Anda di halaman 1dari 12

TEORI BEHAVIORIS

1.0 Pengenalan

Teori didefinisikan sebagai pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat


dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu
perkara dan lain lain. Ianya menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu
pengetahuan ( Kamus Dewan edisi empat ). Di dalam konteks kaunseling,
kepentingan teori diumpamakan sebagai sebuah peta bagi memudahkan proses
menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, teori dapat memberi maksud,
keyakinan dan hala tuju yang jelas kepada seseorang kaunselor.

Jerome Frank (1971), pula berpendapat bahawa teori amat penting kepada
orang yang mengamalkannya. Baginya, teori itu penting sebab ia memberi erti,
keyakinan, dan halatuju kepada kaunselor. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan
daripada keterangan Frank bahawa teori memberi fokus kepada kaunselor tentang
apa yang dilakukannya terhadap kliennya. Dengan demikian, kaunselor dapat
memberi sepenuh perhatian dan tenaga terhadap apa yang difikirkannya menjadi
punca masalah yang dialami oleh kliennya.
Terapi behavioris merupakan suatu jenis terapi yang berorientasikan tingkah
laku. Ia bertujuan untuk membasmi tingkah laku yang tidak betul dan membantu
klien menguasai kemahiran – kemahiran atau tingkah laku baru. Teori kaunseling
behavioris ini adalah pendekatan yang berlandaskan kepada teori-teori terdahulu,
iaitu teori pembelajaran yang dikenal sebagai fahaman tingkah laku. Berdasarkan
teori pembelajaran inilah tingkah laku pada dasarnya mempunyai kaitan dengan
perubahan tingkah laku seseorang.
Ahli – ahli dalam pendekatan ini percaya manusia mempunyai masalah
disebabkan ketidakupayaan untuk mengubah tingkah laku sesuai di dalam
persekitaran. Kaunselor yang mengguanakan kaedah tingkah laku berusaha untuk
menolong kliennya sama ada mempelajari sesuatu yang baru, bertingkah laku
secara diterima atau cuba untuk memodifikasi atau menghapuskan tingkah laku
yang berketerlaluan.
1.1 Kepentingan teori

Teori behavioris ini adalah teori yang mempunyai kepentingannya yang


tersendiri di mana teori ini memberi kesan yang mendalam di dalam aspek
pendidikan. Melalui teori kaunseling behaviorisme yang dipelajari, kaunselor dapat
menjelaskan bahawa tingkah laku tersebut merupakan salah satu impak negatif
kepada tingkah laku murid tersebut hasil daripada pelaziman operan yang diamalkan
oleh kedua ibu bapanya.
Teori kaunseling juga dapat membantu kaunselor untuk menguasai sesuatu
keadaan tertentu. Sebagai contoh, bagi mengatasi klien yang tidak mahu
bekerjasama kaunselor boleh menggunakan teori pelaziman operan di mana
kaunselor memberikan peneguhan positif kepada klien jika mengeluarkan sesuatu
pendapat bagi merangsang klien supaya dapat bekerjasama untuk meneruskan sesi
kaunseling. 
Keperluan teori ini di dalam pelaksanaan kaunseling adalah amat penting.
Dalam satu proses kauseling, teori-teori ini diperlukan bagi memudahkan kaunselor
memilih pendekatan yang bersesuaian bagi membimbing klien yang bermasalah.
Dengan adanya kajian dan teori-teori ini juga memudahkan kaunselor untuk
memahami tingkah laku klien dan seterusnya meramalkan tingkah laku klien. Ia juga
berperanan sebagai penanda aras haka tuju bagi seorang kaunselor dalam
menangani sesuatu kes di dalam sesi kaunseling.
Teori beaviorisme yang diguna pakai oleh kaunselor di anggap penting
kerana teori ini tidak semata – mata berorientasikan kaunselor, malah ia lebih fokus
kepada kiliennya untuk membuat keputusan di mana kaunselor bertanggungjawab
sebagai fasilitator. Contohnya klien menyatakan bahawa dia sukar untuk bangun
awal untuk datang ke sekolah. Maka, pengamal teori ini akan meminta pendapat
kliennya mengenai perkara – perkara yang boleh klien lakukan agar kliennya dapat
bangun awal seperti tidur awal, mengunci jam sebelum tidur atau meminta warisnya
mengejutkannya.
Penggunaan teori ini dapat member fokus kepada kaunselor mengenai apa
yang hendak di lakukannya kepada klien. Hal ini merujuk kepada strategi dan teknik
– teknik yang boleh di guna pakai oleh kaunselor tersebut di dalam membimbing
kliennya menangani masalah. Kaunselor perlu peka terhadap tingkah laku yang
ditunjukkan oleh klien supaya strategi yang dipilih bersesuaian dengan masalah
yang di hadapi oleh klien.

1.2 Pandangan teori berkenaan tentang manusia dan masalah yang dihadapi

Kaunselor tingkah laku menganggap manusia sama sahaja, tidak ada yang
baik dan tidak ada yang jahat. Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing –
masing mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat.
Bagaimanapun, Dustin dan Goerge menyenaraikan empat andaian berhubung
dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti
kepada tingkah laku itu sendiri.
Menurut beliau, manusia itu dilihat sebagai menusia biasa, tidak ada sepenuh
– penuhnya jahat atau sepenuh – penuhnya baik, tetapi adalah sebagai organisma
berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku. Manusia
turut berkeupayaan memahami konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri
serta berupaya memperoleh tingkah lakunya yang baru dan mempunyai keupayaan
untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain
terhadap tingkah lakunya sendiri.
Bagi kaunselor tingkah laku, individu adalah hasill daripada pengalaman. Ahli-
ahli tingkah laku melihat tingkah laku yang salah terima itu sebagai makhluk yang
mempelajari tingkah lakunya, perkembangan dan pembaikannya adalah sama
dengan sebarang tingkah laku lain. Satu implikasi daripada pandangan begini ialah
tidak adanya tingkah laku yang salah terima bagi diri mereka itu. Selain itu sesuatu
tingkah laku itu menjadi wajar disebabkan seseorang itu menganggapnya tidak
begitu. Setengah-setengah tingkah laku mungkin dianggap wajar di rumah, tetapi
tidak wajar di sekolah, begitu juga sebaliknya.
Implikasi kedua terhadap tingkah laku salah terima begini ialah sebagai
pembelajaran bahawa sesuatu idea yang dibawakan oleh tingkah laku bagi satu
hasil yang memuaskan atau menolong mengurangkan hasil-hasil yang tidak
memuaskan itu daripada terus meningkat. Oleh kerana tingkah laku salah terima ini
dipelajari, mungkin juga tidak perlu di pelajari. 
Dalam hubungan dengan tingkah laku begini bagi terapi, ahli-ahli tingkah laku
selalunya menganggapkan paradigma-tindak balas-pendorong merupakan corak
asas pembelajaran bagi semua manusia. Setiap manusia itu bertindak secara
teorinya meramalkan cara untuk apa juga pemberian rangsangan, bergantung
kepada pengalaman-pengalaman masa lalunya serta gerak rangsangnya.
Dalam hal ini, seseorang manusia tidak berbeza daripada haiwan melainkan tindak
balasnya terhadap rangsangannya sahaja yang lebih kompleks dan ia terjadi pada
tahap lebih tinggi daripada sudut organisasinya dan pengkonsepsiannya.
Perlakuan atau tingkah laku itu adalah berfungsi daripada rangsangan.
Pengurangan ini merupakan faktor-faktor kompleks yang mempengaruhi tindak
balas manusia terhadap rangsangan serta membenarkan ahli-ahli tingkah laku
manumpukan masalah-masalah yang khusus seperti tindak balas terhadap set
rangsangan yang tersedia itu. Kunci bagi pandangan tingkah laku manusia ini ialah
keadaan bersyarat. Ada beberapa pensyaratan, tetapi dua daripadanya selalu
dibincangkan, iaitu pensyaratan klasik (orang yang tertuduh) dan pensyaratan
operan (alat dan perkakas). 
Pensyaratan klasik terjadi apabila rangsangan dikeluarkan untuk mendpatkan
suatu hasil yang merangsang seseorang itu. Tingkah laku orang yang bertindak
balas adalah terkawal oleh hal-hal yang terdahulu, sementara tingkah laku operan
pula dikawal oleh kepentingan-kepentingannya. Tingkah laku ini termasuklah tingkah
laku biasa, seperti berpeluh akibat tindak balas kepanasan, mengerdipkan mata
akibat tindak balas daripada benda – benda yang datang menghampiri, atau rasa
lapar sebagai tindak balas daripada melihat makanan terhidang. Contoh yang klasik
pula diterangkan oleh Watson dan Rayner ( 1960 ). Mereka menunjukkan tindak
balas emosi ketakutan terhadap kanak – kanak kecil apabila melihat tikus yang
diajukan kepadanya, mereka menjerit kuat. Apabila diulang – ulang, tindak balas
takut yang terjadi itu mengakibatkan jeritan kuat apabila kehadiran tikus itu.
Proses mengetepikan tingkah laku yang tidak diingini ini adalah dirujukkan
sebagai pemusnahan dan pemadaman. Tingkah laku dapat dilenyapkan apabila ia
tidak lama bertapak. Kaunselor mestilah sedar akan dua strategi penting dalam
pemadaman ini.
Pertama, mengubah semula kedudukan dan keadaan, iaitu satu keinginan
baru digantikan untuk tingkah laku yang tidak diingini itu. Jones (1960) menerangkan
kejadian ini dibicarakan. Menurutnya, seorang kanak-kanak berumur tiga tahun takut
kepada arnab, tikus putih bahkan kapas dan bulu. Jones hanya mahu melihat
kepekaan kanak-kanak tersebut terhadap perasaan takutnya. 
Jones meletakkan seekor arnab dalam sangkar jarang jauh di sudut bilik
sementara kanak-kanak tersebut sedang makan dengan laparnya. Didapati kanak-
kanak itu tidak memperdulikan rasa takutnya kerana lapar. Setelah sehari bersama
arnab itu, akhirnya kanak-kanak itu boleh makan sambil memain-mainkan kakinya
pada sangkar arnab tersebut.

Strategi kedua dalam pemadaman ini ialah dengan mengeluarkan segala


yang memperkuatkan dorongan yang sering mengikut tingkah laku itu. Misalnya,
ramai guru mempunyai masalah terhadap murid-murid yang menjawab soalan tanpa
berfikir dan suka mengganggu rakan-rakannya. Guru sering memperkuatkan tingkah
laku begitu dengan cara cepat-cepat menjawab soalan muridnya, supaya
pengajaran dapat terus berjalan lancar.  

Guru berkenaan tidak menghiraukan pelajar yang suka menyangkal atau


suka mempertahankan dirinya daripada disoal jika mahukan pemadaman berlaku.
Akhirnya, tingkah laku yang tidak diingini itu padam dengan sendirinya. Seseorang
individu yang tidak dapat mengawal perkara yang menguatkan ini akan gagal keluar
dari masa pemadaman ini dan begitu gagal memberikan muridnya perhatian yang
penuh.

Andainya kejadian ini sering terjadi, sebahagian daripada kesan


memperkuatkan itu berlaku. Sebahagian daripada memperkuatkan dorongan ini
penting kerana dia bukan sahaja dapat menerangkan penentangan dan rintangan
kepada pemadaman, tetapi juga kerana boleh digunakan bagi menambah ketetapan
tingkah laku yang diingini itu. Tingkah laku yang baharu lebih cepat dipelajari apabila
ia diperkuatkan lagi setiap kali kehadirannya itu. Walaupun begitu, tingkah laku
tersebut tidak payah dipelajari. Untuk mewujudkan pembelajaran yang tetap, tingkah
laku mestilah dikuatkan dorongannya setiap kali ia muncul sejak awal-awal lagi.  

Selepas sahaja tingkah laku ini diperolehi, sebahagian daripada dorongan


memperkuatkan itu akan membina satu kecenderungan untuk memaparkan tingkah
laku. Bagi mencegah pemadaman terjadi, peratus memperkuatkan dorongan kepada
tingkah laku hendaklah direndahkan lagi.
Kadang-kadang sukar juga mewujudkan suasana di mana boleh
menghasilkan tingkah laku yang diingini pada kali pertama sehingga tingkah laku ini
boleh didorongkan. Jika kemungkinan terhadap tingkah laku yang diingini itu menjadi
rendah ataupun kaunselor tidak berharap menunggu tingkah laku itu lagi, maka
kaunselor mestilah membentuk tindak balas segera. Cara yang biasa kanak-kanak
belajar bercakap menggambarkan bagaimana cara pembentukan itu berlaku.
Pembentukan adalah satu cara atau peraturan pendorong memperkuatka yang
paling berjaya bagi mendapatkan tingkah laku yang diingini oleh seseorang itu. 
b. strategi dan kemahiran asas kaunseling yang boleh digunakan dalam proses
menolong klien

