Anda di halaman 1dari 9

BEBERAPA PERKARA YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN DALAM PENULISAN KAJIAN

Oleh: Ustaz Mohd. Nor Jusoh (Rabbani)

1.1 Saiz kertas A4 (210 mm X 297 mm). 1.2 Jenis kertas, simili dengan berat sekurang-kurangnya 80 gsm. 1.3 Jenis huruf, Times New Roman pada keseluruhan kajian. 1.4 Saiz huruf ialah 12 poin (tulisan rumi) manakala 18 poin (Traditional Arabic). 1.5 Semua tajuk (kecuali subtajuk) hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR. 1.6 Selang baris, teks am manuskrip ditaip selang satu setengah baris (1.5). 1.7 Teks berikut hendaklah ditaip selang satu baris: > Pengakuan > Penghargaan > Abstrak > Kandungan > Senarai jadual dan illustrasi > Rujukan 1.8 Keterangan Pada Kulit: 1.8.1 Kulit Depan > Maklumat hendaklah dicetak dengan HURUF BESAR berwarna emas berukuran 18 poin mengikut susunan berikut: Tajuk Kajian: Disusun dalam bentuk piramid terbalik 60 mm dari birai atas. Nama Penuh Calon: Seperti dalam kad pengenalan. Nama Institut Pendidikan Guru: Nama IPG 60 mm dari birai bawah.

PENGHARGAAN: Perkataan PENGHARGAAN dan teksnya hendaklah ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas. Penghargaan kepada sebarang bantuan yang telah diberi oleh orang perseorangan. Teks penghargaan ini tidak melebihi satu halaman. Kandungan penghargaan adalah kepada:

Tuhan Penyelia Pusat pengajian Sumber kewangan Umum

ABSTRAK: Abstrak hendaklah ditaip dalam satu perenggan, selang satu baris pada halaman berasingan dan dimulakan pada halaman baru selepas halaman penghargaan. Perkataan ABSTRAK hendaklah ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas. Panjang abstrak hendaklah antara 200 hingga 300 patah perkataan.

Abstrak hendaklah merangkumi maklumat berikut: Permasalahan/Persoalan kajian Tujuan kajian Kawasan kajian (sekiranya berkaitan) Perkaedahan kajian Hasil kajian (Penemuan baru seperti teori, istilah, teknologi, tafsiran, produk atau penilaian yang dinyatakan dengan tepat). Sumbangan terhadap bidang ilmu. Implikasi kepada dasar (jika berkaitan). Abstrak tidak boleh mengandungi maklumat berikut: Tambahan, pembetulan, atau sebarang maklumat yang tidak terdapat di dalam kajian. Jadual, ilustrasi dan rujukan langsung kepadanya. Pemerihalan terperinci tentang eksperiman, organisma, kaedah, piawai, teknik dan alat. Rujukan dan sorotan susastera/karya.

KANDUNGAN: Senarai kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dengan perkataan KANDUNGAN ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas.

SENARAI JADUAL: Senarai jadual hendaklah dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI JADUAL ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas. Senarai ini hendaklah mengandungi tajuk jadual seperti di dalam kajian. Jadual hendaklah dinomborkan mengikut bab.

PENENTUAN TAJUK KAJIAN/PENYELIDIKAN: Peringkat ini merupakan peringkat awal dalam sesuatu penyelidikan. Seseorang calon sepatutnya telah mengenal pasti bidang penyelidikan/kajian yang wajar dilakukan oleh mereka. Calon hendaklah mengambil beberapa faktor berikut dalam memilih bidang kajian/tajuk penyelidikan. Antara pertimbangan yang perlu dibuat oleh anda ialah: Pengetahuan, kebolehan dan pengalaman yang sedia ada pada diri anda dalam bidang yang hendak dikaji. Minat terhadap bidang yang dikaji. Ini bagi merangsang diri anda terus menyelidik dan mencari maklumat untuk penyelidikan itu di samping memperluas dan memperkayakan lagii disiplin dalam bidang yang diminatinya. Sejauh mana wujudnya kajian-kajian terdahulu dalam bidang yang dipilih itu. Peluang-peluang bagi memperolehi maklumat/data dalam bidang kajian yang dipilih. Kemungkinan halangan-halangan yang akan mengganggu kajian dan berapa serius/besar halangan tersebut. Jangka masa yang mungkin diambil bagi mengumpul dan menyiapkan kajian. Kemungkinan bidang yang dipilih itu ada kaitan dengan kerja atau profesion anda sekarang ini. Bidang yang dipilih itu mestilah di dalam lingkungan kemampuan anda sebagai calon untuk menyiapkan kajian berkenaan dari sudut kos pembiayaan, masa yang diambil dan keupayaan anda sendiri. PENYEDIAAN PROPOSAL/KAJIAN: Setelah dibuat penentuan bidang dan maklumat atau data awalan diperolehi/dikutip, calon hendaklah menyediakan suatu rangka kasar kajian atau lebih dikenali sebagai proposal. Biasanya profosal ini merupakan pembahagian bab-bab secara umum

