Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU 7

Bilangan Jurnal :7
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 08 November 2020 hingga 12 November 2020
Tajuk Jurnal : Masalah Murid Pasif di Kelas 2M

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN:

Saya telah mengajar subjek Matematik di kelas Tahun 2M dan Reka Bentuk dan
Teknologi bagi kelas Tahun 4B. Setelah 7 minggu mengajar kedua-dua subjek ini saya
mendapati bahawa terdapat murid pasif di kelas 2M. Seorang murid lelaki kurang melibatkan
diri daripada membuat aktiviti.

ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):

Kelas 2M ini mengandungi murid-murid yang mempunyai pencapaian yang kurang


cemerlang dalam pencapaian akademik. Keadaan ini telah berlaku mungkin disebabkan
penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah berbanding dengan pelajar lain. Selain itu, sifat
pemalu untuk tampil ke hadapan menjadi punca masalah ini. Sifat kekurangan keberanian
dalam diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Daripada aspek guru mungkin kerana guru garang
atau tegas terhadap murid-murid menyebabkan murid-murid takut terhadap guru.

2.0 KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN


ATAU KAJIAN LEPAS):

Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) telah memperkenalkan satu model


pengurusan disiplin tingkah laku yang menggunakan prinsip peneguhan. Menurutnya,
peneguhan menjadi motivasi ekstrinsik untuk mempengaruhi perubahan dalam tingkah laku
murid-murid. Ia merupakan elemen-elemen luar yang diberikan oleh guru yang akan
menyebabkan murid tersebut melakukan tingkah laku yang diingini atau baik sahaja.

Peneguhan terbahagi kepada peneguhan positif dan negatif. Peneguhan positif khususnya
adalah rangsangan berupa hadiah, pujian, markah merit, ganjaran dan sebagainya.
Peneguhan positif bertujuan mengekalkan tingkah laku murid-murid yang baik untuk diulangi
atau dipertingkatkan lagi (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati dan Azlina, 2013).
Peneguhan ini diberikan apabila seseorang murid menunjukkan tingkah laku atau
berkelakuan baik dan untuk mengekalkan tingkah laku tersebut, guru memberikan hadiah
atau pujian sebagai rangsangan utama. Dengan adanya ganjaran atau pujian, murid-murid
akan mempunyai motivasi kendiri untuk melakukan yang terbaik. Oleh itu, peneguhan positif
boleh diaplikasikan kepada murid-murid yang berjaya mengikut arahan guru seperti
melibatkan diri dalam aktiviti. Dengan ini murid akan berminat untuk mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh guru.

3.0 CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya akan mengambil tindakan-tindakan seperti


berikut:

 Memberi sokongan dan motivasi murid agar dapat menanam keyakinan diri dan
berani untuk melakukan aktiviti Matematik.
 Merancang sesuatu aktiviti yang dapat menarik perhatian murid untuk melibatkan diri
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
 Memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan. Ini akan
memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
yang dijalankan dalam kelas. Menurut skinner, peneguhan positif ialah memberi
sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu
diulangi atau diperkuatkan lagi. Contoh peneguhan positif yang boleh diberikan di
dalam bilik darjah ialah memberi gula-gula atau barang
 Mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di
samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.
 Mengaplikasikan komunikasi yang berkesan.

4.0 TEMPOH MASA PENYELESAIAN

15 November 2020 hingga 19 November 2020

5.0 TINDAKAN SUSULAN

Dalam teori Skinner, peneguhan menjadi motivasi ekstrinsik untuk mempengaruhi


perubahan dalam tingkah laku murid-murid. Melalui peneguhan positif ini, seseorang murid
menunjukkan tingkah laku yang berkelakuan baik dan berusaha untuk mengekalkan tingkah
laku tersebut. Dengan adanya ganjaran atau pujian, murid-murid akan mempunyai motivasi
kendiri untuk melakukan yang terbaik. Jika murid telah menunjukkan tingkah laku positif
yang dijangkakan atau pencapaian akademiknya cemerlang, mereka akan diberi peneguhan
seperti pujian, pemberian gula-gula dan sebagainya. Oleh itu, gula-gula akan disediakan
bagi pelajar yang bersikap aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jika peraturan
tidak dipatuhi, saya akan menarik balik ganjaran sebagai dendaan.
6.0 TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN

Tindakan susulan akan dimulai pada 15 November 2020 hingga 19 November 2020 bagi
kelas 2M.

7.0 KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif. Saya telah mengaplikasikan
peneguhan positif dalam kelas berdasarkan cadangan penyelesaian yang dikemukakan.
Saya telah berjaya mengawal tingkah laku murid yang bersikap pasif di dalam kelas 2M
dengan penuh kesabaran.

8.0 KESIMPULAN/REFLEKSI

Sepanjang minggu ini, saya mendapati bahawa pengaplikasian peneguhan positif


dalam bilik darjah dan pengurusan disiplin tingkah laku dapat mengawal tingkah laku murid.
Kesimpulannya, langkah-langkah yang dilaksanakan secara berkesan akan dikekalkan
untuk mengawal disiplin dan tingkah laku murid. Isu ini akan dibawa ke minggu seterusnya
untuk mengenal pasti keberkesanan langkah yang dicadangkan bagi murid Tahun 2M yang
bersikap pasif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan

Canter, L., & Canter, M. (1992). Assertive Discipline: Positive discipline for today’s
classrooms. Santa Monica: Lee Canter Associates.

Mok, S.S. (2013). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran. Terbitan
Keenam. Perak: Ipoh. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai