Anda di halaman 1dari 43

1

KOMPETENSI GURU DALAM KEBERKESANAN


BIDANG VOKASIONAL DI KOLEJ
VOKASIONAL MENGIKUT PERSEPSI PELAJAR

KOD BBP 30202


KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN
FAKULTI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV)
NAMA PELAJAR SITI WAN AISHA BINTI WAN A’LAUDDEN DB130066

SEKSYEN 3
PENSYARAH DR AZMAN HASAN

MARKAH

TUGASAN
i

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya


dapat saya menyiapkan tugasan bagi memenuhi kriteria pemarkahan tugasan individu
bagi subjek Kaedah Penyelidikan (BBP 30202) ini dengan jayanya. Sekalung
penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Dr. Azman Bin Hassan kerana
banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya rakamkan buat kedua ibubapa saya yang telah
banyak memberikan semangat serta dorongan kepada saya untuk terus berjaya dalam
apa jua bidang yang saya ceburi. Jutaan terima kasih saya dedikasikan kepada sahabat
dan rakan seperjuangan kerana tidak jemu memberi idea yang bernas dan berkongsi ilmu
dalam menyiapkan tugasan bagi subjek Kaedah Penyelidikan ini.

“Segala yang baik, datangnya daripada Tuhan,

Segala yang buruk, datangnya daripada kelemahan kami sendiri”

Sekian, terima kasih.


ii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN i

KANDUNGAN ii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Tujuan Kajian 10

1.5 Objektif Kajian 10

1.6 Persoalan Kajian 11

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Batasan Kajian 12

1.10 Definisi Istilah 13

1.10.1 Persepsi 13

1.10.2 pelajar 13

1.10.3 guru 14

1.10.4 kompetensi 14

1.11 Kerangka konsep 14

1.12 Rumusan 15
iii

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kompetensi 17

2.2.1 Kompetensi Guru 18

2.2.1.1 Kurikulum 18

2.2.1.2 Pedagogi 19

2.2.1.3 Sumbangan kepada sekolah 19

2.2.1.4 Sumbangan terhadap profesion keguruan 19

2.2.1.5 Penilaian 19

2.3 Komponen Kompetensi 20

2.3.1 Pengetahuan 20

2.3.2 Personaliti peribadi 21

2.3.3 Kemahiran 22

2.4 Ciri- ciri Kompetensi 22

2.4.1 Sifat (Traits) 23

2.4.2 Konsep Kendiri (Self Concept) 23

2.4.3 Motif (Motives) 23

2.4.4 Kemahiran (Skills) 23

2.4.5 Pengetahuan (Knowledge) 24

2.5 Jenis Kompetensi 24

2.6 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 25

2.6.1 Strategi Pemusatan Guru 25


2.6.2 Strategi Pemusatan Pelajar 26
2.6.3 Strategi Pemusatan Bahan 26
iv

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka bentuk Kajian 28

3.3 Populasi 28

3.4 Persampelan Data 28

3.5 Instrumen Kajian 29

3.5.1 Soal selidik 30

3.6 Kerangka Operasi 32

3.7 Pembolehubah Kajian 33

3.7.1 Pembolehubah Bersandar 33

3.7.2 Pembolehubah Tidak Bersandar 33

3.8 Lokasi Kajian 33

3.9 Kajian Rintis 34

3.10 Kaedah Analisis Data 35

3.11 Rumusan 36

RUJUKAN
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di Malaysia, pendidikan mempunyai beberapa sistem yang terbahagi kepada


beberapa jenis sistem yang dipanggil sistem pendidikan umum dan akademik,
pendidikan teknik dan vokasional serta sistem pendidikan agama, (Rashid, 2006).
Peranan yang dimainkan oleh sistem pendidikan teknik dan vokasional (PTV) pada masa
kini adalah sangat mencabar berikutan dengan perkembangan gelombang transformasi.
Bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional ini mempunyai tanggungjawab yang sangat
besar dalam mencapai visi untuk merealisasikan dasar transformasi pendidikan
sepertimana telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kearah
mencapai objektif dalam penghasilan modal insan yang berkualiti untuk memenuhi
2

kehendak pembangunan ekonomi pada masa kini. Peranan PTV amat besar dalam
melahirkan sekelompok tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam kalangan pelajar
dalam membangunkan industri sesebuah negara.

Melalui sistem pendidikan ini, pelajar sudah pasti dibekalkan dengan bidang-
bidang kemahiran yang akan menjurus kepada pekerjaan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui kemahiran pendidikan vokasional, pelajar boleh memilih
sekiranya mereka ingin menjadi seorang usahawan ataupun menceburi bidang pekerjaan
setelah mereka menamatkan pengajian di sesebuah institusi latihan kemahiran. Di
dalam menjamin pendidikan yang berkesan, pendidikan vokasional bertujuan untuk
meningkatkan minat pelajar kepada bidang vokasional di samping melahirkan pelajar
yang berkemahiran di peringkat menengah atas. Di dalam bidang ini, kursus- kursus
yang ditawarkan adalah untuk memberi pengetahuan asas berkenaan kemahiran
vokasional yang boleh menjadikan mereka tenaga mahir dan separuh mahir di dalam
bidang yang diceburi untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang kursus.

Menurut Boyatzis (1982) dan Quinn (1996), kompetensi mempunyai beberapa


elemen iaitu kemahiran , pengetahuan, pemahaman serta tingkahlaku yang praktikal
apabila melakukan sesuatu. Dalam menjadikan kejayaan seseorang terhasil, elemen
kompetensi adalah penting kerana ia merupakan keupayaan seseorang dalam
menyempurnakan tugas serta tanggungjawab yang telah diberikan supaya dijaga dengan
baik. Bagi seorang pendidik, kompetensi yang perlu ada adalah pengetahuan, kemahiran,
tingkahlaku supaya dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Hamzah (1993), menyatakan pendidik yang memprolehi kompetensi melalui


pengalaman dan pendidikan akan lebih berkeyakinan dalam menyampaikan
pengajarannya. Ianya disokong oleh Yusof (2003), menyatakan bahawa seseorang
individu akan memperolehi keupayaan serta kompetensi adalah melalui pendidikan
3

serta pengalaman di tempat mereka bekerja. Ia membawa maksud, kompetensi yang


dimiliki oleh individu itu adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya.
Kompetensi dapat mendorong individu untuk bertindak secara berkesan dan ia
merupakan karakter yang dimiliki seseorang individu yang melibatkan pengetahuan dan
tingkahlaku yang boleh dipamerkan bagi menghasilkan hasil kerja yang cemerlang.

Spencer & Spencer (1993), menyatakan terdapat lima ciri- ciri kompetensi iaitu
motif, sifat, konsep kendiri, kemahiran dan pengetahuan. Di dalam pendidikan, setiap
individu yang terlibat perlu mempunyai ciri- ciri kompetensi bagi menjamin kualiti di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan mengetahui keperluan kompetensi
supaya individu yang terlibat di dalam pendidikan dapat meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran bagi meningkatkan kualiti diri. Menurut Haron (2006), kompetensi
merupakan satu alat yang dibawa oleh individu bagi melaksanakan kerja mereka. dalam
menjayakan sesuatu tugas di dalam sesuatu model kompetensi, terdapat tiga elemen
penting iaitu pengetahuan, kemahiran serta tingkahlaku. Pengetahuan ialah maklumat
yang dimiliki oleh individu yang dapat memberi manfaat kepada orang lain terutamanya
pelajar. Kemahiran pula ialah kebolehan seseorang individu yang melibatkan tingkah
laku bagi melaksanakan tugas. Manakala, sikap merupakan kemahuan untuk
menjalankan tugas berkenaan serta keyakinan boleh melakukan tugas tersebut.

