Anda di halaman 1dari 17

Penulisan Jurnal

Penulisan Jurnal
Bilangan Jurnal

: Pertama

Minggu Praktikum

: Pertama

Tarikh Peristiwa

: 27 31 Julai 2015

Tajuk Jurnal

: Pengintegrasian Terapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid


Pendidikan Khas
( Pengenalan, Latar Belakang, Fokus, Objektif, Persoalan)
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid pendidikan khas untuk mengawal pergerakan motor
kasar dan halus. Kajian ini dijalankan setelah saya mendapati seorang murid Tahun 1 KSSR
belum dapat mengawal pergerakan motor kasar dan halusnya. Dia ,Mika (bukan nama sebenar)
disahkan mempunyai masalah mild Autism dan menyebabkan dia menghadapi beberapa
masalah dalam koordinasi mata dan tangan, dan juga menghadapi masalah kawalan
pergerakan motor kasar dan halus disebabkan oleh kadar tumpuannya yang agak rendah.
Kajian ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh
Mika, dan seterusnya merangka terapi untuk membantu menangani permasalahan tersebut.
Satu program berunsurkan terapi dirangka dan dibuat ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
dan juga sewaktu di luar kelas. Setelah dijalankan tindakan, didapati dia dapat mengawal
pergerakan psikomotornya dengan lebih baik. Walaupun dia sudah agak ketinggalan
berbanding rakan-rakan yang lain, setidaknya tindakan yang saya ambil ini merupakan satu
langkah yang positif ke arah meningkatkan perkembangan psikomotor murid berkenaan.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, saya dapati bahawa masalah ini dapat dibantu
dengan menggunakan terapi fisio. Sepanjang kajian ini dijalankan, terdapat seorang responden
yang dipilih untuk membantu saya dalam menjalankan kajian tindakan ini. Instrumen yang saya
gunakan ialah senarai semak, pemerhatian, dan temu bual.

SaidatulNazira

Penulisan Jurnal

Pengenalan
Konteks
Saya merupakan salah seorang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Kuching dari opsyen PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kajian ini dijalankan
semasa saya menjalani praktikum fasa II di sebuah sekolah rendah yang berada di Bandar
Lundu. Sekolah ini terletak kira-kira 90 kilometer dari bandaraya Kuching, dan mempunyai lima
buah kelas pendidikan khas. Terdapat lebih 30 orang murid pendidikan khas di sekolah ini dan
setiap murid tersebut mempunyai masalah yang berbeza.
Pengenalan Masalah
World Declaration of Education For All (WDEHA, 1994) yang berlangsung di Jomtien, Thailand
menyebut bahawa semua individu seharusnya mendapat kebaikan daripada peluang
pendidikan yang direka khusus untuk mereka bagi mencapai keperluan pembelajaran asas
(seperti literasi, ekspresi lisan, dan menyelesaikan masalah), dan kandungan pembelajaran
asas (seperti pengetahuan, kemhairan, nilai, dan sikap). Pengkaji melihat murid-murid
bermsalah pembelajaran juga perlu mendapat peluang untuk belajar.
Masalah murid dalam pembelajaran terutamanya murid-murid pendidikan khas
merupakan satu isu yang perlu dititikberatkan kerana ianya boleh membantutkan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Setiap kanak-kanak yang lahir di dunia ini berhak
mendapat pendidikan dan pelajaran menurut kebolehan, bakat dan persediaan yang ada pada
diri masing-masing (Hamidi Ishak, 2010).
Oleh kerana kemahiran manipulative secara relatifnya berkait rapat dengan pengajaran
setiap mata pelajaran, atau aktiviti harian, maka kebolehan dan kesediaan murid-murid
bermasalah pembelajaran tanpa kawalan psikomotor menggunakan kemahiran manipulative
yang dipelajari menerusi komponen Pengurusan Kehidupan, sama ada dalam aktiviti di dalam
atau di luar bilik darjah member kesan langsung dalam kehidupan mereka. dalam mengahrungi
kehidupan sehaian, kemahiran psikomotor tidak dapat disangkal lagi kepentingannya.

