Anda di halaman 1dari 10

Teori Behavioris TEORI TINGKAHLAKU Teori ini merupakan suatu jenis terapi yang berorientasikan tingkahlaku.

Ia bertujuan untuk membasmi tingkahlaku yang tidak betul dan membantu klien menguasai kemahirankemahiran atau tingkahlaku baru. Psikologis behaviorisme mementingkan tingkahlaku luaran seperti gerak balas kognitif, psikomotor dan emosi seseorang yang dapat diperhatikan. Tingkahlaku manusia biasanya ditentukan oleh matlamat-matlamat yang dibentuk oleh diri sendiri atau kadang-kadang oleh masyarakat.

TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL Ivan Pavlov Pelaziman klasik bermula dengan beberapa amali. Ianya telah dimulakan oleh Ivan Pavlov yang dilahirkan di Rusia pada (1849) dan meninggal pada (1938). Dalam pemerhatian semasa beliau mengkaji penghazaman, Pavlor telah mendapati bahawa seekor anjing seringkali mengeluarkan air liurnya apabila makanan tiba. Bahkan air liurnya mengalir sejak anjing itu mendengar tapak kaki orang yang membawa makanan. Fenomena ini dinamakan oleh Pavlov sebagai psychic seccretion, kemudian digantikan dengan condition reflex atau pelaziman klasik.

John Watson John Watson Watson (1878-1958) ialah seorang ahli psikologi Amerika. Watson menjumpai satu teknik untuk mengkaji hubungan antara tingkahlaku organisma dengan perancangan sekitar. Pada tahun 1919, Watson mengemukakan prinsip behaviorisme, iaitu mementingkan faktor yang dapat dilihat dan menumpukan kepada tingkahlaku, mengambil sikap yang faktor persekitaran sebagai terlibat dalam pembelajaran dan memahami peranan penting dalam tingkahlaku manusia. Satu ujikaji yang dijalankan oleh Watson dan Reyner (1920) ialah ke atas kanak-kanak Albert diberi bermain dengan tikus putih (ini ialah gerakbalas tak lazim).

B.F. Skinner Skinner telah melakukan kajian untuk mengilustrasikan konsep ini dengan berkesan. Kajian Skinner dilakukan ke atas tikus yang diletakkan di dalam kotak. Hasil kajian ini mendapati organisme yang menghadapi keadaan yang aversif tentunya ingin mengelak diri dari kesakitan. Para penyelidik mendapati lebih lama proses pelaziman ini dilakukan, lebih cekap tikus dapat melepaskan diri dari terkena arus elektrik. Organisma akan dapat belajar untuk mengelak kesakitan daripada mempelajari sesuatu dari peneguhan positif.

PRINSIP ASAS TERAPI TINGKAHLAKU 1. Berlandaskan kaedah saintifik 2. Mengurus masalah semasa klien. 3. Klien perlu mengambil bahagian secara aktif 4. Mengajar klien kemahiran dan cara mengurus diri di hadapan kaunselor dengan matlamat dapat melaksanakannya di luar. 5. Fokus secara terus kepada overt dan covert, mengenalpasti masalah dan menilai perubahan 6. Penekanan kepada kaedah kawalan diri 7. Intervensi rawatan secara terus kepada masalah yang spesifik 8. Pelaksanaan berdasarkan kolaboratif antara kaunselor dan klien 9. Menekankan aplikasi yang praktikal

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA Bagi terapi tingkahlaku, manusia adalah : 1. tidak semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh-naluri-naluri tertentu, malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan persekitarannya, 2. mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambahkan ruang kebebasan manusia

3. bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan deterministic semata-mata 4. mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi tingkahlaku mereka 5. boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan arahan kendiri (Amir Awang, 1986)

KONSEP-KONSEP UTAMA Peneguhan

Peneguhan merupakan aspek penting dalam pembentukan tingkahlaku:Peneguhan positifPeneguhan negatif

Diskriminasi Merupakan keadaan sebalik generalisasi iaitu kebolehan organisme mengesan serta membezakan rangsangan-ransangan yang dikaitkan dengan sesuatu yang pelajari.

Pengekalan Konsisten dalam membuat sesuatu yang diingini tanpa bantuan orang lain

Penghapusan Proses untuk mengurangkan kekerapan sesuatu tingkahlaku yang tidak dikehendaki.

Hukuman Dilakukan untuk mengubah tingkahlaku seseorang tetapi mempunyai kesan sebaik kesan yang ditinggalkan oleh proses peneguhan negative.

