Anda di halaman 1dari 29

GGGC6033

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TUGASAN BERKUMPULAN

KEMENJADIAN & ASPIRASI MURID

NAMA : ARIFAH BINTI MD DESA - P105241

ROOBENDHIRAN A/L SETHURAMAN - P105641

KASTURY A/P SEKARAN - P105634

NURATIQA BINTI KAMARUDIN - P106237

NAMA PENSYARAH: DR. KHADIJAH ABDUL RAZAK

1
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan.................................................................................................................................3
2.0 Aspirasi 1: Pengetahuan............................................................................................................4
2.1 Konsep...................................................................................................................................4
2.2 Isu berbangkit........................................................................................................................5
2.3 Cadangan...............................................................................................................................6
3.0 Aspirasi ke-2: Kemahiran Berfikir............................................................................................7
3.1 Konsep...................................................................................................................................7
3.2 Isu berbangkit........................................................................................................................8
3.2.1 Isu Guru..........................................................................................................................8
3.2.3 Isu Murid........................................................................................................................9
3.3.3 Cadangan......................................................................................................................10
4.0 Aspirasi Ke-3: Kemahiran Memimpin....................................................................................11
4.1 Konsep.................................................................................................................................11
4.2 Isu Berbangkit......................................................................................................................12
4.2.1 Kualiti Guru..................................................................................................................12
4.2.2 Cadangan......................................................................................................................13
5.0 Aspirasi ke-4 dan ke-6: Kemahiran Dwibahasa dan Identiti Nasional....................................14
5.1 Konsep.................................................................................................................................14
5.2 Isu berbangkit......................................................................................................................16
5.3 Cadangan penyelesaian........................................................................................................17
6.0 Aspirasi 5 - Etika dan Kerohanian...........................................................................................19
6.1 Konsep.................................................................................................................................19
6.2 Implikasi dan Aplikasi di Sekolah.......................................................................................20
6.3 Cabaran................................................................................................................................21
6.4 Cadangan.............................................................................................................................22
6.5 Kajian Lepas........................................................................................................................23
7.0 Rumusan..................................................................................................................................25
8.0 Rujukan....................................................................................................................................26

2
1.0 PENGENALAN
Pendidikan melibatkan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai yang disampaikan dan
dikembangkan terus menerusi dari seseorang kepada seseorang yang lain, dari suatu budaya
kepada satu budaya lain dan dari satu peradaban ke peradaban yang lain. Menerusi pendidikan
ta’dib dan tarbiyyah dan ta’lim, dan ilmu, nilai dan kemahiran yang diperolehi, seseorang insan
itu diubah dan dibentuk menjadi beradab, bertamadun dan bijak mengurus diri dan
masyarakatnya. Pada zaman lampau, pendidikan bersifat tidak formal dan diadakan bukan di
bilik darjah walaupun pada zamannya lagi Aristotle telah berhujah tentang keperluan pendidikan
awam bagi memelihara masyarakat demokratik. Plato pula berbicara tentang masyarakat adil dan
merekacipta kurikulum pendidikan yang dibahagi kepada beberapa tahap bagi mencapai
matlamat tersebut dan juga melahirkan raja serentak ahli filsafat. Dari perspektif Islam, ‘ilmu
bermakna ketibaan makna sesuatu objek ilmu ke dalam ruh atau ketibaan ruh kepada makna
sesuatu objek ilmu. Justeru, melalui pendidikan seseorang mencapai makna kehidupan dan
kewujudan. Dengan adanya ilmu, seseorang itu dapat meletakkan sesuatu pada tempatnya yang
sewajar dan seterusnya berlaku adil kepada dirinya, orang lain dan Penciptanya. Dia juga boleh
bertindak dengan betul bukan sahaja semasa di dunia ini tetapi juga untuk kebaikannya di
akhirat. Justeru, pendidikan adalah cara untuk mencapai kebijaksanaan yang membawa kepada
keadilan.

Namun hari ini, pelajar diberi latihtubi berhari-hari malah berbulan-bulan sebelum hari
peperiksaan tanpa benar-benar memahami konsep, langkah dan sebagainya. Masa mengajar
disingkatkan dan dipecutkan supaya dapat meninggalkan baki untuk latihtubi pada akhirnya.
Disebabkan pecutan ini sudah tentulah pelajar yang kurang kecerdasan semakin menghadapi
tekanan. Ambil sahaja kes Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, iaitu dua matapelajaran yang
memang khusus untuk membangun insan baik. Subjek ini malangnya tidak dapat memberi
makna kepada pelajar kita. Ini jelas daripada peningkatan gejala sosial dan masalah disiplin yang
dihadapi di sekolah hari ini. Walaupun keseluruhan kesilapan ini tidak boleh dibebankan kepada
sekolah, namun guru ini amat mempunyai peluang yang terbaik untuk membimbing pelajar.
Pelajar ini hanya boleh bertindak atas sesuatu dan komited kepadanya jika mereka benar-benar
memahami maknanya.
Disebabkan semua murid yang berbeza daripada aspek etnik, keturunan, bahasa, adat resam
dan budaya namun KPM mengutamakan untuk memberikan peluang pendidikan yang adil dan
sama rata. PAK21 menekankan lima daripada enam aspirasi murid menyentuh pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Dalam era
globalisasi, pengurusan jurang generasi perlu diuruskan dengan baik supaya ia berupaya
memberikan kesan positif terhadap cara komunikasi guru yang berkesan malah dapat memupuk
motivasi dalam murid untuk belajar. Empat cabaran utama yang dihadapi ialah isu Islamophobia,
hubungan yang renggang antara murid Islam dan bukan Islam, budaya generasi abad ke 21, dan
jurang persepsi dan ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran. PAK21 dalam kepelbagaian
budaya merupakan satu strategi dan perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar dari
masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang budaya. Usaha bertujuan membina identiti
nasional iaitu rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti
nasional dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara.

2.0 ASPIRASI 1: PENGETAHUAN

2.1 Konsep
Pengetahuan adalah hasil “tahu” dan ini terjadi setelah orang melakukan pengukuran
terhadap suatu objek tertentu. Pengukuran dan perhatian ini terjadi melalui panca indera
manusia, iaitu kebolehan penglihatan, pendengaran, menghidu,mengecap dan penyetuhan.
Sebagian besar pengetahuan manusia di peroleh melalui mata dan telinga (Notoatmojo, 2007).
Pengetahuan juga adalah merupakan hasil mengingat suatu hal, termasuk mengingat kembali
kejadian yang pernah dialami baik secara sengaja mahupun tidak sengaja dan ini terjadi setelah
orang malakukan penyentuhan atau pengamatan terhadap suatu objek tertentu (Mubarok, dkk,
2007).

Manakala pengetahuan juga merupakan justified true believe. Seorang individu


membenarkan (justifies) kebenaran atas kepercayaannya berdasarkan observasinya mengenai
dunia sebenar dalam pandang tersendiri. Jadi bila seseorang menciptakan pengetahuan, ia
menciptakan pemahaman atas suatu situasi baru dengan cara berpegang pada kepercayaan yang
telah dipercayai. Dalam definisi ini, pengetahuan merupakan konstruk dari kenyataan,
dibandingkan sesuatu yang benar secara abstrak. Penciptaan pengetahuan tidak hanya merupakan
gabungan dari fakta-fakta, namun suatu proses yang unik pada manusia yang sukar untuk ditiru.
Penciptaaan pengetahuan melibatkan perasaan dan sistem kepercayaan (belief sistems) dimana
perasaan atau sistem kepercayaan itu tidak secara umum.(Bambang, 2008).

