Anda di halaman 1dari 2

PRAKTIKUM

JURNAL

Bilangan Jurnal : Keempat MINGGU


: 27 Ogos 2018
Tarikh Peristiwa / Kejadian
4
Tajuk : Tidak Menyiapkan Kerja Rumah

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

JURNAL
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah amat penting bagi murid-murid. Setelah
habis sesuatu pengajaran dan pembelajaran memberi kerja rumah penting bagi mengetahui tahap
pencapaian murid-murid. Dengan ini, guru dapat mengetahui keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dan tahap pencapaian pelajar. Walau bagaimanapun, masalah yang sering kali
dihadapi olleh saya ialah segelintir murid tidak akan menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Masalah ini telah dikenal pasti melalui pemerhatian dan penyemakanbukubuku latihan
pelajar. Semasa mengumpulkan buku latihan, pelajar yang terlibat enggan menghantar buku dan
memberikan alasan yang tidak munasabah. Beberapa punca telah dikenal pasti oleh guru.
Antaranya adalah seperti berikut:
a. Tidak ada orang yang akan membantu mereka untuk menyiapkan kerja rumah di rumah.
b. Pengaruh rakan sebaya
c. Sosioekonomi keluarga - (ibu bapa kurang berpendidikan)
d. Pengaruh media massa - (kerap menonton televisyen)
e. Malas

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Fadzilah (2010) pula telah menemukan faktor murid tidak meminati sesuatu subjek dan sikap
mereka menjadi punca mereka gagal menyiapkan kerja rumah. Data diperolehi melalui borang
soal-selidik, borang penghantaran kerja rumah dan melalui penggunaan sticker board. Beliau
menggunakan kaedah sticker bagi mengurangkan jumlah murid yang tidak menyiapkan kerja
rumah.
Seterusnya, Butler (1987) telah mencadangkan perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar
bagi memastikan kerja rumah mendatangkan impak seperti yang diharapkan. Saranan beliau
adalah pelajar mencatatkan kerja rumah yang diberikan, memastikan faham akan tugasan yang
diberikan, peruntukan jadual masa untuk membuat kerja rumah dan mencari tempat yang sunyi,
aman dan mempunyai pencahayaan yang baik untuk membuat kerja rumah.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Bagi mengatasi masalah ini saya telah mengambil beberapa langkah yang boleh membantu
murid menyiapkan kerja rumah mereka. Antaranya adalah memeriksa buku latihan murid dengan
segera, memberi arahan yang mudah dan jelas kepada murid, mempelbagaikan jenis latihan, tidak
memberi latihan yang terlalu banyak dan memastikan murid tahu akan kepentingan latihan yang
diberikan dalam pembelajaran keseluruhan mereka.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PRAKTIKUM

6. TINDAKAN SUSULAN :
Berikut merupakan tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
a. Memerhati setiap murid ke meja mereka supaya dapat membuat kerjanya.
b. Memberi peringatan kepada murid yang tidak menyiapkan kerja rumah.
c. Memberi ganjaran kepada murid yang telah menyiapkan kerja rumah dalam masa
yang ditetapkan.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


29 Ogos 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya
kenal pasti telah memberi impak yang positif. Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan
murid yang menyiapkan kerja rumah dalam waktu yang ditetapkan.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Saya berasa puas hati dengan usaha murid dalam menyiapkan kerja rumah mereka dalam
masa yang ditetapkan. Pendekatan ini mampu meningkatkan keyakinan murid dalam pelajaran
serta menambahkan minat dan motivasi untuk murid belajar.

RUJUKAN
Butler, J.A. (1987). Homework. school improvement research series. Office of Educational
Research and Improvement (OERI), U.S. Department of Education.

Fadzilah Ibrahim. (2010). Mengatasi masalah murid tidak menghantar dan menyiapkan kerja
rumah dalam kalangan murid tahun 5 usaha sekolah kebangsaan bukit mahkota melalui
kaedah ‘sticker’. Kajian Tindakan Isu-Isu Dalam Pendidikan Sekolah Rendah.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

Anda mungkin juga menyukai