Anda di halaman 1dari 2

Istilah Cinta Monyet merupakan ayat yang sering digunakan bagi pasangan

remaja yang melalui situasi bercinta di waktu alam persekolahan. Istilah ini wujud
bagi menggambarkan bahawa cinta yang dialami bagi pasangan hanyalah sekadar
suka-suka yang tidak mempunyai hala tuju atau dengan bahasa yang lebih difahami
hanyalah sekadar ingin merasai nikmat disayangi atau menyayangi antara satu
sama lain. Bagi remaja yang berjaya menambat hati pasangan dikira insan yang
paling bertuah kerana mereka tergolong dalam kategori awek cun atau mamat
hensem ( perasan sekejap ) di sekolah pada ketika itu.
Bermula dari pandangan mata akhirnya turun ke hati lalu terbit perasaan ingin
mengenali pasangan dengan lebih dekat. Tatkala mata bertentang mata, senyuman
mulai terukir di bibir, dada berombak kencang, disaat itu tangan dihulurkan tanda
perkenalan. Amat indah dirasakan bagai berada di awang-awangan. Tiada kata
yang dapat digambarkan pada ketika itu, hanyalah satu perasaan yang amat puas
apabila dapat meluahkan segala hasrat hati yang telah lama terpendam.
Itulah yang dikatakan cinta monyet. Pelik. Namun inilah perumpamaan yang
digunakan oleh setiap orang apabila membincangkan isu remaja sekolah yang
bercinta. Faktor yang menyebabkan fenomena ini semakin popular dikalangan
remaja sekolah adalah kerana impak dari kesan pengaruh rakan sebaya. Mereka
mudah terikut-ikut dengan tindakan dan perlakuan yang ditunjukkan oleh rakanrakan dalam setiap perkara yang dilakukan. Agak mustahil untuk membanteras
masalah ini dari terus berlaku. Ini kerana bagi pasangan yang bercinta, mereka
jarang menunjukkan sikap @ perasaan kasih sayang yang mereka ciptakan di
sekolah.
Inilah permasalahannya. Zaman persekolahan bukanlah masa yang sesuai untuk

para remaja melibatkan diri dengan aktiviti bercinta. Masyarakat juga amat tidak
menggalakkan perkara ini terus berleluasa. Namun, sejauh manakah mereka akan
hanyut dengan perasaan cinta monyetini? Itulah persoalannya. Manakah yang
lebih penting? Pelajaran atau cinta monyet yang mereka ciptakan?.

Peranan, tugas dan tanggungjawab ibubapa dan juga para guru adalah hak yang
paling utama dalam membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak agar tidak
terjerumus kepada di lembah cinta monyet dengan memantau setiap gerak geri
dan perlakuan si anak yang semakin meningkat remaja.
Istilah bercinta itu sebenarnya tidak salah tetapi masa dan keadaan yang
menyebabkan perkara tersebut tidak sesuai untuk dilaksanakan.
Seharusnya, pada peringkat inilah mereka perlu mempamerkan segala kebolehan
dan bakat ilmu yang telah mereka perolehi dengan memberikan lebih masa dalam
mengulangkaji pelajaran untuk bersaing secara sihat bagi meraih kejayaan yang
akhirnya menemui titik noktah dengan berjayanya mereka ini melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam mengejar impian yang telah mereka
ciptakan sejak kecil lagi dan menjadi insan yang soleh @ solehah yang dapat
membahagiakan kedua ibubapa serta keluarganya.

Anda mungkin juga menyukai