Pengetahuan juga telah dibahagikan kepada beberapa tahap sepertimana yang telah
dinyatakan oleh Bloom. Menurut Rogers pula, pengetahuan disusun mengikut domain kognitif
kepada 6 peringkat. Iaitu, mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, sintesis dan
Evaluasi (Evaluation). Nanda menjelaskan bahawa faktor-faktor yang berkait rapat dengan aspek
pengetahuan terdiri daripada kurang pendedahan informasi, kurang daya ingat/hafalan,
pentafsiran yang salah bagi sesuatu informasi, keterbatasan tahap kognitif, kurang minat untuk
belajar dan tidak terbiasa terhadap sumber informasi (Nanda, 2005). Dari hal tersebut dapat
disimpulkan bahawa pengetahuan seseorang ditentukan oleh aspek yang telah dinyatakan.

2.2 Isu berbangkit


Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting
kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras dengan keperluan
kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang
pendidikan. Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjang
kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif.
Terdapat beberapa kajian lepas mendapati bahawa tahap kesediaan guru dalam menguasai
kemahiran masih pada tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan
kemahiran ini sukar digarap dalam kalangan guru dan untuk menjayakan dan menerapkan
aspirasi pengetahuan tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan
yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan
menemui jalan kegagalan. Alternatif yang relevan dengan perkembangan teknologi terkini untuk
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru iaitu menerusi
pelbagai sumber dalam meningkatkan kemahiran guru menggunakan teknologi terkini di dalam
kelas supaya dapat memberikan pengetahuan yang lebih mendalam pada murid.

Manakala, kalau kita lihat pedagogi yang digunakan dalam bilik darjah di negara kita hari
ini, kita akan merintih dan mengeluh sebagai pendidik guru sebab ia sekadar menyediakan murid
untuk menjawab soalan peperiksaan. Keadaan sekarang dimana guru hanya bertugas untuk
menghabiskan silibus sehingga beberapa hari sebelum peperiksaan besar. Prinsipnya mungkin
ada murid yang faham dan dapat menjelaskannya kepada orang lain atau mengaplikasikannya
dalam situasi yang berbeza ataupun ada yang masih tidak faham. Murid bertanggungjawab atas
kejayaan diri anda. Guru ada untuk membantu bila ada yang tidak dapat difahami atau
diselesaikan. Apa yang tercatat dalam sijil peperiksaan benar-benar mencerminkan ilmu yang
dimiliki.

2.3 Cadangan
Kaedah atau strategi yang telah digunakan dalam kajian Adhitya Pratama (2015), Saw
Sock Phei (2015) dan Sukarta Kartawijaya (2018) ini telah menunjukkan memerlunya
pendekatan yang lain seiring dengan perkembangan teknologi dan maklumat pada masa kini
bagi menangani isi tersebut dimana guru harus bersedia untuk membawa idea-idea atau kaedah
baru mengikut kehendak murid pada zaman ini supaya seiring dengan dasar langit terbuka dunia
masa kini.

Guru perlu mengatur lingkungan, menyediakan kemudahan infrastruktur untuk


memudahkan murid dapat menyemai Pendidikan dan pengetahuan, agar murid bermotivasi untuk
belajar (Budiningsih, 2005:58-59). Dengan kata lain para guru, perancang pembelajaran, dan
pengembang program-program pembelajaran berasaskan teknologi ini berperanan untuk
membantu proses pengaturan pengetahuan kepada murid agar berjalan lancar seperti yang
diharapkan untuk penerapa pengetahuan yang diperlukan. Dengan demikian, para guru tidak
hanya memberikan pengetahuan yang dimilikinya, tetapi membantu murid untuk membentuk
pengetahuan, ketrampilan dan pembentukan sikapnya sendiri.

Bahan pembelajaran elektronik dikatakan sebagai program pengayaan yang lebih efektif
apabila murid yang mengalami kesulitan memahami bahan pelajaran yang disediakan dalam
buku yang hanya tertera dalam kerta yang berwarna. Oleh sebab itu, warga guru perlu
menghadiri pelbagai kursus yang ditaja oleh KPM atau badan-badan yang lain secara percuma
untuk meningkatkan kemahiran teknologi masing-masing. Pada era yang menggunakan Google
Classroom ini, murid boleh meyerap pengetahuan dari mana-maman sumber termasuk pencarian
dalam laman Google. Namun, sebagai seorang guru yang mahir dalam dalam menyerapkan
pengetahuan melalui teknologi perlu memberi teladan dan tunjuk ajar yang betul supaya murid
dapat menyelami pelbagai sumber untuk tujuna meningkatkan pengetahuan masing-masing.

Guru sebagai role model perlu sentiasa sedia untuk menerima dan mengadaptasi
kehendak teknologi terkini seperti kelas atas talian, pengaturcaraan computer, kelas maya,
artificial intelligence, agumented reality, dan online documents. Tujuannya adalah untuk
membantu murid untuk menharungi kehidupan murid untuk menimba ilmu pengetahuan.

3.0 ASPIRASI KE-2: KEMAHIRAN BERFIKIR

3.1 Konsep
Konsep kemahiran berfikir ini mengetengahkan setiap murid akan belajar cara
mendapatkan ilmu pengetahuan sepanjang hidup mereka seperti menerapkan perasaan ingin
tahu tentang sesuatu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Berdasarkan
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), kemahiran berfikir adalah untuk membolehkan
mereka menghubungkait pelbagai jenis disiplin ilmu dan dapat mencipta ilmu yang baharu.
Dalam aspirasi ini, setiap murid dikehendaki menguasai pelbagai kemahiran kognitif
termasuklah penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif.

Bloom (1956) menyatakan bahawa pemikiran kritis adalah proses yang melibatkan
aktiviti mental seperti analisis, sistesis dan penilaian. Hal ini bersangkut-paut dengan peringkat
pemikiran tertinggi yang terkandung dalam heirarki kognitif Taksonomi Bloom (Bloom 1956).
Kreativiti merupakan tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baharu manakala
inovasi adalah proses menjana dan mengaplikasi idea, serta kreatif dan konteks yang tertentu.
Menyedari kepentingan tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu murid, pemikiran
kreatif dan inovatif merupakan gandingan yang perlu ada dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk menghasilkan modal insan yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang sinonim dengan dunia pendidikan adalah
teras kepada aspirasi kedua ini. Hal ini kerana KBAT adalah suatu kemahiran yang
menggalakkan seseorang individu untuk berfikir di luar kotak pemikiran mereka dengan
memberikan pendapat atau idea mereka tersendiri berdasarkan hasil bacaan atau pengalaman.
KBAT boleh didefinisikan sebagai potensi untuk menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
nilai untuk berfikir dan membuat pertimbangan. Onosko (1991) mentakrifkan KBAT sebagai
penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru manakala Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) mendefinisikan KBAT sebagai keupayaan untuk mengadaptasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi, dan berupaya mencipta sesuatu. Justeru, KBAT
merupakan tahap pemikiran yang diperlukan dalam membentuk generasi abad ke-21 yang
cerdas, kreatif dan berinovatif serta berpotensi untuk bersaing di peringkat global (Abdul Rasid
et al. 2016).

3.2 Isu berbangkit.

3.2.1 Isu Guru


Umum mengetahui bahawa guru kini digalakkan mengaplikasi pelbagai kaedah
pengajaran supaya murid tertarik kepada pengajaran seterusnya dapat melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penggunaan kaedah tradisional dalam pengajaran
merupakan satu kaedah yang berpusatkan guru dan berlaku dalam satu hala sahaja. Pengajaran
sehala oleh guru akan menyebabkan suasana kebosanan wujud dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini disebabkan pelajar pada alaf baharu tidak gemar dikongkong pergerakan
mereka di dalam kelas (Benade 2015).