SaidatulNazira

Penulisan Jurnal

Latar Belakang
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi
sebuah kelas pendidikan khas di sebuah sekolah di kawasan Lundu, Sarawak, saya dapati
terdapat murid yang masih lemah dalam kawalan pergerakan motor kasar dan motor halus
mereka disebabkan oleh kadar jangka masa tumpuan yang singkat. Murid ini dapat mengikut
arahan yang dikeluarkan oleh guru, namun dia mengambil masa yang agak lama untuk
menyiapkannya dek tumpuan serta fokusnya yang mudah terganggu. Kajian ini juga dilakukan
untuk membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi menggunakan terapi yang sesuai
dengan masalah psikomotor yang dihadapi.
Fokus Kajian
Kajian

ini

berfokuskan

kepada

pengaplikasian

terapi

fisio

untuk

membantu

murid

mengembangkan kemahiran motor kasar kasar dan motor halus dengan betul. Lokasi kajian
pengkaji ialah di sebuah sekolah luar Bandar di Lundu, Sarawak, di mana masih ada segelintir
pelajar yang masih belum boleh mengawal koordinasi mata-tangan, dan juga mengawal
pergerakan psikomotor mereka. dengan itu, pengkaji menggunakan terapi fisio untuk mebantu
responden mengawal pergerakan psikomotr dan koordinasai mata-tangan nya.
Objektif
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkat kemahiran psikomotor seorang murid
Pendidikan Khas dalam mengawal pergerakan motor kasar dan motor halus. Kajian ini
dijalankan untuk meneroka penggunaan dan pengaplikasian terapi yang sesuai untuk mebantu
mengurangkan masalah psikomotor kanak-kanak pendidikan khhas.
Persoalan
1. Melihat punca kepada masalah murid pendidikan khas dalam mengawal pergerakan
motor kasar dan halus;
2. Menggunakan terapi yang sesuai bagi menbantu murid pendidikan khas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran; dan
3. Melihat sejauhmana terapi yang dipilih dapat membantu murid pendidikan khas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berjaya

SaidatulNazira

Penulisan Jurnal

Penulisan Jurnal
Bilangan Jurnal

: Kedua

Minggu Praktikum

: Kedua

Tarikh Peristiwa

: 03 07 Ogos 2015

Tajuk Jurnal

: Pengintegrasian Terapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid


Pendidikan Khas
( Sorotan Literatur dan Metodologi)

Sorotan Literatur
Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai
perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor
halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seorang kanak-kanak
banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan
koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.
Berbeza pula dengan kanak-kanak pendidikan khas. Mengikut terjemahan Kirk (1993),
Murid Pendidikan Khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana
ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciriciri saraf dan otot ataupun fizikal,
tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan. Antara
kategori Murid Pendidikan Khas ialah bermasalah pembelajaran. Di Malaysia Masalah
Pembelajaran ini merangkumi perkembangan yang lewat bagi kanak-kanak yang berusia
bawah tiga tahun seperti Sindrom Down, Autisme, ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity
Disorder), terencat akal (berusia lebih tiga tahun) dan masalah pembelajaran spesifik seperti
disleksia, disgrafia, diskakulia dan lain-lain.
Sebenarnya, kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh,
lembab, malas atau tahap kecerdasan yang rendah ataupun berlaku akibat daripada perbezaan
budaya, status sosial, kekangan ekonomi dan pengaruh persekitaran tetapi masalah
pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak seperti ini. Ianya boleh
menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat.
SaidatulNazira

