Anda di halaman 1dari 29

TEORI

BEHAVIORIS
Pavlov, Watson, Skinner
TEORI BEHAVIORIS
TEORI TINGKAHLAKU

Teori ini merupakan suatu jenis terapi yang berorientasikan
tingkahlaku.

Ia bertujuan untuk membasmi tingkahlaku yang tidak betul dan
membantu klien menguasai kemahiran-kemahiran atau
tingkahlaku baru.

Psikologis behaviorisme mementingkan tingkahlaku luaran
seperti gerak balas kognitif, psikomotor dan emosi seseorang
yang dapat diperhatikan.

Tingkahlaku manusia biasanya ditentukan oleh matlamat-
matlamat yang dibentuk oleh diri sendiri atau kadang-kadang
oleh masyarakat.
Ivan Pavlov

Pelaziman klasik bermula dengan beberapa amali. Ianya telah
dimulakan oleh Ivan Pavlov yang dilahirkan di Rusia pada (1849)
dan meninggal pada (1938).

Dalam pemerhatian semasa beliau mengkaji penghazaman, Pavlor
telah mendapati bahawa seekor anjing seringkali mengeluarkan air
liurnya apabila makanan tiba.

Bahkan air liurnya mengalir sejak anjing itu mendengar tapak kaki
orang yang membawa makanan.

Fenomena ini dinamakan oleh Pavlov sebagai psychic seccretion,
kemudian digantikan dengan condition reflex atau pelaziman
klasik.
TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL
John Watson
John Watson Watson (1878-1958) ialah seorang ahli psikologi
Amerika.

Watson menjumpai satu teknik untuk mengkaji hubungan antara
tingkahlaku organisma dengan perancangan sekitar.

Pada tahun 1919, Watson mengemukakan prinsip behaviorisme,
iaitu mementingkan faktor yang dapat dilihat dan
menumpukan kepada tingkahlaku, mengambil sikap yang
faktor persekitaran sebagai terlibat dalam pembelajaran dan
memahami peranan penting dalam tingkahlaku manusia.

Satu ujikaji yang dijalankan oleh Watson dan Reyner (1920)
ialah ke atas kanak-kanak Albert diberi bermain dengan tikus
putih (ini ialah gerakbalas tak lazim).
TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL
B.F. Skinner

Skinner telah melakukan kajian untuk mengilustrasikan konsep ini
dengan berkesan.

Kajian Skinner dilakukan ke atas tikus yang diletakkan di dalam kotak.

Hasil kajian ini mendapati organisme yang menghadapi keadaan yang
aversif tentunya ingin mengelak diri dari kesakitan.

Para penyelidik mendapati lebih lama proses pelaziman ini dilakukan,
lebih cekap tikus dapat melepaskan diri dari terkena arus elektrik.

Organisma akan dapat belajar untuk mengelak kesakitan daripada
mempelajari sesuatu dari peneguhan positif.
TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL
1. Berlandaskan kaedah saintifik
2. Mengurus masalah semasa klien.
3. Klien perlu mengambil bahagian secara aktif
4. Mengajar klien kemahiran dan cara mengurus diri di hadapan
kaunselor dengan matlamat dapat melaksanakannya di luar.
5. Fokus secara terus kepada overt dan covert, mengenalpasti
masalah dan menilai perubahan
6. Penekanan kepada kaedah kawalan diri
7. Intervensi rawatan secara terus kepada masalah yang spesifik
8. Pelaksanaan berdasarkan kolaboratif antara kaunselor dan klien
9. Menekankan aplikasi yang praktikal
PRINSIP ASAS TERAPI TINGKAHLAKU
Bagi terapi tingkahlaku, manusia adalah :

1. tidak semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh-
naluri-naluri tertentu, malah ia juga mempunyai keupayaan-
keupayaan tertentu untuk mencorakkan persekitarannya,

2. mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambahkan
ruang kebebasan manusia

3. bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan
deterministic semata-mata

4. mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan
mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang
mempengaruhi tingkahlaku mereka

5. boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan arahan kendiri
(Amir Awang, 1986)
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
peneguhan
pengekalan
diskriminasi penghapusan
hukuman
KONSEP-KONSEP UTAMA
Peneguhan
Peneguhan merupakan aspek penting dalam pembentukan
tingkahlaku:

Peneguhan positif
Peneguhan positif ialah rangsangan yang diberi kepada
organisme selepas berlakunya sesuatu tingkahlaku yang
dapat meningkatkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku yang
dikehendaki.