Kaedah ini hanya mengakibatkan murid pasif kerana tidak dapat berbincang bersama
rakan-rakan mereka tentang sub topik yang telah diajar. Mantan Menteri Pendidikan, Dato’ Seri
Mahdzir Khadir turut menyuarakan tentang kelemahan kaedah tradisional ini. Menurut beliau,
penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan komunikasi
adalah tidak memuaskan dan tahap pengetahuan mereka berada pada tahap yang rendah (Abdul
Ghoni 2018).

Seterusnya, aras soalan yang digunakan oleh guru juga adalah penting dalam
meningkatkan kemahiran berfikir murid. Salah satu tujuan kaedah menyoal guru di dalam kelas
ialah untuk menilai pembelajaran dan kemajuan murid serta untuk meneroka pandangan
alternatif murid. Namun begitu, guru didapati sering mengemukakan soalan yang berada pada
aras rendah kepada murid. Rajendran (2001) dalam kajiannya mendapati hampir 90% soalan
yang dikemukakan oleh guru melibatkan kemahiran berfikir aras rendah manakala 10% lagi
adalah soalan yang melibat kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian ini disokong oleh Nooriza dan
Effandi (2015) iaitu guru sebenarnya kurang mengamalkan soalan terbuka aras tinggi kerana
mereka kurang berkebolehan menggunakan teknik penyoalan yang berkesan. Soalan pada aras
rendah ini tidak menggalakkan murid untuk berfikir kerana murid hanya perlu menyatakan fakta
bagi menjawab soalan tersebut.

Isu seterusnya adalah melibatkan kesediaan guru sendiri dalam mengaplikasikan KBAT
di dalam kelas. Abdul Aziz, Farah Aziana, Abd Rahman et al. (2018) telah membuat kajian
tentang kesediaan dan keperluan guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan KBAT di bilik darjah.
Kajian ini menunjukkan guru Bahasa Melayu didapati masih belum bersedia sepenuhnya dalam
menerapkan KBAT. Senario ini adalah kerana mereka kurang mendapat pendedahan tentang cara
pengajaran yang betul berasaskan KBAT. Antara sebab guru Bahasa Melayu tidak bersedia
mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran adalah kerana mereka sudah terlalu selesa
mengamalkan pengajaran berpusatkan guru yang merupakan kaedah tradisional semasa
pengajaran berlangsung.

3.2.3 Isu Murid


Guru memerlukan murid yang aktif bagi melaksanakan kemahiran berfikir di dalam kelas
(Rajendran 2001). Hal ini menunjukkan murid yang pasif tidak dapat menjayakan kemahiran
berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana murid yang pasif
biasanya tidak akan mengeluarkan idea mereka semasa perbincangan. Mereka didapati lebih
cenderung untuk mendengar pendapat orang lain. Meskipun perbincangan dilakukan secara
berkumpulan bersama murid lain, murid pasif hanya diam dan bersetuju dengan cadangan rakan
mereka. Hal ini umpama kembali kepada pengajaran yang menggunakan kaedah tradisional
dimana murid pasif lebih cenderung untuk menghafal nota yang diberi.

Seterusnya, pengetahuan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan


kemahiran berfikir merupakan salah satu isu terhadap KBAT kerana murid kurang didedahkan
untuk menjawab soalan kemahiran berfikir oleh guru. Apabila murid diminta untuk
menyelesaikan soalan berbentuk kemahiran tinggi, biasanya mereka akan meninggalkan soalan
tersebut tanpa jawapan kerana struktur soalan kemahiran tinggi yang berantai membuat murid
malas untuk membaca apatah lagi untuk berfikir. Meskipun kajian Tuan Rahayu et al. (2017)
menunjukkan bahawa murid-murid mempunyai pengetahuan KBAT yang tinggi dalam mata
pelajaran Tasawwur Islam, namun kajian Siti Nurliyana (2015) mendapati tahap pengetahuan,
sikap dan kesediaan murid terhadap KBAT dalam pembelajaran pemahaman bacaan adalah
sederhana. Kajian yang dijalankan oleh Wan Nazira (2015) turut melaporkan dapatan tahap
KBAT murid adalah sederhana.

3.3.3 Cadangan
Penggunaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi melahirkan
murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Bagi melahirkan murid yang berdaya saing, para guru
digalakkan untuk mengajar kemahiran berfikir melalui mata pelajaran di sekolah. Guru boleh
menggunakan peta pemikiran (i-Think) untuk meningkatkan penguasaan KBAT murid. Hal ini
selaras dengan tujuan wujudnya program i-Think. Pelaksanaan program i-Think di sekolah-
sekolah seluruh Malaysia bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran
berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang berinovatif pada masa hadapan.

Tambahan lagi, guru juga perlu menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan
sikap bukan sahaja mata pelajaran di sekolah malah bagi kemahiran KBAT juga. Apabila para
guru telah menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap sepenuhnya, maka
mereka akan berasa berkeyakinan untuk menggunakan kemahiran ini semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

Bagi murid pula, kepentingan penguasaan dalam KBAT telah lama dibincangkan
terutamanya dalam abad ke-21 di mana dalam setiap jurusan pekerjaan memerlukan bakal
pekerja berfikiran kreatif dan kritis. Suib dan Azmawati (2001) pernah menyatakan bahawa
setiap graduan perlu memperoleh kemahiran berfikir kerana kemahiran tersebut merupakan satu
kelebihan dalam mencari pekerjaan. Malah melalui pengajaran menggunakan kemahiran berfikir
ini, murid boleh dilatih untuk berkomunikasi dan memberikan pendapat mereka sendiri
seterusnya melatih mereka supaya berani untuk bersuara. Oleh itu, jika kemahiran berfikir ini
diteruskan dalam pengajaran maka bilangan murid pasif akan berkurangan.

Walaupun pelbagai masalah wujud dalam pelaksanaan KBAT di sekolah, namun peranan
pihak Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) perlulah lebih proaktif dalam menegaskan kepentingan pelaksanaan KBAT
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penegasan dari pihak atas ke bawah dapat membantu
meningkatkan moral dan sikap guru dalam memastikan KBAT ini dapat diimplimentasikan.
Pihak daripada PPK pula perlu memberikan satu panduan yang lebih jelas mengenai pelaksanaan
KBAT supaya dapat memudahkan guru dalam menterjemahkan kemahiran tersebut di dalam
kelas.

Selain itu, pentadbiran sekolah juga perlu memberikan sokongan yang kuat dalam
membantu guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan KBAT dengan
memberi pemantauan yang bersistem seperti melaksanakannya melalui sesi pencerapan
pengajaran yang boleh dilakukan oleh ketua bidang mata pelajaran. Pemantauan yang berkesan
boleh memberikan kesan terhadap pelaksanaan KBAT. Pendedahan guru terhadap kaedah
pengajaran dan pembelajaran menggunakan KBAT juga boleh diadakan melalui latihan dalam
perkhidmatan (LDP) yang merupakan platform untuk guru-guru meningkatkan professionalisme
keguruan.

Penglibatan guru dalam LDP terbukti dapat meningkatkan personaliti yang lebih positif
Kajian menyatakan bahawa kekerapan menghadiri latihan sehari hingga empat hari mempunyai
perbezaan yang signifikan terhadap kekerapan menghadiri latihan tujuh hari ke atas. Dapatan
kajian Mohd Izham dan Mazlan Sirat (2018) menunjukkan kekerapan guru yang menghadiri
latihan akan memberi peluang percambahan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan tuntutan
pembangunan profesional yang memerlukan pembelajaran sepanjang hayat melalui latihan yang
berterusan. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan
KBAT  kerana melalui sini terhasilnya generasi Malaysia aras ketiga.

