Anda di halaman 1dari 15

PENGHARGAAN

Bismillahhirahmanirahim.

Assalammualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu ingin saya ucapkan rasa syukur kepada Pencipta Ilmu yang paling
Agung dan Maha Hebat lagi Bijaksana kerana di atas limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan kerja kursus subjek RBTS3113 ini.Tanpa izin dan redhaNya,mana mungkin saya
mampu menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Seterusnya,jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa saya diatas
sokongan dan bantuan mereka sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini.Mereka tidak
berputus asa untuk memberi semangat kepada saya dan juga memberi sumbangan kepada
saya untuk menyiapkan kerja ini.

Selain itu,paling saya berterima kasih dan bersyukur kerana dikurniakan pensyarah
yang amat memahami kami. Pensyarah tersebut Encik Mohd Asri Bin Abdul Aziz. Mereka
sentiasa membimbing dan menyokong kami sepanjang menyiapkan kerja kursus Ini.Mereka
jugalah sentiasa memberi penerangan yang jelas dan teliti sepanjang kerja kursus ini
berlangsung.

Kemudian, ribuan terima kasih diucapakan kepada semua rakan-rakan 6 PISMP


khususnya kursus reka bentuk teknologi diatas perkongsian maklumat dan info serta teknik
untuk menyiapkan kerja ini. Paling difokuskan,siswa pendidik dari kelas RBT 1 kerana banyak
memberi bantuan dan cadangan sepanjang kerja kursus ini dijalankan.

Terima kasih kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Teknik kerana sama-sama memberi maklumat dan bantuan secara langsung atau tidak
langsung. Terima kasih kalian. Sayang semuanya.

Sekian,terima kasih.

1
SENARAI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1 Penghargaan 1
2 Laporan Amali 3
3 Bibliografi 15

2
Sebelum memulakan amali.

Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum amali dimulakan.

1. Mendengar taklimat.
Sebelum amali, taklimat diberikan bagi
memudahkan pelajar faham apa-apa yang
hendak dibuat semasa ujian amali
dimulakan.

Gambar 1 : Taklimat di bengkel


Agroteknologi.
2. Menyiapkan perancangan amali.
Perancangan amali dibuat bagi
memudahkan pelajar mengikut
perancangan yang ditetapkan.

Gambar 2 : Perancangan amali.

3
Penyediaan akuarium dibuat sebelum bahan diletakkan dalam akuarium dan alatan
dipasangkan. Penyediaan akuarium merangkumi proses kerja mencuci dan membersihkan
akuarium, meletakkan bahan hiasan mengikut tema yang dipilih, dan mengisi air ke dalam
akuarium.

Berikut merupakan cara penyediaan akuarium yang dilaksanakan semasa amali;

1. Membersihkan akuarium

Bagi memulakan amali, akuarium perlu


dibersihkan dengan garam. Hal ini
bertujuan untuk menanggalkan kotoran
dengan lebih cepat dan dapat membunuh
kuman yang terdapat pada akuarium
tersebut. Hiasan yang hendak digunakan
juga perlu dibersihkan dengan garam
supaya tiada lagi kuman terdapat pada
hiasan tersebut. Rajah 1 : Membasuh akuarium

Rajah 2 : Membasuh aksesori di dalam


akuarium

4
2. Masukkan hiasan dan tumbuhan
akuatik

Setelah akuarium selesai dicuci, proses


meletakkan hiasan di dalam akuarium
perlu dilakukan. Pertama, undergravel
telah diletakkan bagi menapis sisa kotoran
yang terdapat di dalam akaurium. Selepas
meletakkan undergravel, batu-batu Rajah 3 : Meletakkan undergravel di dalam
sederhana besar dan kecil telah diletakkan akuarium.
sebagai dasar akuarium. Ia berfungsi
untuk meninggikan sedikit bahagian yang
akan dibuat sebagai lapisan hutan di
dalam akuarium. Kemudian, pasir coklat
pula di letakkan dia atas batu-batu tadi.
Pasir coklat ini perlu direndam di dalam air
selama setu malam untuk menggelakkan
air berkeladak apabila air dimasukkan
Rajah 4 : Meletakkan batu sederhana besar ke
nanti.
dalam akuarium.

Seterusnya perhiasan dimasukkan ke


dalam akuarium. Perhiasan yang
digunakan dalam akuarium ini ialah rumput
tiruan. Rumput tiruan ini bertujuan untuk
mendapatkan suasana semulajadi di
dalam akuarium.

Selepas itu, masukkan pasir putih di


bahagian tengah untuk mendapatkan
Rajah 5 : Meletakkan pasir coklat di atas batu.
impak sungai di dalam akuarium. Pasir
putih digambarkan sebagai sungai yang
mengalir dari hulu ke hilir.

Kemudian, masukkan batu sungai yang


lebih besar ke dalam akuarium. Batu-batu

5
ini tidak perlu banyak kerana mengelakkan
kesesakkan di dalam akuarium.

Seterusnya tumbuhan akuatik diletakkan di


sebalik batu-batu sungai di dalam
akuarium. Terdapat dua tumbuhan akuatik
yang yang digunakan sebagai hiasan.

Rajah 6 : Meletakkan rumput tiruan di atas pasir


coklat.

Rajah 7 : Meletakkan pasir putih di tengah-


tengah akuarium.

Rajah 8 : Batu sungai berwarna merah dan


tumbuhan diletakkan di atas rumput tiruan.

6
3. Masukkan air

Kemudian, akuarium perlu diisi dengan air


dan menggunakan kaedah yang betul.
Sebagai contoh, air yang dimasukkan ke
dalam akuarium itu perlu secara perlahan-
lahan. Hal ini bagi mengelakkan pasir dan
segala hiasan dalam akuarium terjejas.

Rajah 9 : Memasukkan air ke dalam akuarium.

Rajah 10 : Air yang sudah penuh diisi.

4. Memeriksa suhu air

Kemudian amali ini memerlukan untuk


membuat 3 jenis pemeriksaan air iaitu
memeriksa suhu, klorin air dan pH air.
Dalam pemeriksaan suhu air, thermometer
digunakan bagi menyukat suhu dengan
tepat. Setelah disukat, kadar bacaan suhu
adalah sebanyak 31°C.
Rajah 11 : Memeriksa suhu air.

7
5. Memeriksa klorin air

Sebelum meletakkan ikan, klorin air di


dalam akuarium perlu untuk diperiksa. Hal
ini bagi mengelakkan ikan mati apabila
dilepaskan. Klorin air akan diperiksa
dengan menggunakan penguji klorin. Cara
untuk menguji kadar klorin air ialah:
i. Ambil 5 ml air dari akuarium Rajah 12 : Alat memeriksa klorin
ii. Masukkan ke dalam bekas
silinder
iii. Titiskan penguji klorin sebanyak
tiga titis.
iv. Kocakkan bekas silinder dan
biarkan untuk melihat
perubahan warna.
v. Jika air tersebut mempunyai
klorin, warna air akan berubah
menjadi kekuningan manakala Rajah 13 : Kristal nyah klorin.
jika air tersebut tidak
mempunyai klorin, tiada
perubahan warna akan berlaku.

Jika air yang digunakan masih mempunyai


klorin, masukkan kristal nyah klorin ke
dalam air tersebut. Sebiji kristal adalah
untuk empat liter air. Untuk membuang
klorin di dalam air, lima biji kristal perlu Rajah 14 : Memeriksa klorin air bersama Encik
digunakan kerana sebuah akuarium Asri.
mempunyai lebih kurang 20 liter air.

8
6. Memeriksa pH air
Pengujian ini perlu dilakukan sebelum
meletakkan ikan di dalam akuarium. pH air
yang sesuai untuk sebuah akuarium ikan
hiasan adalah di antara 6.4 sehingga 7.6.
Cara untuk menguji pH air ini ialah:
i. Ambil 5 ml air dari akuarium
ii. Masukkan ke dalam bekas
silinder
iii. Titiskan penguji pH sebnyak tiga
titik. Penguji pH perlu ditutup
selepas dititik untuk
Rajah 15 : Warna air diukur mengikut warna
mengelakkan daripada
skala pH.
terdedah kepada udara.
iv. Kocakkan bekas silinder dan
biarkan untuk melihat
perubahan warna.
v. Letakkan bekas silinder di atas
skala bacaan pH untuk
membaca kadar pH air.
vi. Di setiap skala itu mempunyai
warna dan nombor tersendiri.
vii. Setelah menunggu sehingga 3-
5 minit, letakkan silinder ke atas
warna yang bersesuaian dan
baca melalui skala yang
diberikan.
viii. Hasilnya pH air berada di skala
7.4.

