Anda di halaman 1dari 18

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

SOALAN STRUKTUR
1.

(a)

Terangkan tiga tujuan penyelidikan dalam pendidikan.


Penghuraian: menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sesuatu
perkara, fenomena atau isu seperti sifat murid-murid yang suka
ponteng; tetapi tidak menerangkan mengapa dan bagaimana
Meneroka: mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu
masalah atau isu khususnya apabila masalah atau isu masih di
peringkat awal; ia digunakan untuk menajwab soalan seperti apa,
mengapa dan bagaimana
Ramalan: menentukan kesudahan pada masa depan berdasarkan
data pada masa kini
Penerangan: menerangkan sesuatu fenomena; contohnya
mengapakah tahap kelesuan guru paling tinggi berbanding dengan
profesion lain
Jawapan-jawapan lain yang munasabah

(b)

Jelaskan dua perlakuan dalam kod etika penyelidikan yang


diharapkan daripada seseorang penyelidik dalam pendidikan.
Jujur dalam semua hal berkaitan dengan kajian yang dijalankan;
Contohnya, seseorang penyelidik tidak seharusnya mereka data
atau melaporkan dapatan yang palsu.
Mempunyai sikap terbuka; contohnya sedia menerima kritikan yang
berasas
Berintegrasi. Contohnya, seseorang penyelidik perlu bertindak
dengan ikhlas, tekal dengan pemikiran dan tindakannya dan akur
dengan semua janjinya.
Menghormati harta intelek dan hak cipta terpelihara semasa
membuat laporan; tidak plagiat dan sentiasa memperakukan hasil
penulisan orang lain
Jawapan-jawapan lain yang munasabah

2.

(a)

Nyatakan tiga perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang


pengkaji sebelum ia memulakan sesuatu penyelidikan.
-

bagaimana hendak memulakan kajian


apakah jenis responden kajian anda?
apakah topik yang serasi dengan diri anda?
berapa banyak data yang perlu anda memungut?
apakah topik yang anda meminati?
1

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

apakah anda mempunyai tahap pengetahuan yang memadai


untuk topik yang ingin dikaji?
Jawapan-jawapan lain yang munasabah
(b)

Nyatakan dan jelaskan dua garis panduan semasa membuat


tinjauan literatur.
-

buat ulasan karya/tinjauan literatur


dapatkan sumber literatur yang pelbagai
menilai pembacaan secara kritikal
susun bahan literatur
kenalpasti kata kunci

Jawapan-jawapan lain yang munasabah


3 (a)

Dalam menjalankan penyelidikan tindakan, seseorang penyelidik


perlu mengenal pasti sampel kajiannya. Nyatakan tiga ciri sampel
yang boleh dilaporkannya.
Jantina (lelaki atau perempuan)
Tahap disiplin murid
Penglibatan murid dalam kelas
Penglibatan murid dengan aktiviti sekolah
Tahap sosio-ekonomi murid (dari keluarga
sederhana dll)
Minat murid terhadap pelajaran
Tahap pencapaian murid

berpendapatan

Jawapan lain yang munasabah


(b)

Soal selidik, temu bual dan ujian merupakan tiga kaedah


pengumpulan data yang biasa digunakan oleh penyelidik untuk
mengumpul data.
(i)

Terangkan satu kelebihan penggunaan soal selidik berbanding


temu bual
Dapat menjimatkan masa
Dapat melibatkan lebih ramai responden
Dapat meliputi bilangan soalan yang lebih banyak
Jawapan lain yang munasabah

(ii
)

Huraikan satu contoh penyelidikan di mana soal selidik sesuai


digunakan tetapi ujian tidak.
Penyelidikan di mana ciri afektif seperti minat atau ciri lain seperti
penglibatan perlu diukur; contohnya, bagi penyelidikan yang
bertajuk Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Kajian
Tempatan melalui teknik Gambar, ujian memang kurang sesuai
digunakan sebagai alat kajian.
2

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

Tajuk penyelidikan tindakan Cikgu A ialah Keberkesanan


Penggunaan Teknik Sebab dan Akibat Dalam Meningkatkan
Kebolehan Murid Tahun 4 Menghurai Jawapan Bagi Tajuk
Kepentingan Makanan.
(a)

(i)

Nyatakan dua kaedah yang mungkin digunakan oleh penyelidik


untuk mengutip data kajian di atas.
Ujian pra dan pasca;
Temu bual
Jawapan-jawapan lain yang munasabah

(ii
)

Terangkan mengapakah anda memilih kaedah-kaedah di atas untuk


mengutip data.
Ujian dipilih kerana paling sesuai untuk menentukan tahap daya
ingatan murid sebelum dan selepas tindakan.
Temu bual digunakan untuk mendapat pandangan murid tentang
keberkesanan teknik sebab dan akibat dan sebarang masalah yang
dihadapi mereka semasa menggunakan teknik tersebut.

