Anda di halaman 1dari 3

Apakah Yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu Kajian Saya

Berdasarkan penelitian yang dilihat pada hasil karya murid, saya

mendapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi masalah ini. Antara

punca yang menyebabkan masalah ini terjadi mungkin kerana cara penyampaian

guru di dalam kelas kurang memberangsangkan. Murid-murid tidak memahami

istilah-istilah dan bahasa seni yang digunakan saya semasa penerangan

dilakukan. Ini mengakibatkan murid-murid ini kelihatan teragak-agak dan takut

apabila diminta untuk mengaplikasikan ton warna pada lukisan yang telah

dihasilkan. Ini dapat dibuktikan apabila kebanyakan murid lebih gemar meminta

pertolongan guru walaupun guru telah menerangkan cara-cara menghasilkan ton

warna di hadapan kelas.

Walaupun saya telah menerangkan cara melukis dan menghasilkan ton

pada lukisan yang siap dihasilkan di hadapan kelas serta mengikut

kumpulan masing-masing, kebanyakan murid masih tidak dapat

menghasilkan lukisan seperti yang diminta oleh saya. Terdapat juga murid

yang tidak mahu mencuba sebaliknya meminta pertolongan guru dengan

alasan tidak pandai.

(Catatan Jurnal: 10 Ogos 2016)

Cara penyampaian yang kurang berkesan ini berkait rapat dengan

penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). Penggunaan BBM yang tidak

bersesuaian dengan tajuk yang diajar ini pula menjadi punca kedua kepada

masalah ini. Penggunaan BBM yang sesuai memainkan peranan yang penting
semasa ingin menerangkan konsep kepada murid. Kamarul, Mohd Faeez, Ab

Halim, dan Mohd Izham (2011) menyatakan bahawa BBM yang digunakan dapat

menyatakan gambaran sebenar teori yang dipelajari oleh murid.

Melihat kepada pengalaman pengajaran saya yang lampau, saya

mendapati murid merasa amat teruja apabila guru menunjukkan BBM kepada

murid berkenaan tajuk pada hari tersebut. Namun begitu, penggunaan BBM

tersebut tidak bersesuai. Ini dapat dibuktikan apabila murid-murid tidak memberi

perhatian yang sepatutnya pada pengajaran saya sehingga menyebabkan murid

gagal menghasilkan karya seni yang diminta. Tambahan lagi, ini juga

mengakibatkan kemahiran murid untuk menghasilkan karya seni terbantut.

Kekurangan yang saya dapati pada pengajaran hari ini ialah terdapat

murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru. Akibatnya

murid tidak dapat menghasilkan lukisan seperti yang diminta oleh guru.

( Catatan Jurnal: 30 September 2016)

Di samping itu, pendedahan murid terhadap teknik untuk mengaplikasikan

ton warna pada hasil lukisan ini mungkin kurang menyebabkan murid tidak

mempunyai pengalaman yang luas dalam aktiviti ini. Hal ini kerana apabila saya

melihat hasil kerja murid, mereka lebih terdorong untuk mengaplikasikan ton

warna yang sekata sahaja. Rajah 4 menunjukkan hasil kerja murid yang cuba

menghasilkan ton warna pada lukisan objek yang telah dihasilkan.


Rajah 4. Hasil lukisan Murid D

Merujuk Rajah 4, kawasan yang dibulatkan dengan bulatan merah

menunjukkan kelemahan murid tentang kemahiran mengaplikasikan ton warna.

Ini dapat dilihat apabila kawasan tersebut diwarnakan dengan warna sekata

sahaja. Ini mengakibatkan hasil kerja murid tidak menonjolkan bentuk objek

tersebut, bosan dan kaku.

Anda mungkin juga menyukai