Kaunselor mempunyai kedudukan sebagai pakar, sebagai guru yang aktif,


kerana dia mempunyai pengetahuan dan kemahiran – kemahiran saintifik yang
boleh digunakannya yang bagi menyelesaikan masalah – masalah yang dihadapi
oleh kliennya. Oleh itu, kaunselor perlu mendiagnos masalah yang dihadapi oleh
kliennya dan seterusnya membuat cadangan – cadangan bagi mengatasi atau
menyelesaikan masalah itu.
Kaunselor hendaklah mahir dengan semua atau satu pun dengan
kebanyakan daripada teknik – teknik yang digunakan di dalam teori behavioris.
Kaunselor juga harus mempunyai orientasi yang baik ke arah penyelidikan agar ia
dapat melaksanakan penilaian dengan objektif.
Proses kaunseling memerlukan kerjasama yang erat antara kaunselor
dengan klien. Kaunselor mesti memahami diri klien dan mempunyai kepercayaan
klien boleh berubah perlakuannya. Perkara yang penting adalah kehendak klien
yang mahukan pengubahan baik dari segi kehendaknya mengurangkan atau
mengatasi sesuatu tingkah lakunya.
Pengumpulan maklumat sangat penting bagi mengatur strategi perlaksanaan
modifikasi tingkah laku klien. Maklumat yang terkumpul diguna sebagai garisan data
asas bagi tujuan menganalisis masalah atau kerumitan yang dialami klien.
Kaunselor bertanggungjawab menganalisis data yang terkumpul. Sudah tentu
semasa proses kaunseling dijalankan, analisis dilakukan secara pemikiran dalaman
oleh kaunselor.
Proses pemikiran dan analisis secara dalaman ini memerlukan keupayaan
kaunselor cepat bagi memberikan maklum balas kepada klien tentang tingkah
lakunya. Masalah yang dialami klien mesti didefinisikan suapaya kaunselor dan klien
jelas dan faham masalah yang hendak ditangani. Kaunselor perlu menggunakan
kemahiran penjelasan bagi menerangkan keadaan sebenar di samping mengatur
corak modifikasi tingkah laku yang wajar dilaksanakan.
Walaupun penggunaan teori ini lebih bercorak mekanikal kerana
mementingkan penerapan rangsangan yang sesuai, hubungan antara kaunselor
dengan klien mesti dijalin. Kaunselor boleh menjamin hubungan ini dengan
menerapkan kemahiran melayan dengan baik semasa interaksi kaunseling.
Kaunselor harus mempercayai dan tidak boleh mempertikaikan atau membangkang
apa yang diperkatakan oleh klien.Kaunselor mesti optimis bahawa kliennya boleh
berubah, sekurang – kurangnya perubahan sikap , struktur kognitif dan tingkah laku.
Kaunselor perlu meyakinkan kliennya bahawa dia boleh berubah.
Terapi tingkah laku mempunyai beberapa teknik dan strategi yang boleh
diguna pakai dan didapati berkesan. Kaunselor boleh menggabungkan teknik –
teknik dan strategi – strategi bagi menjadikan pendekatan elektik.
Strategi main peranan atau ‘role play’ sesuai bagi menyelesaikan masalah
klien yang sukar untuk meluahkan perasaan atau malu. Kaunselor boleh memainkan
peranan bagi orang lain manakal klien akan meluahkan perasaan atau menyatakan
sesuatu. Klien dan kaunselor seolah – olah berlakon berada di situasi yang sebenar.
Kaedahh ini merupakan satu strategi yang baik untuk meluaskan kesedaran klien
dan menunjukkan bahawa terdapat banyak alternatif untuk melakukan tingkah laku
lain yang terdapat dalam diri klien.
Walaubagaimanapun, untuk menjayakan kaedah main peranan ini, ia
memerlukan kesungguhan daripada kaunselor dan juga kesediaan klien itu sendiri.
Sebagai contoh, bagi seorang murid yang pemalu untuk bercakap dalam satu
kumpulan perbincangan boleh diajar dengan cara role-play, di mana murid itu
diminta mengeluarkan pendapat kepada kaunselornya. Kaunselor membimbing
murid tersebut agar dapat berkomunikasi dengan baik. Kaunselor juga mewujudkan
suasana yang selamat bagi murid tersebut untuk menyatakan pendapatnya di mana
kaunselor dan murid tersebut berlakon sebagaimana situasi sebenar di dalam kelas.
Setelah kaunselor merasakan bahawa klien dapat membuka ruang pada dirinya
untuk berkomunikasi dengan baik dan mempunyai keyakinan diri untuk bercakap di
hadapan kumpulannya barulah klien diminta untuk bercakap di hadapan kumpulan
tersebut. Dalam kaedah ini, kaunselor cuba sedaya upaya untuk mewujudkan situasi
sebenar dan klien memainkan peranan untuk mengatasi masalahnya. Dengan cara
ini klien dapat merasakan dirinya selamat dan sekali gus dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapinya.
Strategi latihan asertif juga boleh digunakan untuk membantu klien yang
menghadapi masalah tingkah laku maladatif ini. Teknik ini dapat memberi kekuatan
secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki, strategi ini juga
dapat mengajar klien yang lemah serta tidak bermotivasi supaya dapat bertindak
dengan lebih produktif. Latihan asertif adalah satu teknik untuk mengajar klien
menambahkan keyakinan diri berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai
ancaman pada dirinya. Teknik ini digunakan bukan untuk mengajar klien menjadi
seorang yang agresif bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.
Matlamat asas bagi latihan asertif ialah untuk memberi kekuatan secara aktif
untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki, iaitu lantas bertindak tanpa
memberi kecederaan fizikal dan emosi terhadap orang lain dan bagi mengajar klien
yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan tidak bermotivasi, supaya mencari
alternatif, iaitu bertindak dengan mengambil jalan yang lebih produktif.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan dalam kaedah asertif ini iaitu
melalui penerokaan masalah, menaarif masalah, melakonkan situasi-situasi pasif,
agresif dan asetif yang biasa dihadapi oleh klien. Bagi menjalankan latihan “role-
revesal” iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh melakukan
tingkah laku asertif haruslah dilakukan sedikit demi sedikit. Apabila klien sudah ada
keyakinan dan sudah merasa selesa dan boleh membuat respon dengan cara baru
ini, barulah klien cuba melakukannya diluar bilik kaunselor iaitu pada keadaan
sebenar atau di alam dan bukan sekadar lakonan.
Sebagai contoh, bagi mengatasi masalah murid yang gugup dan gementar
apabila bercakap dikhalayak ramai dan perlu menghadiri sesi ujian lisan secara
berkumpulan. Kaunselor boleh membimbing murid tersebut dengan melatih klien
bercakap dengan memberikan topik yang dipilih di dalam bilik kaunseling secara
individu. Ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor juga perlu
memberikan nasihat dan tips-tips bagi mengatasi masalah tersebut. Dengan cara ini
klien akan merasa selamat dan lebih bersedia untuk mengatasi masalah gugup bagi
menduduki ujian lisan tersebut.
Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau
pemberian hadiah. Token Ekonomi (Hadiah) bermaksud satu prosedur yang teratur
di mana token atau hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang
baik dan bersesuaian. Token yang diberi adalah dalam bentuk benda seperti
bintang, gelang, kad, duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh
ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-
kemudahan tertentu (privileges). Kaedah ini didapati amat berkesan dalam
membantu klien yang menghadapi masalah perlakuan yang biasa atau perlakuan
yang kompleks dan juga sesuai untuk menghapuskan tingkah laku maladatif dan
menukarkannya kepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian dengan kehendak
persekitaran dan masyarakat. Walaupun terdapat sedikit masalah turutamanya
untuk memastikan perlakuan positif ini berterusan dan berkekalan, ia masih boleh
diteruskan dengan cara kaunselor membuat perancangan rapi dan meminta bantuan
dari orang sekeliling klien untuk membuat pemerhatian seperti ibu bapa, guru,
keluarga atau jiran klien.
Sebagai contoh, dalam persekitaran sekolah, seorang kaunselor boleh
menyediakan satu struktur token ekonomi untuk digunakan sebagai peneguhan
kepada murid yang melakukan tingkah laku yang positif, dan menyenaraikan jenis-
jenis hukuman sekiranya didapati berlakunya kegagalan mematuhi peraturan, atau
gagal menjalani sesuatu tanggungjawab. Misalnya, bagi mengatasi gejala ponteng
sekolah, kaunselor boleh mengaplikasikan sistem ini dengan memberi ganjaran
token kepada murid yang hadir sepanjang minggu. Token tersebut boleh ditukar
dengan kemudahan seperti dapat mengunakan perkhidmatan internet di sekolah
bagi tempoh masa tertentu berdasarkan kutipan token tersebut.
Kaedah pengurusan kendiri, pemantauan kendiri dan peneguhan kendiri juga
merupakan salah satu cara bagi mengatasi tingkah laku maladaptif. Pelaksanaan
kaedah ini memerlukan klien untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan aktif dalam
kaunseling. Dalam kaedah ini kaaunselor hanya sebagai mentor (fasilitator) atau
pemudah cara dan bukan sebagai seorang pakar. Apa yang difikirkan oleh klien
haruslah diambil kira oleh kaunselor dan diberi perhatian sewajarnya. Dalam kaedah
ini juga, klien berusaha sendiri untuk mencapai perubahan yang dikehendaki. Selain
dari itu, klien belajar cara bagi memberi peneguhan kendiri dan membuat interpretasi
data tingkah laku yang telah mereka catatkan. 
Bagi memastikan kaedah kendiri ini berjalan dengan lancar dan mencapai
beberapa langkah perlaksanaannya perlu dituruti. Langkah pertama adalah
mengkonsepsi dan mentakrif masalah dan memilih matlamat dalam bentuk
behavioral (tingkah laku), perkara yang perlu diambil berat adalah memastikan
matlamat mudah difahami dan mempunyai nilai kepada klien serta realistik dan
boleh dicapai oleh klien. Matlamat atau sasaran yang hendak dicapai itu harus ditulis
tarikh-tarikhnya supaya ia menjadi satu target untuk mengukur tahap pencapaian
sesuatu perubahan tingkah laku secara jelas.

Langkah seterusnya adalah mengurus dan memantau tingkah laku sasaran.


Pada langkah ini klien perlu mencatatkan tingkah laku dengan segera selepas ianya
berlaku. Klien bebas menggunakan sebarang alat yang sesuai sebagai contoh klien
boleh menggunakan pita rakaman, jam, kertas, komputer dan sebagainya. Klien
perlu mengelakkan persekitaran dan situasi yang pasti akan melakukan respon yang
tidak dikehendaki atau perlakuan maladatif. Klien juga perlu menjana peneguhan
yang sesuai dan menentukan kesan yang bermakna serta berkesan kepada klien.
Perkara terakhir yang perlu dilakukan oleh klien adalah meneruskan kejayaan dan
mengira apa yang telah dicapai.
Sebagai contoh, klien yang mempunyai masalah sukar menerima kritikan
orang lain dan sering diakhiri dengan pergaduhan. Kaunselor boleh menggunakan
kaedah ini dengan membimbing klien untuk menghapuskan tingkah laku tersebut.
Klien perlu mencatatkan setiap percakapan rakan-rakan yang membuat klien panas
baran dan satu tingkah laku baru harus diberikan sebagai cadangan untuk
mengelakkan pergaduhan berlaku seperti menarik nafas, beredar dari rakan tersebut
atau belajar memaafkan rakan terbabit. 
Dalam konteks penyelesaian konflik dan mengatasi segala permasalahan
klien dan masalah tingkah laku maladaptif, penggunaan pendekatan kaunseling
adalah amat penting. Kaunselor perlu mengetahui teori, kaedah, pendekatan dan
strategi yang perlu digunakan bagi membimbing kliennya.
Selain itu, kaunselor juga harus menerima klien dengan seadanya iaitu
bersifat jujur, ikhlas dan tulen. Kaunselor juga haruslah berusaha membantu
mengenalpasti cabaran mahupun halangan yang menyekat perkembangan kliennya.
Kaunselor yang menggunakkan teori ini perlu memberi perhatian kepada mesej-
mesej yang disampaikan melalui gerak-geri dan bahasa tubuh badan kliennya.
Kaunselor turut memberi perhatian yang mendalam kepada pola-pola bahasa dan
struktur ayat yang digunakan oleh klien, kaunselor dapat mengajak kliennya merasai
dan mengalami apa yang dilafazkannya. Dengan cara ini, terdapat perseimbangan
dan kesedaran di antara apa yang diperkatakan oleh klien dengan amalan atau
perbuatan dirinya.
Justeru, sebagai seorang guru yang kadang kala memerlukan kemahiran
kaunseling bagi mengendalikan pelajar bermasalah kita haruslah sentiasa bersedia
dari segi ilmu pengetahuan dan tenaga. Kita juga haruslah sedar bahawa tingkah
laku maladaptive merupakan tingkah laku yang dipelajari dan boleh diubah. Oleh
yang demikian, guru pasti boleh merubah tingkah laku tersebut dengan kemahiran-
kemahiran, strategi dan pendekatan yang telah dipelajari agar modal insan yang
dibina mempunyai kualiti dari segi emosi, jasmani, sosial, rohani dan intelektual.

Anda mungkin juga menyukai