yang akan dimuat dalam disertasi nanti di samping beberapa perkara yang berkaitan dengan penyelidikan kajian itu. Antara perkara-perkara tersebut termasuklah: A. Huraian mengenai perkara-perkara berikut: > Tajuk (Tidak menyerupai atau menyamai dengan tajuk-tajuk yang telah dibuat terdahulu). > Pendahuluan > Latarbelakang masalah kajian > Kenyataan mengenai masalah kajian > Objektif kajian > Kerangka teori > Kenyataan mengenai hipotesisi (Jika berkaitan) > Kepentingan kajian > Skop kajian > Definisi istilah-istilah B. Ulasan seterusnya adalah perlu iaitu: > Ulasan lengkap penulisan terdahulu (literature review). > Bentuk penyelidikan > Bahan atau sumber maklumat > Kaedah atau cara mengumpul data > Kaedah penyelidikan dan kerja awal. > Penganalisaan data.

C. Senarai bibliografi awalan/sementara.

PENETAPAN RANCANGAN PENYELIDIKAN DAN JADUAL KERJA Satu jadual kerja hendaklah dibuat supaya kajian itu berjalan dengan lancar dan mengikut jadual. Ini bagi mengelakkan berlakunya sesuatu kelewatan atau hanyut tidak berkesudahan. Saya mengharapkan calon -calon di bawah saya ini sebolehbolehnya merancang jadual kerja tersebut. Sebagai contohnya ialah:

JANGKAMASA Januari Fabruari

AKTIVITI Pembacaan awalan, bentuk soal selidik Temuduga responden/Tulis bab 1 dan seterusnya.

Catatan: Ini hanyalah contoh semata-mata.

KANDUNGAN TEKS Teks hendaklah dimulakan dengan BAB 1, iaitu PENDAHULUAN. Bab ini terdiri daripada pengenalan, permasalahan/persoalan kajian, tujuan kajian, skop kajian dan kepentingan kajian.

BAB 11, iaitu Ulasan kepustakaan atau ulasan literatur adalah kupasan kepada bahan bacaan berkaitan dengan permasalahan/persoalan kajian.

BAB 111, lazimnya, menyentuh KAEDAH KAJIAN, iaitu tatacara menjalankan kajian dengan mengambil kira bahan, alat, instrumentasi, persampelan dan lain-lain yang berkaitan bidang kajian. Bab ini juga perlu memasukkan cara penganalisisan data.

Penulisan bab seterusnya hendaklah dikembangkan mengikut kerangka kajian. Antaranya ialah analisis, dapatan kajian, perbincangan, sumbangan, rumusan dan implikasi.

PENAIPAN BAB BAB 1 hendaklah ditaip 50 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Tajuk bab hendaklah dimulakan selang tiga baris di bawah perkataan BAB 1, dan terletak di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Subtajuk atau kandungan bab dimulakan selang dua baris di bawah tajuk bab dan hendaklah memenuhi keperluan jidar.

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI Rujukan hendaklah pada halaman yang baru dengan perkataan RUJUKAN ditaip santak tengah 30 mm dari birai atas. Bahagian ini hendaklah mengandungi senarai bahan yang dirujuk di dalam teks sahaja.

Penyenaraian bahan adalah mengikut Sistem Pengarang-Tarikh Gaya IPG (Ikut stail yang ditetapkan oleh tenaga pengajar IPG masing-masing). Semua bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad. Rujukan dalam Bahasa Arab/Jawi hendaklah disusun mengikut aksara Arab.

Tajuk buku atau jurnal hendaklah ditaip dengan huruf condong. Huruf pertama bagi setiap perkataan judul buku atau jurnal hendaklah dimulakan dengan huruf besar kecuali kata sendi.

LAMPIRAN Lampiran hendaklah disusun sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B, dan seterusnya jika ada. Perkataan LAMPIRAN A hendaklah ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas. Lampiran hendaklah diberi tajuk.

