Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKTR 1’2016

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


SK TAMAN RINTING 1, 2016

1. Nama Program : PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

2. Tarikh : 12 HINGGA 13 OGOS 2016

3. Hari / Masa : JUMAAT HINGGA SABTU

4. Tempat : SK TAMAN RINTING 1

5. Objektif :
a. Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program
kepimpinan.
b. Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.
c. Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai alam sekitar.
d. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
e. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
f. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
g. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

6. Sasaran : 100 orang murid Tahun 3,4 & 5

7. Butiran aktiviti :

HARI PERTAMA ( 12/08/2016 ) JUMAAT


10.00 pagi : Pendaftaran peserta perkhemahan yang terdiri 100 orang

10.30 pagi : Peserta mendengar taklimat yang disampaikan oleh Kem


Komanden Encik Norkhairul bin Mohamad
: Para peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap
kumpulan telah dibekalkan dengan barang amanah yang perlu
dijaga sepanjang perkhemahan sehingga acara penutup.
Barang amanah tersebut adalah biskut lemak
11.00 pagi : Slot 1 : Mendirikan Khemah yang dipimpin oleh Encik Syarul
Azrul bin Abd Ghani dan dibantu oleh guru-guru penasihat
Pergerakan Puteri Islam.
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKTR 1’2016

12.00 T/hari : Makan Tengahari: Menu: • Nasi Putih


• Ayam Masak Kicap
• Sayur Kubis Campur
• Air Sirap Limau
: Pengurusan Diri
: Solat Jumaat (Lelaki) dipimpin oleh Encik Ahmad Fahmi bin
Zakaria dan Encik Syarul Azrul bin Abd Ghani dengan
membawa peserta lelaki solat Jumaat di Masjid Taman
Rinting.
: Solat Zohor (perempuan) di surau Al-Hidayah SK Taman
Rinting 1.

2.30 petang : Slot 2 : Jenis Ikatan & Bantu Mula dipimpin oleh guru-guru
persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

4.00 petang :Minum Petang, menu: • Bubur Kacang


• Air Teh ‘O’

4.30 petang : Persiapan Diri & Solat Asar/Moral

4.45 petang : Slot 3: SKTR Ninja Warriors ( Laluan Berhalangan ) dipimpin


oleh guru-guru Tunas Kadet Remaja Sekolah.
: Para peserta perlu melepasi laluan berhalangan yang telah
disediakan oleh urusetia perkhemahan.

6.30 petang : Makan Malam, menu: • Nasi Putih


• Ayam Goreng
• Sayur Taugeh Kucai
• Air Tebu
: Pengurusan Diri.
: Solat Maghrib/Moral dipimpin oleh Encik Ahmad Fahmi bin
Zakaria
Tazkirah/Bacaan Yassin
Solat Isyak

8.30 malam : Persiapan Malam Bintang Gemerlapan

9.30 malam : Malam Bintang Gemerlapan


Peserta daripada setiap kumpulan perlu membuat
persembahan
Persembahan terbaik dikira pemenang

11.00 malam Minum Malam, menu: • Air teh ‘O’


• Biskut dalam tin
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKTR 1’2016

11.30 malam : Peserta tidur

HARI KEDUA ( 13/08/2016 ) SABTU

5.00 pagi : Pengurusan Diri & Solat Subuh / Moral

7.00 pagi : Peserta berhimpun di dataran kejat untuk perhimpunan pagi

7.30 pagi : Peserta melakukan aktiviti Kecergasan Pagi/senaman

8.00 pagi : Sarapan, menu : • Nasi Goreng


• Air Milo ‘O’
8.30 pagi : Slot 4 : Kawad Kaki yang dipimpin oleh jurulatih jemputan
dari Pengakap Kelana Daerah Pasir Gudang.

10.00 pagi : Minum Pagi, menu: • Air teh ‘O’


• Biskut dalam tin

10.15 pagi : Peserta menurunkan khemah kerana faktor cuaca sudah


kelihatan mendung. Para peserta diarahkan berkemas dan
menurunkan khemah dengan pantas. Semua peserta dapat
mengikut arahan dengan baik.

