Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Minggu Praktikum : Minggu 6

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 02 – 06 September 2018

Tajuk Jurnal : Masalah Pelajar Tidak Menghantar Tugasan

1. Isu / Perkara Yang Difokuskan

Masalah beberapa orang pelajar kelas 5 Al-Farabi tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Apabila
guru memberikan tugasan dan diberi masa sehari untuk menyiapkannya, pelajar tidak dapat
menghantar mengikut masa yang ditetapkan. Sehinggakan ada pelajar yang langsung tidak
menghantar tugasan.

2. Analisis Isu / Perkara Yang Difokuskan

Setelah dibuat pemantauan, saya mendapati pelajar tersebut tidak dapat menyelesaikan tugasan
yang diberi kerana malu dan takut untuk bertanya dengan guru kerana terdapat beberapa soalan
yang mereka tidak faham. Terdapat juga mereka yang langsung tidak berminat untuk belajar dan
hanya berdiam diri ketika guru mengajar sehingga menyebabkan mereka tidak dapat
menyelesaikan apa-apa tugasan kerana mereka langsung tidak faham.

3. Kajian Lampau

Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian kerja rumah kepada para pelajar. Antara
faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar dapat menguasai isi pelajaran dengan baik.
Kerja rumah juga memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar dari berbagai-bagai
sumber. Dengan cara ini, para pelajar akan memperbaiki kelemahan mereka di bilik darjah.

4. Cadangan tindakan susulan

Berdasarkan analisis yang telah dibuat berkaitan dengan masalah yang telah difokuskan. Saya
telah mencadang beberapa langkah tindakan susulan antaranya adalah:

i. Guru telah melantik beberapa pelajar sebagai guru muda bagi membimbing pelajar yang
lemah.
ii. Saya perlu memastikan pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam kelas.
iii. Dendaan perlu diberikan kepada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah supaya
menjadi pengajaran kepada pelajar lain.

5. Tempoh Masa Penyelesaian

2 Minggu

6. Tindakan susulan

Menurut pemerhatian yang saya lakukan saya dapati masalah ini boleh diatasi dengan cara
tindakan yang dilakukan oleh guru Guru perlu memberi latihan pengukuhan selepas tamat
pengajaran bagi mengenalpasti tahap kefahaman pelajar. Dendaan juga telah diberikan kepada
pelajar seperti berdiri semasa kelas dan sebagainya. Ianya dilihat memberikan kesan yang positif
kerana apabila guru memberikan tugasan, bilangan pelajar yang menghantar tugasan semakin
meningkat.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

02.9.2018 – 13.10.2018

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Teknik guru muda dapat mencungkil tahap keyakinan diri pelajar. Secara tidak langsung pelajar
yang lemah tidak berasa malu untuk bertanya apabila terdapat kemusykilan. Hal ini kerana guru
muda boleh membimbing mereka.

9. Kesimpulan

Saya berasa cukup terharu kerana pelajar yang lemah dapat diatasi dan pelajar yang cemerlang
dapat dicungkil bakat untuk menjadi guru muda kepada rakan mereka.

Rujukan

Tamir (1985). 'Kajian Dalam Keberkesanan Kerja Rumah'. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai