualiti air
terjejas.
Kualiti air agak sukar dikawal
terutamanya bagi akuarium kaca yang
kecil.



(ii) Akuarium Plastik
Jadual 3.6 berikut menjelaskan kelebihan dan kelemahan bagi
akuarium plastik:

Jadual 3.6: Kelebihan dan Kelemahan Akuarium Plastik
Kelebihan Kelemahan
Ia tidak mudah pecah.
Ikan yang dipelihara agak mudah dijaga
kerana tidak memerlukan penjagaan
yang rapi.

Tidak sesuai dan kurang menarik untuk
memelihara ikan hiasan.
Ia mudah kotor dan perlu dibersihkan
dengan kerap.
Bilangan ikan yang boleh dipelihara di
dalam akuarium plastik adalah tidak
banyak dan ia bergantung kepada saiz
akuarium. Contohnya, akuarium yang
bersaiz 16 x 30 dan bilangan ikan yang
sesuai diternak ialah antara 2 hingga 4
ekor.
Bagi ikan pelaga Siam mesti diasingkan
untuk mengelakkan pergaduhan sesama
sendiri.

TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
35
(iii) Kolam tiruan
Jadual 3.7 menjelaskan kelebihan dan kelemahan bagi kolam tiruan:

Jadual 3.7: Kelebihan dan Kelemahan Kolam Tiruan
Kelebihan Kelemahan
Boleh menternak ikan dalam kuantiti
yang banyak.
Cahaya matahari boleh diperoleh
secara semula jadi.
Ikan peliharaan akan mendapat
sumber makanan secara semula jadi
seperti jentik-jentik, serangga dan
lain-lain lagi.
Kolam tiruan sukar untuk
dibersihkan.
Memerlukan masa dan kos yang
banyak untuk dibersihkan.
Sukar untuk menjaga kualiti air
kolam tiruan.



SEMAK KENDIRI 3.3
Nyatakan kelemahan dan kebaikan bagi setiap jenis akuarium berikut:
Akuarium kaca
Akuarium plastik

(b) Saiz Akuarium
Akuarium terdapat dalam pelbagai saiz. Bagi memilih saiz akuarium yang
sesuai, kita perlu menentukan:
Jenis ikan yang hendak dipelihara;
Saiz ikan yang hendak dipelihara; dan
Jumlah ikan yang hendak dipelihara.
Akuarium yang bersaiz kecil sesuai untuk menempatkan ikan yang bersaiz
dalam jumlah yang sedikit. Manakala akuarium yang besar dapat
menampung ikan yang besar atau jumlah ikan yang lebih banyak. Saiz
akuarium akan menentukan jumlah isi padu air yang dapat diisi. Selain
untuk menampung air, keluasan permukaan air yang terdedah kepada
udara adalah penting. Semakin luas permukaan air yang terdedah kepada
udara, semakin banyaklah oksigen dapat diserap untuk kegunaan ikan di
dalam akuarium. Akuarium yang biasa dijual hari ini terdiri daripada yang
berbentuk panjang bersaiz 60 cm, 90 cm dan 120 cm.


TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
36
(c) Lokasi Akuarium
Sudut yang sesuai perlu dikenal pasti untuk menempatkan akuarium.
Sudut-sudut yang sesuai adalah:
Terlindung daripada pancaran terus cahaya matahari.
Berhampiran dengan punca elektrik dan air.
Mudah dilihat.
Kedudukan akuarium berhampiran dengan pintu adalah tidak digalakkan.
Ini kerana ketenteraman ikan akan terganggu dengan bunyi dentaman
pintu. Selain itu, kaca akuarium juga akan mudah retak. Kaki akuarium
atau meja yang kukuh adalah perlu untuk menampung berat akuarium.
3.2.2 Aksesori Akuarium
Akuarium yang hanya diisi dengan air sahaja adalah tidak menarik dan
kelihatan kurang ceria. Kita boleh menggunakan beberapa aksesori tambahan
untuk mencantikkan lagi akuarium (lihat Rajah 3.3). Aksesori yang boleh
digunakan untuk mencantikkan akuarium adalah seperti:
(a) Objek bukan hidup seperti batu hiasan dan sebagainya.
(b) Tumbuhan akuatik
Tujuan menghias bahagian dalam akuarium adalah:
Mencantikkan suasana dalam akuarium.
Mewujudkan suasana yang harmoni antara ikan dan alam
sekelilingnya.
Mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk ikan berenang dan
bermain.
Menyediakan tempat yang sesuai untuk ikan bertelur dan membiak.












TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
37


















Motor Pam Air
Termometer
Filter Pam
Lampu
Batu Hiasan
Pokok
Aquatik



Rajah 3.3: Aksesori dalam akuarium
3.2.3 Cara Membersihkan Akuarium
Akuarium akan menjadi kotor setelah beberapa lama digunakan. Kehidupan dan
kesihatan ikan akan terjejas oleh keadaan yang kotor ini. Bahagian-bahagian
yang sering mengalami kekotoran adalah:
Akuarium dan dindingnya;
Bahan hiasan di dalam akuarium;
Tumbuhan akuatik dan pasir;
Air; dan
Penapis.
TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
38
Penyebab kepada terjadinya kekotoran dalam akuarium adalah kerana lebihan
makanan ikan yang tertinggal, najis ikan, hidupan halus seperti bakteria dan
kutu air serta tumbuhan halus seperti lumut. Akibat dari kekotoran ini, kualiti
air dan kandungan oksigen akan terjejas. Oleh itu, adalah perlu untuk kita
sentiasa membersihkan akuarium agar ikan hiasan mendapat tempat tinggal
yang sempurna.

Cara membersihkan akuarium adalah seperti berikut:
Menukar atau menggantikan air setiap minggu atau sekurang-kurangnya
dua minggu sekali sebanyak atau bahagian daripada isi padu tangki.
Memotong atau mencantas tumbuhan akuatik yang telah tinggi.
Membersihkan bahagian dinding akuarium menggunakan berus yang
lembut atau span.
Memadamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat
sementara waktu.
Kotoran yang terdapat di dalam tangki harus dibersihkan.
Perhiasan dalam akuarium seperti batu, kayu dan pasir juga perlu
dibersihkan daripada lumut yang melekat.
Mencuci kapas penapis dengan air bersih.
Tambah sejumlah air ke dalam akuarium hingga ke paras asal.
Tidak memberi makanan ikan yang berlebihan kerana makanan yang
berlebihan akan tertinggal dan menyebabkan akuarium menjadi kotor
dengan cepat.
3.2.4 Susun Atur dalam Akuarium
Perkara yang paling menyeronokkan dalam proses memelihara ikan hiasan
adalah semasa menyedia dan menghias akuarium. Kreativiti pemilik menyusun
atur akuarium menurut tema-tema yang tersendiri akan menjadikan akuarium
tersebut menarik dan indah (lihat Rajah 3.4).








TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
39















Rajah 3.4: Tema akuarium

Peralatan dan bahan-bahan yang tertentu adalah diperlukan bagi mengatur tema
akuarium yang sempurna (lihat Rajah 3.5):




















Lampu
akuarium
Kabinet atau kaki
akuarium
Tangki
akuarium



TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
40


Rajah 3.5: Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasang sebuah akuarium

Langkah-langkah menghias akuarium:


1. Letak satu lapisan pasir sungai
atau pasir untuk akuarium
(substrat) dengan ketebalan lebih
kurang 1 hingga 1 inci. Warna
pasir yang sesuai digunakan ialah
warna gelap kerana ikan selesa
dengan persekitaran yang gelap.
2. Tanam tumbuhan akuatik yang
berdaun panjang dengan
membenamkan bahagian akarnya ke
dalam substrat pada bahagian
belakang akuarium.


TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
41




















3. Hiaskan dengan beberapa ketul
batu yang dikutip dari sungai atau
dibeli dari kedai akuarium pada
bahagian tengah akuarium atau
bahagian lain supaya menghasilkan
susunan yang menarik
4. Letakkan beberapa ketul tunggul
kayu yang telah dibersihkan.
Tunggul kayu boleh dikutip dari
kawasan tanah gambut atau dibeli
terus dari kedai akuarium. Tunggul
kayu perlu direndam selama 2-3
minggu sebelum digunakan.


5. Sebagai tambahan letakkan pula tunggul
kayu yang mengandungi tumbuhan
akuatik di atasnya. Tambahkan juga
hiasan tumbuhan akuatik lain untuk
menghasilkan satu hiasan yang menarik.


TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
42







SEMAK KENDIRI 1.5












6. Akuarium yang telah lengkap dipasang ca
elbagai sudut sebagai hiasan da
ntik dan sesuai
diletakkan di p laman di
rumah kita.



Pelajar dapat mengenal bahagian luar ikan dan fungsi setiap bahagian luar
tersebut.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang dikategorikan dalam jenis ikan air tawar
dan ikan air masin.
Tujuan pemeliharaan ikan hiasan adalah sebagai hobi, untuk menenangkan
fikiran, memupuk sikap sayangkan binatang dan mengindahkan
persekitaran dalaman atau luaran rumah.
Untuk memelihara ikan hiasan, terdapat ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan
iaitu warna, sisik, saiz, asal, jenis makanan, cara menjaga, jantina dan cara
pembiakan.
Pemilihan ikan hiasan untuk dipelihara adalah jenis, saiz, kesihatan, harga
serta pengurusan dan penjagaan ikan.
TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
43
Dalam menyediakan akuarium, terdapat dua jenis akuarium di pasaran. Jenis
akuarium adalah dari plastik atau kaca dalam pelbagai bentuk iaitu bulat,
segi empat dan sebagainya.
Hiasan di dalam akuarium termasuklah hiasan bukan objek dan hiasan
akuatik. Selain itu, batu, pasir sungai, batu dan tunggul kayu juga digunakan
sebagai aksesori dalam akuarium.
Cara membersihkan akuarium adalah dengan membersihkan dinding
akuarium, batu, pasir, tunggul kayu dan juga penapis air.
Susun atur akuarium yang kreatif akan menghasilkan pemandangan yang
indah dan cantik serta memberikan keselesaan kepada ikan untuk
meneruskan hidup di dalam akuarium.
Aksesori akuarium
Akuarium akrilik
Akuarium kaca
Belontiidae
Charachidae
Chichidea
Chromatophorae
Cyprinidae
Famili catfish
Garisan lateral
Ikan hiasan
Ikan lapisan permukaan
Ikan lapisan pertengahan
Ikan permukaan bawah
Kolam tiruan
Poeciliidae
Sirip anal
Sirip dorsal
Sirip kaudal
Sirip pelvik

Cheah Huck Chee. (1997). Kemahiran hidup sekolah rendah tahun lima.
Selangor: Pustaka Delta Pelajaran.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2004). Buku sumber kemahiran hidup sekolah
rendah tahun lima. Putrajaya: PPK KPM.
TOPIK 3 IKAN HIASAN (I)
44
Rosli Ibrahim dan Salomah Ahmad. (2004). Gerak kerja kemahiran hidup.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Syahrul Effendy Ahmad Fuzi. (2006). Ekselen plus KBSR kemahiran hidup.
Selangor: Penerbit Pan Earth Sdn. Bhd.