(b)

Terangkan dua cara bagaimana Cikgu A boleh meningkatkan


kesahan dalaman kajiannya.
(a)
(b)
(c)
(d)

(e)
5. (a)

Triangulasi sumber, iaitu membanding pelbagai jenis data


daripada pelbagai sumber
Triangulasi kaedah, iaitu membanding pelbagai jenis data
daripada pelbagai kaedah
Kesahan dari sudut responden, iaitu mendapatkan
pengesahan dapatan kajian dengan mengemukakan
semula kepada responden
Menguji assertions melalui induksi analitik, iaitu mencari
kes terpesong/istimewa yang berlawanan dengan ciri- ciri
am dalam kebanyakan kes (deviant cases), penggunaan
kaedah bandingan setara (constant comparative) dan
perspektif alternatif.
Jawapan-jawapan lain yang munasabah

Terangkan dua tujuan menjalankan tinjauan literatur dalam


penyelidikan.
(a)

Membina kerangka teoretikal bagi topik/bidang


kajian
(b)
Mengenalpasti kajian-kajian dan isu yang berkaitan dengan
topik kajian seperti metodologi kajian
(c)
Mengenalpasti jurang yang terdapat dalam
literatur
kajian - apa kajian yang telah dijalankan
tentang sesuatu
3

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

topik dan apa kajian yang belum diselidiki lagi


(d)
Menilai penyelidikan semasa dalam bidang/
topik
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
(e)
Mengenalpasti trenda penyelidikan yang timbul
berkaitan dengan topik kajian
(f)
Mengenalpasti jurang yang terdapat dalam
literatur kajian - apa yang sudah diketahui dan apa
yang belum diketahui tentang sesuatu bidang kajian
(g)
jawapan-jawapan lain yang munasabah
(b)

Terangkan tiga tujuan soalan kajian


(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

6. (a)

Menjadi garis panduan untuk skop kajian (batasan)


Memberi hala tuju kepada kajian
Menerangkan apa yang ingin dicapai
Membantu dalam memilih cara pengumpulan dan
penganalisisan data
Jawapan-jawapan lain yang munasabah

Jelaskan perbezaan antara pendekatan penyelidikan kuantitatif dan


pendekatan penyelidikan kualitatif.
Ciri
Reka bentuk
Tujuan
Pendekatan
Sampel
Analisis
Alat-alat

(b)

Kuantitatif
Dibentuk sebelum
kajian dijalankan
Menyelidik hubungan,
sebab dan kesan
Deduktif; menguji teori

Kualitatif
Dibentuk semasa kajian
dijalankan
Memahami fenomena
sosial
Induktif; menjana teori

Menggunakan sampel
besar
Analisis statistik ke
atas data numerik

Menggunakan sampelsampel kecil


Deskripsi dan
interpretasi naratif
(perkataan)
Menggunakan interaksi
bersemuka

Menggunakan alatalat piawai

Seorang penyelidik kualitatif perlu memberi perhatian terhadap


prinsip etika semasa mengutip data daripada peserta kajian.
Terangkan dua prinsip berkaitan dengan etika penyelidikan kualitatif
yang harus dipertimbangkan semasa melaksanakan pengutipan
data.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Tidak mendedahkan identiti peserta kajian


Mendapat keizinan sebelum melibatkan peserta kajian
Melayan semua peserta secara adil
Perlu objektif dalam menginterpretasi data dan dapatan
Tidak memaksa peserta melibatkan diri dalam kajian
Menghormati hak peserta untuk mengundur diri daripada
4

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

kajian pada bila-bila masa


(vii) Menghormati hak-hak peserta, termasuk sikap, kepercayaan
dan pandangan mereka
(viii) Elakkan kecederaan fizikal, emosi atau lain-lain bentuk kepada
peserta kajian.
(viii) Jawapan-jawapan lain yang munasabah
(x) Menjaga kerahsiaan data
7

Seorang guru Tahun 4 mendapati bahawa ramai dalam kalangan


muridnya yang kurang berdisiplin semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Beliau bercadang menjalankan kajian tindakan untuk
menentukan sama ada penggunaan ganjaran dapat mengurangkan
masalah disiplin tersebut.
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan kajian tindakan di atas.
(a)

Nyatakan soalan kajian atau objektif kajian.


Soalan Kajian:
Sejauhmanakah ganjaran dapat mengurangkan masalah disiplin
semasa pengajaran dan pembelajaran?
atau
Objektif Kajian:
Menilai keberkesanan ganjaran dalam mengurangkan masalah
disiplin semasa pengajaran dan pembelajaran.
Jawapan-jawapan lain yang munasabah

(b)

(i)

Terangkan satu instrumen kajian yang boleh digunakan.


Instrumen yang boleh digunakan termasuk senarai semak, borang
pemerhatian dan soal selidik.
Bagi senarai semak, guru boleh menyenaraikan beberapa tingkah
laku yang kurang baik (contohnya, bermain dalam kelas) dan
beberapa tingkah laku yang baik (contohnya, mengangkat tangan
untuk menjawab).
Jawapan-jawapan lain yang munasabah

(ii
)

Terangkan bagaimana data boleh dianalisis berdasarkan kepada


pilihan instrumen kajian anda dalam (i) di atas.
Jika senarai semak dipilih, guru boleh mengira frekuensi tingkah laku
yang kurang baik dan yang baik bagi sebelum dan semasa ganjaran
diberi. Perbandingan frekuensi sebelum dan semasa akan
memberitahu guru sama ada ganjaran berkesan atau tidak dalam
mengawal disiplin semasa pelajaran dijalankan.
5

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

Jawapan-jawapan lain yang munasabah


8.

Saya kurang jelas dengan apa yang diajarkan dalam kelas.


Kadang kala saya langsung tidak faham. Saya rasa bahawa cikgu
ajar terlalu cepat. Ada kala cikgu cakap-cakap sahaja, langsung
tiada soalan yang ditanya. Cara pengajaran pun agak
membosankan. Kalau ada gambar atau tayangan video mungkin
pelajaran akan menjadi menarik.
(a)

(i)

Nyatakan dua kaedah yang mungkin digunakan oleh pengkaji


untuk mengutip data kajian di atas.
(a)
(b)
(c)
(d)

(ii)

Temu bual
Jurnal refleksi murid
Soalan terbuka dalam soal selidik
Jawapan-jawapan lain yang munasabah.

Daripada kedua-dua kaedah di atas, terangkan yang manakah


lebih baik untuk mengutip data tambahan.
Temubual adalah lebih baik. Ini kerana guru boleh menanya soalan
tambahan untuk mendapat penjelasan dan untuk mendapat tahu
sebab-sebab lain. Lagi pun, biasanya murid menghadapi masalah
dalam menulis catatan refleksi kerana kekangan bahasa lebihlebih lagi jika murid sekolah rendah.
atau
Jurnal refleksi adalah lebih baik. Ini kerana sering kali murid tidak
berani untuk menyuarakan ketidakpuas hati terhadap pengajaran
guru secara langsung. Guru boleh melihat catatan refleksi yang
lain dalam jurnal untuk mendapat data tambahan.
Jawapan-jawapan lain yang munasabah.

(b)

(i)

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan kesahan dalaman


kajian.
Kesahan dalaman merujuk kepada sejauhmanakah kita dapat
mengukur dengan tepat apa yang kita ingin mengukur. Contohnya,
jika kita ingin mengukur penglibatan murid dalam kelas tetapi data
adalah untuk darjah keseronokan murid semasa pelajaran, maka
kajian dikatakan tidak mempunyai kesahan dalaman.

9.

Huraikan tiga cara bagaimana penyelidikan tindakan boleh digunakan untuk


perkembangan profesionalisme seseorang guru.

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

10

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

mencetuskan idea baru untuk mengajar sesuatu topik


mengatasi kelemahan dalam pengajaran
menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran
memahami dengan lebih mendalam tentang kerja seorang guru
Jawapan-jawapan lain yang munasabah

(a)

Soal selidik merupakan satu cara untuk mengumpul data dalam kajian
tindakan.
Huraikan tiga garis panduan semasa membentuk item-item bagi soal
selidik.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

11

Bagi setiap item/pernyataan, masukkan hanya satu idea


utama iaitu elakkan item yang double barreled
Nomborkan item-item
Pastikan skala yang digunakan sesuai dengan cara item
ditulis
Letakkan item yang lebih sukar untuk dijawab di bahagian
permulaan
Pastikan item/pernyataan jelas, tepat dan seringkas mungkin
Elakkan daripada item-item yang hampir sama
Pilihan-pilihan respons perlulah exhaustive
jawapan-jawapan lain yang munasabah

(a) Soal selidik merupakan salah satu kaedah pengumpulan data dalam
penyelidikan tindakan.
Terangkan dua perkara yang harus diambil kira dalam mentadbir soal
selidik.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

(b)

Perlu memperolehi persetujuannya menjadi responden soal selidik.


Soalan-soalan selidik tidak mengandungi sebarang ugutan atau
sensitiviti yang ekstrim.
Responden mempunyai hak-hak seperti tidak melengkapkan
sebahagian soalan-soalan selidik, termasuk menarik diri daripada
sebarang peringkat kajian.
Soal selidik yang berkenaan harus mempunyai potensi
menambahbaik situasi mereka sebagai responden.
Memberi jaminan kajian adalah sulit, anonimiti, dan tidak dapat
dikesan oleh mana-mana pihak dan pada bila-bila masa.
Memberi jaminan kajian itu tidak membawa kerugian atau bahaya
kepada mereka.

Pemerhatian sering digunakan dalam kajian tindakan untuk mengumpul


data.
Terangkan dua isu kajian di mana pemerhatian sesuai digunakan untuk
mengumpul data.
Contoh jawapan:
Murid kurang melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran;
keberkesanan tindakan boleh dilihat melalui bilangan murid yang menanya
7

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

soalan, menjawab soalan dan sebagainya


12

(a)

Terangkan tiga sebab mengapa rujukan dan senarai rujukan


penting dalam penulisan ilmiah.
Jawapan:
(i)
Mengelakkan daripada plagiarisma
(ii)
Mengizinkan pengkaji, penulis lain mencari, mengenal
pasti dan mendapatkan sumber maklumat yang ditulis
dalam
artikel
(iii)
Memberi bukti bahawa satu peninjauan literatur yang
mendalam telah dibuat bagi sesuatu tajuk esei, tesis
(iv)
Menunjukkan kualiti "penyokong2" hujah
(v)
Berkongsi maklumat dan sumber maklumat dengan
pengkaji, penulis yang lain
(vi
Memberi bukiti sokongan kepada hujah-hujah
(vii) jawapan-jawapan lain yang munasabah

13

Jelaskan dua ciri penyelidikan dalam pendidikan.