BAGAIMANA INDIVIDU BERMASALAH Tingkahlaku maladaptive dipelajari demi untuk mendapatkan peneguhan positif atau untuk meluangkan sakit atau perasaan yang kurang selesa.

Dari perspektif pembelajaran responden, jika rangsangan yang menyakitkan digandingkan dengan rangsangan yang neutral, lama kelamaan selepas pembelajaran telah berlaku, rangsangan yang sebelumnya neutral akan mengeluarkan respon yang maladaptive, walaupun sebelum terjadinya situasi sebenar. Tingkahlaku maladaptive yang lain pula dipelajari melalui proses pelaziman operan. Tingkahlaku ini akan terbentuk, bertambah dan berterusan dengan adanya peneguhan berikutnya. Tingkahlaku ini akan menjadi bebanan pada dirinya pada masa-masa akan datang Individu ini mungkin ingin mengubah tingkahlakunya yang maladaptive, tetapi oleh kerana ia telah mempelajari bahawa mengelak rangsangan yang tidak selesa membawa kesan baik, dia sukar untuk melupuskan tingkahlaku itu, melainkan dengan cara menjalani terapi atau kaunseling.

MATLAMAT KAUNSELING Matlamat utama terapi tingkahlaku boleh dijelaskan sebagai: 1. Meningkatkan pilihan dalam menghadapi kehidupan yang lebih selesa (cth : klien diberi pilihan sma ada membantu org lain yg tlibat dlm mslhnya utk brubah atau bljr utk hdp dlm keadaan tsbut atau mgelakkan dri dari org berkenaan.) 2. Menyediakan keadaan dan persekitaran yang sesuai untuk menghapuskan tingkahlaku yang maladaptive (salah suai). (membantu klien mengetahui kesan dan implikasi sesuatu tgkahlaku baru yg sesuai) 3. Mengajar klien untuk menguasai tingkahlaku baru yang sesuai bagi mengantikan tingkahlaku yang salah suai. (klien diberikan peneguhan ) 4. Pada asasnya kaunselor tingkahlaku ingin membantu klien untuk membuat penyesuaian yang baik iaitu juga matlamat yang diingini oleh klien. 5. 6. Matlamat perlu dapat dijelaskan secara tingkahlaku.(perubahan dapat dilihat dan dinilai) Membuat modifikasi kepada tingkahlaku yang positif.

7. Membantu klien mempelajari respons yang produktif serta membentuk dan mencapai matlamat yang jelas dan konkrit.

Peranan Kaunselor Peranan utama ialah

1. Kaunselor mempunyai kedudukan sebagai pakar, sebagai guru yang aktif, kerana ia mempunyai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran saintifik yang boleh digunakan bagi mengubati masalah kliennya. 2. Menjadi model dan contoh untuk diteladani kliennya.

3. Kaunselor hendaklah mahir dengan semua atau pun dengan kebanyakan daripada teknikteknik yang digunakan di dalam terapi yang berbagai. 4. Kaunselor juga harus mempunyai orientasi yang baik ke arah penyelidikan dan statistik agar dapat melaksanakan penilaian dengan objektif. 5. 6. 7. Membuat penilaian terhadap kemajuan klien sepanjang intervensi Menyediakan tindakan susulan selepas sesi Cari lagi

Peranan Klien 1. Klien perlu memahami permasalahan yang dihadapi 2. Menekankan penglibatan aktif klien dalam sesi kaunseling 3. Bersedia untuk berubah kepada tingkahlaku baru 4. Mengambil bahagian sepenuhnya dalam aktiviti yang dijalankan 5. Menetapkan matlamat yang boleh diukur

Proses Kaunseling 1. Kaunselor perlu membina hubungan yang positif dengan klien 2. Kaunselor memberikan motivasi kepada klein semasa sesi 3. Dari segi sahsiah, kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri mesra, ingin memahami, sedia menolong dan ikhlas. 4. Klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis, merancang, memproses dan menilai program pengurusan tingkahlaku dirinya. 5. Kaunselor akan cuba melupus bermacam-macam tingkahlaku yang maladaptif 6. Klien diajar mempelajari tingkahlaku adaptif yang akan berterusan sebagaimana dirancang

7. Kaunselor perlu menggalak dan membantu kliennya membuat perubahan.

Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku Perancangan persekitaran 1. Prosedur melibatkan mengubah keadaan sekeliling klien untuk menghadkan beberapa tingkahlaku. 2. Contohnya, jika seseorang klien mempunyai pengalaman pahit dengan sesuatu tempat, dia akan cuba merancang mengelak kejadian tersebut. 3. Begitu juga dengan mengawal situasi seterusnya menggalakkan keinginan berinteraksi. 4. Klien mungkin dibiarkan mengubah tempat dan kedudukan ia selesa.