Menurut Noor Jamaluddin (1978), menyatakan bahawa guru merupakan seorang


tenaga pendidik yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan bimbingan
dan menbantu anak didik ke arah perkembangan jasmani dan rohaninya dalam mencapai
kejayaan pada usia dewasanya supaya mereka mampu untuk berdiri sendiri dalam
melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi serta sebagai seorang
individu yang boleh berdiri di atas usaha sendiri. seorang pendidik juga adalah semua
orang yang bertanggungjawab terhadap akademik pelajar secara individu di dalam
sekolah atau luar sekolah. Ini bererti, seorang pendidik perlu mempunyai kompetensi
dan kemampuan dalam menjalankan tugas bagi menjamin akademik pelajar.
4

Kompetensi guru merupakan suatu kemampuan serta tanggungjawab terhadap pelajar


yang diasuhny supaya tugas yang telah diamanahkan sebagai seorang pendidik berjaya
dilaksanakan dengan baik. Oleh itu, seseorang guru perlu mempunyai kompetensi
tersendiri yang boleh membantu melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan untuk
menyelesaikan sesuatu permasalahan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Di dalam bidang vokasional, institusi-institusi pendidikan yang terlibat hanya


menitik beratkan kursus-kursus berbentuk teori sahaja dan penekanan terhadap pelajar
sekolah vokasional dan teknik ke atas aspek amali adalah sangat kurang terutamanya
kerja amali di sektor perindustrian. Pendidikan teknik dan vokasional kurang
melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang betul dan secukupnya untuk pekerjaan
kerana tidak ada perhubungan dengan suasana kerja (Siti dan Nor Azizah, 1995). Satu
lagi permasalah yang yang timbul dimana pelaksaan pendidikan di Malaysia lebih
menekankan kepada pendidikan umum sahaja dan menjejaskan keupayaan dalam
melahirkan tenaga mahir selaras dengan keperluan negara.

Masyarakat dilihat mempunyai persepsi negatif terutama dalam kalangan ibu


bapa dengan menganggap pelajar-pelajar vokasional adalah tergolong dalam kalangan
pelajar yang lemah dalam bidang akademik kerana kekurangan tenaga guru mahir.
Menurut Siti Maspah dan Nor Azizah (1995), "Permasalahan yang besar ialah sikap
ibubapa yang memberikan lebih perhatian kepada pendidikan akademik berbanding
vokasional dalam menarik minat pelajar untuk lebih cenderung kepada pendidikan
vokasional. Mereka menganggap pendidikan yang diberikan di sekolah vokasional
dianggap sebagai "Second Class". Taraf pendidikan lulusan dari bidang vokasional
5

dianggap rendah walaupun sijil SPVM diiktiraf sama dengan SPM. Sekolah vokasional
adalah untuk pelajar yang lemah atau yang tercicir."

Lantaran itu, ramai juga ibubapa terutama Pegawai Tinggi Kerajaan kurang
menggalakkan anak-anak mereka yang berminat dalam bidang kemahiran untuk
meneruskan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional (Yahya, 1993). Perasaan
demikian ini timbul kerana pelajar yang memasuki sekolah kebangsaan adalah terdiri
daripada mereka yang mendapat kelulusan yang rendah dalam peperiksaan PMR dan
gagal untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Empat di sekolah akademik. Persepsi
masyarakat terhadap pendidikan vokasional kurang berkesan perlu diubah kerana PTV
boleh memberikan masa depan yang cerah kepada para lulusannya samada dalam
peluang pekerjaan mahupun bidang pendidikan peringkat tinggi.

Menurut Nasution (2001), pelajar merupakan seseorang individu yang menjadi


pelaku kepada kegiatan mengumpulkan serta menambahkan sejumlah ilmu pengetahuan.
Menurut Sudjana, secara dasarnya pelajar merupakan konsumen utama dari khidmat
yang telah diberikan oleh guru. Terdapat pelbagai permasalahan yang berhubung dengan
pelajar. Keadaan seperti ini menyebabkan timbulnya persoalan di mana bagaimana
pelajar itu menerima sesuatu pengajaran daripada guru serta minat yang cenderung
kepada belajar pelajar di dalam bidang akademik mahupun bidang kemahiran.

Di dalam sistem pendidikan, tunjang utama merupakan individu yang digelar


pendidik atau guru. Di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia guru adalah satu
golongan pelaksana dasar dan matlamat berdasarkan perkara yang telah ditetapkan oleh
pihak kerajaan. Neil (2002), menyatakan bahawa bagi menyempurnakan tugas dengan
sempurna, mengikuti latihan kursus tertentu adalah penting kepada para guru bagi
memperolehi kemahiran profesion perguruan. seiring dengan perkembangan pendidikan
sekarang, guru serta tenaga pengajar telah didedahkan dengan pelbagai program latihan.
6

Program seperti ini diberikan kepada mereka supaya ia dapat memberi pengalaman dan
pengetahuan dan menggunakannya sebagai adaptasi di dalam proses P&P. Pengalaman
tersebut boleh digunakan oleh guru di tempat latihan khususnya di kolej vokasional bagi
melahirkan tenaga mahir dan meningkatkan kualiti akademik, (Jabatan Pembangunan
Kemahiran).

Menurut laporan di dalam laporan Mahathir (1980), beliau mencadangkan


beberapa kehendak yang bersesuaian dengan permintaan industri supaya kurikulum
sekolah teknik yang kini kolej vokasional perlu diimbas kembali supaya ianya
bersesuaian seperti yang ditetapkan. Perbincangan mengenai kurikulum yang wujud di
sekolah teknik atau kolej vokasional merupakan satu perkara yang dianggap penting
dalam meningkatkan kurikulum sekolah. Dalam menjadikan pelajar yang bersaing tinggi
melalui pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar, pembentukkan kurikulum
perlu beretraskan kepada kehendak indsutri dan teknologi semasa. Kurikulum yang
ditawarkan perlu mengikut permintaan pasaran industri kerana sekiranya ia tidak
menepati kehendak industri akan menyebabkan lulusan kolej dapat mengaplikasikan
kemahiran apabila melangkah ke alam pekerjaan. Menurut Soo Wee Leng (1997),
kurikulum yang dimaksudkan adalah merangkumi pengetahuan asas, kemahiran teknikal
dan komunikasi serta etika di dalam pekerjaan.

