Anda di halaman 1dari 26

TEORI

BEHAVIORIS
TERAPI TINGKAHLAKU

Teori ini merupakan suatu jenis terapi yang


berorientasikan tingkahlaku.

Ia bertujuan untuk membasmi tingkahlaku yang tidak


betul dan membantu klien menguasai kemahiran-
kemahiran atau tingkahlaku baru.

Psikologis behaviorisme mementingkan tingkahlaku luaran


seperti gerak balas kognitif, psikomotor dan emosi
seseorang yang dapat diperhatikan.

Tingkahlaku manusia biasanya ditentukan oleh matlamat-


matlamat yang dibentuk oleh diri sendiri atau kadang-
kadang oleh masyarakat.
TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL

Ivan Pavlov

Pelaziman klasik bermula dengan beberapa amali. Ianya telah


dimulakan oleh Ivan Pavlov yang dilahirkan di Rusia pada
(1849) dan meninggal pada (1938).

Dalam pemerhatian semasa beliau mengkaji seekor anjing,


Pavlor telah mendapati bahawa seekor anjing seringkali
mengeluarkan air liurnya apabila makanan tiba.

Bahkan air liurnya mengalir apabila anjing itu mendengar


loceng yang dibunyikan & tapak kaki orang yang membawa
makanan.

Fenomena ini dinamakan oleh Pavlov sebagai pelaziman klasik.


TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL

B. F Skinner & John Watson Watson (1878-1958) ialah


seorang ahli psikologi Amerika.

Watson menjumpai satu teknik untuk mengkaji hubungan


antara tingkahlaku organisma dengan perancangan sekitar.

Pada tahun 1919, Watson mengemukakan prinsip


behaviorisme, iaitu mementingkan faktor yang dapat dilihat
dan menumpukan kepada tingkahlaku, mengambil sikap yang
faktor persekitaran sebagai terlibat dalam pembelajaran
dan memahami peranan penting dalam tingkahlaku manusia.

B.F. Skinner mengkaji tentang seekor tikus putih yang


dimasukkan ke dalam sangkar.
TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL

B.F. Skinner

Skinner telah melakukan kajian untuk mengilustrasikan konsep ini


dengan berkesan.

Kajian Skinner dilakukan ke atas tikus yang diletakkan di dalam


kotak.

Hasil kajian ini mendapati organisme yang menghadapi keadaan


yang aversif tentunya ingin mengelak diri dari kesakitan.

Para penyelidik mendapati lebih lama proses pelaziman ini


dilakukan, lebih cekap tikus dapat melepaskan diri dari
terkena arus elektrik.

Organisma akan dapat belajar untuk mengelak kesakitan


daripada mempelajari sesuatu dari peneguhan positif.
PRINSIP SKINNER

1. Dalam membentuk teori personaliti behavioris, yang


amat penting ialah membuat ramalan dan menguasai
tingkahlaku.

2. Semua tingkahlaku boleh dibahagikan kepada


kategori operan (operasi/ransangan) dan respon
(gerakbalas).

3. Personaliti seseorang terbentuk disebabkan oleh


peneguhan-peneguhan.

4. Sesuatu tingkahlaku boleh diubah dengan cara


melemahkan atau menahan peneguhan-suatu proses
yang dinamakan pelupusan.
PRINSIP SKINNER

5.Modeling juga menambahkan pembentukan personaliti.

6.Selain peneguhan positif,personaliti juga boleh dikuasai


dengan rangsangan yang menyakitkan yang membuat
individu mengelak atau menjauhinya.

7.Personaliti dikekalkan oleh peneguhan terlazim yang


berterusan.

8.Sesuatu tingkahlaku boleh berterusan jika diberi


peneguhan selalu atau secara berkala.
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
Bagi terapi tingkahlaku, manusia adalah :

tidak semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun


oleh-naluri-naluri tertentu, malah ia juga mempunyai
keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan
persekitarannya,

mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambahkan ruang


kebebasan manusia

bukanlah model-model yang berbentuk makanistik dan


deterministic semata-mata

mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka


dengan mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi
tingkahlaku mereka

boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan arahan kendiri


(Amir Awang, 1986)
KONSEP-KONSEP UTAMA

Peneguhan
Peneguhan merupakan aspek penting dalam pembentukan
tingkahlaku:

Peneguhan positif
Peneguhan positif ialah rangsangan yang diberi kepada
organisme selepas berlakunya sesuatu tingkahlaku yang
dapat meningkatkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku
yang dikehendaki.

Peneguhan negatif
Peneguhan negative bermakna dengan menghapuskan sesuatu
rangsangan yang aversif yang menyakitkan, ia akan
meningkatkan kebarangkalian berlakunya sesuatu
tingkahlaku.
KONSEP-KONSEP UTAMA

Generalisasi
Kebolehan sesuatu rangsangan yang hamper sama dengan
rangsangan terlazim untuk menghasilkan gerakbalas yang
terlazim.

Organisme yang telah menjalani proses pembelajaran akan


dipengaruhi untuk memberi gerakbalas yang sama kepada
rangsangan lain yang seakan-akan sama dengan
rangsangan terlazim.

Dalam kajian Watson, di mana seorang kanak-kanak Albert


yang takut pada tikus putih merebak kepada arnab putih,
kucing putih, anjing putih, dan orang berjanggut putih.
KONSEP-KONSEP UTAMA

Diskriminasi
Merupakan keadaan sebalik generalisasi iaitu kebolehan
organisme mengesan serta membezakan rangsangan-
ransangan yang dikaitkan dengan sesuatu yang pelajari.

Sekiranya anjing Pavlov menjalani proses pelaziman


klasiktidak menggunakan bunyi loceng tetapi menggunakan
cahaya lampu merah. Ia akan mempelajari mengaitkan
cahaya merah dengan kehadiran makanan.

Oleh itu, ia akan memberi gerak balas terlazim kepada lampu


merah sahaja tidak kepada cahaya lampu berwarna lain.
KONSEP-KONSEP UTAMA

Pengekalan
Konsisten dalam membuat sesuatu yang diingini tanpa bantuan
orang lain.

Penekanan kepada pengawalan diri klien dan pengurusan diri.

Meningkatkan kesedaran pada diri klien untuk bila dan


bagaimana sesuatu tingkahlaku berlaku.
KONSEP-KONSEP UTAMA

Penghapusan
Proses untuk mengurangkan kekerapan sesuatu tingkahlaku
yang tidak dikehendaki.

Penghapusan melibatkan penahanan daripada apa-apa


peneguhan positif atau negative.

Selalunya apabila cuba menghapuskan tingkahlaku, kaunselor


mendapati bahawa tingkahlaku klien itu bertambah semasa
dia menerima peneguhan, seperti perhatian yang biasa ia
terima kerana tingkahlaku itu.

Lama-kelamaan, jika peneguhan itu ditahan, tingkahlaku itu


akan berkurang atau akhirnya dapat dihapuskan.
KONSEP-KONSEP UTAMA
Hukuman
Dilakukan untuk mengubah tingkahlaku seseorang tetapi
mempunyai kesan sebaik kesan yang ditinggalkan oleh
proses peneguhan negative.

Hukuman mengurangkan kebarangkalian berlakunya sesuatu


tindakbalas manakala peneguhan negative meningkatkan
kebarangkalian berlakunya sesuatu tindakbalas.

Hukuman boleh didefinisikan sebagai kesan yang eversif


yang mengurangkan berlakunya sesuatu tindakbalas
apabila ia dikenakan sejurus selepas berlakunya sesuatu
tingkahlaku yang tidak diingini.

Kanak-kanak yang suka menconteng dinding apabila dipukul


tangannya akan memberhentikan tingkahlaku tersebut
buat seketika.
BAGAIMANA INDIVIDU BERMASALAH

Tingkahlaku maladaptif dipelajari demi untuk


mendapatkan peneguhan positif atau untuk meluangkan
sakit atau perasaan yang kurang selesa.

Dari perspektif pembelajaran responden, jika


rangsangan yang menyakitkan digandingkan dengan
rangsangan yang neutral, lama kelamaan selepas
pembelajaran telah berlaku, rangsangan yang
sebelumnya neutral akan mengeluarkan respon yang
maladaptive, walaupun sebelum terjadinya situasi
sebenar.
BAGAIMANA INDIVIDU BERMASALAH

Tingkahlaku maladaptif yang lain pula dipelajari


melalui proses pelaziman operan. Tingkahlaku ini akan
terbentuk, bertambah dan berterusan dengan adanya
peneguhan berikutnya.

Tingkahlaku ini akan menjadi bebanan pada dirinya


pada masa-masa akan datang

Individu ini mungkin ingin mengubah tingkahlakunya


yang maladaptif, tetapi oleh kerana ia telah
mempelajari bahawa mengelak rangsangan yang tidak
selesa membawa kesan “baik”, dia sukar untuk
melupuskan tingkahlaku “sakit perut” itu, melainkan
dengan cara menjalani terapi atau kaunseling.
MATLAMAT KAUNSELING

Matlamat merupakan aspek penting dalam terapi tingkahlaku.

Pada asasnya kaunselor tingkahlaku ingin membantu klien


untuk membuat penyesuaian yang baik iaitu juga matlamat
yang diingini oleh klien.

Matlamat perlu dapat dijelaskan secara tingkahlaku.

Membuat modifikasi kepada tingkahlaku yang positif.