4.0 ASPIRASI KE-3: KEMAHIRAN MEMIMPIN

4.1 Konsep
Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kebolehan untuk memimpin dan bekerja
dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Aspirasi ke-3 ini menyatakan, sistem
pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan
mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan
mengamalkan ciri kepimpinan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2013).
Dalam konteks sistem pendidikan, terdapat empat dimensi yang terkandung dalam
kepimpinan iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran
berkomunikasi dengan berkesan. Kepimpinan boleh ditakrifkan dalam pelbagai aspek yang
berbeza. Menurut Koonz dan O Donnel (2005), kepimpinan ialah seni dan proses mempengaruhi
sekumpulan orang supaya mereka mahu bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat
kumpulan. Kepimpinan boleh didefinisikan dalam pendidikan sebagai keupayaan mempengaruhi,
memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat seperti guru, staf dan murid supaya
melaksanakan aktiviti atau program yang telah ditetapkan bagai mencapai matlamat sekolah
(Yahya Don 2005).

4.2 Isu Berbangkit

4.2.1 Kualiti Guru


Tugas guru di sekolah bukan hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin
seterusnya menjadi role model kepada murid. Personaliti dan tingkah laku guru sering menjadi
perhatian dan teladan kepada murid serta masyarakat sekeliling. Konsep kepimpinan melalui
teladan dicapai apabila guru menjadi role model dalam pelbagai aspek seperti tingkah laku, cara
pertuturan dan berpakaian (Tie 2002).

Bilik darjah merupakan ruang utama kerjaya dan kepimpinan guru di sekolah. Hal ini
berkait secara langsung dengan keseluruhan aktiviti yang berlangsung di dalam bilik darjah.
Kepimpinan guru dalam kurikulum bilik darjah ini akan meningkatkan kemenjadian murid dan
prestasi sekolah. Menurut Sakarneh (2014), proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
perlu dibuat atas dasar untuk memberi pengetahuan. Secara tidak langsung, sifat kepimpinan
berkualiti bagi seorang guru perlu diperhalusi.

Namun begitu, kajian George. J dan Mohd. Izham (2020) mendapati pelaksanaan
pengajaran guru dengan kemenjadian murid berada pada tahap sederhana. Isu ini menunjukkan
guru masih kurang kompeten semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, pemahaman guru terhadap profesion dan profesionalisme keguruan juga perlu
ditingkatkan. Hal ini menyebabkan guru mengalami kesukaran dalam menerapkan nilai konsep
kepimpinan terhadap murid
4.2.2 Cadangan
Kemenjadian murid dalam memenuhi aspirasi ke-3 ini mempunyai kaitan dengan
kompetensi guru semasa berada di dalam bilik darjah. Oleh hal demikian, Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang ke-2 (SKPMG2) yang digubal dan dibina Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti (JNJK) boleh dijadikan sebagai satu garis panduan untuk guru-guru
meningkatkan kopentensi mereka serta memupuk kemahiran kepimpinan melalui teladan
terhadap murid. Elemen-elemen dalam SKPMG2 memerlukan guru untuk melakukan
perancangan yang sistematik dalam menghasilkan pengajaran yang berkualiti. Guru merupakan
golongan yang terlibat secara langsung untuk melaksanakan daya usaha dan pendekatan
pengajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan hasil-hasil pembelajaran
yang maksimum diperoleh pelajar di sekolah (Musnizam et al. 2010)

Apabila guru berjaya memenuhi setiap aspek dalam SKPMG2 ini, proses pengajaran dan
pembelajaran akan mendorong meningkatkan motivasi murid. Murid boleh berkomunikasi dan
berkolaboratif antara satu sama lain bagi menghasilkan idea-idea dan pendapat baru sepanjang
aktiviti pembelajaran. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalan Khuzaimah,
Mohamed dan Shahlan (2019) yang menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
kompetensi guru dengan kemenjadian murid. Oleh itu, bagi meningkatkan tahap kemenjadian
murid, guru perlu tingkatkan tahap elemen kompetensi mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kearah
pemikiran kritis dan kreatif ini boleh mengasah kemahiran murid-murid dalam membuat
keputusan dan meyelesaikan masalah yang diutarakan oleh guru-guru. Bukan itu sahaja, proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini juga akan meningkatkan kemahiran murid
sebagai pemimpin.

Guru sebagai role model perlu berusaha untuk memahamkan dan menunjukkan contoh
kepada murid berkaitan konsep kepimpinan dengan mudah, seronok dan bermakna. Justeru, guru
boleh menunjukkan kepimpinannya dengan sentiasa bersedia dan boleh menyesuaikan diri
dengan keadaan iaitu mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai. Sebagai contoh,
dalam zaman globalisasi pendidikan ini, rata-rata murid terlebih dahulu terdedah dan mahir
dalam penggunaan teknologi maklumat dan komputer (TMK). Maka, sebagai guru, langkah yang
lebih besar perlu diambil untuk mempelajari kemahiran TKM dan berada seiring dengan
perkembangan budaya dan persekitaran murid.

Kemenjadian murid dalam aspek kepimpinan bukan sahaja diukur dalam akademik,
namun menurut kajian yang dijalankan Zainal Ariffin Zainuddin et al. (2016), murid-murid juga
perlu aktif dalam bidang kokurikulum sama ada badan uniform, kelab atau sukan. Kajian ini
mendapati terdapat perubahan tingkahlaku, sahsiah dan emosi pelajar kesan daripada aktiviti
kokurikulum. Justeru, dapat disimpulkan bahawa penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum
membantu pelajar melengkapkan dan memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam kelas
seterusnya mengasah kemahiran kepimpinan murid.

5.0 ASPIRASI KE-4 DAN KE-6: KEMAHIRAN DWIBAHASA DAN IDENTITI


NASIONAL

5.1 Konsep
Aspirasi keempat dan keenam saling berkait antara satu sama lain iaitu kemahiran
dwibahasa dan identiti nasional. Aspirasi yang keempat adalah kemahiran dwibahasa.
Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), setiap kanak-kanak akan menguasai
bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai
bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap
penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya
menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu,
Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa
tambahan. Menurut Kamus Dewan dwibahasa bermaksud dua bahasa / menguasai dua bahasa
yang berlainan.

Negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa yang bersifat
unik dan mewakili warisan berbilang budaya memberikan daya saing kepada semua. Oleh yang
demikian, semua murid daripada kumpulan etnik dan dan komuniti yang berlainan digalakkan
untuk belajar sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, bahasa
ibunda seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Iban, Bahasa
Kadazandusun dan sebagainya bagi membolehkan mereka bekerjasama, berkomunikasi serta
berinteraksi secara berkesan dengan rakan dalam kalangan masyarakat Malaysia dan juga negara
jiran dalam dunia global masa kini.

Bahasa Melayu mempunyai pelbagai peranan di negara Malaysia. Bahasa Melayu


berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi, bahasa pengantar, bahasa kebangsaan, bahasa
perpaduan dan bahasa komunikasi. Maka, tempat yang diwakili oleh Bahasa Melayu di negara
Malaysia amat besar. Menurut Penyata Razak (1957 ), bahasa dan pendidikan dapat digunakan
sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk  yang
berbilang kaum. Jelaslah bahawa bahasa Melayu telah dijadikan alat perpaduan yang sangant
penting kepada Negara Malaysia yang berbilang bangsa. Perpaduan antara masyarakat Malaysia
adalah sangat penting bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin
menjadikan system pendidikan Malaysia menyamai taraf pendidikan dunia. 