Peneguhan negatif
Peneguhan negatif bermakna dengan menghapuskan sesuatu
rangsangan yang aversif serta menyakitkan, ia akan
meningkatkan kebarangkalian berlakunya sesuatu
tingkahlaku.
KONSEP-KONSEP UTAMA
Diskriminasi
Merupakan keadaan sebalik generalisasi iaitu kebolehan
organisme mengesan serta membezakan rangsangan-
ransangan yang dikaitkan dengan sesuatu yang pelajari.

Sekiranya anjing Pavlov menjalani proses pelaziman klasik
tidak menggunakan bunyi loceng tetapi menggunakan
cahaya lampu merah. Ia akan mempelajari mengaitkan
cahaya merah dengan kehadiran makanan.

Oleh itu, ia akan memberi gerak balas terlazim kepada
lampu merah sahaja tidak kepada cahaya lampu berwarna
lain.

Contoh: wisel dan kad wisel sahaja.
KONSEP-KONSEP UTAMA
Pengekalan
Konsisten dalam membuat sesuatu yang diingini tanpa
bantuan orang lain.

Penekanan kepada pengawalan diri klien dan pengurusan
diri.

Meningkatkan kesedaran pada diri klien untuk bila dan
bagaimana sesuatu tingkahlaku berlaku.

Peneguhan boleh membantu meningkatkan pengekalan
KONSEP-KONSEP UTAMA
Penghapusan
Proses untuk mengurangkan kekerapan sesuatu tingkahlaku
yang tidak dikehendaki.

Penghapusan melibatkan penahanan daripada apa-apa
peneguhan positif atau negative.

Selalunya apabila cuba menghapuskan tingkahlaku,
kaunselor mendapati bahawa tingkahlaku klien itu
bertambah semasa dia menerima peneguhan, seperti
perhatian yang biasa ia terima kerana tingkahlaku itu.

Lama-kelamaan, jika peneguhan itu ditahan, tingkahlaku itu
akan berkurang atau akhirnya dapat dihapuskan.
Hukuman
Dilakukan untuk mengubah tingkahlaku seseorang tetapi
mempunyai kesan sebaik kesan yang ditinggalkan oleh proses
peneguhan negative.

Hukuman mengurangkan kebarangkalian berlakunya sesuatu
tindakbalas manakala peneguhan negative meningkatkan
kebarangkalian berlakunya sesuatu tindakbalas.

Hukuman boleh didefinisikan sebagai kesan yang eversif yang
mengurangkan berlakunya sesuatu tindakbalas apabila ia
dikenakan sejurus selepas berlakunya sesuatu tingkahlaku
yang tidak diingini.

Kanak-kanak yang suka menconteng dinding apabila dipukul
tangannya akan memberhentikan tingkahlaku tersebut buat
seketika.
KONSEP-KONSEP UTAMA
Tingkahlaku maladaptive dipelajari demi untuk
mendapatkan peneguhan positif atau untuk
meluangkan sakit atau perasaan yang kurang selesa.

Dari perspektif pembelajaran responden, jika
rangsangan yang menyakitkan digandingkan dengan
rangsangan yang neutral, lama kelamaan selepas
pembelajaran telah berlaku, rangsangan yang
sebelumnya neutral akan mengeluarkan respon yang
maladaptive, walaupun sebelum terjadinya situasi
sebenar.
BAGAIMANA INDIVIDU BERMASALAH
Tingkahlaku maladaptive yang lain pula dipelajari
melalui proses pelaziman operan. Tingkahlaku ini akan
terbentuk, bertambah dan berterusan dengan adanya
peneguhan berikutnya.