Kemahiran teknikal serta pengalaman industri merupakan satu faktor utama


dalam pemilihan tenaga pengajar yang berkesan kerana ianya perlu dengan meluas yang
mana tidak menjadikan kelayakan akademik sebagai satu- satunya faktor utama dan ini
adalah dianggap sangat wajar. Menurut Siti Maspah & Nor Azizah (1995), kelonggaran
dalam pemilihan kakitangan untuk bekerja rapat dengan industri merupakan syarat yang
telah ditetapkan oleh kementerian untuk mendapatkan tenaga pengajar sebagai
kakitangan sementara atau pinjaman. Wajar untuk dilaksanakan beberapa program yang
melibatkan perhubungan luar dengan dengan pusat-pusat pengajian tempatan dan luar
negara dalam menjadikan tenaga pengajar yang terlatih sama ada di Politeknik atau
7

Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional. Mutu pengajaran yang berkesan akan
meningkatkan kualiti pendidikan dalam bidang vokasional meningkat.

Zawawi (2011), latar belakang guru juga mempengaruhi pengetahuan, kemahiran


dan pengalaman guru dalam pengajaran amali terutama bidang vokasional. Ini kerana
guru mempunyai pelbagai latar belakang yang sebahagiannya datang dari sekolah
harian. Menurut Bakar (2009), seseorang guru berkualiti mempunyai penguasaan
kemahiran serta pengetahuan yang membantu untuk merealisasikan diri sendiri sebagai
alat meningkatkan keberkesanan pengajaran di bengkel. Ali (1996), menyokong
kenyataan bahawa walaupun guru mempunyai penguasaan teori yang baik tetapi proses
pengajaran masih tidak dilakukan dengan berkesan disebabkan kurang penguasaan
kemahiran. Jika penguasaan kemahiran dalam kalangan guru vokasional tidak berkesan,
bagaimana ingin melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi dalam membangunkan negara
pada masa hadapan.

Terdapat permasalahan dimana guru yang mengalami kesukaran untuk


memahamkan pelajar mengenai sesuatu proses kerja di dalam bidang vokasional dengan
menggunakan media statik seperti lakaran di papan hitam atau melalui bahan bercetak,
(Madar, 2009). Hasil dari permasalahan ini, pelajar sukar untuk memahami sesuatu
proses yang melibatkan kerja amali. Profesional seorang guru boleh dilihat apabila
mereka akan sentiasa menambah kemahiran serta pengetahuan di dalam pengajaran
kepada pelajar dengan cara penggunaan ABBM yang boleh menarik minat pelajar dan
rasa ingin tahu dalam diri setiap pelajar. perkataan dan simbol memberi makna terhadap
pengalaman yang dialami oleh seseorang, (Emat 2005). Guru yang mahir
mengaplikasikan ABBM akan memberikan kesan yang berkesan kepada pelajar kerana
pembelajaran berpusatkan bahan tidak menghasilkan sebarang perubahan pada
pembelajaran dengan sendirinya tanpa kompetensi seorang guru mahir.
8

Menurut Tuan (2006), sikap positif seorang guru di dalam pengajaran dan
pembelajaran akan menjadikan seorang guru tersebut sebagai guru yang cemerlang serta
seorang yang boleh memahami mata pelajaran pengkhususannya yang merupakan teras
utama subjek pengajarannya. Bagi guru yang mempunyai kurang pengetahuan serta
memiliki kemahiran teknikal yang kurang dalam P&P akan menyebabkan lahirnya sikap
negatif di dalam diri mereka dan keyakinan yang rendah terhadap pengajarannya. Oleh
itu, sikap seseorang guru memainkan peranan penting di dalam pembentukan pelajar
yang berkemahiran bagi menjadikan bidang vokasional adalah berkesan dan bukan
pendidikan kelas kedua.

Wearmount (2005), menyatakan semasa sesi penerangan telah terdapat beberapa


permasalahan. Permasalahan tersebut ialah guru memberi penerangan yang kurang jelas
dan ia boleh datangkan masalah kepada pelaksanaan pendidikan di dalam bidang
vokasional. Masalah ini sering berlaku kerana guru mempunyai kurang kemahiran serta
pengetahuan dalam melaksanakan tugas. Menurut Sulaiman (2003), sikap toleransi serta
tolong- menolong dalam kalangan pelajar perlu menjadi aspek utama dalam
kelengkapan diri seorang guru dari aspek pengetahuan dan kemahiran yang membantu
akademik serta kemahiran pelajar. Penguasaan kemahiran guru dalam bidang
vokasional adalah penting terutamanya bagi kerja- kerja amali di bengkel. Hal ini
kerana, pemahaman guru yang lemah boleh menyebabkan peratusan pelajar untuk
memahami proses P&P menurun dengan kadar yang rendah walaupun guru tersebut
mempunyai penguasaan teori yang baik, (Hamzah, 1993). Penguasaan terhadap teori
sahaja tidak mencukupi untuk membantu memastikan pengajaran amali berjalan dengan
baik dan berkesan.

Dalam melahirkan guru yang berkualiti di dalam bidang vokasional, perancangan


sumber manusia perlu dipertingkatkan melalui pendidikan latihan vokasional.
Pembentukan tenaga pengajar yang mahir serta berkemahiran tinggi adalah tidak selari
dengan pengendalian kurikulum di kolej vokasional. . Namun, pandangan negatif ibu
9

bapa terhadap pendidikan vokasional telah mengurangkan minat pelajar untuk


menceburi bidang teknikal dan vokasional menyebabkan mereka kurang bermotivasi
untuk memilih laluan kerjaya di dalam bidang ini. Tetapi, pelbagai negara telah
memberikan imej pandangan negatif terhadap bidang teknikal dan vokasional di
Malaysia tetapi ia turut berlaku di negara- negara Asean dan Amerika Syarika turut
mempunyai persepsi negatif terhadap bidang vokasional.. (Wancott, 2000; Gray, 1997;
Kang and Bishop, 1986).

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pencarian, dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan vokasional,


yang sering menjadi masalah utama adalah dari tenaga pengajar. tenaga pengajar yang
kebanyakkannya kurang pengalaman di dalam perindustrian biasanya diambil secara
terus dari maktab khas latihan teknik atau vokasional atau niversiti tempatan. Fenomena
ini perlu untuk diambil perhatian oleh pihak tertentu kerana kemhiran tenaga pengajar
di dalam bidang akademik sahaja tanpa memiliki pengalaman industri akan menjadikan
pendidikan vokasional adalah bercorak teori sahaja. Lantaran daripada ini, institusi
vokasional akan melahirkan lepasan pelajar yang memiliki kurang kemahiran dan
kurang terlatih dalam memenuhi tuntutan bakal majikan mereka kelak.

Di samping itu juga, dalam menghasilkan tenaga mahir dalam bidang vokasional
masyarakat perlu berpandangan positif terhadap PTV di mana pendidikan vokasional
bukan sahaja menekankan pendidikan kemahiran tetapi turut menekankan akademik
pelajar. Pelbagai usaha yang perlu ditekankan dalam menjamin masa depan pelajar
seperti kemahiran tenaga pengajar, strategi serta tingkah laku dan kemahiran yang boleh
disampaikan oleh tenaga pelajar dalam meningkatkan masa depan pelajar di bidang
pendidikan vokasional. Usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi mengubah persepsi
10

manusia ke arah yang lebih positif terhadap pendidikan vokasional dan guru dalam
meningkatkan kualiti pelajar.

Oleh itu, dengan adanya permasalahan seperti yang dinyatakan, ini telah
menimbulkan minat pengkaji untuk mengkaji dan menilai keberkesanan kompetensi
guru dalam menjamin masa depan pelajar dalam bidang pendidikan vokasional.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan menjalankan kajian adalah bagi melihat keberkesanan kompetensi guru


dalam menjamin serta meningkatkan masa depan dan minat pelajar dalam bidang
pendidikan vokasional dari sudut kemahiran, tingkah laku, strategi serta pengetahuan
guru.

1.5 Objektif Kajian

i. Mengenalpasti tahap kompetensi pengetahuan guru terhadap proses pengajaran


dan pembelajaran mengikut persepsi pelajar.
ii. Mengenalpasti kompetensi strategi yang digunakan oleh guru berkesan terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran mengikut persepsi pelajar.
iii. Mengenalpasti tahap kompetensi dari aspek tingkahlaku guru terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut persepsi pelajar.
11

1.6 Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi menyelesaikan persoalan berikut:

i. Apakah tahap kompetensi pengetahuan guru terhadap proses pengajaran dan


pembelajaran mengikut persepsi pelajar?
ii. Adakah kompetensi strategi yang digunakan oleh guru berkesan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut persepsi pelajar?
iii. Apakah tahap kompetensi guru dari aspek tingkahlaku terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut persepsi pelajar?

1.7 Kepentingan Kajian

Daripada penghasilan kajian ini, pengkaji berharap agar dapat memberi


sumbangan kepada tenaga pengajar serta tenaga guru dalam mempertingkatkan
kemahiran dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing serta berkualiti dalam bidang
vokasional. Hasil yang diperolehi sedikit sebanyak dapat mengenalpasti dan
mendedahkan kepada pihak berkaitan seperti guru, pelajar, masyarakat serta pihak kolej
vokasional mengenai persepsi pelajar terhadap keupayaan guru dalam meningkatkan
penguasaan pengajaran dalam bidang vokasional. Ini membolehkan pihak guru
memperbaiki cara pengajaran supaya ia menjadi berkesan dan efektif kepada pelajar
melalui kemahiran vokasional serta akademik.

Diharapkan dengan kajian ini juga dapat membantu guru mempertingkatkan


strategi pengajaran sama ada melalui kemahiran mahupun akademik kepada pelajar.
Selain itu, diharap kajian ini dapat membantu guru memperbaiki tingkahlaku semasa
proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar bagi menjadikan pelajar berkualiti
12

dalam menerima sebarang ilmu vokasional oleh guru. Selain itu, hasil dapatan kajian
diharap dapat digunakan sebagai panduan kepada pihak kolej vokasional bagi
meningkatkan kursus- kursus kemahiran kepada para guru vokasional. melalui program
ini, guru dapat mencurahkan pengalaman dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran
dan berpengetahuan tinggi.

1.8 Skop Kajian

Skop kajian ini tertumpu kepada keupayaan guru dalam bidang vokasional
berdasarkan persepsi pelajar di Kolej Vokasional. Ia memfokuskan kepada tahap
pengetahuan guru, strategi pengajaran berkesan yang digunakan oleh guru serta
tingkahlaku guru terhadap pelajar. Dapatan kajian adalah bergantung kepada keupayaan
responden dalam memberi maklumbalas terhadap setiap soalan yang diberikan. Sampel
terlibat ialah pelajar- pelajar Tahun 2 Kolej Vokasional Batu Pahat dan Kolej
Vokasional Kluang seramai 50 orang pelajar dalam pelbagai kursus vokasional yang
diceburi. Ini kerana pelajar sentiasa mengikuti kelas dan dapat menilai dengan lebih jelas
keupayaan setiap guru semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.

1.9 Batasan Kajian

Dalam menjadikan kajian ini mungkin terdapat halangan yang akan dihadapi. Di
antaranya, kemungkinan pengkaji tidak mendapat kerjasama dari pihak Kolej
Vokasional ataupun guru- guru dan juga responden yang tidak mahu memberi kerjasama
kepada pengkaji untuk menjalankan kajian semasa pengagihan borang soal selidik.
13

Selain itu, kajian ini juga bergantung kepada keikhlasan dan kematangan responden
dalam menjawab bagi membantu pengkaji menyelesaikan dan melicinkan kajian ini
dengan lancar.

1.10 Definisi Istilah

Di dalam menghasilkan kajian ini, beberapa istilah telah dikenalpasti dan boleh
didefinisikan berdasarkan penggunaannya dalam konteks kajian. Tajuk kajian ini adalah
“ Persepsi Pelajar Terhadap Kompetensi Guru Dalam Bidang Vokasional di Kolej
Vokasional Batu Pahat dan Kluang ”.

1.10.1 Persepsi

Persepsi di dalam kajian ini bermaksud pandangan pelajar terhadap keupayaan


guru yang berkesan yang boleh disampaikan kepada pelajar.

1.10.2 Pelajar

Pelajar yang dimaksudkan di dalam kajian ini merupakan pelajar- pelajar Tahun
2 Kolej Vokasional di dua daerah sekitar Johor iaitu Kolej Vokasional Batu Pahat serta
Kolej Vokasional Kluang yang mengambil pelbagai bidang kursus vokasional.
14

1.10.3 Guru

Guru dalam kajian ialah tenaga pengajar di Kolej Vokasional mengikut bidang
kursus vokasional.

1.10.4 Kompetensi

Dalam kajian ini keupayaan dimaksudkan kompetensi guru dalam pengajaran


serta pengetahuan guru yang merangkumi strategi atau kaedah pengajaran, tahap
pengetahuan serta ciri- ciri tingkahlaku berkesan.

1.11 Kerangka Konsep

Elemen kompetensi ini adalah penting bagi seseorang guru menghasilkan


pengajaran amali yang berkualiti.

Kompetensi

Pengetahuan
Kompetensi
guru
Guru dalamkeberkesa
Strategi nan bidang
Vokasional
vokasional
mengikut
Tingkah laku persepsi pelajar

Rajah 1.1 : Kerangka konsep (diubahsuai daripada Yusuf, 2003)


15

1.12 Rumusan

Berdasarkan pada huraian yang dinyatakan iaitu latar belakang masalah,


pernyataan masalah, objektif kajian dan persoalan kajian di atas diharap ia dapat
membantu pengkaji dalam memberi pemahaman dan garisan panduan yang lebih
terperinci dalam menjayakan kajian ini.
16

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bahagian ini adalah bertujuan untuk membincangkan hasil daripada kajian yang
lepas mengenai kompetensi guru dalam bidang vokasional terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran. Kajian literatur dikenali sebagai tinjauan literatur atau sorotan kajian.
Menurut Chua (2005), kajian literatur didefinisikan sebagai kajian rujukan secara secara
kritikal dan sistematik ke atas dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan
kaedah memperolehi maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang akan dilaksanakan.
Maklumat dan fakta yang diperolehi daripada hasil sorotan kajian ini dapat membantu
pengkaji dalam melaksanakan dan membuktikan dapatan kajian.
17

2.2 Kompetensi

Spencer & Spencer dalam Hamzah B. Uno (2007), kompetensi ditakrifkan


sebagai karakter yang mencerminkan seseorang dan perilaku berfikir di dalam segala
situasi dan berlaku di dalam jangka masa yang lama. Kompetensi merujuk kepada sikap,
perilaku seseorang dalam melakukan sesuatu kerja. Takrifan kompetensi adalah secara
berbeza- beza dan ditakrifkan mengikut tujuan serta pendekatan pelaksaan oleh sesuatu
organisasi dalam mencapai serta meningkatkan pencapaian pekerja dari aspek
pengethuan, kemahiran serta sifat yang membolehkan seseorang individu mempamerkan
sesuatu kerja atau kegiatan kepada organisasi. Menurut Sampson & Fytros (2008),
dalam menilai sesuatu kemampuan kerja pekerja tahap kompetensi memainkan peranan
penting sebagai aset penilaian.

Menurut Ariffin (2010), beliau menjelaskan bahawa kompetensi adalah satu set
gabungan yang dilihat dari pelbagai aspek seperti aspek pengetahuan, kemahiran dan
personaliti peribadi serta tingkahlaku yang perlu ada dalam diri seseorang individu dan
perlu sentiasa diamalkan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan. Boleh
dirumusakan bahawa matlamat utama adalah untuk membolehkan seseorang
menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Bowden dan masters (1993) mengatakan
istilah kompetensi telah dikupas dari pelbagai aspek pandangan dan perspektif yang
berbeza. Ia asalnya digunakan di dalam bidang pendidikan untuk menjelaskan
tingkahlaku tenaga pelajar. Istilah ini digunakan secara meluas di dalam bidang
pengurusan melalui tugas dan kerja yang dilakukan.

Kompetensi adalah sesuatu yang membolehkan keberkesanan dalam


menjalankan aktiviti- aktiviti yang diberi melalui set kemahiran berpadu, pengetahuan
dan sikap (International Board of Standard for Training, Performance and Instruction,
2006). Manakala, menurut Friensen & Anderson (2004), kompetensi merupakan satu
18

penerapan bersepadu terhadap pengetahuan, nilai- nilai, pengalaman, kemahiran,


sentuhan dan sumber- sumber ilmu luar yang dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan
atau sesuatu situasi. Dapat disimpulkan, kompetensi boleh dinyatakan bahawa
kompetensi ialah perhubungan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
digunakan bagi membentuk tingkahlaku seseorang apabila menjalankan tugas yang
menjadi aspek utama dalam pendidikan iaitu tahap keupayaan guru dari aspek
pengetahuan, kemahiran serta sikap dalam proses pengajaran dan pembelajaran
vokasional.

2.2.1 Kompetensi Guru

Menurut Zamroni (2001), guru merupakan seorang individu yang berperanan


penting dalam membuat perancangan strategi pembelejaran yang akan dilakukan.
Keberhasilan pembelajaran adalah bergantung kepada ketrampilan guru semasa kegiatan
pengajaran di dalam kelas supaya dapat dilakukan dengan baik dan lancar. Pelaksanaan
sosial seperti pengajaran serta kepakaran guru di dalam subjek sama ada teori ataupun
adaptasi komuniti merupakan satu set kriteria yang ditetapkan di dalam standard
profesional perguruan. Terdapat lima komponen yang berkesan bagi mengenalpasti
kompetensi yang minimum untuk guru (Beare, 2001). Lima komponen tersebut ialah
pedagogi, kurikulum, penilaian, sumbangan guru kepada sekolah dan sumbangan
terhadap profesion keguruan.

2.2.1.1 Kurikulum

Guru perlu mempunyai pengalaman serta pengetahuan dalam isi kandungan


pengajaran yang akan diajar kepada pelajar dan ia perlu sentiasa dikemaskini.
19

2.2.1.2 Pedagogi

Guru perlu mempunyai ilmu pedagogi yang membolehkan guru untuk mengajar
serta bijak dalam menguruskan kelas menggunakan mod pembelajaran serta kaedah
pengajaran yang berkesan dan sesuai.

2.2.1.3 Sumbangan kepada sekolah

Guru seharusnya memberi sumbangan yang boleh memberi hasil kepada pihak
sekolah serta berfungs kepada sekolah secara formal mahupun tidak formal. Guru juga
perlu mengambil berat terhadap tugas dan budaya supaya dapat memenuhi kehendak
dalam mempunyai pelajar yang baik serta mempunyai reputasi cemerlang di samping
mempunyai hubungan yang baik antara guru dengan ibu bapa dan seluruh komuniti.

2.2.1.4 Sumbangan terhadap profesion keguruan

Guru diharapkan dapat mengamalkan profesional keguruan dengan aktif di


dalam aktiviti profesional serta memberi sumbangan di dalam pembangunan profesion
keguruan dan sentiasa bersedia dalam usaha membantu secara profesional.

2.2.1.5 Penilaian

Sebagai seorang guru, perlulah sentiasa mengetahui cara bagaimana untuk


membuat penilaian terhadap hasil kerja dan kemajuan pelajar serta bagaimana tindakan
yang boleh dilakukan oleh guru untuk melaporkan kemajuan pelajar kepada ibu dan
20

bapa dan guru perlu tahu cara untuk menyimpan rekod kemajuan pembelajaran dan
bagaimanapenyelesaian guru dalam menetapkan tahap kemajuan pelajar.

2.3 Komponen Kompetensi

Komponen ditakrifkan sebagai alat yang dibawa oleh individu untuk


melaksanakan segala tugas mereka. Menurut Harun (2006), terdapat tiga komponen
kompetensi yang utama iaitu :

2.3.1 Pengetahuan

Pengetahuan adalah kebolehan pegawai untuk meningkatkan pengetahuan secara


sistematik dan berkesan bagi memperbaiki prestasi diri menjadi lebih berkesan.
Menurut Ahmad Zanzali (2010), seseorang guru harus mempunyai pengetahuan dan
menguasai pelajaran yang di ajar serta mengetahui pedagoginya di dalam pengajaran. Ini
adalah bagi memastikan proses P&P terlaksana dengan berkesan bagi mencapai objektif
yang telah ditetapkan. Jika guru tidak mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu topik
kursus bagaimana mereka mampu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesa. kenyataan ini disokong oleh Haberman (1995), yang menyatakan
bahawa seseorang guru tidak boleh mengajar jika mereka tidak menguasai pengetahuan
mengenai mata pelajaran yang akan di ajar.

Menurut Mohd Said & Yunus (2006), membangunkan ilmi pengetahuan,


seseorang itu perlu memiliki maklumat dan kebolehan memanipulasi maklumat tersebut.
Peningkatan pengetahuan yang dikuasai oleh seseorang guru dapat meningkatkan
21

kemampuan intelek dan kepintaran sebagai seorang guru. Secara ringkasnya hubungan
pengetahuan dengan kepintaran adalah hubungan yang positif yang mana ia semakin
meluas dan banyak pengetahuan yang diperolehi maka semakin pintar guru itu. Menurut
Abdul Wahab (2006), sebaik- baik guru adalah mereka yang mempunyai pengetahuan
tinggi, mahir dalam bidang teknikal, cekap menjalankan tugas sebagai seorang guru. Ini
adalah penting bagi memastikan pelajar mendapat pengetahuan mengenai sesuatu topik
dengan lebih jelas dan boleh menarik minat para pelajar untuk belajar.

Pengetahuan guru di dalam bidang vokasional mengenai peralatan adalah penting


di dalam bidang ini yang melibatkan berbagai jenis alatan dan mesin. Di dalam bidang
vokasional, terdapat pelbagai alatan yang biasa digunakan oleh guru seperti alat tangan,
mesin mudah alih dan mesin pegun. Oleh itu, seseorang guru perlu mengetahui prosedur
penngunaan peralatan supaya dapat memudahkan guru untuk menerangkan kepada
pelajar cara yang betul menggunakan peralatan. Pengetahuan guru menggunakan
peralatan di dalam bidang vokasional bukan sahaja memberikan keyakinan kepada guru
dalam proses pengajaran, tetapi ia juga mengelakkan kemalangan yang mungkin
berlaku. Hal ini telah diakui oleh frant (1981), menyatakan bahawa pengetahuan
penggunaan peralatan penting bagi mengelakkan kemalangan.

2.3.2 Personaliti peribadi

Nilai- nilai peribadi dan perilaku yang perlu dihayati dan diamalkan oleh
perkhidmatan awam. Menurut Mok Song Sang (2003), guru merupakan seorang
pendidik dan pengasuh pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu
pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa akan datang. Hanya pendidik yang
bertatasusila dan berperibadi tinggi boleh melaksanakan tugas mereka sebagai pendidik
dengan berkesan dan sempurna. Ciri- ciri murni peribadi yang harus diterapkan di dalam
22

diri setiap guru boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu sifat peribadi, tingkah laku
dan contoh teladan serta sifat kualiti profesional.

2.3.3 Kemahiran

Kebolehan pegawai untuk memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang


diperolehi dalam menjalankan tugas dengan berkesan dan cemerlang bagi mencapai
objektif organisasi. Guru atau pendidik merupakan individu yang menjadi penyinar ilmu
kepada pelajar dalam mengembangkan akademik pelajar. kemahiran dalam
mempertingkatkan potensi pelajar adalah sangat penting untuk dibekalkan kepada guru
supaya ilmu yang disampaikan adalah berkesan. Guru hendaklah sentiasa membuat
perancangan, perlaksanaan serta penilaian terhadap pengajaran mereka di dalam kelas
bagi meningkatkan lagi kemahiran pengajaran dengan baik. Oleh itu, kejayaan
seseorang pelajar dalam sesuatu kursus adalah bergantung kepada kemahiran seseorang
individu yang digelar guru.

2.4 Ciri- ciri Kompetensi

Menurut Spencer & Spencer (1993), terdapat lima ciri- ciri kompetensi di mana
seseorang guru perlulah memahami ciri- ciri kompetensi bagi memudahkan mereka
melaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri- ciri kompetensi yang
dinyatakan oleh Spencer & Spencer (1993) ialah :
23

2.4.1 Sifat (Traits)

Sifat dapat ditakrifkan sebagai ciri- ciri respon atau reaksi seseorang yang relatif
bagi menyesuaikan dirinya secara ringkas. Sifat juga merupakan watak seseorang dalam
tingkahlakunya serta bagaimana seseorang memberi respon dengan cara yang tersendiri.
Sebagai contoh seperti percaya diri, mengawal diri, ketabahan atau ketahanan.

2.4.2 Konsep Kendiri (Self Concept)

Konsep kendiri dapat ditakrifkan sebagai keyakinan, persepsi, perasaan atau


sikap seseorang serta kualiti sikap dn suatu sistem pemaknaan individu mengenai dirinya
sendiri dan pandangan orang lain tentang dirinya. Selain itu, konsep kendiri merupakan
sikap dan nilai yang dimiliki seseorang yang diukur terhadap responden untuk
mengetahui nilai yang dimiliki seseorang untuk melakukan sesuatu.

2.4.3 Motif (Motives)

Gerungan (1975) menyatakan bahawa motif merupakan pelengkap dorongan


dalam diri manusia yang menyebabkan ia berbuat sesuatu di mana semua tingkah laku
manusia pada hakikatnya mempunyai motif untuk membuat sesuatu kerja.

2.4.4 Kemahiran (Skills)

Kemahiran boleh ditakrifkan sebagai suatu kemampuan dalam melakukan tugas


sama ada secara mental mahupun fizikal.
24

2.4.5 Pengetahuan (Knowledge)

Bagi mengukur tahap kemampuan manusia dalam memilih jawapan yang paling
benar didefinisikan sebagai pengetahuan yang membawa maksud informasi yang
dimiliki seseorang dalam bidang tertentu.

2.5 Jenis Kompetensi

Spencer & spencer (1993), menyatakan bahawa kompetensi mempunyai dua


jenis iaitu kompetensi umum dan kompetensi khusus. Menurut Spencer & Spencer,
kompetensi umum didefinisikan sebagai satu pengetahuan serta kemahiran yang
seharusnya dimiliki oleh setiap anggota seseatu perkhidmatan. Pembahagian bagi
kompetensi umum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kompetensi teras dan
profesional. Di dalam kompetensi teras, terdapat nilai asas serta ciri- ciri peribadi yang
perlu ada pada setiap anggota seperti integriti, disiplin, ketelusan dan akauntabiliti.
Manakala, kompetensi profesional menggariskan pengetahuan dan kemahiran sebagai
aspek utama yang perlu ada pada setiap anggota. Seterusnya, kompetensi khusus pula
adalah kemahiran, pengetahun serta personaliti spesifik peribadi individu dalam
menjalankan tugas serta tanggungjawab bagi sesuatu jawatan dan kumpulan jawatan
sebuah organisasi tersebut, (Spencer & Spencer, 1993).
25

2.6 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Mok Soon Sang (2002), strategi pengajaran dilakukan adalah untuk
mewujudkan aktiviti pembelajaran. Malah keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung
kepada kebolehan guru dalam memastikan kemahiran pengajaran yang baik untuk
memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar. Pengajaran boleh
ditakrifkan sebagai satu kaedah yang berfungsi sebagai perangsang utama pembelajaran
serta untuk mewujudkan situasi pembelajaran berkesan kepada pelajar. Esah Sulaiman
(2004), menyatakan bahawa proses pengajarn akan berkesan jika berlaku pembelajran
semasa proses P & P.

Menurut Ee Ah Meng (2002), teknik serta strategi pengajaran berkait rapat


dengan kaedah kerana teknik pengajaran adalah kemahiran terhadap khusus yang
terdapat dalam sesuatu kaedah. Teknik pengajaran lebih berasaskan kepada strategi
pengajaran iaitu ditumpukan kepada strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan
pelajar dan strategi berpusatkan bahan, (Mok Soon Sang, 2002).

