Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU 9

Bilangan Jurnal :9

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 22 November 2020 hingga 26 November 2020

Tajuk Jurnal : Tidak menghantar kembali kerja rumah yang telah diberikan

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN:

Permasalahan yang muncul sekitar minggu kesembilan berpunca daripada kelewatan murid
menghantar lembaran kerja yang telah saya berikan kepada mereka sebagai kerja rumah.
Didapati terdapat sebilangan kecil murid-murid dalam kelas yang saya mengajar iaitu murid
kelas 2M tidak menghantar kembali kerja rumah yang telah saya berikan kepada mereka
untuk disemak. Perbuatan mereka ini secara tidak langsung menyukarkan saya mengukur
sejauh mana tahap pemahaman mereka terhadap sesi pengajaran yang telah saya
sampaikan. Oleh itu, amat penting bagi murid-murid untuk melengkapkan dan menghantar
lembaran kerja kepada saya supaya pencapaian mereka dapat saya perhatikan.

2.0 ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):

Setelah diteliti, saya mendapati bahawa murid-murid yang tidak menghantar lembaran kerja
tersebut disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

i. Terlupa menyelesaikan kerja.

ii. Sudah siap tetapi terlupa untuk menghantarnya.

iii. Tidak sempat menyiapkan.

3.0 KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN


ATAU KAJIAN LEPAS):

Menurut Butler kerja rumah atau lembaran kerja yang diberikan sebagai latihan adalah masa
yang murid habiskan di luar kelas sebagai salah satu daripada latihan pengukuhan
menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang baru dipelajari dan mempelajari kemahiran
yang diperlukan melalui pembelajaran kendiri.

Oleh itu, lembaran kerja yang diberikan kepada murid seharusnya diselesaikan dan dihantar
kembali kepada guru supaya pentaksiran secara formatif dapat dijalankan sepanjang
tempoh pembelajaran murid.
4.0 CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:

Terdapat beberapa langkah penyelesaian yang boleh saya ambil bagi mengatasi masalah
ini. Antaranya:

1. Memberikan amaran keras kepada murid yang tidak menghantar lembaran kerja
kepada guru tepat pada masanya.

2. Mengenakan denda kepada keseluruhan kelas bagi menerapkan rasa


kebertanggunjawaban mereka terhadap pembelajaran kendiri dan pembelajaran rakan-
rakan sekelas yang lain.

3. Meminta murid untuk menyelesaikan lembaran kerja dalam sesi PdP dan
menghantarnya sebelum kelas tamat

5.0 TEMPOH MASA PENYELESAIAN

Dua minggu.

6.0 TINDAKAN SUSULAN

Tindakan susulan akan diambil pada minggu hadapan melalui pemerhatian dan senarai
semak di dalam kelas.

7.0 TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN

29 November hingga 03 Disember 2020.

8.0 KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif. Saya telah berjaya berdasarkan
cadangan penyelesaian yang dikemukakan iaitu memberi dendaan dan amaran yang keras
terhadap murid yang tidak menghantar kerja rumah. Saya telah berjaya mengawal masalah
murid tidak menghantar lembaran kerja.

9.0 KESIMPULAN/REFLEKSI

Langkah-langkah yang dicadangkan dapat dijalankan bagi kelas 2M. Namun begitu,
saya masih akan meneliti isu ini lagi pada minggu seterusnya untuk menyelesaikan masalah
menghantar kerja rumah ini.
Rujukan

Butler, J.A. (1987). Homework, school improvement research series. Office of Education
Research and Improvement (OERI). U.S.: Department of Education.

Anda mungkin juga menyukai