Membantu klien mempelajari respons yang produktif serta


membentuk dan mencapai matlamat yang jelas dan konkrit.
MATLAMAT KAUNSELING

Matlamat utama terapi tingkahlaku boleh dijelaskan


sebagai:

1. Menyediakan keadaan dan persekitaran yang


sesuai untuk menghapuskan tingkahlaku yang
maladaptive (salah suai).

1. Mengajar klien untuk menguasai tingkahlaku


baru yang sesuai bagi mengantikan tingkahlaku
yang salah suai.
Peranan Kaunselor

Empat peranan utama ialah


1. Kaunselor mempunyai kedudukan sebagai pakar,
sebagai guru yang aktif, kerana ia mempunyai
pengetahuan dan kemahiran-kemahiran saintifik yang
boleh digunakan bagi mengubati masalah
kliennya.

2. Menjadi model dan contoh untuk diteladani kliennya.

3. Kaunselor hendaklah mahir dengan semua atau pun


dengan kebanyakan daripada teknik-teknik yang
digunakan di dalam terapi yang berbagai.

4. Kaunselor juga harus mempunyai orientasi yang baik


ke arah penyelidikan dan statistic agar dapat
melaksanakan penilaian dengan objektif.
Proses Kaunseling
1. Kaunselor perlu membina hubungan yang positif dengan
klien
2. Kaunselor memberikan motivasi kepada klein semasa sesi
3. Dari segi sahsiah, kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri
mesra, ingin memahami, sedia menolong dan ikhlas.
4. Klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis,
merancang, memproses dan menilai program pengurusan
tingkahlaku dirinya.
5. Kaunselor akan cuba melupus bermacam-macam
tingkahlaku yang maladaptif
6. Klien diajar mempelajari tingkahlaku adaptif yang akan
berterusan sebagaimana dirancang
7. Kaunselor perlu menggalak dan membantu kliennya
membuat perubahan.
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku

Samuel T Glading (1996), mengemukakan empat pendekatan


seperti berikut:

Rehearsal Perlakuan
Suatu cara membuat latihan menggunakan perlakuan baru.

Latihan mestilah sama dengan situasi yang ada dalam


persekitaran klien, boleh menggunakan perlatan dan
melibatkan orang lain.

Rehearsal boleh dibuat secara covert dengan membuat


imiginasi dan refleksi tentang respon yang dibuatnya atau
overt.

Rehearsal boleh juga dibuat dengan menggunakan cara covert


dulu
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku

Perancangan persekitaran
Prosedur melibatkan mengubah keadaan sekeliling klien
untuk menghadkan beberapa tingkahlaku.

Contohnya, jika seseorang klien mempunyai pengalaman


pahit dengan sesuatu tempat, dia akan cuba merancang
mengelak kejadian tersebut.

Begitu juga dengan mengawal situasi seterusnya


menggalakkan keinginan berinteraksi.

Klien mungkin dibiarkan mengubah tempat dan kedudukan ia


selesa.
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku

Systematic Desensitization
Teknik penghapusan deria secara bersistem
bermatlamatkan untuk melemahkan hubungan di antara
rangsangan-rangsangan tertentu di dalam persekitaran,
misalnya dengan gerakbalas risau dan takut klien.

Ini dilakukan dengan mendedahkan klien kepada


rangsangan-rangsangan yang menimbulkan rasa takut di
dalam keadaan di mana rasa takut itu disekat daripaada
muncul melalui tindakan releksasi dan tingkahlaku
asertif.

The technique will be employed to reduce the client’s


anxiety by counter conditioning through relaxation”.
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku
Latihan Assertif
Latihan asertif atau tegas diri pada umumnya digunakan bagi
perasaan kebimbangan yang dibangkitkan di dalam
perhubungan antara perseorangan.

Iaitu melibatkan percubaan klien melahirkan perasaan-


perasaan semasa berinteraksi.

Klien cuba melatih tegas diri dalam temubual kaunseling


dengan menyatakan perasaan-perasaannya kepada
kaunselor.

Kaunselor menggunakan prinsip-prinsip peneguhan,


penghapusan dan membentuk operan untuk mengembangkan
gerakbalas tegas diri.

Setelah segalanya disempurnakan klien dikehendaki cuba


melakukan gerakbalas yang sama di luar daripada sesi
kaunseling.
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku

Contingency Contracts
Memahami beberapa tingkahlaku yang dilakukan, diubah
atau dihentikan serta ganjaran kejayaan dan keadaan di
mana ganjaran yang akan diterima.

Sesuai untuk kanak-kanak kerana orang dewasa akan lebih


berhati-hati.
Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku

Implosion dan Flooding


Diperkenalkan pada tahun 1960an oleh Thomas Stampfl.

Membuat klien peka dengan mengambarkan keadaan yang


menimbulkan kebimbangan serta mempunyai kesan yang
dahsyat, klien tidak diajar untuk releks lebih dahulu.

Teknik ini tidak sesuai digunakan untuk klien baru.

Anda mungkin juga menyukai