Empirikal: berdasarkan bukti emprikal dan melibatkan pemerhatian
sama ada secara langsung atau tidak.
Mengikut kaedah saintifik : bersifat inkuiri.
Langkah logikal: mengikut langkah logikal; contohnya: mengenal
pasti masalah dulu dikuti dengan tinjauan literatur; kemudian
perancangan, mengumpul dan menganalisis data, baru
merumuskan dapatan
Sistematik: dirancang dan diurus dengan teliti; mengikuti prosedurprosedur
tertentu
untuk
meningkatkan
kesahan
dan
kebolehpercayaan.
Jawapan-jawapan lain yang munasabah.

Semasa menjalankan penyelidikan anda, beberapa orang


responden mengambil keputusan untuk mengundur diri. Nyatakan
apakah tindakan anda dan terangkan sebabnya.
Tindakan: Membenarkan mereka untuk mengundur diri.
Sebab: Mengikut
kod
etika penyelidikan, hak peserta
untuk
mengundur diri harus dihormati; jika tidak, data yang dikutip
kemungkinan besar tidak boleh dipercayai atau
menggambarkan situasi sebenar; unsur kerelaan sangat
penting dalam pengumpulan data.
Jawapan-jawapan lain yang munasabah.

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

14
.

Perancangan

Refleksi

Tindakan

Pemerhatian
Rajah di atas menunjukkan Model Penyelidikan Tindakan Kurt
Lewin. Lengkapkan rajah tersebut dengan mengisi kedua-dua petak
kosong. Jelaskan apakah yang dilakukan semasa langkah
Pemerhatian.
Semasa langkah pemerhatian, data akan dikutip untuk menentukan
keberkesanan tindakan. Data boleh dikutip melalui pelbagai cara
seperti borang pemerhatian, soal-selidik dan skedul temu bual.
Jawapan-jawapan lain yang munasabah.
b

Terangkan dua jenis persampelan.


i

Persampelan rawak yang mudah: setiap ahli dalam populasi


mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.
ii Persampelan berstrata adalah satu proses pemilihan sampel di
mana populasi kajian dibahagikan kepada beberapa
strata/kumpulan kecil dan semua individu dalam setiap strata
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel;
perwakilan daripada setiap strata mengikut nisbah bilangan
ahli dalam populasi.
Jawapan-jawapan lain yang munasabah.
15

Data penyelidikan tindakan biasa dikutip melalui instrumen kajian.


Jelaskan tiga perkara yang perlu dipertimbangkan apabila
membina instrumen kajian.
o
o
o
o
o

Instrumen perlu menepati tujuan ujian.


Instrumen perlu boleh memperoleh data yang diperlukan.
Instrumen perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
Data instrumen boleh dianalisis.
Instrumen perlu mudah ditadbir.

Jawapan-jawapan lain yang munasabah.


(b)

Terangkan tiga perbezaan antara pendekatan positivist dan


9

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

interpretive
Perbezaan
Tujuan
Pendekatan

Realiti
Pembolehu
bah
Analisis
Alat-alat
16

(a)

(b)

17

Positivis
Menyelidik hubungan,
sebab dan kesan
Menguji
teori

meningkatkan ramalan
fenomena; deduktif
Objektif ditentukan
oleh peraturan
Biasanya
ditentukan
dari awal kajian
Analisis statistik ke atas
data numerik
Menggunakan
alat
piawai

Interpretive
memahami
fenomena
sosial
Memahami
fenomena
melalui makna yang
diberi oleh pemerhati;
induktif;
Bergantung
kepada
terjemahan pemerhati
Tidak ditentukan dari
awal kajian
Deskripsi
dan
interpretasi naratif
Menggunakan interaksi
bersemuka

Terangkan apa yang dimaksudkan dengan hipotesis kajian.


Hipotesis kajian ialah satu penerangan sementara bagi tingkah laku,
fenomena atau peristiwa yang telah berlaku. Sesuatu hipotesis
menyatakan jangkaan penyelidik berkaitan hubungan antara
pembolehubah dalam kajian; ia menyatakan hasil sesuatu kajian
seperti dijangkakan oleh pengkaji; hipotesis juga seharusnya
berdasarkan rasional yang baik dan biasanya dibentuk berdasarkan
hasil kajian lepas atau tinjauan literatur.
Nyatakan dua bukti yang guru tersebut boleh peroleh untuk
menunjukkan bahawa murid tidak boleh membuat hubungkaitan
tersebut
(i)
Markah ujian
(ii)
Buku latihan murid
(iii)
Soal jawab dalam kelas
(iv)
Jawapan-jawapan lain yang munasabah
Nyatakan empat aspek yang perlu diambil kira dalam penulisan
laporan kajian dan bincangkan kepentingan aspek-aspek tersebut
dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.
Aspek 1: Struktur Ayat
Gunakan ayat yang pendek. Ayat yang panjang biasanya kompleks
dan sukar difahami. Akan tetapi, ayat yang terlalu pendek pun tidak
sedap bunyinya. Justeru, yang paling elok ialah menyelangselikan ayat
pendek dengan ayat mudah dengan yang panjang dan kompleks
supaya bunyinya sedap dan munak
Aspek 2: Tumpukan kepada Kata kerja Aktif dan Hidup
Jauhi penggunaaan ayat pasif. Contohnya, Tindakan yang digunakan
disukai oleh ramai murid dalam sampel ditukar kepada Ramai murid
dalam sampel menyukai tindakan yang dijalankan Kata kerja ayat
10

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

pasif adalah lebih mudah untuk difahami dan lebih selesa untuk
pembaca.
Aspek 3: Ambil perhatian panjang pendek perenggan
Perenggan yang melebihi satu muka surat dianggap terlalu panjang. Ia
mungkin mengandungi lebih daripada satu idea utama. Ubahsuai
perenggan sedemikian, gugurkan teks yang tidak diperlukan untuk
dimasukkan idea itu ke dalam perenggan yang baru. Perenggan yang
mengandungi satu ayat juga tidak digalakkan. Biasanya, setiap
perenggan mesti mengandungi satu ayat topik dan ayat-ayat lain
hanya menerangkan atau membangunkan topik tersebut. Sebagai
panduan biasanya, satu muka surat mengandungi antara dua hingga
tiga perenggan.
Aspek 4: Gunakan kata penghubung yang sesuai
Kata penghubung seperti, Akan tetapi, Justeru, Selain itu dan
sebagainya boleh membantu pembaca bergerak dari satu tahap
pemikiran kepada tahap pemikiran yang lain. Cara ini boleh melicinkan
proses pembacaan
Aspek lain: Gunakan bahasa piawai, Kurangkan Ayat Berklausa
adjektif, adverbs atau frasa, formatting perlu baik, tiada ulangan,
tanda-tanda baca perlu tepat; keseragaman dalam penggunaan istilah,
spacing, tanda baca etc.
18.

(a)

Nyata dan jelaskan dua pendekatan utama yang diamalkan dalam

penyelidikan
i.

Pendekatan kuantitatif
Penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika. Penyelidikan
kuantitatif dapat dilakukan melalui kaedah eksperimental dan data yang
dipunggut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan
kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis.

ii.

Pendekatan kualitatif
Penyelidikan kualitatif lebih bersifat penghuraian deskriptif.
Pemerhatian, temubual, analisis dokumen merupakan tiga kaedah
utama yang biasa digunakan untuk mengumpulkan data dalam
penyelidikan kualitatif. Antropologi, sejarah, sosiologi, kemasyarakatan
dan linguistic merupakan antara bidang yang menjadi tumpuan dalam
pendekatan ini.

(b)
i.

Nyatakan tiga ciri penyelidikan tindakan.


Satu proses reflektif- sebelum kajian dilakukan, pengkaji akan
menggunakan pemikiran reflektifnya untuk menentukan tindakantindakan yang sesuai digunakan dalam kajiannya.
11

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

ii.

Dilakukan secara sistematik - Ia tidak dilaporkan \ dirancang seperti


penulisan formal \ penyelidikan tradisional- terdapat ciri refleksi,
tindakan yang bertujuan penambahbaikan yang dilakukan secara
teratur.

iii.

Topik dan kaedah kajian ditentukan oleh pengamal-Ia berbeza dengan


kaedah kajian lain kerana pengkaji kajian tindakan merupakan orang
yang berhadapan dengan masalah atau ingin memperbaiki amalannya.

Cadangkan satu contoh penyelidikan kualitatif. Huraikan langkah-langkah


menjalankan kajian tersebut.
Misalnya, guru menghadapi masalah dalam mengajar 30 orang murid di
dalam sebuah kelas yang tidak dapat menguasai kemahiran mencari purata.
Sebaik sahaja masalah ini dikenal pasti, tinjauan literatur dijalankan untuk
mengenal pasti semua cara yang mungkin untuk membantu murid-murid ini.
Selepas mempertimbangkan kelebihan dan kelemahan bagi tindakan yang
mungkin diambil, tindakan yang paling sesuai bagi masalah tersebut akan
dipilih dan dilaksanakan. Fasa pelaksanaan mungkin mengambil masa
hingga dua minggu. Pada hujung dua minggu, keberkesanan tindakan yang
diambil perlu dinilaikan. Jika tidak berjaya, tindakan lain adalah
dipertimbangkan dan dilaksanakan. Tindakan ini berterusan hingga murid
dapat menguasai kemahiran mencari purata.
Jawapan lain yang mungkin:

Terdapat beberapa isu yang mungkin tidak sesuai bagi penyelidikan tindakan.
Cadangkan dan huraikan satu isu yang tidak sesuai dan berikan hujah anda.
Cadangan jawapan
Penyelidikan tindakan seharusnya relevan dengan tugasan dan
tanggungjawab pengamal. Penyelidikan tindakan dijalankan untuk menangani
isu yang boleh diselesaikan, dan di sepanjang proses, akan mengubah atau
meningkatkan tugasan pengamal. Isu tidak harus berkaitan dengan dasar,
akta atau undang-undang yang berada di luar kawalan kita.
Misalnya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan pelaksanaan KSSR
tidak boleh dijadikan sebagai isu dalam penyelidikan tindakan. Ini disebabkan
KSSR adalah satu dasar yang perlu diikuti oleh semua yang berada dalam
bidang pendidikan. Adalah tidak mungkin bagi penyelidik mengubah dasardasar tersebut.
Jawapan lain yang mungkin
- Isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian negara
- Isu yang terlalu sukar dikendalikan

Kesahan dalaman dan kesahan luaran adalah perlu dalam penyelidikan tindakan.
Cadangkan dan huraikan bagaimana kesahan dalaman dapat dikawal dalam
suatu penyelidikan tindakan.