Penulisan Jurnal
Contohnya sesetengah kanak-kanak mungkin mempunyai beberapa masalah kemahiran motor
yang akan memperlahankan kelajuan menulis mereka. Masalah ini selalunya disebabkan oleh 4
otot jari yang lemah. Menyedari begitu banyak perkara yang boleh menjejaskan kemampuan
seseorang anak belajar, penilaian untuk mengatasi masalah pembelajaran perlu dilakukan
dengan teliti. Thelen (2000) dalam Gallahue dan Ozmun (2006) telah menyatakan kawalan
motor muncul daripada interaksi yang berterusan dan rapat antara sistem saraf dan
penglihatan, anggota badan dan bahagian lain badan. Ini menerangkan bahawa pergerakan
antara badan berkait rapat dengan sistem saraf yang membawa maklumat. Kawalan motor oleh
saraf akan mengawal pergerakan otot-otot bagi menghasilkan suatu pergerakan.
Secara kesimpulannya, masalah kawalan motor kasar dan halus mempunyai kaitan
dengan sistem saraf yang membawa maklumat.
Metodologi
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di kawasan Lundu, Sarawak. Terdapat seorang
murid pendidikan khas di sekolah ini mengalami masalah dalam kawalan motor kasar dan halus
serta koordinasi mata dan tangan disebabkan oleh daya tumpuannya yang agak singkat. Hal ini
dibuktikan dalam kelas Kemahiran Manipulatif yang mana pelajar ini tidak dapat melaksanakan
aktiviti mengoyak kertas dengan baik berbanding rakan-rakan sekelasnya yang lain walaupun
telah diberi panduan dan demonstrasi. Ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lambat.
Menurut Lewin (1946;1948), penyelidikan tindakamn melibatkan empat peringkat.
Pertama mengenalpasti masalah yang ingin dikaji, dan merancang pelan tindakan. Kedua,
melaksanakan tindakan yang telah dibuat. Ketiga, membuat pemerhatian terhadap tindakan
untuk melihat kemajuan tindakan yang dilaksanakan. Keempat, membuat refleksi terhadap
tindakan yang dijalankan untuk membuat cadangan penambahbaikan.
Berdasarkan model kajian tindakan Lewin (1946;1948), saya telah mengenalpasti
masalah murid A iaitu sukar mengawal pergerakan motornya. Saya telah merancang pelan
tindakan untuk membantu murid A. pelaksanaan tindakan menggunakan terapi fisiuo
melibatkan murid A ini akan saya jalankan selama dua bulan sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran. Saya telah memilih untuk menggunakan terapi fisio bagi mebantu murid ini
dalam mengembangkan koordinasi mata dan tangan dan juga kawalan motor kasar dan halus.
SaidatulNazira

Penulisan Jurnal
Selepas perlaksanaan tindakan, saya membuat refleksi terhadap perlaksanaan tindakan untuk
membuat cadangan penambahbaikan.
Saya telah menggunakan beberapa langkah dalam strategi pemulihan dalam terapi fisio
ini. Antaranya ialah memasukkan manik ke dalam benang, meramas, mengoyak kertas, memicit
tanah liat, berjalan, melompat, mengangkat objek ke atas dan ke bawah.
Teknik Mengumpul Data
Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian berstruktur terhadap murid A. saya membuat pemerhatian semasa
murid A menjalani proses pengajaran dan pembelajarn bersama guru lain, dan juga ketika di
dalam kelas saya sendiri. Selain itu, saya turut menjalankan pemerhatian terhadap murid A di
luar kelas seperti sewaktu makan dengan melihat cara dia mengenggam sudu dan cara dia
membawa objek tersebut ke mulutnya.
Temu Bual
Temu Bual juga saya laksanakan secara berstruktur. Temu bual dilaksanakan bersama guruyguru pendidikan khas yang mengajar murid A, PPM, dan juga rakan-rakan. Temu bual diadakan
untuk membincangkan tentang permasalah murid, contoh aktiviti yang bersesuain untuk murid,
tahap perkembangan murid, dan juga tingkah laku murid.
Analisis Dokumen
Data yang dianalisis juga terdiri daripada hasil temu bual, hasil kerja murid, dan senarai semak
hasil kerja murid. Lembaran kerja murid terdiri daripada hasil kerja murid sewaktu di dalam
kelas dan direkod dalam senarai semak hasil kerja murid.

SaidatulNazira

Penulisan Jurnal

Penulisan Jurnal
Bilangan Jurnal

: Ketiga

Minggu Praktikum

: Ketiga

Tarikh Peristiwa

: 10-14 Ogos 2015

Tajuk Jurnal

: Pengintegrasian Terapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid


Pendidikan Khas
(Intervensi)

Tindakan susulan
Melaksanakan aktiviti terapi carakerja bersama pelajar di dalam kelas 1 Orkid
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Manipulatif selama 1 jam.