7. Pasangkan pam dan penapis air


Pam diletakkan di bahagian dalam
akuarium manakala penapis air diletakkan
di bahagian atas akuarium. Satu saluran
paip akan disambungkan dari pam ke
penapis. Hal ini kerana pam akan Rajah 16 : Pam dan penapis air yang digunakan.
mengepam air dari dalam akuarium ke
penapis untuk menapis air.

9
2. Melepaskan ikan ke dalam akuarium.

1. Ikan dimasukkan ke dalam plastik

Ikan yang akan dimasukkan ke dalam


akuarium perlu dimasukkan ke dalam
plastik terlebih dahulu.

Rajah 17 : Meletakkan ikan di dalam plastik.

2. Plastik ikan dibiarkan di dalam


akuarium

Semasa ikan berada di dalam plastik,


masukkan plastik tersebut di dalam
akuarium. Plastik tersebut perlu
direndamkan selama 10-15 minit supaya
ikan tersebut dapat menyesuaikan
dengan perubahan suhu yang berlaku.
Rajah 18 : Plastik dibiarkan di dalam akuarium.

1. Ikan dilepaskan
Plastik yang mengandungi ikan dibuka.
Secara perlahan-lahan, plastik tersebut
ditenggelamkan separuh untuk
melepaskan ikan ke dalam akuarium.
Jika ikan tidak mahu keluar, ketuk plastik
sebagai satu cara untuk memberitahu
kepada ikan untuk keluar atau Rajah 19 : Ikan dilepaskan di dalam akuarium.

goyangkan dan tarik plastik perlahan-


lahan untuk ikan tersebut keluar.

1. Perhatikan pergerakkan ikan

10
Setelah ikan dilepaskan, perhatikan
pergerakan ikan di dalam akuarium. Jika
pergerakan ikan tidak berhenti-henti
seperti berenang yang tiada arah tuju
atau sering melanggar dinding akuarium,
ia menunjukkan bahawa ikan tersebut
tertekan dan tidak sesuai untuk akuarium
tersebut. Proses ini perlu untung diulangi
semula.
Rajah 20 : Pergerakkan ikan diperhatikan.

Selepas amali ikan.

Berikut merupakan beberapa perkara yang dilakukan selepas amali dijalankan.

1. Membersihkan kawasan amali.


Kawasan amali perlu dibersihkan bagi
mengelakkan kelicinan di atas lantai. Selain
itu, Kawasan amali juga perlu dibersihkan
untuk memudahkan kumpulan seterusnya
membuat kerja.
Rajah 21 : Kawasan amali yang sudah
dikemas.
2. Membuat laporan amali
Amali perlu dibuat laporan untuk melihat
keberkesanan amali dan proses muhasabah
untuk membetulkan dan mencari kekuatan
selepas amali dijalankan. Tindakan
pembetulan perlu dilakukan supaya tidak
mengulanginya untuk kali kedua. Proses
membuat laporan haruslah melibatkan Rajah 22 : Selepas perbincangan ahli
semua ahli kumpulan untuk berbincang. dijalankan.

11
3. Memantau akuarium secara
berterusan.
Pemantauan akuarium perlu dibuat secara
berterusan untuk melihat keberkesanan dan
perubahan yang berlaku terhadap akuarium.

Rajah 23 : Perubahan yang berlaku terhadap


akuarium iaitu warna air yang lebih jernih
berbanding sebelum.
4. Memberi ikan makan
Makanan perlu diberikan kepada ikan setiap
hari bagi menggelakkan ikan mati.

Rajah 24 : Ikan yang sudah diberikan makan.

12
2. Analisis SWOT

Kelemahan (Weakness)
Kekuatan (Strengh)
1. Budget yang tidak mencukupi.
1. Kerjasama yang kuat antara kumpulan.
2. Ahli kumpulan tidak mempunyai
2. Akuarium yang besar dan kuat.
kreativiti yang mantap untuk menghias
3. Tema yang mudah diikuti.
akuarium.
4. Bijak dalam membahagikan kerja di
3. Pasir yang dibeli tidak mencukupi
dalam kumpulan.
dengan akuarium yang besar.

Peluang (Opportunities). Ancaman (Treats)

1. Akuarium boleh dipasarkan di pasaran. 1. Kumpulan lain yang meletakkan ikan


2. Akuarium boleh dipelbagaikan lagi kerana mereka di dalam akaurium kami kerana
saiz yang besar. masalah daripada akuarium mereka.
3. Ikan boleh ditambah kerana akuarium Hal ini akan menyebabkan ikan-ikan di
mempunyai ruang yang banyak untuk dalam akuarium kami terdedah dengan
ikan bermain. bahaya dan penyakit.

13
3. Kesimpulan

Melalui pelaksanaan amali ini telah membantu siswa pendidik mengaplikasikan ilmu
pengetahuan yang telah ditimba dan dipelajari sepanjang semester ini. Setiap prosedur dalam
usaha memelihara ikan hiasan seperti melakukan penyediaan akuarium, menyediakan alatan
dan bahan yang diperlukan, menentukan ikan hiasan dan tumbuhan akuatik memerlukan
teknik, kaedah dan cara yang betul supaya pemeliharaan ikan hiasan dapat bertahan dengan
lama.

Apa yang dapat dipelajari semasa pelaksanaan amali ini, mencari maklumat tambahan
mengenai kualiti air dan perkara-perkara berkaitan amat penting bagi menjawab soalan dan
memberi justifikasi kepada setiap perkara yang berlaku semasa pengujian air dilakukan.
Pengujian air penting dilakukan demi menjamin kualiti air dan keselesaan ikan hiasan.

Bukan itu sahaja, pelaksanaan amali ini bukan sahaja mengenai pengaplikasian ilmu
pengetahuan ikan hiasan namun fokus sampingannya bertumpu kepada pengamalan nilai-
nilai murni serta amalan yang perlu ditunjukkan sepanjang amali berlangsung. Amalan
tersebut merangkumi amalan keselamatan dan kebersihan kawasan kerja. Dalam setiap
amali, amalan keselamatan perlu dititikberatkan kerana pengabaian amalan ini akan
mendatangkan keburukan bukan sahaja kepada diri sendiri malahan kepada orang lain juga.

14
4. Bibiliografi

Aquascape City. April, 2015. Aquascape Bergaya Belanda (Dutch Aquarium Style). Retrieved
from http://jurnalaquascape.com/aquascape-bergaya-belanda/

Aqualand Fact Sheets. 2006. Caring for Your New Plecostomus: The inside scoop from
Aqualand Pets Plus on Plecostomids. Retrieved from
http://aqualandpetsplus.com/Catfish,%20Plecoctomus.htm

Aquaqulture Recourse Cenre. (n.d). Pengurusan Makanan Ikan. Retrieved from


http://www.arc.com.my/info/pmi.html

Aquarium Wiki. (n.d). Black Molly. Retrieved from


http://aquarium.wikia.com/wiki/Black_Molly?li_source=LI&li_medium=wikia-footer-
wikirec

Diajeng Lekha. January, 2016. Jenis Ikan Guppy Terbaru dan Lengkap. Retrieved from
http://www.majalahikan.com/2016/01/jenis-ikan-guppy.html

Fishlore. 2015. Mollies. Retrieved from http://freshwaterfish.wikia.com/wiki/MolliesLand Of


Fish. 2016. 10 Most Common Types of Plecos. Retrieved from http://landoffish.com/types-
of plecos/

Muhammad Firdaus. May, 2017. Macam Tema Aquascape. Retrieved from


http://aquascapebatang.blogspot.my/2017/05/macam-tema-aquascape.html

Suryanadi Effendy. (n.d). 6 Famili Ikan Hiasan Paling Digemari di Malaysia dan Popular di
Dunia. Retrieved from http://ww2.sabah.gov.my/konelayan/Download/6%20Famili%20.pdf

15

Anda mungkin juga menyukai