12

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

Cadangan jawapan
Kesahan dalaman merujuk kepada sejauh mana seseorang boleh membuat
dakwaan bersebab berdasarkan kajian. Dengan perkataan lain ia merujuk
kepada sejauh mana inferens dan konklusi yang dibuat dalam kajian adalah
tepat berdasarkan data yang diperoleh. Dalam penyelidikan tindakan satu
cara mengawal kesahan dalaman ialah melalui triangulasi, sama ada
triangulasi kaedah pengumpulan data atau triangluasi sumber. Misalnya,
seorang penyelidik boleh mengumpul data melalui tiga kaedah berbeza
soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Akibatnya, semua dapatan atau
kesimpulan akan didasaran data daripada tiga kaedah pengumpulan data
tadi. Setiap kaedah memperkukuhkan data yang diperoleh daripada sumber
lain. Dengan demikian, sebarang dapatan, inferens atau konklusi yang dibuat
akan menjadi setepat mungkin dan akan mewakili situasi sebenar. Secara
alternatif, data juga boleh dibuat triangulasi melalui tiga sumber berbeza.
Misalnya, dalam kajian tentang sama ada guru terlalu stres di sekolah, data
boleh dikumpul daripada guru, pihak pengurusan, pelajar malah ibu bapa.
Sebarang dapatan atau konklusi akan didasarkan data yang dikumpul
daripada sumber yang berbeza. Dengan ini, interpretasi yang dibuat terhadap
situasi yang sedang dikaji akan menjadi lebih tepat dan jitu, iaitu kesahan
dalaman akan menjadi lebih tinggi.

Penyelidikan tindakan dikatakan mempunyai kesahan luaran yang rendah,


iaitu dapatan kajian tidak dapat digeneralisasikan. Namun, adalah penting
bagi guru menjalankan penyelidikan tindakan.
Berikan dua sebab kenapa guru perlu menjalankan penyelidikan tindakan
dengan huraian contoh-contoh yang sesuai.

Cadangan jawapan
Tujuan penyelidikan tindakan bukanlah untuk menambah ilmu baharu kepada
pengetahuan yang sedia wujud. Tujuan penyelidikan tindakan adalah untuk
membantu pengamal menyelesaikan masalah yang ditemui oleh pengamal.
Dalam proses ini, pengamal akan memahami kerjanya dengan lebih baik.
Dengan demikian kesahan luaran mempunyai kesignifikanan yang sangat
rendah. Misalnya, seorang guru mendapati muridnya pasif semasa pengajaran
dan pembelajaran matematik. Guru memikirkan bahawa penggunaan lagu
boleh membantu menumpukan perhatian murid. Jadi, guru mencuba untuk
menentukan sama ada lagu dapat membantu murid memainkan peranan yang
lebih aktif dalam pembelajaran matematik. Dalam kajian ini, guru mungkin
dapat menyelesaikan masalahnya. Lebih penting, guru dapat mempelajari
lebih banyak tentang murid pasif di dalam kelas, kenapa mereka pasif,
bagaimana memotivasikan mereka dan bagaimana mereka boleh dijadikan
aktif dalam aktiviti kelas. Guru mungkin mempelajari lebih banyak tentang
penggunaan lagu untuk menumpukan perhatian murid, misalnya jenis lagu
yang harus digunakan tempoh lagu dan sebagainya. Semua ini adalah
berguna bagi pengetahuan guru kerana boleh digunakan untuk membantu
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan guru. Adalah kurang penting
sama ada dapatan kajian dapat digeneralisaikan kepada situas atau kelas lain,
kerana dapatan akan lebih bermanfaat kepada guru.
13

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

SOALAN ESEI
1

Cikgu Azril mendapati bahawa ramai murid Tahun 5 pasif semasa sesi
soal jawab dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Beliau bercadang
untuk menggunakan teknik berhenti seketika untuk meningkatkan
penglibatan muridnya semasa sesi soal jawab. Murid kelasnya terdiri
daripada 20 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan.
Kesemua murid adalah murid pandai dan jarang menimbulkan
masalah disiplin.
Huraikan langkah-langkah penyelidikan tindakan yang boleh dijalankan
oleh Cikgu Azril untuk menentukan sama ada tindakan beliau berkesan
atau tidak. Langkah-langkah yang dihuraikan mesti termasuk soalan
kajian, instrumen, sampel, tindakan dan cara mengumpul dan
menganalisis data.
Soalan penyelidikan:
Soalan penyelidikan ini ialah Sejauh manakah teknik Berhenti
Sekerika dapat meningkatkan penglibatan murid Tahun 5 semasa sesi
soal jawab?
Sampel kajian
Sampel kajian terdiri daripada murid Tahun 6 Melor. Kesemuanya
terdapat 20 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan.
Kesemua murid adalah murid sederhana pandai dan jarang
menimbulkan masalah disiplin
Instrumen
Bagi pengumpulan data, Cikgu Azril boleh menggunakan tiga jenis
instrumen kajian untuk tujuan triangulasi iaitu beliau boleh
menggunakan borang pemerhatian, skedul temu bual dan catatan
jurnal. Bagi borang pemerhatian, contoh item ialah:
Murid angkat tangan untuk menjawab soalan guru
Murid memberi pandangan kepada soalan guru
Murid memberi respons kepada jawapan rakan
Bagi skedul temu bual, contoh soalan-soalan yang boleh ditanya
adalah:
Adakah anda rasa ingin melibatkan diri semasa sesi soal jawab tadi?
Mengapa? Adakah cara saya menyoal tadi membuat anda ingin
menjawab soalan saya?
Bagi catatan jurnal, Cigku Azril perlu mencatat semua perkara yang
ada kaitan dengan sesi soal jawab dan teknik Berhenti Seketika.
Tindakan yang dijalankan
Pada minggu pertama, untuk dua masa pengajaran saya akan
menyoal dengan cara yang sama iaitu tanpa menggunakan teknik
14