Objektif :

Menguatkan otot tangan kanak-kanak.

Membantu koordinasi mata dan tangan.

Murid dapat melakukan aktiviti dengan seronok.

Cara Perlaksanaan :
1. Guru menyediakan gambar seekor kambing biri-biri di atas kertas.
2. Guru menerangkan tentang cara mengoyak kapas untuk dilekatkan di atas
kertas .
3. Guru membuat demonstrasi tentang aktiviti
4. Murid melaksanakan aktiviti dengan bimbingan guru

Jenis alatan dan fungsinya :


SaidatulNazira

Penulisan Jurnal
a.

kapas

b.

gam

c.

Digunakan untuk melekatkan kapas


pensel warna

d.

Digunakan untuk menampal gambar biri-biri sebagai bulu

Sebagai alat untuk mewarna anggota badan lainnya

makanan

Sebagai peneguhan sekiranya kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti

Refleksi
Saya telah melaksanakan terapi carakerja ini pada 13 ogos 2015 di dalam kelas 1 Orkid
PPKI SK Bumiputera. Aktiviti ini saya mulakan dengan memberikan penerangan kepada
murid tentang cara mencarik kapas daripada gelungan dan merenyukkan kapas
sebelum dilekatkan pada gambar seekor kambing biri-biri. Melalui pemerhatian saya
sepanjang kendalian terapi ini, saya dapat melihat pelajar bersungguh-sungguh
menyiapkan kerjanya walaupun pada mulanya kapas yang dicarik bersaiz agak besar
namun semakin kecil pada penghujungnya. Ini menunjukkan kanak-kanak sudah mula
berjaya mengawal kawalan jarinya dari kapas bersaiz besar kepada kapas bersaiz
kecil. Selain itu, koordinasi mata dan tangan pelajar juga mempunyai peningkatan yang
mana pelajar dapat melekatkan kapas di dalam garisan yang disediakan sahaja
walaupun dia menghadapi kesukaran pada permulaannya. Berdasarkan pemerhatian
saya melalui pelaksanaan terapi ini, pelajar berkenaan amat seronok diberi peluang
untuk mencuba aktiviti yang mlelibatkan pergerakan sungguhpun dia mempunyai
keterbatasan dalam membuat sebarang aktiviti dalam arahan.
Gambar Perlaksanaan :
SaidatulNazira

Penulisan Jurnal

SaidatulNazira

Penulisan Jurnal
Penulisan Jurnal
Bilangan Jurnal

: Keempat

Minggu Praktikum

: Keempat

Tarikh Peristiwa

: 17-21 Ogos 2015

Tajuk Jurnal

: Pengintegrasian Terapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid


Pendidikan Khas
(Intervensi)

Tindakan susulan
Melaksanakan aktiviti terapi carakerja bersama pelajar di dalam kelas 1 Orkid
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Manipulatif selama 1 jam.

Objektif :

Menguatkan otot tangan kanak-kanak.

Membantu koordinasi mata dan tangan.

Murid dapat melakukan aktiviti dengan seronok.

Cara Perlaksanaan :
1. Guru menyediakan lidi berwarna-warni kepada murid.
2. Guru menerangkan tentang cara mengasingkan lidi bewarna kepada yang
sama.
3. Guru membuat demonstrasi tentang aktiviti
4. Murid melaksanakan aktiviti dengan bimbingan guru

Jenis alatan dan fungsinya :


SaidatulNazira

Penulisan Jurnal
a.

lidi berwarna

b.

