Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan

Ikan hiasan merupakan ikan yang hidup dalam air tawar seperti di sungai, kolam, dan tasik.
Ikan air masin pula hidup dalam lautan. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu
kegiatan popular dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha
ikan hiasan. Kebanyakkan ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai
pelindung daripada bacteria dan serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi
‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan.
Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara
dan tabiat makan dan jantina. Ikan hiasan dipelihara untuk mengindahkan ruang tempat
kediaman. Pemeliharaan ikan hiasan mampu memberi ketenangan perasaan setelah penat
bekerja di pejabat atau penat belajar di kelas. Selain itu, kita mampu menyemai perasaan
sayangkan binatang peliharaan.

Terdapat beberapa faktor utama untuk memilih ikan hiasan untuk dipelihara dalam akuarium
iaitu jenis ikan (mudah diperolehi dan senang dijaga), saiz ikan, kesihatan ikan, harga ikan,
serta pengurusan dan penjagaan ikan yang hendak dipilih. Tidak semua jenis ikan boleh
dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam
akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil
lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja
boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari
habitat semula jadi. Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium dapat dibeli dari kedai
ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah
sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di
dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan
yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik dan cantik.

Pemeliharaan ikan hiasan memberi banyak manfaat kepada penternak. Salah satu kebaikan
ialah penambahan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana penternak memerlukan
kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa
keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina
pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan
dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada
pemelihara ikan hiasan.
Bahan dan Peralatan

Bahan dan peralatan yang digunakan dalam pemeliharaan haiwan kesayangan ialah span,
bekas akuarium, batu kecil, batu besar, stiker, air pump dan pokok hiasan.

Bil Bahan dan Peralatan Fungsi


1 Span Mencuci bekas aquarium

2 Bekas aquarium Tempat membela ikan

3 Batu kecil Sebagai penapis dan tapak aquarium

4 Batu besar Menimbulkan keseimbangan dan


kecantikkan akuarium

5 Poster Sebagai hiasan


6 Bahan hiasan Sebagai hiasan dalam bekas aquarium

7 Pump udara Memberi aliran pengudaraan dalam


aquarium

8 Penapis air Menapis air


Langkah-langkah penyediaan akuarium

1. Bekas akuarium telah dicuci dengan menggunakan span sebelum dimasukkan ke


dalam akuarium.
2. Selepas itu, batu kecil, batu besar dan pokok hiasan telah dicuci.(Rujuk Lampiran)
3. Seteleh mencuci, saya meletekkan batu-batu kecil sebagai tapak utama akuarium.
4. Selepas meletakkan batu-batu kecil sebagai tapak utama akuarium, saya menyusun
batu-batu kecil dan sederhana besar di dasar akuarium dan meletakkan pokok
hiasan di tepi bagi menimbulkan keseimbangan dan kecantikkan akuarium.(Rujuk
lampiran)
5. Selepas itu, saya memasukkan air ke dalam akuarium perlahan-lahan supaya arus
air tidak mengubah kedudukan bahan-bahan di dalam akuarium. (Rujuk lampiran)
6. Selepas itu, poster dilekatkan di belakang bekas akuarium sebagai hiasan kepada
bekas akuarium. (Rujuk lampiran)
7. Setelah air dimasukkan dengan secukupnya, saya memasukkan ubat anti klorin dan
anti cloudness ke dalam air. (Rujuk lampiran)
8. Air yang ditakung ini dibiarkan dahulu selama sehari sebelum dimasukkan ikan
hiasan.
9. Selepas itu, paip pump udara dimasukkan ke dalam bekas aquarium.
10. Setelah meletakkan paip pump udara, bekas ikan diletakkan ke dalam bekas
aquarium dan dibiar terapung selama 15 minit. (Rujuk lampiran)
11. Selepas itu, penapis air telah diletakkan dalam bekas aquarium.
12. Akhir sekali, ikan guppy telah dimasukkan secara perlahan-lahan sekali dengan air
dari bekas. (Rujuk lampiran)
Pengurusan

Bagi memastikan akuarium dan hidupan ikan selesa dan selamat beberapa langkah
penjagaan serta penyeliaan akuarium perlu dilakukan agar akuarium terjaga. Jika tidak
akuarium kotor dan boleh menyebabkan ikan mati. Disiplin penjagaan ini perlu dibuat
sepanjang masa. Berikut merupakan pengurusan dan tugasan telah dilakukan oleh saya
sepanjang memelihara ikan dari 29 Julai 2018 hingga 09 Ogos 2018.

Bil Tugasan Tindakan


1 Memberi makanan 2 kali sehari
2 Periksa kesihatan ikan Seminggu sekali
3 Tukar dan basuh penapis / span Seminggu sekali
4 Keselamatan akuarium Sepanjang masa
5 Periksa pam Sepanjang masa ikut sesuai
6 Membersihkan akuarium dan tukar air (1/3) Seminggu sekali
Kesimpulan

Tugasan projek kali ini agak mencabar tetapi sangat seronok dilakukan. Masa tak terasa
dihabiskan untuk menyiapkan tugasan yang betul-betul merihatkan minda. Fasa pertama
menyediakan akuarium dan menyusun kedudukan batu agak mencabar. Pelbagai lakaran
dan impian untuk menghasilkan akuarium yang menarik. Akhirnya, habitat ikan itu telah
dihasilkan agar ikan selesa berada di dalam akuarium. Pada mulanya susun atur agak
kurang menarik tetapi sentuhan terakhir perlu dibuat bagi menghasilkan akuarium yang
benar-benar menarik.
Refleksi

Saya mengakui bahawa projek ikan hiasan ini agak sukar juga untuk dilaksanakan kerana
pelbagai tugas perlu dirancang, disusun dan dibincang supaya berjalan lancar mengikut
jadual. Pelbagai cabaran yang telah diharungi sepanjang amali ini dilaksanakan. Hal ini
mencetuskan semangat untuk menyelidik dan memahami citarasa serta melihat sendiri
secara dekat ke lokasi galeri ikan, melayari internet dan bertanya pendapat kepada penjual
ikan dan sebagainya. Akhirnya, amali ini telah banyak membantu saya untuk menempuh
alam pendidikan yang telah dilaksanakan di sekolah.

Sepanjang amali dilaksanakan, banyak kemahiran dan pengetahuan telah saya pelajari
berkaitan dengan ikan hiasan ini. Untuk menyediakan akuarium ikan hiasan yang menarik
memerlukan kreativiti dan kesabaran yang tinggi supaya mendapat hasil yang baik.
Perbincangan dengan rakan kumpulan juga banyak membantu dalam melaksanakan projek
ikan hiasan ini.

Sepanjang amali dilaksanakan saya mendapati bahawa bukan mudah dalam menghasilkan
akuarium yang menimbulkan keselesaan kepada ikan serta susun letak aksesori hiasan
agar kena pada tempatnya. Mujurlah pensyarah serta rakan kumpulan banyak berkongsi
idea membantu menyelesaikan masalah serta cabaran yang mendatang.

Saya sentiasa memastikan agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Selepas
memasukkan air ke dalam akuarium, saya memastikan ikan yang dimasukkan ke dalam
akuarium dapat menyesuaikan dengan keadaan di dalam akuarium. Saya juga mendapati
ikan hiasan yang pelbagai jenis ini dapat hidup bersama setelah membuat pemantauan
beberapa hari.

Setelah tugasan ini selesai, saya berasa bersyukur dan lega. Banyak pengalaman yang
diperolehi sepanjang menjalankan tugasan ini. Semua ini juga adalah hasil perbincangan
dengan pensyarah kami yang telah memberikan panduan dan tunjuk cara untuk menyiapkan
projek ini.
Lampiran

Gambar 1 dan 2: Membersihkan hiasan

Gambar 3: Membersihkan batu besar


Gambar 4: Membersihkan batu kecil

Gambar 5: Membersihkan bekas aquarium


Gambar 6: Batu kecil dan batu besar telah dimasukkan dalam bekas aquarium

Gambar 7: Menuangkan air ke dalam bekas aquarium


Gambar 8: Mencuci paip air pump penapis

Gambar 9: Memasukkan ubat klorin


Gambar 10: Bekas ikan diletakkan ke dalam bekas aquarium dan dibiar terapung selama 15
minit

Gambar 11: Bekas ikan dituangkan secara perlahan dalam bekas aquarium
Gamabr 12: Ikan guppy dalam bekas plastik

Gambar 13: Ikan guppy dalam bekas aquarium


Gambar 14: Batu, bahan hiasan dan poster yang telah siap diletakkan
Rujukan

1. Ikan hias. (2017, November 27). Dipetik 01 Ogos 2018, daripada Wikipedia:
https://id.wikipedia.org/wiki/Ikan_hias

2. aCeDa. (2011, Mac 27). Ikan Hiasan . Dipetik 03 Ogos 2018, daripada
http://roundbeauty.blogspot.com/

3. firdaus. (n.d.). Pengenalan Ikan Hiasan . Dipetik 02 Ogos 2018, daripada


http://bengkeldaus.blogspot.com/p/pengenalan-ikan-hiasan.html

Anda mungkin juga menyukai