Anda di halaman 1dari 6

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar

: Saidatul Nazira binti Mohd Rosley

Kursus

: PISMP PKMP (2) Ambilan Januari 2013

Tempoh Praktikum : 13 April 2015 09 Mei 2015


Pengkhususan

: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Nama Guru Pembimbing: Encik Ardi bin Saait


Nama Pensyarah Pembimbing: Encik Yusop bin Malie

Catatan Minggu: 1

Tarikh: 13 April 2015 17 April 2015

Masalah/Isu/Peristiwa difokuskan:
Selama seminggu berada di Sekolah Kebangsaan Pajar Sejingkat, saya lebih
banyak memerhatikan tingkah laku dan amalan murid-murid pendidikan khas di
sekolah ini. Seperti mana di kelas-kelas pendidikan khas di sekolah lain, terdapat
pelbagai kategori kurang upaya murid-murid yang dapat saya kenalpasti sepanjang
tempoh seminggu saya berada di sini. Antaranya ialah sindrom down, lembam,
autism, hyperaktif, dan juga cerebral palsy. Saya telah ditugaskan untuk mengajar
kelas Matahari yang mana salah seorang pelajarnya mengalami masalah gangguan
saraf otak sehingga menjejaskan fungsi anggota badannya atau lebih dikenali
sebagai cerebral palsy. Pelajar tersebut bergantung sepenuhnya dengan kerusi roda
untuk bergerak. Dia juga mengambil masa yang lama untuk membuat aktiviti rutin
seperti membuka kasut, menanggalkan stokin, dan juga menulis. Namun begitu,
berdasarkan pemerhatian saya, dia boleh bergerak sendiri tanpa bantuan guru
daripada kerusi roda ke kerusinya dalam jarak yang dekat. Masalah yang saya
hadapi di sini ialah adakalanya dia kelihatan dipinggirkan dalam aktiviti kelas yang
melibatkan

pergerakan.

Hal

ini

adalah

disebabkan

keterbatasannya

yang

menggunakan kerusi roda, dan juga ruangan yang terhad. Sebagai seorang bakal
guru, saya sedar bahawa pelajar seharusnya mendapat layanan sama rata tanpa
mengira kebolehan serta kemampuan mereka. Sekiranya pelajar ini berterusan tidak
1

diberikan terapi yang sewajarnya, berkemungkinan ia boleh menyebabkan


keyakinan

dirinya

semakin

merudum,

selain

akan

menyebabkan

fungsi

psikomotornya menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya.

Analisis Masalah
Merujuk kepada masalah ini, guru boleh menggunakan terapi main untuk
meningkatkan kebolehpercayaan pelajar tehadap kebolehan diri sendiri, selain
sebagai satu medium untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang
dapat membantu pelajar untuk berurusan dengan realiti sebenar. Menurut Kraus
1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah
penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek
psikologi

pula, terapi

main

memberi

peluang

kepada

kanak-kanak untuk

memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak


untuk berurusan dengan realiti sebenar.
Tujuan terapi bermain

mengurangkan masalah tingkah laku

meningkatkan komunikasi

mempu menilai diri sendiri

meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang

Kelebihan terapi bermain

Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri

Membolehkan melahirkan masalah

Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang


sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.

Cadangan aktiviti :
Terapi bermain

: Meleret bola

Terapi ini dilaksanakan di mana pelajar dikehendaki untuk meleret bola


menggunakan gelung plastik. Kon akan diletakkan di beberapa kawasan di atas
padang sebagai penanda bagi laluan yang harus digunakan oleh pelajar ketika
meleret bola. Aktiviti ini dirancang bagi membantu menguatkan otot tangan kanakkanak, selain dapat membantu meningkatkan kordinasi mata dan tangan pelajar.

Tempoh Penyelesaian
13 April 2015 hingga 09 Mei 2015 iaitu selama 4 minggu.

Kesimpulan
Saya berharap agar tindakan yang bakal saya laksanakan ini dapat memberi impak
yang positif pada masa akan datang. Hal ini juga dapat membantu menguatkan otot
tangan selain meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan pelajar.

Pandangan / komen guru pembimbing


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
_____________________________________________________________
Tandatangan :
Nama

Tarikh : .

Pandangan / komen pensyarah pembimbing


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Tandatangan :

Tarikh : .

Nama
Tindakan susulan
Melaksanakan aktiviti terapi bermain bersama pelajar di padang SK Pajar Sejingkat
Kuching.

Objektif :

Menguatkan otot tangan kanak-kanak.

Membantu koordinasi mata dan tangan.

Murid dapat melakukan aktiviti dengan seronok.

Cara Perlaksanaan :
1.
2.
3.
4.

Guru menyediakan kon sebagai penanda kepada murid.


Guru menerangkan tentang cara meleret bola menggunakan gelung plastik.
Guru membuat demonstrasi tentang aktiviti
Murid melaksanakan aktiviti dengan bimbingan guru

Jenis alatan dan fungsinya :


a.

kon

b.

gelung plastik

c.

Digunakan sebagai alat untuk meleret bola


bola

d.

Digunakan sebagai penanda kawasan meleret bola

Sebagai alat untuk dileretkan

makanan

Sebagai peneguhan sekiranya kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti

Refleksi
Saya telah melaksanakan terapi bermain ini pada 22 April 2015 di padang SK Pajar
Sejingkat. Aktiviti ini telah saya mulakan dengan sesi memanaskan badan bersama
dengan pelajar berkenaan. Melalui aktiviti ini, saya dapat melihat bahawa pelajar
bersungguh-sungguh mencuba bagi menjayakan permainan ini sungguhpun dia
menghadapi kesukaran dalam mengawal bola pada permulaannya. Setelah
mencuba beberapa kali, dia menunjukkan beberapa peningkatan yang mana dia
telah mula berjaya mengawal bola tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya melalui
pelaksanaan terapi ini, pelajar berkenaan amat seronok diberi peluang untuk
mencuba aktiviti yang mlelibatkan pergerakan sungguhpun dia mempunyai
keterbatasan dalam membuat sebarang pergerakan. Selalin itu, koordinasi mata dan
tangan pelajar ini juga ada sedikit peningkatan yang mana pada mulanya dia
langsung tidak dapat mengawal dan menjangka arah pergerakan bola, namun
setelah mencuba beberapa kali, dia Berjaya mengawal aktiviti berkenaan dengan
baik. Dia juga dapat memegang gelung plastik berkenaan dengan lebih kuat setelah
beberapa kali mencuba aktiviti ini. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa halangan
dalam melaksanakan terapi ini yang mana struktur padang yang digunakan adalah
kurang selamat bagi pelajar berkenaan kerana dia menggunakan kerusi roda.
Permukaan padang yang berbatu dan tidak rata boleh menyebabkan pelajar terjatuh
dari kerusi roda sekiranya tidak dijaga dan diawasi dengan baik. Oleh yang
demikian, bagi mengatasi masalah ini, saya bercadang ingin menggunakan dewan
sekolah bagi melaksanakan terapi yang seterusnya bagi pelajar ini kerana
strukturnya yang lebih selamat dan kondusif.

Gambar perlaksanaan terapi

Anda mungkin juga menyukai