Digunakan untuk diasingkan oleh pelajar

makanan

Sebagai peneguhan sekiranya kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti

Refleksi
Saya telah melaksanakan terapi carakerja ini pada 20 Ogos 2015 di dalam kelas 1
Orkid PPKI SK Bumiputera. Aktiviti ini saya mulakan dengan memberikan penerangan
kepada murid tentang cara mengasingkan lidi berwarna ke dalam kelompok warna yang
sama. Pada mulanya, saya mengasingkan warna lidi terlebih dahulu kepada kelompok
warna yang sama seperti merah, biru, kuning, dan hijau. Kemudian saya menunjukkan
cara memilih lidi bewarna dan meletakkannya ke dalam kelompok warna yang sama.
Kemudian, saya menyuruh pelajar tersebut mengasingkan lidi berwarna berdasarkan
warna yang telah saya asingkan. Dalam peringkat ini, pelajar didapati masih mengalami
masalah dalam mengasingkan warna ke dalam kelompok warna yang sama. Pelajar
tersebut boleh mengasingkan warna namun ia mengambil masa yang agak lama.
Setelah diberikan beberapa kali percubaan, saya membiarkan pelajar mengasingkan
lidi berwarna tersebut dengan sendirinya. Pada peringkat ini, pelajar sudah mula dapat
mengasingka lidi berwarna mengikut warna yang sama. Walaupun dia hanya
mengasingkan satu warna pada satu-satu masa, namun dia mulai faham perbezaan
setiap warna dan di mana seharusnya warna itu dikelompokkan. Dalam aktiviti ini,
kekurangan yang dapat saya kenal pasti ialah saiz batang lidi yang terlalu kecil dan
kurang sesuai untuk pelajar kerana mudah patah. Oleh itu, cadangan penambahbaikan
yang boleh saya lakukan untuk memperbaiki terapi ini ialah membesarkan saiz bagi
alatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti terapi pada minggu seterusnya.

Gambar Perlaksanaan :
SaidatulNazira

Penulisan Jurnal

Penulisan Jurnal
Bilangan Jurnal
SaidatulNazira

: Kelima

Penulisan Jurnal
Minggu Praktikum

: Kelima

Tarikh Peristiwa

: 24 28 Ogos 2015

Tajuk Jurnal

: Pengintegrasian Terapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid


Pendidikan Khas
(Intervensi)

Tindakan susulan
Melaksanakan aktiviti terapi carakerja bersama pelajar di dalam kelas 1 Orkid
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Manipulatif selama 1 jam.

Objektif :

Menguatkan otot tangan kanak-kanak.

Membantu koordinasi mata dan tangan.

Murid dapat melakukan aktiviti dengan seronok.

Cara Perlaksanaan :
1. Guru menyediakan pasir kinestetik kepada pelajar bersama dengan
acuannya.
2. Guru menerangkan

kepada

pelajar

tentang

cara

membentuk, dan menguli pasir tersebut.


3. Guru membuat demonstrasi tentang aktiviti tersebut.
4. Murid melaksanakan aktiviti dengan bimbingan guru

Jenis alatan dan fungsinya :


a.

Pasir Kinestetik

Bahan yang digunakan sebagai medium pengaplikasian terapi

SaidatulNazira

mengenggam,

Penulisan Jurnal
b.

makanan

Sebagai peneguhan sekiranya kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti

Refleksi
Saya telah melaksanakan terapi fisio ini pada 27 ogos 2015 di dalam kelas 1 Orkid
PPKI SK Bumiputera. Aktiviti ini saya mulakan dengan memberikan penerangan kepada
pelajar tentang apa itu pasir kinestetik. Kemudian, saya mula membuat demonstrasi
kepada responden tentang cara penggunaan pasir kinestetik seperti mengenggam,
merenyuk,

menguli,

dan

membentuk

mengikut

acuan.

Setelah

demonstrasi

dilaksanakan, saya menyuruh respon melaksanakan aktiviti yang sama dengan


bimbingan guru. Respon pada mulanya agak kekok memegang pasir kinestetik
berkenaan keranan struktur objek yang agak melekit. Responden kelihatan kurang
selesa memegang pasir kinestetik berkenaan sehingga didapati berkali-kali mengelap
tangannya pada pakaian. Namun demikian, terapi ini dirasakan mencapai objektifnya
kerana responden sudah mula pandai menguli, dan mengenggam pasir kinestetik
dengan betul tanpa bimbingan guru. Cadangan penambahbaikan yang perlu saya
laksanakan dalam menjalankan terapi pada masa akan datang adalah memilih tanah
liat kinestetik yang mana strukturnya lebih selesa untuk digenggam, selain ia juga
berbau wangi. Berdasarkan pemerhatian saya melalui pelaksanaan terapi ini, pelajar
berkenaan amat seronok diberi peluang untuk mencuba aktiviti yang mlelibatkan
pergerakan sungguhpun dia mempunyai keterbatasan dalam membuat sebarang aktiviti
dalam arahan.

Gambar Perlaksanaan :

SaidatulNazira

Penulisan Jurnal

Penulisan Jurnal
Bilangan Jurnal

: Keenam

Minggu Praktikum

: Enam

Tarikh Peristiwa

: 31 Ogos 04 September 2015

SaidatulNazira

Penulisan Jurnal
Tajuk Jurnal

: Pengintegrasian Terapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid


Pendidikan Khas
(Intervensi)

Tindakan susulan
Melaksanakan aktiviti terapi carakerja bersama pelajar di dalam kelas 1 Orkid
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Manipulatif selama 1 jam.

Objektif :

Menguatkan otot tangan kanak-kanak.

Membantu koordinasi mata dan tangan.

Murid dapat melakukan aktiviti dengan seronok.

Cara Perlaksanaan :
1. Guru menyediakan kertas berwarna pelbagai saiz kepada pelajar
bersama dengan acuannya.
2. Guru menerangkan kepada pelajar tentang cara merenyuk kertas
berwarna pelbagai saiz tersebut.
3. Guru membuat demonstrasi tentang aktiviti tersebut.
4. Murid melaksanakan aktiviti dengan bimbingan guru

Jenis alatan dan fungsinya :


a.

Kertas Berwarna Pelbagai Saiz

b.

Bahan yang digunakan sebagai medium pengaplikasian terapi

Makanan

Sebagai peneguhan sekiranya kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti

SaidatulNazira

Penulisan Jurnal

Refleksi
Saya telah melaksanakan terapi fisio ini pada 03 September 2015 di dalam kelas 1
Orkid PPKI SK Bumiputera. Terapi pada kali ini saya mulakan dengan menunjukkan
kepada responden kertas warna pelbagai saiz. Selepas itu, saya mula menunjukkan
kepada responden tentang cara merenyuk kertas warna tersebut bermula daripada saiz
yang paling kecil, sehingga saiz kertas warna yang paling besar. Selepas demonstrasi
dijalankan, responden mula menunjukkan minat untuk menjalankan aktiviti yang
dirancang. Saya memberikan kertas warna pelbagai saiz kepada respond an
membiarkan dia merenyuk kertas tersebut mengikut keselesaannya terlebih dahulu.
Selepas itu, saya membimbingnya untuk merenyuk kertas tersebut sehingga menjadi
bulat. Dalam pelaksanaan terapi pada kali ini, responden diadapati boleh merenyuk
kertas, tetapi tidak berupaya merenyuk kertas tersebut sehingga membentuk bentuk
bulatan disebabkan oleh kawalan motor kasar dan halus yang kurang. Berdasarkan
pemerhatian saya juga, saya turut mendapati bahawa responden mengalami masalah
dalam merenyuk kertas yang bersaiz agak kecil. Oleh yang demikian, saya merasakan
bahawa saya perlu menyediakan kertas yang lebih besar sebagai langkah awal
perlaksanaan terapi ini. Setelah responden kelihatan selesa, dan dapat merenyuk
kertas bersaiz besar tersebut dengan betul, barulah saya menukarkan saiz kertas
tersebut. Dengan cara ini, barulah responden dapat mengekalkan momentum dalam
pengawalan motor kasar dan halus. Sungguhpun begitu, terapi yang saya laksanakan
pada minggu keenam ini telah mencapai objektifnya di mana responden sudah mula
menerima arahan, dan sudah dapat mengawal pergerakan motor kasar dan halusnya
walaupun tidak sepenuhnya.
Gambar Perlaksanaan :

SaidatulNazira

Anda mungkin juga menyukai