Aspirasi yang keenam adalah identiti nasional. Identiti bermaksud tanda pengenalan yang
membezakan suatu dengan yang lain. Identiti nasional pula merujuk kepada sifat-sifat berlainan
satu kumpulan dari segi paras rupa dan proses menerima seseorang individu sebagai ahli
kumpulan berkenaan. Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), identiti nasional
yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa
depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira
etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid
dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan
negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh
amat diperlukan.

Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima
kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian. Maka, identiti nasional menjadi salah satu
dalam senarai aspirasi murid bagi melahirkan suatu masyarakat yang mampu bertolak ansur,
menerima dan menghormati orang lain dan juga hidup bersama dalam kepelbagaian masyarakat
Malaysia. Identiti nasional bukan milik dan tanggungjawab satu pihak. Identiti nasional milik
semua pihak. Oleh itu, identiti nasional adalah tanggungjawab semua pihak dan semua pihak
itulah yang seharusnya bertanggungjawab membina dan mempertahankan identiti nasional
tersebut. Menurut bd Aziz A’zmi, Farrah Wahida Mustafar, Aimi Khairunnisa Abdul Karim &
Nurliana Suhaini (2017), Sekiranya kepelbagaian menjadi punca percanggahan dan pertelagahan,
suasana damai yang diimpikan dilihat sukar untuk dikekalkan sekiranya setiap etnik bersifat
etnosentrik. Maka perpaduan itu menjadi sumber utama bagi mengekalkan keharmonian dan
kemakmuran negara Malaysia. Sehubungan dengan itu mengekalkan dan mengamalkan identiti
nasional menjadi satu kewajipan bagi rakyat Malaysia.

5.2 Isu berbangkit


Pelbagai isu yang berbangkit berkaitan dengan kedua-dua aspirasi yang saling berkait
antara satu sama lain. Kewujudan pelanggaran budaya, pemikiran dan pemahaman antara
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum merupakan isu yang muncul di Malaysia.
Perbezaan antara dua budaya yang amat berbeza iaitu budaya timur dan budaya barat telah
menyebabkan wujudnya persoalan identiti bagi mereka yang bilingual atau dikenali sebagai
individu yang menguasai dwibahasa. Keadaan ini menyebabkan berlakunya konflik antara dua
budaya atau lebih dan menyebakan kekeliruan sesama mereka yang bilingual. Isu ini terjadi
disebabkan oleh masyarakat bilingual yang kurang peka terhadap budaya dan mengalami
kesukaran untuk menerima keseimbangan budaya (John T.Broadbent & Zhanna Vavilova, 2015).

Kesukaran dalam menguasai kemahiran dwibahasa ini menyebabkan wujudnya golongan


murid yang segan dan berasa kurang selesa untuk berkomunikasi dengan murid yang berlainan
bangsa. Hal ini mengakibatkan berlakunya satu situasi di mana murid-murid mewujudkan
kumpulan atau kelompok semasa berada di sekolah. Perkara ini juga disokong oleh pengkaji-
pengkaji How Soo Ying, Chan Swee Heng & Ain Nadzimah (2015). Berdasarkan kajian tersebut
didapati bahawa 81.60% daripada sekolah Cina, & 74.58% daripada sekolah Tamil
menggunakan bahasa ibunda masing-masing apabila di rumah. Dalam 10% sahaja pelajar
daripada sekolah Tamil menggunakan Bahasa Melayu di rumah, dan bagi pelajar sekolah Cina
pula mereka tidak menggunakan langsung Bahasa Melayu di rumah. Pengkaji mengkonklusikan
bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa ketiga bagi pelajar-pelajar sekolah Tamil (21%) dan
Cina (9.84%) ini.

Pelajar-pelajar sekolah Tamil dan Cina ini tidak mempunyai peluang yang banyak untuk
menggunakan kemahiran Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini
menyebabkan murid-murid dari sekolah Tamil dan Cina tidak dapat mengembangkan kefasihan
dalam bahasa kebangsaan negara Malaysia iaitu Bahasa Melayu. Ketidakfasihan bahasa secara
langsung berupaya menyekat interaksi sesama sesama murid yang terdiri daripada berbilang
kaum. Walaupun rakyat negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi pergaulan mesra
antara satu kaum dengan satu kaum yang lain masih lagi kurang dipraktikkan.

Ketidakpatuhan identiti nasional yang digariskan juga menyebabkan wujudnya isu


perpaduan. Proses menuju ke arah perpaduan negara adalah sesuatu yang kompleks, di mana
konflik mungkin akan berlaku secara langsung dan tidak langsung dalam menangani perbezaan
sosio budaya dalam kalangan kepelbagaian kumpulan etnik (Lee Wei Chang, Baharuddin,
Muhammad, 2013). Apabila murid-murid menghadapi kesukaran untuk menjalinkan hubungan
mesra dengan satu sama lain, maka secara langsung perpaduan tidak dapat diperkukuhkan lagi.
Sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk perpaduan antara etnik (Nur Ayuni
Nusaibah Husin ,2019). Jadi, sikap golongan murid yang sukar untuk menjalinkan hubungan erat
dengan murid-murid yang berlainan bangsa menyebabkan wujudnya suatu hubungan yang
tegang dalam kalangan mereka. Hasrat melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan
berkeupayaan untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masayarakat dan negara sejurus dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan terjejas
disebabkan oleh isu perpaduan ini.

Perpaduan membawa maksud sebagai satu keadaan atau situasi di mana ia mampu
menggambarkan penyatuan dari segi nilai-nilai murni yang diamalkan oleh seluruh rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan keturunan, bangsa, kaum dan etnik. Perpaduan
negara adalah satu faktor keprihatinan utama bagi masyarakat yang terdiri daripada berbilang
kaum dan pelbagai budaya seperti Malaysia (Abdul Rahman, Hussein Ahmad, Sufean Hussin,
Simin, G., Mohammed Sani, 2014). Penyatuan ini adalah menuju kearah persefahaman yang
seragam dan berdasarkan Perlembagaan dan Rukun Negara di mana ia digunakan untuk
mengelakkan gejala-gejala yang negatif dan membawa kepada wujudnya konflik dan perpecahan
di kalangan masyarakat Malaysia yang berbeza dari segi agama, wilayah, kelas, bahasa, budaya
dan sebagainya. Jadi apabila murid-murid tidak dapat mencapai perpaduan sesama mereka, maka
wujudlah perselisihan faham dan seterusnya menjadi penyebab utama bagi isu pergaduhan
sesama murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

5.3 Cadangan penyelesaian


Penghayatan Rukun Negara mampu menjadi solusi bagi isu-isu yang muncul ini. Rukun
Negara Malaysia ini merupakan ideologi yang penting bagi perpaduan dan ketenteraman negara,
ia melahirkan kecintaan, kesetiaan, ketaatan, dan perasaan hormat terhadap negara, pemerintahan
Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, sejarah negara, undang-undang negara, dasar dan polisi
negara Hussein Haji Ahmad & Haneza Ab. Hamid, 2015). Menurut kajian yang dijalankan oleh
Abdul Rahman, Hussein Ahmad, Sufean Hussin, Simin, G., Mohammed Sani, (2014) didapati
bahawa persepsi dalam hubungan kaum dan perpaduan, serta nilai-nilai kenegaraan berasaskan
Rukun Negara dan Perlembagaan dalam kalangan rakyat dewasa menunjukkan keadaan yang
kurang memuaskan. Jadi penekanan harus diberikan agar murid-murid dapat menghayati prinsip-
prinsip Rukun Negara yang merupakan asas bagi proses pembentukan perpaduan dalam
kalangan rakyat dan tanda asas bagi pembentukan identiti nasional Malaysia.

Sekolah juga harus memainkan peranannya sebagai agen sosialisasi dalam usaha
membendung isu sebegini. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Nur Ayuni Nusaibah Husin,
(2019), didapati bahawa wujudnya satu situasi di mana semasa waktu Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK) iaitu dalam permainan bola tampar, murid kaum Melayu tidak mahu bermain
bersama-sama dengan murid kaum Cina dan begitulah juga sebaliknya. Selain itu, semasa di
dalam bilik darjah terdapat sebilangan pelajar lebih gemar duduk secara berkelompok mengikut
kaum masing-masing. Tambahan pula, sewaktu persembahan dilakukan oleh pelajar di
perhimpunan pelajar Cina dilihat tidak berminat untuk melihat persembahan yang dilakukan oleh
pelajar Melayu seperti bersajak, berpantun dan berceramah. Dalam aktiviti badan beruniform
pula, pelajar Cina dan Melayu duduk berasingan dalam kumpulan mereka.

Keadaan sebegini dapat dibendung apabila pihak sekolah memandang serius terhadap
situasi ini dan menjalankan beberapa program yang mampu memperbaiki situasi tersebut dan
mengeratkan serta mewujudkan hubungan mesra sesama murid sekolah yang berbilang bangsa.
Pelaksanaan aktiviti perkhemahan yang mempu menyebabkan murid-murid berinteraksi dan
bekerjasama antara satu sama lain misalnya semasa aktiviti memasak, membina gajet,
mendirikan khemah dan sebagainya. Pelaksanaan program sukan tahunan yang berupaya
menyatupadukan murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti sukan yang dijalankan.
Bukan ini sahaja, program sambutan bulan kemerdekaan, sambutan perayaan adalah antara
aktiviti yang mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. KPM juga telah
melaksanakan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986
lagi. Program ini adalah cetusan idea oleh Menteri Pendidikan pada waktu itu iaitu, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi.

Pelbagai program juga boleh dilaksanakan di sekolah untuk mengatasi isu ketidakfasihan
bahasa dalam kalangan murid yang menjadi salah satu penyebab bagi isu perpaduan ini. Program
pembelian senaskah akhbar mampu mengatasi masalah ketidakfasihan bahasa dan meningkatkan
kemahiran berbahasa murid. Penganjuran minggu ataupun bulan bahasa juga berupaya
menyebabkan murid-murid memperbaiki kelemahan dalam kemahiran berbahasa masing-masing
menerusi pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan bahasa berkenaan
seperti pidato, mendeklamasikan sajak, bercerita dan sebagainya. Sepanjang bulan bahasa,
pelajar juga digalakkan untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Selain
itu, program pengucapan awam juga mampu menyumbang kepada inisiatif untuk mengatasi isu
ketidafasihan bahasa dalam kalangan murid.

Program MBMMBI yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga


merupakan satu inisiatif bagi mengatasi isu yang timbul dalam menguasai kemahiran dwibahasa.
Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
bermatlamat untuk melahirkan murid yang dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris dengan fasih dan yakin. Sekolah Wawasan juga satu lagi usaha kerajaan untuk
memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan murid-murid sekolah yang terdiri daripada
pelbagai bangsa. Sekolah Wawasan bererti sekolah rendah yang berkonsepkan belajar
bersamasama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama (Jamaluddin,
2011)

6.0 ASPIRASI 5 - ETIKA DAN KEROHANIAN

6.1 Konsep
Aspirasi murid yang ke-5 ialah etika dan kerohanian. Etika bermaksud prinsip
moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan
manusia (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2005). Kerohanian pula bermaksud perihal rohani, sifat-
sifat rohani. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015). Tujuan aspirasi ke-5 diperkenalkan adalah
ingin memastikan murid mempunyai sifat berani menghadapi cabaran masa hadapan,
menyelesaikan konflik secara aman dan membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal
berteraskan nilai moral yang tinggi.

Bagi merealisasikan aspirasi ke-5, terdapat tiga prinsip yang berhubungkait dalam
aspek etika dan kerohanian. Antaranya termasuklah integriti, tanggung jawab sivik dan
kerohanian. Sikap integriti yang tinggi perlu diterapkan dalam kalangan murid kerana perkara ini
akan membimbing murid supaya berdisiplin dan melakukan perkara yang betul. Sebagai contoh,
isu murid ponteng sekolah dianggap tidak berdisiplin kerana isu ini akan menjejaskan
pembelajaran murid dan integriti kehidupan murid tersebut.

Seterusnya, tanggung jawab sivik ialah tanggung jawab yang perlu dididik dalam
setiap murid kerana memandangkan Malaysia merupakan negara berbilang kaum, semangat
patriotik hendaklah kuat dalam setiap murid. Ianya kerana bagi melahirkan modal insan yang
berperpaduan dan memberikan kebaikan bersama terhadap manusia dan alam sekitar. Sebagai
contoh, terdapat juga isu perkauman yang berlaku di Malaysia. Isu ini merisaukan rakyat kerana
perbalahan antara kaum mampu memberi impak negatif kepada negara dari aspek ekonomi dan
perpaduan.

Prinsip yang terakhir ialah kerohanian. Prinsip ini sama dengan aspirasi ke-5
dimana kerohanian merupakan aspek yang penting dalam merealisasikan aspirasi murid. Hal ini
dapat dilihat dengan adanya pegangan agama yang kuat sebagai asas kehidupan mampu
membantu murid dalam membuat keputusan yang wajar. Untuk merealisasikan hasrat ini, maka
murid Islam diwajibkan mengikuti Pendidikan Islam, manakala murid bukan Islam pula
dikehendaki mengikuti Pendidikan Moral.

6.2 Implikasi dan Aplikasi di Sekolah


Berikutan dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, aspirasi murid
diperkenalkan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Implikasi aspirasi 5 memberi impak positif
kepada murid, keluarga, organisasi dan negara. Implikasi aspirasi 5 terhadap murid termasuklah
murid dapat membina sahsiah diri dan keperibadian yang baik. Seterusnya, membentuk sebuah
keluarga yang beretika serta mewujudkan kehormanian. Melentur buluh biarlah dari rebungnya,
peribahasa ini mengajar dari awal untuk mendidik anak sejak dari kecil lagi.
Disamping itu, implikasi terhadap organisasi juga mampu menentukan kestabilan
organisasi, mempertingkatkan produktiviti, kredibiliti dan reputasi. Sebagai contoh, menurut
Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), sebanyak 71,588 kes rasuah
telah dilaporkan di antara tahun 2000-2006. PEMUDAH menganggarkan rasuah
menyebabkan kos kepada negara sehingga RM10 billion berdasarkan Laporan
Transparency International 2009. Ini menunjukkan rasuah memberi impak kepada sektor
ekonomi. Selain itu, implikasi terhadap negara termasuklah memelihara keamanan, keadilan dan
kesejahteraan negara.

Perbincangan diteruskan dengan aplikasi di sekolah, murid telah dididik dari awal
di sekolah untuk memberi salam sebelum kelas bermula sebagai tanda hormat kepada guru. Hal
ini mampu memupuk sikap hormat menghormati sesama manusia. Disamping itu, guru juga
berperanan mendidik murid seperti menegur kesalahan murid jika terlihat murid melakukan
kesalahan. Dari aspek pembelajaran pula, guru juga berperanan untuk mengadakan aktiviti yang
menarik minat murid seperti mengadakan sahsiah diri bersama sekolah lain dan mengadakan
kem motivasi bersama ustaz yang viral.