11.30 pagi : Slot 5 : Ikhtiar Hidup dipimpin oleh guru-guru Pandu Puteri
Tunas
: Para peserta perlu menyiang ikan tanpa menggunakan
sebarang peralatan dan membakar ikan tersebut di atas dapur
gas kecil dengan beralaskan daun pisang dan ranting kayu
sebagai penyucuk.
: Para peserta perlu menghidupkan kayu api dan membakar
ubi kentang serta merebus telur.

12.30 T/hari : Majlis Penutupan dirasmikan oleh Encik Shaiful Sharin bin Ali

: Keputusan pemenang bagi slot yang dipertandingakan.

ACARA PERTAMA KEDUA KETIGA


IKATAN DAN BANTU MULA KUMPULAN 2 KUMPULAN 10 KUMPULAN 9
PERSEMBAHAN MALAM BINTANG
KUMPULAN 1 KUMPULAN 7 KUMPULAN 2
GEMERLAPAN
SKTR NINJA WARRIOR KUMPULAN 2 KUMPULAN 10 KUMPULAN 4
IKHTIAR HIDUP KUMPULAN 7 KUMPULAN 8 KUMPULAN 1
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKTR 1’2016

: Keputusan kumpulan terbaik adalah Kumpulan 7


: Peserta perempuan terbaik :Nur Shahirah binti Mohd Fazie
: Peserta lelaki terbaik : Muhammad Aizat Hafizi bin Rosli

: Para peserta berkumpul mengikut kumpulan dan sesi


bergambar kenangan

1.00 petang : Bersurai


: Sebelum pulang peserta diingatkan untuk mengambil
makanan di kantin, menu: • Set Nasi Ayam ( bungkus )
• Air Oren

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :


1) Ahli jawatankuasa perkhemahan yang berdedikasi, sanggup berkorban masa,
waktu, tenaga dan wang ringgit
2) Pihak pentadbir yang memberikan sokongan padu serta memberikan
panduan dalam melaksanakan program.
3) Murid-murid berdisiplin dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program
dijalankan.
4) Mendapat kerjasama daripada pihak luar iaitu Pengakap Kelana Batu Pahat
bagi menjayakan program ini.
5) Mendapat kerjasama daripada pihak kantin bagi menyediakan makan dan
minum peserta perkhemahan serta jawatankuasa yang terlibat.

8.2 Kelemahan Program :


1) Kekurangan dana atau peruntukan yang telah membataskan aktiviti yang
ingin dijalankan termasuk pemilihan tempat perkhemahan
2) Pertindihan program anjuran PPD Pasir Gudang berlaku pada tarikh
perkhemahan menyebabkan kekurangan tenaga disetiap slot.
3) Berlaku ketirisan maklumat mengakibatkan sebilangan guru masih
beranggapan tugas sebagai fasilitator perlu sentiasa ada sepanjang
perkhemahan. Walaubagaimanapun taklimat awal telah memaklumkan
kepada semua guru.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :


1) Perlu merancang lebih awal sekurang-kurangnya 5 bulan sebelum bagi
mendapatkan dana untuk aktiviti perkhemahan ini.
2) Perlu merancang alternatif lain jika slot tersebut tidak dapat dijalankan
dengan sempurna dan merancang dalam menyusun jawatankuasa setiap
slot perlu ada sekurang-kurangnya 2 individu yang tidak mempunyai banyak
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKTR 1’2016

komitmen pada bulan Ogos.


3) Taklimat yang lebih jelas secara lisan dan bertulis agar tidak berlaku
ketirisan maklumat.

9. Dokumentasi Bergambar :
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKTR 1’2016
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKTR 1’2016

Disediakan : Disemak :

…………………………………… ………………………………….
(HAFIFAH BINTI KUSIN) (FADIL BIN NASARUDIN)
Ahli Jawatankuasa Laporan Perkhemahan, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Taman Rinting (1), SK Taman Rinting (1)
Masai , Johor Masai , Johor.

Disahkan:

………………………………….
(SITARA BINTI KOMAISE)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Taman Rinting (1),
Masai , Johor.

Anda mungkin juga menyukai