2.6.1 Strategi Pemusatan Guru

Brophy (1978), menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan


pendekatan yang mudah dirancang dan diurus dalam membekalkan model untuk
pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana yang negatif yang sering dikaitkan
dengan kaedah kumpulan. Guru memainkan peranan utama di mana seorang guru
haruslah menguasai dan boleh mengawal segala aktiviti yang dilaksanakan di dalam
kelas dengan banyak memberi penjelasan atau penerangan dan pelajar hanya duduk
mendengar.
26

2.6.2 Strategi Pemusatan Pelajar

Strategi pemusatan pelajar memainkan peranan di mana di dalam proses


pembelajaran pelajar perlu melibatkan diri secara aktif terhadap sebarang aktiviti
pembelajaran. Semasa proses pembelajaran, guru bertindak sebagai seorang ketua yang
memimpin di dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara berkumpulan mahupun
secara individu. Terdapat beberapa pertimbangan kaedah yang boleh digunakan semasa
menggunakan strategi pemusatan pelajar iaitu kaedah lawatan, simulasi atau main
peranan, kumpulan dan pengajaran individu. Komunikasi yang digunakan di dalam
strategi pemusatan pelajar adalah komunikasi dua hala yang mana pelajar digalkkan
untuk memberi pendapat mereka sendiri.

2.6.3 Strategi Pemusatan Bahan

Strategi pemusatan guru membolehkan seseorang guru untuk menyampaikan


penagajarannya dengan berkesan yang boleh menarik minat pelajar manakala pelajar
boleh memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru dan boleh menjalankan aktiviti
P&P secara bersendirian mahupun secara berkumpulan tanpa pengawasan daripada
guru. Bahan pengajaran yang digunakan di dalam strategi ini dikategorikan kepada dua
iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Menurut Gearheart & Gearheart (1989),
Hawkridge & Vincent (1992) serta Mather & Bos (1994), mereka berpendapat pelajar
yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran dan tingkahlaku akan memperolehi
kemahiran serta pengetahuan baru melalui literasi komputer iaitu bahan pembelajaran.
Oleh itu, strategi pemusatan bahan memberi keutamaan kepada bahan pengajaran di
mana guru dan pelajar sepenuhnya bergantung kepada penggunaan bahan pembelajaran
bagi mencapai objektif pengajaran guru.
27

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bahagian bab ini adalah untuk membincangkan mengenai kaedah atau


metodologi yang digunakan untuk menyempurnakan tajuk kajian ini dengan baik.
Antara aspek- aspek yang dihuraikan dalam metodologi kajian ini adalah rekabentuk
kajian, populasi, persampelan serta sampel kajian, insrumen kajian, kebolehpercayaan,
kajian rintis dan analisis data kajian.

Kajian ini akan menekankan kepada keupayaan guru dalam bidang


vokasionalmengikut persepsi pelajar di kolej vokasional.
28

3.2 Reka bentuk Kajian

Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif di mana ia adalah tinjauan


dalam bentuk soal selidik sebagai instrumen utama dalam kajian. Kuantitatif yang
digunakan adalah berdasarkan kepada kategori kuantiti angka, kekerapan dan skor.
Menurut Mohamad Najib (1999), jika dilihat dari segi teknik data yang diperolehi hasil
ujian soal selidik adalah berbentuk kuantitatif. Data kajian akan diproses secara
deskriptif melalui borang soal selidik yang menggunakan skala Likert. Dalam pada itu,
kajian secara deskriptif adalah untuk menjelaskan mengenai sesuatu fenomena, situasi,
peristiwa yang berlaku serta keadaan yang wujud bagi sesuatu populasi (Mason dan
Bramble, 1997).

3.3 Populasi

Populasi merupakan sekumpulan yang besar yang memperolehi manfaat hasil


daripada dapatan pengkajian saintifik ke atas sampel oleh pengkaji, (Chan Yan Piaw,
2006). Populasi kajian adalah daripada pelajar- pelajar Tahun 2 Kolej Vokasional Batu
Pahat dan Kluang.

3.4 Persampelan Data

Persampelan data kajian adalah merujuk kepada strategi untuk mendapatkan


maklumat mengenai responden. bagi mendapatkan maklumat dalam menyelesaikan
29

sesuatu masalah pengkaji boleh menggunakan kaedah persampelan data tanpa


menggunakan seluruh ahli populasi. Di dalam melakukan kajian, penggunaan sampel
yang tidak sesuai akan menyebabkab kekurangan nilai kesahan dan kebolehpercayaan
kajian, (Chan Yan Piaw, 2006). Oleh yang demikian, pemilihan bagi sampel kajian
perlulah dipilih dengan tepat dan betul bagi melicinkan kajian dengan baik.

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak


yang dibahagikan kepada beberapa sampel iaitu sampel mudah, sampel susun lapis,
kelompak dan kelompak atas kelompak. Oleh itu, pengkaji boleh menggunakan
persampelan mudah. Sampel mudah merupakan kaedah yang digunakan secara mudah
untuk memilih sampel daripada sekelompok populasi yang banyak di mana setiap orang
akan mendapat peluang untuk dipilih, (Mohamad Najib, 1996).

3.5 Instrumen Kajian

Di dalam bidang sains sosial, satu kaedah yang paling popular digunakan adalah
kajian tinjauan. Kajian tinjaun merupakan satu pendekatan untuk digunapakai bagi
menggambarkan atau menghuraikan masalah atau fenomena yang ingin dikaji.. Kajian
ini popular kerana ia boleh mendapatkan jawapan yang memuaskan atau benar- benar
daripada responden.. Kaedah ini adalah sesuai bagi kajian untuk mendapatkan
maklumat mengenai sikap serta perilaku dan persepsi, faktor- faktor dan pendapat
melalui sampel dari populasi. Ianya bersifat deskriptif yang berbantukan borang soal
selidik.
30

3.5.1 Soal selidik

Kaedah soal selidik sering digunakan bagi mengutip data serta untuk mengetahui
sikap seseorang menggunakan skala kadar atau Likert Scale. Menurut Djaali (2008),
Likert merupakan skala untuk mengukur sikap, pendapat dan persepsi individu atau
sekumpulan orang mengenai sesuatu gejala atau fenomena pendidikan. Item- item
instrumen skala ini adalah berbentuk pertanyaan yang mana jawapan kepada setiap item
instrumen melalui skala Likert mempunyai gred dari yang sangat positif kepada sangat
negatif. Menggunakan skala ini adalah lebih tepat untuk mengukur persetujuan dan
kepercayaan seseorang terhadap sesuatu objek.

Menurut Chan Yan Piaw (2006), skala Likert di mana responden perlu menanda
pendapat mereka mengenai sesuatu kajian berdasarkan satu skala dari satu skala ke satu
skala yang lain. Sebagai contoh dari ‘sangat tidak setuju’ kepada ‘sangat setuju’. Jadual
3.1 di bawah menunjukkan penggunaan aras skala Likert :

Jadual 3.1 : Aras Likert Scale

Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat


tidak setuju pasti setuju
setuju
Skor 1 2 3 4 5

Jumlah item dalam set soal selidik mesti tidak membebankan sampel memberi
jawapan supaya tidak memberi masalah kepada pengkaji untuk menganalisis data.
31

Jadual 3.2 menunjukkan item- item yang dikaji oleh pengkaji.