Selain daripada subjek Pendidikan Islam, KPM juga memperkenal Penilaian Asas
Fardhu Ain (PAFA) di sekolah bagi meningkatkan ilmu keagamaan dalam diri murid beragama
islam. Pembelajaran ini berfokus kepada pembentukan peribadi murid ke arah tingkah laku
muslim melalui pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan cara hidup muslim dalam
hubungannya dengan Allah s.w.t, diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar. Dan,
sekolah juga mengajar murid memperkukuhkan disiplin murid seperti disiplin dalam pemakaian
murid.

6.3 Cabaran
Pembentukkan etika seseorang individu atau murid adalah berkait rapat dengan cabaran
seperti guru, keluarga. rakan sebaya dan teknologi. Ada segelintir guru tidak melakukan
tanggung jawab dengan baik dan memberi cermin negatif kepada murid seperti ponteng, lambat
masuk ke kelas dan penilaian pilih kasih ke atas murid. Sebagai contoh, jika guru lambat masuk
ke kelas, murid juga berpotensi untuk meniru sikap negatif guru tersebut.
Seterusnya, cabaran ibu bapa. Oleh kerana murid mempunyai pemikiran dan tingkah
laku yang kurang matang, ibu bapalah insan penting yang boleh membimbing dan memberi
tunjuk ajar berkaitan kelakuan yang baik dan nilai-nilai asas yang disanjung oleh masyarakat.
Ibu bapa perlu sentiasa bersedia mendengar permasalahan anak-anak remaja dan meluangkan
masa bersama supaya mereka tidak berasa keseorangan. Ia akan membantu membentuk etika
yang baik dan remaja tersebut boleh melangkah ke alam dewasa dengan pemikiran yang
matang.

Di samping itu, cabaran yang dihadapi ialah pengaruh rakan sebaya. Ini kerana
pengaruh negatif rakan boleh menghancurkan etika anak-anak. Pemantauan terhadap rakan-
rakan akan memastikan anak-anak tidak berbuat sesuatu sewenang-wenangnya apabila
bersama rakan sebaya. Ibubapa hendaklah mengetahui siapakah rakan-rakan anak mereka.
Jika seseorang murid mengetahui bahawa ibu bapanya sentiasa memantau pergaulan bersama
rakan maka ia boleh mengelakkan mereka terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif seperti
dadah, rempit, menyamun dan mencuri.

Etika individu juga bergantung kepada cabaran teknologi. Kini, hampir setiap murid
mempunyai peranti teknologi sendiri. Teknologi internet kini boleh diakses dimana sahaja dan
sesiapa sahaja. Internet merupakan punca utama berlakunya pendedahan melampau remaja dan
belia kerana tiada batasan antara mereka. Sebagai contoh, laman-laman social seperti Facebook,
Netlog dan lain-lain memudahkan mereka ‘bersembang’ dengan orang yang tidak dikenali.
Oleh itu, peranan ibu bapa dan masyarakat juga penting untuk mengenali teknologi dan
perkembangannya yang boleh membawa kemusnahan kepada generasi muda.

6.4 Cadangan
Justeru, cadangan bagi merealisasikan aspirasi 5 bermula di rumah, pra sekolah, sekolah
rendah dan sekolah menengah. Peranan ibu bapa di rumah ialah sebagai role model dan
pemantau kepada murid. Tindakan ibu bapa seperti memberi sedekah, membantu orang yang
susah dan melawat orang sakit juga membantu memberi tauladan baik kepada murid. Selain itu,
pelbagai aktiviti di rumah seperti belajar ilmu agama di rumah, mengaji dan melakukan kerja
rumah bersama keluarga memberi kesan untuk mendidik etika dan kerohanian murid.
Seterusnya, pendidikan di pra sekolah merupakan pendidikan dimana murid
belajar mengenal perkara baru dan berinteraksi bersama kawan. Guru pra sekolah juga
berperanan penting sebagai role model murid dan mengajar perkara yang positif kepada murid.
Sebagai contoh, aktiviti pra sekolah yang dapat dikaitkan dalam aspek etika dan kerohanian ialah
mendengar kisah-kisah nabi, bermain bersama kawan dengan baik dan lawatan sambil belajar.
Perkara ini mampu meningkatkan etika dan kerohanian murid dengan membentuk minda murid
yang masih cilik dengan sentuhan keagamaan dan positif.

Di samping itu, pendidikan di sekolah rendah pula dapat dilihat murid dididik
dengan ilmu pengetahuan berunsurkan silibus dan disiplin. Beberapa subjek yang menerapkan
nilai etika dan kerohanian seperti mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid beragama islam
dan Pendidikan Moral bagi murid bukan islam. Selain itu, guru juga berperanan sebagai role
model di sekolh rendah dan mengajar bercontohkan nilai-nilai murni. Antara aktiviti sekolah
rendah termasuklah aktiviti berkumpulan mampu meningkatkan sikap menghormati sesama
kawan, menjaga disiplin sekolah mampu membentuk peribadian murid dan PAFA mampu
mengukuhkan ilmu pengetahuan dalam ilmu agama islam.

Dan akhir sekali ialah pendidikan di sekolah menengah yang mengetengahkan


murid dibimbing untuk membuat keputusan masa hadapan selepas tamat persekolahan. Guru
sebagai pembimbing dan kawan, hal ini dapat dilihat dimana guru membantu murid membuat
keputusan dalam memilih hala tuju selepas persekolahan. Antara usaha sekolah menengah
termasuklah kem motivasi, kempen masuk universiti dan lawatan ke syarikat untuk mambantu
murid lebih mengenali dunia luar selepas persekolahan dan kepentingan peribadi yang baik.

6.5 Kajian Lepas


Kajian pertama iaitu kajian Ab. Halim bin Tamuri & Zarin bin Ismail. (2009)
telah mengkaji kajian bertajuk hubungan antara pegangan nilai moral dengan media massa:
tinjauan ke atas remaja melayu luar bandar. Kajian ini berobjektif untuk mengenal pasti tahap
pendedahan media massa di kalangan remaja itu kepada jenis dan isi kandungan yang berbeza-
beza serta menganalisis hubungan antara pengaruh media massa dan pemegangan nilai akhlak.
Pada keseluruhannya, dari segi urutan, televisyen adalah media massa yang paling diminati
remaja, diikuti dengan mendengar radio, membaca akhbar, menonton VCD/DVD, membaca
majalah dan melayari laman web. Kajian ini menunjukkan media elektronik seperti televisyen
dan radio telah dilihat sebagai pilihan utama remaja dalam kajian ini. Keadaan ini mungkin
disebabkan faktor seperti fungsi asal televisyen dan radio memberi perkhidmatan berasaskan
konsep hiburan, menyeronokkan, mudah dan ia boleh ditonton secara pasif. Kajian ini
menunjukkan pendedahan yang tinggi terhadap media massa telah memberi kesan negatif ke atas
pegangan akhlak di kalangan para remaja Melayu di luar bandar

Selain itu, Asmawati (2005) telah menjalankan satu kajian bertajuk pemantapan
komponen akhlak dalam pendidikan islam bagi menangani era globalisasi. Kajian ini bertujuan
untuk membincangkan beberapa persoalan berkaitan dengan pemantapan komponen akhlak
terkini dalam era globalisasi. Pengkaji telah membincangkan empat jenis sistem Pendidikan
Islam iaitu pembelajaran di rumah guru, pengajian di institusi pondok, sistem pendidikan
berkonsepkan sistem madrasah dan Pendidikan Agama Islam di sekolah-sekolah kerajaan.
Perbincangan di atas memperlihatkan peri pentingnya pendidikan akhlak dalam sistem
pendidikan kebangsaan dan pendidikan akhlak dan moral yang dilaksanakan perlu dikaitkan
dengan nilai Islam khususnya dan nilai agama. Akhirnya, demi menjayakan hasrat murni iaitu
melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang secara padu serta berilmu, beriman
dan beramal, maka penggembelingan usaha dan komitmen dari pelbagai pihak sangat diperlukan.
Tanggungjawab kedua-dua aspek dalam kehidupan iaitu amar makruf nahi mungkar perlu
dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.
7.0 RUMUSAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus mendukung hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Pelan ini
juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran
khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui
pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan. Aspirasi murid pula merupakan elemen
penentu yang penting dalam pencapaian di sekolah dan di peringkat seterusnya.