Relaxation Training 1. Latihan yang digunakan untuk menenangkan otot dan mental. 2. Selepas klien belajar asas relaksasi mereka akan membuat latihan ini setiap hari. 3. Latihan ini memerlukan masa dari 4 jam sehingga 8 jam 4. Klien akan diberikan arahan untuk menenangkan diri mereka 5. Mengurus pernafasan boleh membantu relaksasi. 6. Klien akan diajar untuk melepaskan tekanan dengan memfokus kepada perasaan dan imej. 7. Biasanya teknik ini digunakan untuk mengurus stress dan kerisauan. Some other ailments for which relaxation training is helpful include asthma, headache, hypertension, insomnia, irritable bowel syndrome and panic disorder

(Cormier & Nurius, 2003)

Systematic Desensitization 1. Teknik penghapusan deria secara bersistem bermatlamatkan untuk melemahkan hubungan di antara rangsangan-rangsangan tertentu di dalam persekitaran, misalnya dengan gerakbalas risau dan takut klien.

2. Ini dilakukan dengan mendedahkan klien kepada rangsangan-rangsangan yang menimbulkan rasa takut di dalam keadaan di mana rasa takut itu disekat daripaada muncul melalui tindakan releksasi dan tingkahlaku asertif. 3. The technique will be employed to reduce the clients anxiety by counter conditioning through relaxation.

Latihan Assertif 1. Latihan asertif atau tegas diri pada umumnya digunakan bagi perasaan kebimbangan yang dibangkitkan di dalam perhubungan antara perseorangan. 2. Iaitu melibatkan percubaan klien melahirkan perasaan-perasaan semasa berinteraksi. 3. Klien cuba melatih tegas diri dalam temubual kaunseling dengan menyatakan perasaanperasaannya kepada kaunselor. 4. Kaunselor menggunakan prinsip-prinsip peneguhan, penghapusan dan membentuk operan untuk mengembangkan gerakbalas tegas diri. 5. Setelah segalanya disempurnakan klien dikehendaki cuba melakukan gerakbalas yang sama di luar daripada sesi kaunseling.

Contingency Contracts 1. Memahami beberapa tingkahlaku yang dilakukan, diubah atau dihentikan serta ganjaran kejayaan dan keadaan di mana ganjaran yang akan diterima. 2. Sesuai untuk kanak-kanak kerana orang dewasa akan lebih berhati-hati.

Implosion dan Flooding 1. Diperkenalkan pada tahun 1960an oleh Thomas Stampfl. 2. Membuat klien peka dengan mengambarkan keadaan yang menimbulkan kebimbangan serta mempunyai kesan yang dahsyat, klien tidak diajar untuk releks lebih dahulu. 3. Teknik ini tidak sesuai digunakan untuk klien baru.

LATIHAN ASSERTIF

Latihan ini sesuai untuk 1. Sukar melepaskan perasaan marah 2. Sukar mengatakan TIDAK 3. Merendah diri dan membiarkan diri dimanipulasi orang lain 4. Bias kepada sosial Latihan untuk meningkatkan kendiri untuk membuat pilihan bertingkahlaku assertif dalam situasi tertentu. Juga mengajar individu melahirkan perasaan mereka terhadap perasaan dan hak sendiri.

TOKEN EKONOMI Satu prosedur teratur dimana token atau hadiah diberi sebagai peneguhan untuk tingkahlaku yang sesuai. Kaunselor boleh melaksana strategi ini sebagai peneguhan kepada pelajar yang telah melakukan tingkahlaku positif. Persoalan: Adakah tingkahlaku ini akan berterusan? Diyakini memang berkesan tetapi perlukan kepada beberapa penstukturan. Minta bantuan rakan-rakan dan ibubapa membuat komitmen membantu memahami konsep dan matlamat ekonomi token. Memilih tingkahlaku yang mudah mendapat peneguhan Mematuhi prinsip modifikasi tingkahlaku : pengagihan, adil, konsisten Tingkah Laku Maladaptif Tingkah Laku Maladaptif merupakan tingkah laku yang ditegah atau tidak sesuai di dalam sesuatu masyarakat (maladapted behaviour). Orang yang melakukan tingkah laku maladaptif dianggap tidak dapat menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya (maladjusted person). Mengikut pendekatan behaviorsme, tingkah laku maladaptif adalah satu tingkah laku yang dipelajari. Selain itu juga, tingkah laku maladaptif ini juga bersifat bertentangan dengan semulajadi. Tabiat merokok merupakan salah satu contoh bagi tingkah laku maladaptif. Tingkah laku ini adalah satu perbuatan yang telah dipelajari tetapi pada teorinya tabiat yang dianggap maladaptif ini boleh dibuang atau dihilangkan. Tingkah laku maladaptive boleh dilihat dari berbagai sudut. Ia dapat dilihat dari sudut pergaulan seperti