Tajuk lampiran dalam senarai kandungan hendaklah sama dengan tajuk lampiran tersebut.

Bahan yang boleh dimasukkan dalam lampiran terdiri daripada glosari, data kajian, jadual, soal selidik, dan sebagainya yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks.

RUJUKAN DALAM TEKS

PENDAHULUAN Penulisan rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan mendapatkan maklumat mengenainya. Calon hendaklah menggunakan sistem pengarang-tarikh secara berterusan dalam penulisannya.

SISTEM PENGARANG-TARIKH Bentuk asas rujukan dalam teks yang menggunakan sistem pengarang-tarikh Gaya IPG hendaklah mengandungi nama pengarang dan tarikh seperti berikut: Mohd Nor Jusoh (2003) atau (Mohd Nor 2003) Rabbani (2010) atau (Rabbani 2010)

Nama pengarang yang menggunakan nama keluarga, hendaklah diringkaskan kepada nama keluarga sahaja tanpa parap (initials). Nama pengarang Arab hendaklah ditulis mengikut nama keluarga atau nama yang dikenali. Nama pengarang Melayu hendaklah menggunakan nama diri pengarang. Nama pengarang Cina hendaklah menggunakan nama keluarga. Lihat Contoh: Makalah Mohd Nor Jusoh yang diterbitkan pada tahun 2002 hendaklah dirujuk sebagai: Mohd Nor (2002) atau Mohd Nor Jusoh (2002)

Makalah Wong Peng Sang yang diterbitkan pada tahun 2005 hendaklah dirujuk sebagai: Wong (2005) atau Wong Peng Sang (2005)

PENGARANG TUNGGAL Nama pengarang diikuti dengan tahun penerbitan, ditulis di dalam teks pada tempat yang berkenaan:

Rabbani (2002) membuktikan ........ .....seperti yang dikaji oleh Rabbani (2002). Dalam kajian mengenai masalah warga IPG tidak menunaikan solat secara berjemaah (Rabbani 2002)..... Dalam tahun 2002, Rabbani mengkaji ......... Dalam kajian mengenai masalah warga IPG tidak menunaikan solat secara berjemaah, Rabbani (2002) memberi pandangan ........Rabbani juga menyatakan.............. PENGARANG BERSAMA Untuk rujukan yang pengarangnya dua orang, nyatakan kedua-dua nama pengarang itu setiap kali dirujuk di dalam teks: ......Mohd Nor dan Mohd Rabbani (2011) telah memberi takrif akidah ..... ......seperti yang telah dibuktikan (Mohd Nor Jusoh & Mohd Rabbani 2011) Mohd Nor dan Mohd Rabbani (2012) telah mentakrifkan murtad sebagai....

Untuk rujukan yang pengarangnya lebih daripada dua orang, tulis nama pengarang pertama sahaja diikuti dengan et.al. dan tahun. Mohd Nor Jusoh et.al.(2012) menerangkan secara terperinci tentang .... .....telah menurunkan kerosakan akidah (Mohd Rabbani et. al. 2012). TANPA PENGARANG Rujukan daripada pengarang yang tidak diketahui hendaklah ditulis seperti berikut: Anon.(2002) atau (Anon.2002) PENGARANG SAMA NAMA Jika senarai rujukan merangkumi penerbitan oleh dua orang atau lebih yang namanya sama, masukkan nama penuh atau parap pengarang-pengarang itu di dalam setiap rujukan teks untuk mengelakkan kekeliruan. Zainor Yusof (2010) dan Zainor Said (2010).... RUJUKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-HADITH (Al-Quran, nama dan nombor surah, nombor ayat) Rujukan pada hadith boleh diterangkan pada nota kaki. (al-Bukhari, nama kitab hadith, nama kitab dan nama bab)

RUJUKAN KEPADA AL-QURAN Angka yang menunjukkan rujukan ayat al-Quran hendaklah diletak pada akhir teks al-Quran, bukan pada akhir terjemahannya. Rujukan hendaklah dibuat kepada nombor surah dan nombor ayat. Terjemahan hendaklah merujuk Tafsir Pimpinan AlRahman. Penulis juga hendaklah menulis ayat al-Quran dalam Uthmaniah dan menjelaskan sumber terjemahannya.

RUJUKAN KEPADA AL-HADITH Pada kebiasaannya, rujukan hadith dalam koleksi tertentu dibuat kepada bilangan atau nama kitab atau bab atau nombor hadith sesuatu hadith itu didapati.

Anda mungkin juga menyukai