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

Berhenti Seketika.
Pada minggu kedua, untuk dua masa pengajaran saya akan
menggunakan teknik Berhenti Seketika semasa sesi soal jawab
Cara pengumpulan data
Bagi minggu pertama dan kedua, seorang rakan saya akan duduk di
belakang dengan borang pemerhatian dan mencatat frekuensi setiap
item dalam borang semasa pelajaran dijalankan.
Pada hujung setiap pelajaran, saya juga akan menemu bual 4 orang
murid berdasarkan skedul temu bual yang disediakan
Selain itu, saya juga akan mencatat dalam jurnal saya semua perkara
yang berlaku dalam kelas serta refleksi saya selepas setiap pelajaran
Cara menganalisis data
Frekuensi bagi setiap item dalam borang pemerhatian akan diperoleh;
Jika frekuensi bertambah bagi item positif dan berkurangan bagi item
negatif selepas teknik Berhenti Seketika digunakan, maka boleh
dianggap bahawa teknik itu berjaya meningkatkan penglibatan murid
dalam sesi soal jawab;
Hasil temu bual dan catatan juranl akan digunakan untuk menyokong
keputusan daripada borang pemerhatian.
Calon juga boleh menunjukkan bagaimana data borang pemerhatian
dan temu bual dianalisis. Hanya satu analisis sahaja diperlukan.
Jawapan-jawapan lain yang munasabah
2

Cikgu M menjalankan satu penyelidikan tindakan untuk menentukan


sama ada penggunaan bahan maujud dapat meningkatkan minat
murid tahun 5 terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan. Untuk tujuan
itu, ia memilih 10 orang murid yang lemah dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan sebagai sampel. Terdapat 5 orang murid lelaki dan 5 orang
murid perempuan. Kesemua murid yang dipilih biasanya tidak
menimbulkan masalah disiplin; mereka hanya lemah dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan. Cikgu M telah menggunakan dua kaedah
pengumpulan data iaitu ujian dan pemerhatian. Dalam laporannya,
beliau telah memasukkan nama, gambar dan hasil kerja anak
muridnya kerana ingin menunjukkan bukti untuk dapatannya.
Bincangkan sama ada langkah-langkah yang diambil oleh Cikgu M
adalah wajar dan terangkan sebab-sebab anda. Juga, cadangkan
penambahbaikan kepada langkah-langkah yang diambil. Perbincangan
anda perlu melibatkan pemilihan sampel, cara pengumpulan data
khususnya alat-alat kajian dan etika penyelidikan.
15

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

Bagi pemilihan sampel, seharusnya Cikgu M memilih kesemua murid


dalam kelas. Ini kerana murid yang lemah dalam Kajian Tempatan
mungkin minat dalam mata pelajaran tersebut. Lagi pun yang hendak
diukur ialah tahap minat bukan tahap pencapaian. Oleh itu adalah lebih
wajar kalau kesemua murid dipilih termasuk murid yang pandai kerana
sering kali murid yang pandai cepat bosan jika pelajaran tidak
mencabar.
Bagi pengumpulan data, ujian didapati kurang sesuai sekali kerana
yang hendak diukur bukan tahap pencapaian tetapi tahap minat. Oleh
itu alat kajian yang lebih sesuai ialah soal selidik, skedul temu bual,
borang pemerhatian, catatan jurnal guru dan refleksi murid. Soal selidik
biasanya digunakan untuk mengukur persepsi responden terhadap
sesuatu; oleh itu dalam kajian ini ia memang sesuai diguankan untuk
mengukur minat murid terhadap pelajaran yang dijalankan. Contoh
item bagi soal selidik ialah: Saya seronok belajar mata pelajaran
Kajian Tempatan. (Calon boleh tunjukkan cadangan soal selidik yang
sepenuhnya di sini)
Cikgu M juga boleh menjalankan temu bual. Tujuannya ialah untuk
mengetahui dengan lebih mendalam mengapa murid minat atau tidak
minat dengan mata pelajaran Kajian Tempatan; contoh soalan dalam
skedul temu bual ialah: Adakah anda berminat dengan pelajaran tadi?
Mengapa?
Untuk pemerhatian, Cikgu M boleh meminta seorang rakan menjadi
pemerhati di belakang dan menandakan semua perlakuan dalam kelas
semasa pelajaran. Contohnya, frekuensi murid yang menanya soalan,
frekuensi murid yang tidak mengambil perhatian dan sebagainya
(Calon boleh tunjukkan cadangan borang pemerhatian yang
sepenuhnya di sini). Selain itu, pemerhati boleh catatkan sebarang
insiden semasa pelajaran yang menunjukkkan murid minat atau tidak
berminat dengan pelajaran.
Satu etika penyelidikan ialah kerahsiaan. Pengkaji tidak seharusnya
mendedahkan nama, gambar atau identiti responden. Nama yang
dimuatkan seharusnya nama samaran. Kalau gambar ingin
dimasukkan, pengkaji harus menutup mata murid dalam gambar
supaya tidak dapat dicam identiti murid. Juga hasil kerja murid di sini
mungkin kurang sesuai kerana yang ingin diukur ialah tahap minat dan
bukan tahap pencapaian murid.
3.

Cikgu Lee telah menghasilkan satu laporan penyelidikan tindakan yang


bertajuk Keberkesanan Penggunaan Angklung dalam Meningkatkan
Kefahaman Murid tentang Sejarah Melaka. Beliau bercadang untuk
menyebarkan dapatan beliau sama ada melalui penerbitan dalam jurnal
atau pembentangan dalam seminar antarabangsa. Pada pendapat anda,
antara kedua-dua saluran tersebut, saluran mana yang terbaik?
16

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

Huraikan jawapan anda dengan memberikan empat hujah yang relevan.


Pada pandangan saya, pembentangan dalam seminar antarabangsa
adalah lebih baik kerana penggunaan angklung adalah perkara baru
bagi kebanyakan negara lain. Oleh itu, para guru dan pendidik di
negara-negara tersebut sudah tentu akan tertarik dengannya dan
pengalaman Cikgu Lee akan sangat bermanfaat kepada mereka.
Kaedah seminar juga membolehkan guru-guru tersebut menyoal Cikgu
Lee dengan terperinci dan meminta penjelasan lanjut tentang tindakan
yang diambil oleh Cikgu Lee. Ini tidak dapat dilakukan melalui penerbitan
dalam jurnal kerana tidak ada interaksi bersemuka; tambahan lagi
bilangan perkataaan yang dibenarkan dalam sesuatu artikel adalah
terhad; dengan itu penjelasan tidak dapat diberi sepenuhnya.
Hujah-hujah lain
Kelebihan pembentangan dalam seminar:
- dianggap sebagai cara yang lebih penting
- membawa impak yang lebih besar
- meningkatkan profail pengkaji
Kekurangan pembentangan:
- memerlukan kemahiran seminar dan pembentangan
- soalan yang ditanya mungkin tidak dapat dijawab secara spontan
- masa terhad untuk perbincangan
Kelebihan artikel dalam jurnal:
- penyebaran adalah meluas
- tidak perlu menajwab soalan secara spontan (jawapan boleh
diberi melalui emel)
- meningkatkan profail pengkaji khususnya jika dimuatkan dalam
jurnal ISI
Kekurangan artikel dalam jurnal:
- memerlukan kemahiran bahasa dan komunikasi yang baik
- tiada perbincangan secara langsung dengan audiens
Jawapan-jawapan lain yang munabah.
4.
Dapatan penyelidikan sukar disebarkan menyebabkan maklumat dan pengetahuan
penyelidik tidak dapat dikongsi.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas? Berikan hujah anda.
Penyataan tersebut tidak benar. Banyak saluran boleh digunakan untuk
menyebarkan dapatan penyelidikan kita.
1. Penulisan artikel dalam jurnal akademik
Banyak jurnal tempatan dan jurnal antarabangsa yang menerbitkan dapatan
penyelidikan.Sesetengah jurnal memuatkan artikel ke dalam laman web. Dengan
demikian penyebarannya adalah luas.
17

SOALAN ULANGKAJI PENYELIDIKAN TINDAKAN

2. Pembentangan dalam seminar


Pembentangan merupakan cara yang penting dalam penyebaran dapatan kajian.
Terdapat interaksi bersemuka.
3. Persembahan poster
Dapat menjana perbincangan yang aktif terhadap penyelidikan yang dijalankan.
Biasanya dijalankan berdekatan dengan dewan seminar atau konferens.
Penyelidik berdiri di tepi poster untuk menjawab soalan penyelidik lain dan
membincangkan isu berkaitan penyelidikan yang dipaparkan.
4. Laporan penyelidikan
Laporan penyelidikan adalah lebih panjang dan lebih terperinci berbanding
dengan artikel dalam jurnal. Laporan penyelidikan diterbitkan jika penyelidikan
yang dijalankan mempunyai kepentingan kepada orang ramai atau kepada suatu
institusi.
5. Rangkaian penyelidikan

Rangkaian ini merupakan laman web yang digiunakan oleh penyelidik


untuk memuatnaik dapatan penyelidikan. Perbincangan dan perkongsian
idea berlaku dalam rangkaian tersebut. Kita juga dapat membantu
penyelidik-penyelidik lain

18

Anda mungkin juga menyukai