Jadual 3.2 : Pembahagian Item Borang Soal Selidik

Perkara Bil. item


Persepsi pelajar terhadap kompetensi guru dalam bidang vokasional:
Bahagian A Pengetahuan 10
Bahagian B Strategi pengajaran 10
Bahagian C Tingkahlaku / interaksi 8
Bahagian D Kemahiran menggunakan peralatan 7
Jumlah keseluruhan item 35

3.6 Kerangka Operasi

Tidak

(α ≤ 0.6)
32

Mula

Mengenal pasti masalah

Pengumpulan maklumat, pemilihan


rekabentuk kajian dan teknik
pengumpulan data

Membina soalan soal selidik

Membuat pengesahan soal selidik

Kajian rintis (α ≥ 0.6)

Pengedaran dan pengumpulan


boring soal selidik

Membuat analisis data serta


dapatan kajian

Penyerahan laporan akhir

Tamat

Rajah 3.1 : Kerangka Operasi

3.7 Pembolehubah Kajian


33

Dua jenis pembolehubah yang dikenalpasti terdapat di dalam kajian iaitu


pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.

3.7.1 Pembolehubah Bersandar

Pembolehubah bersandar merujuk kepada guru bidang vokasional di Kolej


Vokasional Batu Pahat dan Kolej Vokasional Kluang.

3.7.2 Pembolehubah Tidak Bersandar

Pembolehubah tidak bersandar adalah merujuk kepada latar belakang kajian ini, iaitu :

i. Pengetahuan
ii. Strategi
iii. Tingkah laku
iv. Kemahiran

3.8 Lokasi Kajian

Kajian ini dilakukan di Kolej Vokasional Batu Pahat dan Kolej Vokasional
Kluang kerana lokasi ini memenuhi segala tuntutan, keperluan dan kehendak kajian.
Keupayaan guru dalam bidang vokasional merupakan satu perkara yang dititikberatkan
dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran di dalam bidang vokasional. Para pelajar
yang terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran bersama guru akan terdedah
34

dengan kompetensi guru yang mengajar. Pemilihan lokasi merupakan faktor penting
kerana terdapat populasi yang dapat menjawab persoalan kajian dan ianya bertepatan
dengan tujuan kajian.

3.9 Kajian Rintis

Chua Yan Piaw , 2006 menyatakan bahawa kajian yang dilakukan secara kecil-
kecilan yang telah dilaksanakan sebelum kajian yang sebenar dilakukan adalah kajian
rintis. Kajian rintis adalah bertujuan meningkatkan lagi kebolehpercayaan serta kesahan
terhadap instrumen kajian ini. Kajian rintis dilakukan untuk mengukur tahap
kepercayaan setiap item soal selidik. Dapatan yang diperolehi akan dianalisis
menggunakan perisian Statistic Package or The Social Science (SPSS) bagi
mendapatkan nilai Alpha Cronbach. Menurut Mohd Najib (1999), Alpha Cronbach
mampu menunjukkan kesesuaian hubungan item- item sebagai satu item.

Jadual 3.3 : Skor Alpha Cronbach

Skor Alpha Cronbach Nilai Kebolehpercayaan


1.0 Tinggi, baik dan berkesan
0.8 Sangat baik
0.6 Boleh diterima
Sumber : Mohamad Najib, 1999

3.10 Kaedah Analisis Data


35

Kaedah analisis data yang lebih terperinci akan dilakukan bagi setiap objektif
dan persoalan kajian seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.4.

Objektif Kajian Persoalan Kajian Pendekatan Analisis


Mengenalpasti tahap Apakah tahap
kompetensi pengetahuan kompetensi pengetahuan
guru terhadap proses guru terhadap proses Kuantitatif Analisis
pengajaran dan pengajaran dan Soal selidik Deskriptif
pembelajaran mengikut pembelajaran mengikut Min skor
persepsi pelajar. persepsi pelajar?
Mengenalpasti Adakah kompetensi
kompetensi strategi yang strategi yang digunakan
digunakan oleh guru oleh guru berkesan Kuantitatif Analisis
berkesan terhadap proses terhadap proses Soal selidik Deskriptif
pengajaran dan pengajaran dan Min skor
pembelajaran mengikut pembelajaran mengikut
persepsi pelajar. persepsi pelajar?
Mengenalpasti tahap Apakah tahap
kompetensi dari aspek kompetensi guru dari
tingkahlaku guru aspek tingkahlaku Kuatitatif Analisis
terhadap proses terhadap proses Soal selidik Deskriptif
pengajaran dan pengajaran dan Min skor
pembelajaran mengikut pembelajaran mengikut
persepsi pelajar. persepsi pelajar?

Analisis deskriptif merupakan satu statistik yang digunakan untuk menganalisis


data di mana ianya menggambarkan data yang telah terkumpul seperti yang telah
diperolehi tanpa membuat sebarang kesimpulan, (Sugiyono, 2010). Apabila data
dianalisis, item- item boleh dikelaskan kepada tiga tahap berbeza berdasarkan min yang
diperolehi iaitu rendah, sederhana dan tinggi, (Mohamad Najib, 2003). Jadual di bawah
36

menunjukkan min skor serta tahap penguasaannya yang boleh digunakan di dalam
analisis.

Jadual 3.5 : Skor Min

Min Skor Tahap Penguasaan


1.00 ≤ min ≤ 2.40 Rendah / Tidak memuaskan
2.41 ≤ min ≤ 3.80 Sederhana / Kurang memuaskan
3.81 ≤ min ≤ 5.00 Tinggi / Memuaskan
Sumber : Mohamad Najib (2003)

3.11 Rumusan

Pengkaji berharap kajian ini dapat dicapai dengan lancar dan mendapat kerjasama
semua pihak secara langsung atau tidak langsung. Kerjasama daripada responden amat
penting kerana ia merupakan subjek terpenting di dalam kajian ini. Dalam bab ini, telah
diceritakan mengenai metodologi yang akan digunakan untuk mencapai objektif kajian
yang bermula dari mengenalpasti masalah, persampelan data serta mengumpul
maklumat dan instrumen kajian. Soal selidik akan diedarkan kepada responden. Setelah
itu, data dianalisis dan dapatan kajian diperoleh selepas soal selidik dikumpulkan.

Rujukan

Yahya B. Buntat & Norliza Binti Ensa. “Minat Pelajar Wanita Dalam Mata Pelajaran

Teknik Dan Vokasional Di Sekolah”. Fakulti Pendidikan : University Teknologi

Malaysia.
37

Ishak Yusuf & Rahmah Ismail. 1997. Pendidikan di Malaysia. Pembangunan Sumber

Manusia di Malaysia. Bangi: UKM

Soo Wee Leng dan Juma’ayah Salleh. 1997. Hubungan Industri dan Pendidikan

Vokasional: Isu dan Strategi. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan

Pendidikan Teknik dan Vokasional,UPM Serdang, 10-11 Mei.

Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). “ Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.”

Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Syahirah Bte Abdullah Zawawi (2011). “Transformasi Ptv : Kesediaan Guru- Guru

Vokasional Terhadap Pelaksanaan Kolej Vokasional Kpm Dari Aspek Tahap

Kemahiran”. Faculty Of Technical And Vocational Education : Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia.

Rashid, (2006). Persepsi Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Terhadap Pengajaran

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Zon Skudai, Johor Darul

Takzim, Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Siti Maspah Hassan, Nor Azizah Mohd Salleh, (1995). Kertas Kerja Bertajuk :
38

Pendidikan Vokasional Formal Dan Non Formal Ke Arah Wawasan 2020. UKM

Bangi.

Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa, (2009). Pendidikan Teknik Dan

Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Fakulti Pendidikan : Universiti

Teknologi Malaysia

Anda mungkin juga menyukai