Gelombang pertama (2013-2015) telah berjaya mengubah sistem dengan menyokong


guru dan memberikan tumpuan kepada kemahiran utama. Seterusnya, kini pada gelombang
kedua (2016-2020), PPPM memacu peningkatan sistem dimana sistem berteraskan aspirasi
murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran meminpin, kemahiran dwibahasa, etika
dan kerohanian dan identiti nasional telah dipraktikkan dalam kalangan guru dan murid. Akhir
sekali, gelombang ketiga (2021-2025) bakal dihadapi tahun hadapan akan menganjak ke arah
kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi.

Murid, guru, pemimpin sekolah, pegawai kementerian, ibubapa dan pihak komuniti &
swasta perlu memainkan peranan bagi merealisasikan aspirasi murid. Hal ini dapat dilihat murid
sebagai penerima manfaat, apabila menamatkan persekolahan, murid akan mempunyai
pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia, nilai moral yang tinggi, dan berupaya bersaing
dengan rakan sebaya dari negara lain. Seterusnya, ibu bapa, guru dan sekolah sebagai
pembimbing murid menuju kearah aspirasi murid. Justeru, semua hendaklah berganding bahu
bagi merealisasikan objektif aspirasi murid dan melahirkan murid yang berkualiti dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani .
8.0 RUJUKAN
Abdul Aziz, F. A. & Abd Rahman, F. 2018. Sorotan Kajian Kesediaan Dan Keperluan Guru
Bahasa Melayu Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Di Bilik
Darjah. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature 9: 80–101.
doi:10.37134/pendeta.vol9.7.2017

Abdul Ghoni Ahmad. 2018. Pendidikan Kita Bertaraf Dunia. Rencana Majalah Pendidikan Feb
2018: Jilid 120.

Abdul Rasid, J., Shamsudin, O., Azhar, M. S. & Masamin, J. 2016. Kesediaan guru dalam
pelaksanaan kemahiran berfikir terhadap pengajaraan penulisan karangan murid bukan
Melayu. PENDETA Journal of Malay Languge, Education and Literature 7(1): 1–8.

Ahmad, H. H., & Hamid, H. A. 2017. Pengurusan Pembangunan Konsep


Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Satu Kajian Di Klang, Selangor. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 2(4), 1-15.

Ab. Halim bin Tamuri & Zarin bin Ismail. 2009. Hubungan antara Pegangan Nilai Moral dengan
Media Massa: Tinjauan ke atas Remaja Melayu Luar Bandar. UKM

Asmawati bte Suhid. 2005. Pemantapan Komponen Akhlak dalam Pendidikan Islam bagi
Menangani Era Globalisasi. UPM

Benade, L. 2015. Teachers’ Critical Reflective Practice in the Context of Twenty-first Century
Learning. Open Review of Educational Research 2(1): 42–54.
doi:10.1080/23265507.2014.998159

Bloom, B. 1956. A Taxonomy of Cognitive Objectives. A Taxonomy of Cognitive Objectives.

Broadbent, J. T., & Vavilova, Z. 2015. Bilingual identity: Issues of self-identification


of bilinguals in Malaysia and Tatarstan. 3L: Language, Linguistics,
Literature®, 21(3).

Budiningsih, Asri. 2005. Belajar dan Pembelajaran. Jakarta : Rineka Cipta


Chang, L. W., Azizan, B., & Amran, M. 2013. National Unity at the University Level:
Importance of Civilisational Dialogue and Way Forward. European Scientific
Journal.

Husin, N. A. N., & Dawi, A. H. 2019. Peranan sekolah dalam pembentukan


perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar. Jurnal Pendidikan Bitara
UPSI, 12(1), 18-28.

How, S. Y., Heng, C. S., & Abdullah, A. N. 2015. Language Vitality of Malaysian
languages and its Relation to Identity. GEMA Online® Journal of Language
Studies, 15(2).

Kamus Dewan. (4th ed.). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Pelajar. (2nd ed.). (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Khuzaimah, Z., Mohamed, Y., M., N. & Shahlan, S. 2019. Tahap Kompetensi Guru (pdpc)
SKPMG2 dan Tahap Kemenjadian Murid. International Journal of Education, Psychology
and Counseling, 4(27), 51-62.

Mustafar, F. W., Karim, A. K. A., & Suhaini, N. 2019. Realiti kepelbagaian kaum ke
arah perpaduan nasional pasca merdeka. Jurnal Sains Sosial@ Malaysian
Journal of Social Sciences, 2(1), 1-24.

Mior Jamaluddin, M. K. A. 2011. Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran,


dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika, 4(1).

Mohd Izham Mohd Hamzah & Mazlan Sirat. 2018. Tahap Pelaksanaan Latihan dalam
Perkhidmatan dan Hubungannya dengan Pengalaman Mengajar serta Kekerapan
Menghadiri Latihan Guru Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi di Putrajaya. Jurnal
Pendidikan Malaysia 43(1): 17–23. doi:http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.01-03
Musnizam, M., Mustapha, J. @, Halim, A. & Ya, T. R. 2010. Konsep Berilmu Di Kalangan
Guru Pendidikan Islam Satu Keperluan Dalam Membangunkan Modal Insan. Journal of
Islamic and Arabic Education Ab. Halim Tamuri Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan.

Nooriza, K. & Effandi Z. 2015. Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik: Analisis keperluan guru. Prosiding Seminar Education Graduate
Regional Conference

Notoatmodjo, S. (2007). Kesehatan masyarakat: Ilmu Dan seni.

Onosko, J. J. 1991. Barriers to the Promotion of Higher-Order Thinking in Social Studies.


Theory and Research in Social Education. doi:10.1080/00933104.1991.10505646

Rajendran, N. 2001. Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru


Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Kertas kerja ini telah dibentangkan
dalam Seminar/ ….

Sakarneh, M. 2014. Articulation of Quality Teaching: A Comparative Study. Journal of


Education and Training Studies. doi:10.11114/jets.v3i1.579

Siti Nurliyana Ab. Halim. 2015. Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dalam pembelajaran pemahaman bacaan. Prosiding Seminar
Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali
Keempat, 2015. doi:10.1017/CBO9781107415324.004

Tuan Rahayu, T. L., Mohd Aderi, C. N. & Mohd Isa, H. 2017. Pengetahuan, sikap dan kesediaan
murid terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran tasawwur
Islam (bs). Tinta Artikulasi Membina Ummah 3(1): 15–28.

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan. 2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
https://www.padu.edu.my/my/about-the-blueprint/ [30 Mei 2020]

Warsita, B. (2008). Teknologi pembelajaran landasan dan aplikasinya. Jakarta: Rineka Cipta,
135.

Zainal Ariffin Zainuddin, Yaakob Daud & Saiful Azmi Mohd Noor. 2016. Pengurusan
kokurikulum dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah
menengah kebangsaan daerah kuala terengganu. International Seminar on Generating
Knowledge Through Research 1(October): 891–900.
doi:http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.626

Anda mungkin juga menyukai