Tingkahlaku ini akan menjadi bebanan pada dirinya
pada masa-masa akan datang

Individu ini mungkin ingin mengubah tingkahlakunya
yang maladaptive, tetapi oleh kerana ia telah
mempelajari bahawa mengelak rangsangan yang tidak
selesa membawa kesan baik, dia sukar untuk
melupuskan tingkahlaku sakit perut itu, melainkan
dengan cara menjalani terapi atau kaunseling.
BAGAIMANA INDIVIDU BERMASALAH
Matlamat utama terapi tingkahlaku boleh dijelaskan sebagai:
1. Meningkatkan pilihan dalam menghadapi kehidupan yang lebih
selesa
2. Menyediakan keadaan dan persekitaran yang sesuai untuk
menghapuskan tingkahlaku yang maladaptive (salah suai).
3. Mengajar klien untuk menguasai tingkahlaku baru yang sesuai bagi
mengantikan tingkahlaku yang salah suai.
4. Pada asasnya kaunselor tingkahlaku ingin membantu klien untuk
membuat penyesuaian yang baik iaitu juga matlamat yang diingini
oleh klien.
5. Matlamat perlu dapat dijelaskan secara tingkahlaku.
6. Membuat modifikasi kepada tingkahlaku yang positif.
7. Membantu klien mempelajari respons yang produktif serta
membentuk dan mencapai matlamat yang jelas dan konkrit.
MATLAMAT KAUNSELING
Peranan utama ialah
1. Kaunselor mempunyai kedudukan sebagai pakar, sebagai guru
yang aktif, kerana ia mempunyai pengetahuan dan kemahiran-
kemahiran saintifik yang boleh digunakan bagi mengubati
masalah kliennya.
2. Menjadi model dan contoh untuk diteladani kliennya.
3. Kaunselor hendaklah mahir dengan semua atau pun dengan
kebanyakan daripada teknik-teknik yang digunakan di dalam
terapi yang berbagai.
4. Kaunselor juga harus mempunyai orientasi yang baik ke arah
penyelidikan dan statistik agar dapat melaksanakan penilaian
dengan objektif.
5. Membuat penilaian terhadap kemajuan klien sepanjang intervensi
6. Menyediakan tindakan susulan selepas sesi
7. Cari lagi
Peranan Kaunselor
Peranan Klien
1. Klien perlu memahami permasalahan yang dihadapi
2. Menekankan penglibatan aktif klien dalam sesi
kaunseling
3. Bersedia untuk berubah kepada tingkahlaku baru
4. Mengambil bahagian sepenuhnya dalam aktiviti yang
dijalankan
5. Menetapkan matlamat yang boleh diukur
Proses Kaunseling
1. Kaunselor perlu membina hubungan yang positif dengan klien
2. Kaunselor memberikan motivasi kepada klein semasa sesi
3. Dari segi sahsiah, kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri mesra,
ingin memahami, sedia menolong dan ikhlas.
4. Klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis, merancang,
memproses dan menilai program pengurusan tingkahlaku dirinya.
5. Kaunselor akan cuba melupus bermacam-macam tingkahlaku
yang maladaptif
6. Klien diajar mempelajari tingkahlaku adaptif yang akan
berterusan sebagaimana dirancang
7. Kaunselor perlu menggalak dan membantu kliennya membuat
perubahan.
Perancangan persekitaran
1. Prosedur melibatkan mengubah keadaan sekeliling klien
untuk menghadkan beberapa tingkahlaku.

2. Contohnya, jika seseorang klien mempunyai pengalaman
pahit dengan sesuatu tempat, dia akan cuba merancang
mengelak kejadian tersebut.

3. Begitu juga dengan mengawal situasi seterusnya
menggalakkan keinginan berinteraksi.

4. Klien mungkin dibiarkan mengubah tempat dan
kedudukan ia selesa.
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku
Relaxation Training
Latihan yang digunakan untuk menenangkan otot dan mental.
Selepas klien belajar asas relaksasi mereka akan membuat latihan ini
setiap hari.

Latihan ini memerlukan masa dari 4 jam sehingga 8 jam
Klien akan diberikan arahan untuk menenangkan diri mereka
Mengurus pernafasan boleh membantu relaksasi.
Klien akan diajar untuk melepaskan tekanan dengan memfokus kepada
perasaan dan imej.
Biasanya teknik ini digunakan untuk mengurus stress dan kerisauan.

Some other ailments for which relaxation training is helpful include
asthma, headache, hypertension, insomnia, irritable bowel syndrome
and panic disorder
(Cormier & Nurius, 2003)
Systematic Desensitization
1. Teknik penghapusan deria secara bersistem
bermatlamatkan untuk melemahkan hubungan di antara
rangsangan-rangsangan tertentu di dalam persekitaran,
misalnya dengan gerakbalas risau dan takut klien.

2. Ini dilakukan dengan mendedahkan klien kepada
rangsangan-rangsangan yang menimbulkan rasa takut di
dalam keadaan di mana rasa takut itu disekat daripaada
muncul melalui tindakan releksasi dan tingkahlaku asertif.

3. The technique will be employed to reduce the clients
anxiety by counter conditioning through relaxation.
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku
Latihan Assertif
1. Latihan asertif atau tegas diri pada umumnya digunakan bagi
perasaan kebimbangan yang dibangkitkan di dalam perhubungan
antara perseorangan.

2. Iaitu melibatkan percubaan klien melahirkan perasaan-perasaan
semasa berinteraksi.

3. Klien cuba melatih tegas diri dalam temubual kaunseling dengan
menyatakan perasaan-perasaannya kepada kaunselor.

4. Kaunselor menggunakan prinsip-prinsip peneguhan,
penghapusan dan membentuk operan untuk mengembangkan
gerakbalas tegas diri.

5. Setelah segalanya disempurnakan klien dikehendaki cuba
melakukan gerakbalas yang sama di luar daripada sesi
kaunseling.
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku
Contingency Contracts
1. Memahami beberapa tingkahlaku yang dilakukan, diubah
atau dihentikan serta ganjaran kejayaan dan keadaan di
mana ganjaran yang akan diterima.

2. Sesuai untuk kanak-kanak kerana orang dewasa akan
lebih berhati-hati.
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku
Implosion dan Flooding
1. Diperkenalkan pada tahun 1960an oleh Thomas Stampfl.

2. Membuat klien peka dengan mengambarkan keadaan
yang menimbulkan kebimbangan serta mempunyai kesan
yang dahsyat, klien tidak diajar untuk releks lebih dahulu.

3. Teknik ini tidak sesuai digunakan untuk klien baru.
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku
LATIHAN ASSERTIF

Latihan ini sesuai untuk
1. Sukar melepaskan perasaan marah
2. Sukar mengatakan TIDAK
3. Merendah diri dan membiarkan diri dimanipulasi orang lain
4. Bias kepada sosial

Latihan untuk meningkatkan kendiri untuk membuat pilihan bertingkahlaku
assertif dalam situasi tertentu.
Juga mengajar individu melahirkan perasaan mereka terhadap perasaan dan
hak sendiri.


TOKEN EKONOMI

Satu prosedur teratur dimana token atau hadiah diberi sebagai
peneguhan untuk tingkahlaku yang sesuai.
Kaunselor boleh melaksana strategi ini sebagai peneguhan
kepada pelajar yang telah melakukan tingkahlaku positif.

Persoalan: Adakah tingkahlaku ini akan berterusan?
Diyakini memang berkesan tetapi perlukan kepada beberapa
penstukturan.

Minta bantuan rakan-rakan dan ibubapa membuat komitmen
membantu memahami konsep dan matlamat ekonomi token.
Memilih tingkahlaku yang mudah mendapat peneguhan
Mematuhi prinsip modifikasi tingkahlaku : pengagihan, adil,
konsisten
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku
Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan Kendiri
Satu trend melibatkan klien sebagai peserta yang
bekerjasama dan aktif
Klien memainkan peranan aktif dalam fasa kaunseling
Klien mengeluarkan buah fikiran sendiri mengikut arahan klr.
Proses pemikiran klien diambil kira
Klien dijangka lebih bertanggungjawab
Klien belajar cara peneguhan kendiri
Klien membuat pemerhatian, memantau, mencatat,
memberi peneguhan dan membuat interpretasi
Kaunselor sebagai mentor sahaja.
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku
Langkah-langkah 3P kendiri.
Meneruskan kejayaan dan mengira
apa yang telah tercapai.
Menjana peneguhan yang sesuai dan
menentukan akibat yang bermakna serta
berkesan bagi klien.
Perubahan suasana persekitaran dan
mengambil langkah yang sesuai.
Mengurus dan memantau
tingkahlaku sasaran.
Mengkonsepsi dan mentakrif masalah dan
memilih matlamat dlm bentuk behavioral.
1.
2.
3.
4.
5.

Anda mungkin juga menyukai