mencuri dan berbohong. Perbuatan ini sering berlaku di tempat-tempat tertentu seperti sekolah, pasaraya, kawasan-kawasan perumahan, dan juga di rumah-rumah ibadat seperti masjid, gereja dan kuil. Dari sudut adat dan budaya dan pandangan masyarakat pula tingkah laku ini dapat dilihat dari segi pemakaian pakaian yang menjolok mata, pertuturan yang menggunakan bahasa yang kasar, makan dan minum ketika berjalan, dan tidak bercampur gaul dengan masyarakat setempat. Perbuatan yang ditegah oleh undang-undang dan larangan agama boleh juga dianggap tingkah laku Maladaptif. Contohnya seperti menghisap rokok, merompak, penyalahgunaan dadah, minum arak dan berzina. Tingkah laku maladaptive ini adalah satu tingkah laku abnormal (tingkah laku tidak normal) ialah tingkah laku yang terkeluar daripada keluk normal. Tingkah laku abnormal juga bermaksud perbuatan yang terkeluar daripada tatacara kehidupan serta nilai yang ada dalam masyarakat itu. Lili Mastura dan Wan Ramli Rafaei (dalam Mohd Nazar Mohamed, 1990) menyimpulkan tentang persepsi pelajar Melayu terhadap tingkah abnormal sebagai berbahaya kepada masyarakat, menjatuhkan nama baik keluarga, menyusahkan orang lain dan sebagainya. Terdapat dua aspek tingkah laku maladaptif iaitu maladaptif pada keupayaan seseorang bagi mencapai matlamat dalam kehendak kehidupan. Maladaptif pada penglibatan masyarakat dalam menghalang ataupun menggugat fungsi kumpulan sosial. Bagaimanakah tingkah laku maladaptive ini dipelajari? Menurut Myers dan Roberts (1959) semua pembelajaran adalah melalui pengalaman responden atau operan. Oleh yang demikian, tingkah laku yang dianggap maladaptif itu dipelajari bagi mendapatkan peneguhan positif atau untuk mengurangkan sakit atau perasaan yang kurang selesa. Sebagai contoh bagi tingkah laku maladaptif ini adalah, jika seseorang murid itu tidak merasa selesa atau selamat berada di sekolah, murid tersebut akan membuat helah seperti menyatakan bahawa dia sakit perut. Jika kedua ibu bapa menjaga dan memberikan perhatian kepadanya dan tidak menghantarnya ke sekolah, murid tersebut akan terus mengadakan pelbagai helah bagi mengelakkan daripada dirinya ke sekolah. Sakit merupakan alasan atau tingkah laku yang terbaik baginya untuk mengelak daripada hadir ke sekolah. Dari perspektif pembelajaran pula, jika rangsangan yang menyakitkan digandingkan dengan rangsangan yang neutral, lama kelamaan rangsangan neutral itu akan mengeluarkan respon yang maladaptif. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan tingkah laku ini terjadi akibat desakan naluri sendiri untuk melakukannya. Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku ini adalah persekitaran. Persekitaran yang dimaksudkan adalah dari segi pengaruh rakan sebaya, masyarakat dan media. Sebagai contoh tingkah laku maladaptif ini boleh dipelajari daripada peniruan. Dalam pergaulan seharian, anak-anak akan lebih banyak berinteraksi bersama rakan sebaya. Tingkah laku ini mungkin terdapat pada rakan-rakan mereka dan secara langsung atau tidak langsung dapat mempengaruhi individu meniru tingkah laku tersebut.

Tingkah laku maladaptif ini juga berlaku pada penglibatan masyarakat dalam menghalang ataupun menggugat fungsi kumpulan sosial. Lazimnya tingkah laku maladaptif yang melibatkan masyarakat atau kumpulan sosial terjadi akibat konflik yang berlaku di dalam sesebuah organisasi ia juga boleh menghasilkan kesan negatif. Individu yang tidak dapat mencapai matlamat atau kehendak mereka cenderung untuk melakukan tingkah laku ini. Tingkah laku maladaptive yang dimaksudkan di sini adalah sikap benci membenci, kemurungan, permusuhan, saling tidak percaya, tuduh menuduh, tiadanya kerjasama, sabotaj dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai