Anda di halaman 1dari 36

Memperbaiki Kemahiran Menambah Pecahan Berbeza Penyebut

Dengan Menggunakan Kaedah Gelongsor Pecahan


Oleh
Siti Mastura Bti Ghani
IPG KAMPUS TEKNIK BANDAR ENSTEK

1.0 PENDAHULUAN
Pecahan merupakan salah satu topik yang sangat mencabar berbanding
topik-topik yang lain. Hal ini kerana pecahan telah dilihat sebagai suatu
nombor yang memiliki sifat yang unik berbanding nombor bulat yang telah
dipelajari oleh murid sebelum ini. Murid memerlukan kefahaman konsep
yang kukuh serta kemahiran lain seperti mendarab dalam menguasai topik
pecahan terutamanya kemahiran penambahan dua pecahan wajar yang
tidak sama penyebut. Murid sering kali putus asa dan mengabaikan topik ini
apabila asas konsep tidak dapat dikuasai. Perkara ini memberi kesan kepada
topik-topik berikutnya yang perlu mereka kuasai.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas


Pada permulaan mengajar topik pecahan ini, saya begitu bersemangat untuk
berkongsi ilmu pengetahuan matematik yang ada pada saya kepada anakanak murid yang bakal saya ajar. Saya sedar cabaran yang perlu saya hadapi
ialah bagaimana untuk menerapkan konsep matematik yang betul dalam diri
murid dengan cara yang sistematik dan mudah. Saya sedar peranan saya
sebagai pemudah cara kepada murid-murid agar pencapaian meningkat
sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah.
Pada tahun ini, saya ditugaskan untuk mengajar murid-murid Tahun 5.
Diantara tajuk pembelajaran yang perlu diajar oleh saya ialah pecahan. Pada
1

mulanya tiada masalah besar yang saya hadapi sehinggalah sampai kepada
kemahiran penambahan dua nombor bercampur. Saya mengajar tajuk
tersebut menggunakan teknik biasa yang dicadangkan oleh buku teks.
Kaedah itu adalah seperti berikut:

Soalan:

3
1 4

1
+4 2

Langkah 1: Menyamakan penyebut pecahan


3
1 4

1 x2
+ 4 2 x2

Langkah 2: Menambahkan pecahan dan nombor bulat


3
1 4

2
+4 4

Langkah 3: Menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur


5
5 4

Selepas

mengajar

1
=5+1 4

1
=6 4

menggunakan

kaedah

ini,

saya

mendapati

sebahagian murid saya gagal menjawab soalan latihan penambahan dua


nombor bercampur ini dengan betul. Hasil pembelajaran saya tidak tercapai
dan perkara ini amat merunsingkan diri saya. Apa yang terlintas di fikiran
saya pada ketika itu, jika kemahiran menambah nombor bercampur gagal
dikuasai oleh mereka, kemahiran yang akan datang seperti penolakan dan
pendaraban tentu akan menjadi suatu masalah kepada mereka
2

Saya cuba mencari jalan alternatif bagi membantu murid-murid saya


menguasai kemahiran penambahan dua nombor bercampur ini. Saya
berbincang

dengan

rakan-rakan

guru

matematik di sekolah. Saya juga

yang

sama-sama

mengajar

melakukan sedikit carian di internet.

Akhirnya saya menjumpai satu kaedah iaitu Kaedah Kotak Berasingan. Pada
sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya, saya cuba mengaplikasikan
teknik ini. Kaedah teknik tersebut adalah seperti berikut:

3
1 4

Soalan:

1
+4 2

Nombor bulat

Nombor

pecahan
3
4

Langkah 1:

1
2

Nombor bulat dan nombor pecahan disusun dalam petak yang berasingan

Langkah 2: Penyebut disamakan.


Nombor bulat

Nombor

pecahan
3
4

1 x2
2 x2
=

2
4

Langkah 3: Nombor pecahan dan nombor bulat ditambah, seterusnya


jawapan ditukar
kepada nombor bercampur.

Nombor bulat

Nombor

pecahan
3
4

4
5

2
4
5
4

+
1
1 4
1
6 4

Setelah mengajar teknik tersebut kepada murid-murid, saya mendapati


mereka masih melakukan kesalahan. Bagi mengetahui apakah punca
masalah ini, saya telah bertanya kepada murid-murid apakah kesukaran
yang dihadapi mereka semasa menjawab soalan penambahan nombor
bercampur ini. Antara jawapan yang saya terima ialah:
4

Topik ini tak menarik la cikgu. Saya tak faham bagaimana nak
menambah pecahan
Saya tak tahu la cikgu macam mana nak samakan penyebut tu. Tak
tahu nak darab apa
Mendengar respon tersebut saya mula memahami apakah masalah
utama yang mereka hadapi. Murid-murid saya menghadapi masalah bagi
menyamakan

penyebut

seterusnya

menyukarkan

mereka

menambah

sesuatu pecahan. Motivasi mereka semakin berkurang untuk mempelajari


kemahiran matematik apabila menghadapi masalah seperti ini.
Sebagai seorang guru, saya sedar bahawa motivasi mereka perlu
ditingkatkan selain daripada memantapkan kemahiran mereka di dalam topik
ini. Motivasi dan kemahiran perlu seiring di dalam melahirkan pelajar yang
holistik.

Begitu

juga

dengan

kaedah

yang

saya

gunakan

untuk

menerangkan kepada murid-murid yang lemah ini tidak bergitu sesuai. Ini
kerana kaedah ni melibatkan sifir untuk menjadikanya setara. Saya
hendaklah memikir kaedah yang berkaitan memantapkan pecahan setara
bagi murid-murid.
Apabila mengetahui punca masalah ini, saya mengambil keputusan
untuk menjalankan satu kajian tindakan berdasarkan topik penambahan
pecahan yang tidak sama penyebut ini. Saya telah mencari bahan
manipulatif yang sesuai dalam menjalankan kajian saya. Bahan manipulatif
amat

sesuai

pemahaman

digunakan
visual

kerana

kanak-kanak

ia

dapat

serta

membantu

dapat

meningkatkan

mewujudkan

suasana

pengajaran dan pembelajaran yang lebih seronok. Berdasarkan Fraction


Computer oleh Peter L. Glidden (2002), saya telah membuat satu bahan
manipulatif yang dipanggil Gelongsor Pecahan.

1.2 Sorotan Literatur


Menurut Chin Mee Moi dan Dr Lim Tick Meng, 2004. Matematik sering
dianggap oleh ramai pelajar sebagai subjek abstrak. Ia merupakan satu
tugas yang mencabar bagi guru untuk dapat merapatkan jurang antara
dunia matematik dan dunia sebenar. Tambahan pula, mod pembelajaran
seperti itu tidak membantu pelajar untuk menggambarkan abstrak dalam
matematik dan membuat perhubungan bermakna di dalam dan keseluruhan
pengalaman matematik. Ia perlu ditekankan bahawa visualisasi merupakan
bahagian penting dalam pembelajaran beberapa topik matematik.
Menurut Tan Sing Meng dari Pusat Perkembangan Kurikulum dalam
tulisannya bertajuk Nota Sejarah Matematik (Berita Matematik, JUN 1993)
menyatakan pecahan dipercayai mula dikenali oleh orang Babylon pada
zamankuno. Huraian berkenaan pecahan hanya didapati dalam Naskah
Lontar Ahmes (1550 S.M.). Di dalam buku Ahmes tersebut sudah terdapat
satu contoh penyelesaian masalah melibatkan pecahan. Orang Cina juga
pernah menjalankan kajian tentang pecahan. Di Negeri Cina pada masa itu
menggunakan

pecahan

kebanyakannya

dalam

masalah

melibatkan

pembahagian tanah.

Satu kajian telah dijalankan keatas topik peratus oleh Nik Suryani bte
Nik Abd Rahman di dalam kajian nya yang bertajuk Skim Peratus bagi
Pelajar tingkatan Satu. Di dalam kajian ini beliau membuat kajian berkenaan
tahap penguasan pelajar terhadap tajuk peratus yang merupakan sub topik
kepada Pecahan (KPM, 1981) dan beliau ada mengaitkan sekali dengan
penguasaan pecahan dan ianya memainkan peranan yang agak penting di
dalam penguasaan pelajar terhadap topik peratus. Tahap penguasaan pelajar
dalam topik peratus dan pecahan agak membimbangkan. Ini ditegaskan oleh
Allinger dan Payne dalam bukunya Estimation and Mental Arithmetic With
Present.

Beliau

mengatakan

bukan

sahaja

kanak-kanak

atau

pelajar

menghadapi masalah memahami konsep pecahan malah orang dewasa juga.


(Allinger & Payne, 1986
Apabila digunakan dengan betul, alat manipulatif adalah alat berharga
untuk membantu pelajar memahami konsep matematik dan operasi, dan
penggunaan mereka harus menjadi sebahagian daripada amalan setiap
guru. Bulatan kecil, petak dan jalur yang sangat baik untuk mengajar konsep
pecahan dan penambahan dan penolakan pecahan sama dan tidak sama
penyebut tetapi berkaitan, tetapi mereka mungkin kurang berguna untuk
penambahan dan menolak pecahan tidak sama penyebut, di mana pecahan
itu tidak berkaitan. (Peter L. Glidden, 2002)

2.0 FOKUS KAJIAN


Terdapat sebahagian murid yang tidak menguasai kemahiran menambah
pecahan yang berlainan penyebut. Maka fokus kajian saya ialah bagaimana
menggunakan Gelongsor Pecahan yang dicipta dan diperkenalkan

bagi

memudahkan penambahan pecahan yang tidak sama penyebut. .


Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran saya yang
lepas, saya mendapati murid-murid saya menghadapi kesukaran ketika
menambah dua pecahan yang tidak sama penyebut. Penambahan pecahan
yang

tidak

sama

penyebut

ini

penting

kerana

ketika

pengajaran

penambahan nombor bercampur, saya mendapati murid banyak melakukan


kesilapan serta gagal mendapat jawapan yang betul kerana tidak menguasai
kemahiran ini.
8

Rajah 1: Contoh kesilapan murid A ketika menjawab soalan penambahan


pecahan berlainan penyebut

Berdasarkan rajah 1, saya mendapati murid langsung tidak memahami


bagaimana untuk menyamakan penyebut dan melakukan kesilapan ketika
menambah nombor bulat. Akibat kegagalan menyamakan penyebut, murid
terus hilang punca dan melakukan kesilapan demi kesilapan. Hal ini juga
menunjukkan apabila murid menghadapi masalah, mereka mudah untuk
mengalah dan melakukan operasi tanpa panduan yang betul. Murid ini juga
keliru apakah yang nombor yang perlu ditambahkan.

Rajah 2: Contoh kesilapan murid B ketika menjawab soalan


penambahan pecahan berlainan penyebut

Murid B yang melakukan kesilapan seperti di dalam rajah di atas


mempunyai miskonsepsi seperti murid A iaitu tidak mengetahui bagaimana
untuk menyamakan penyebut sesuatu pecahan. Dari rajah juga terdapat
kemungkinan bahawa murid cuba menyamakan penyebut melalui konsep
pecahan

setara

namun

konsep

tersebut

sebenarnya

tidak

dapat

diaplikasikan kerana 2 dan 9 tidak boleh dijadikan setara. Murid juga tidak
menambah pecahan sebaliknya hanya mengambil pecahan

ditukarkan menjadi

1
2

yang

4
8 .

Rajah 3: Contoh kesilapan murid C ketika menjawab soalan


penambahan pecahan berlainan penyebut
Murid C pula mengalami kesukaran memahami pendaraban
bersilang iaitu penyebut sesuatu pecahan didarabkan dengan pecahan yang
bertentangan. Murid ini hanya mendarab sesuatu pecahan itu dengan
penyebutnya sendiri. Miskonsepsi ini menyebabkan murid gagal untuk
menyamakan penyebut seterusnya menambah pecahan yang ada. Hal ini
juga membuatkan murid ini hanya memilih salah satu pecahan untuk ditulis
ke dalam jawapan berbentuk nombor bercampur.
Setelah
ditunjukkan

memerhatikan
oleh

dan

murid-murid,

menganalisis

saya

mendapati

jawapan

latihan

murid-murid

yang

tersebut
10

mengalami kesukaran melakukan algoritma penambahan pecahan. Maka,


fokus kajian saya tertumpu kepada pemahaman konsep penambahan
pecahan menggunakan bahan manipulatif. Saya mula menjalankan kajian
terhadap bahan manipulatif yang sesuai digunakan bagi menerapkan
pemahaman konsep penambahan pecahan yang berlainan penyebut ini dan
akhirnya saya telah memilih untuk memperkenalkan Gelongsor Pecahan
yang diadaptasi daripada Fraction Computer oleh Peter L. Glidden sebagai
intervensi.
Penggunaan bahan manipulatif biasa seperti jalur pecahan, petak dan
bulatan pecahan sememangnya terbukti memudahkan murid memahami
konsep pecahan. Namun, konsep itu terbatas kepada pemahaman konsep
pecahan yang sama penyebut dan pecahan yang setara. Untuk pecahan
yang tidak berkaitan, satu bahan manipulatif diperlukan bagi memudahkan
murid melakukan operasi penambahan pecahan.
Penggunaan Gelongsor Pecahan ini dapat membantu murid mencari
hasil tambahan dua pecahan yang berlainan penyebut di mana kedua-dua
pecahan tersebut adalah tidak setara dan berkaitan seperti pecahan

dan
murid

1
2

1
3 . Gelongsor Pecahan juga secara tidak langsung dapat membantu
memahami

konsep

menyamakan

penyebut

di

mana

proses

menyamakan penyebut sesuatu pecahan merupakan proses yang amat


penting dalam penambahan pecahan yang berlainan penyebut.
Gelongsor Pecahan ini memudahkan pelajar untuk membuat sendiri
bahan manipulatif ini di mana ia hanya menggunakan kertas buku latihan
biasa. Bagi membuat Gelongsor Pecahan ini, murid perlu mengambil dua
helai kertas 21.59 x 27.94 cm buku latihan bergaris. Kedua-dua helai kertas
tersebut dilipat separuh. Satu daripada dua kepingan kertas tersebut
11

diletakkan di atas meja secara mengiring dengan bahagian yang mempunyai


kesan lipatan di atas serta bahagian atas kertas tersebut di kiri (lihat Rajah
4). Kertas tersebut merupakan bahagian bawah Gelongsor Pecahan ini.

Rajah 4: Bahagian bawah Gelongsor Pecahan


Seterusnya, murid menanda pecahan di atas kertas tersebut. bermula
di bahagian atas bucu yang dilipat, murid akan menanda garisan paling kiri
sebagai 0, 12 ruang seterusnya sebagai 1 dan 12 ruang seterusnya sebagai
2. 12 ruang digunakan adalah untuk murid menanda pecahan per dua, per
empat, per enam dan per dua belas dengan mudah. Aturan lain juga boleh
digunakan.
Murid seterusnya akan menanda pecahan per dua, per empat, per
enam dan per dua belas seperti di dalam rajah 4. Sebelum bergerak untuk
membuat keseluruhan Gelongsor Pecahan ini, murid perlu memahami apa
sebenarnya yang mereka lakukan. Murid perlu memahami ruang yang
digunakan

adalah

melambangkan

pecahan

yang

mereka

telah bina.

12

Gelongsor Pecahan ini juga boleh membantu murid dalam memahami


pecahan setara.

Rajah 5: Bulatan menunjukkan pecahan setara bagi

1
2

Untuk membuat bahagian atas Gelongsor Pecahan ini, murid perlu


meletakkan sisi kertas kedua yang dilipat itu ke bawah. Murid akan menanda
kertas tersebut seperti sebelum ini. Bezanya, murid akan menanda bermula
dari bawah ke atas seperti di dalam rajah 6. Apabila selesai, murid akan
menemukan sisi yang dilipat di kedua-dua kertas dan memastikan bahawa
pecahan itu sejajar.

13

Rajah 6: Bahagian atas Gelongsor Pecahan

Untuk menggunakan Gelongsor Pecahan ini bagi menambah pecahan


yang berlainan penyebut, bahagian atas akan digerakkan. Sebagai contoh,
1
2

2
3 . Langkah pertama, murid perlu mengenalpasti kedudukan

1
2

di

bahagian bawah Gelongsor Pecahan tersebut. Seterusnya, 0 di bahagian atas


disejajarkan dengan pecahan

1
2

di bahagian bawah. Langkah seterusnya,

murid perlu mengenalpasti kedudukan

2
3

membaca jawapan di bahagian bawah

di bahagian atas. Murid akan


2
3

yang betul-betul sejajar

14

dengannya dan paling atas, di mana bagi contoh, jawapannya ialah

7
6 .

Rajah 6 berikut menunjukkan bagaimana kedudukan Gelongsor Pecahan


tersebut.

Rajah 7: Menambah dua pecahan berlainan penyebut dengan


Gelongsor Pecahan

Contoh lain yang boleh digunakan ialah

mengenalpasti kedudukan

1
3

1
3

3
4 . Murid akan

di bahagian bawah Gelongsor Pecahan

tersebut. Seterusnya, 0 di bahagian atas disejajarkan dengan pecahan

1
3

15

3
4

di bahagian bawah. Murid seterusnya mengenalpasti kedudukan

bahagian atas. Murid akan membaca jawapan di bahagian bawah

3
4

di

yang

betul-betul sejajar dengannya dan paling atas, di mana bagi contoh,


jawapannya ialah

13
12 . Rajah 8 berikut menunjukkan bagaimana kedudukan

Gelongsor Pecahan tersebut.

Rajah 7: Menambah

1
3

3
4

dengan Gelongsor Pecahan

Dengan bantuan Gelongsor Pecahan ini, murid akan dapat melakukan


penambahan dengan mudah malah dapat melihat bagaimana sesuatu
penambahan pecahan itu berlaku berpandukan ruang-ruang yang sedia ada.
Saya perlu menerapkan konsep pertukaran penyebut yang sama dengan

16

bantuan Gelongsor Pecahan ini agar murid dapat mengaplikasikannya dalam


algoritma penambahan pecahan seperti biasa.
Fokus kajian saya dapat dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti
berikut. Antaranya ialah kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan,
kawalan, kolaborasi dan kerelevenan kepada sekolah.
Menurut kriteria-kriteria di atas, kriteria pertama yang dapat dinilai
dalam fokus kajian saya ialah aspek kebolehtadbiran. Saya menjalankan
kajian ini semasa semester 2 persekolahan, disamping saya mengajar tajuk
lain . Waktu saya mengajar itu saya selitkan dengan kajian yang ingin saya
lakukan ini. Aspek kebolehtadbiran ialah bilangan murid yang akan dipilih
sebagai kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah sebanyak tiga orang dari
murid Tahun 5. Semua aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan di luar
waktu proses pengajaran dan pembelajaran seperti waktu rehat, waktu
sebelum balik dan waktu kelas ganti. Hal ini akan menjadikan kajian saya
berjalan seperti yang dirancang dan berjalan lancar tanpa gangguan. Murid
dikumpulkan di sebuah bilik darjah dan diajar secara bersama serta disiplin
murid sentiasa dikawal. Dengan ini, jelaslah bahawa kajian tindakan ini dapat
dijalankan seperti yang dirancang dan memenuhi kriteria kebolehtadbiran.
Kriteria yang seterusnya ialah kepentingan. Kajian ini bertujuan agar
murid-murid mahir dalam konsep penambahan pecahan yang berlainan
penyebut. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik
murid-murid. Murid juga akan dapat memahami konsep pecahan setara
kerana penggunaan Gelongsor Pecahan ini juga melibatkan penggunaan
pecahan setara. Melalui kajian ini juga, murid dapat menyediakan dirinya
kepada topik seterusnya yang memerlukan penambahan pecahan seperti
penyelesaian masalah melibatkan ukuran panjang dan perpuluhan.
Seterusnya, aspek kebolehgunaan juga dapat dipenuhi dalam kajian
tindakan ini. Murid boleh membuat Gelongsor Pecahan ini dengan mudah
tanpa memerlukan alatan yang mahal atau sukar didapati. Murid yang tidak
17

mahir dalam pecahan setara juga boleh menggunakan Gelongsor Pecahan ini
kerana secara asasnya tiada pengiraan arimetik yang terlibat. Murid hanya
perlu memadankan kedudukan pecahan yang telah dilakukan oleh mereka.
Murid menjadi mudah tanpa memerlukan langkah pengiraan yang panjang.
Apabila sesuatu jalan kerja itu dapat dimudahkan, murid akan berasa
seronok dan bersemangat untuk belajar. Selain itu, guru-guru Matematik
yang lain juga boleh menggunakan bahan ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka untuk memantap murid dalam penambahan pecahan
yang berbeza penyebut ini. Gelongsor Pecahan ini amat mudah untuk dibuat
dan diajarkan cara penggunaannya kepada murid.
Aspek lain yang dapat dinilai ialah aspek kawalan. Saya memberi fokus
yang lebih kepada aspek ini untuk memastikan kajian yang akan saya
jalankan menjadi lebih lancar dan dilaksanakan dengan lebih mudah.
Sepanjang tempoh kajian, saya memberi perhatian kepada aspek emosi,
fizikal

dan

afektif

murid

untuk

melancarkan

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran. Saya juga mengutamakan kekondusifan kelas supaya ia dapat


memenuhi segala kehendak murid terutamanya tempat duduk murid yang
sesuai dan selamat. Saya juga akan memilih 3 orang murid sahaja sebagai
kumpulan sasaran saya kerana bahan manipulatif yang saya gunakan
merupakan bahan baru dan ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan
dalam kalangan murid. Saya juga akan mudah berkolaborasi dengan
kumpulan sasaran saya kerana mereka dapat berkumpul pada masa yang
dikehendaki. Selain itu, saya juga dapat menumpukan seluruh perhatian
saya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid lain
kerana

masa

kajian

saya

tidak

mengganggu

masa

pengajaran

dan

pembelajaran yang perlu saya jalankan.


Kriteria kelima yang saya kenal pasti ialah kolaborasi. Saya tidak akan
berjaya dalam kajian saya sekiranya tidak ada kolaborasi dari semua pihak.
Hal ini kerana, saya hanya dapat menjalankan penyelidikan tindakan saya
untuk

membantu murid

menguasai kemahiran penambahan pecahan


18

berbeza penyebut dengan adanya kebenaran dari pihak sekolah dan ibu
bapa. Bagi mengenal pasti kelemahan murid, saya akan berbincang dengan
guru-guru matetmatik tentang keputusan dan tahap penguasaan peserta
saya dalam mata pelajaran matematik. Saya juga akan membuat temu bual
bersama tiga orang kumpulan sasaran

saya yang mempunyai masalah

dalam menambah pecahan berbeza penyebut ini serta mengetahui harapan


mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut dalam diri masing-masing.
Setelah

tamat

perbincangan

bersama

guru

dan

murid,

saya

akan

menjalankan kolaborasi bersama pensyarah pembimbing saya, mengenai


kajian saya dan mendapatkan komen tentang kekuatan dan kelemahan
langkah-langkah kajian saya. Saya juga akan berkolaborasi bersama Guru
Besar sekolah dan rakan-rakan guru yang lebih berpegalaman dari saya. Hal
ini kerana saya akan menjalankan kajian tindakan saya ini di luar waktu kelas
yang dijadualkan.
Akhirnya, saya juga pasti bahawa kajian tindakan saya ini akan
menjadi suatu kegunaan kepada sekolah. Hal ini kerana kajian tindakan ini
adalah bertujuan untuk membantu murid-murid tahun 5 menguasai dan
memudahkan kefahaman mereka kepada penambahan pecahan berbeza
penyebut. Bahan manipulatif ini juga agak baru dan guru-guru lain boleh
menggunakan bahan ini untuk mengajar murid-murid yang mempunyai
masalah yang sama. Saya juga yakin bahawa penggunaan bahan ini pasti
akan dapat membantu murid mendapat keputusan yang cemerlang di dalam
peperiksaan UPSR dan seterusnya menaikkan imej sekolah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk memudahkan kemahiran menambah
pecahan

yang

penyebutnya

berbeza

bagi

murid

Tahun

dengan

menggunakan kaedah Gelongsor Pecahan. Kajian ini juga bertujuan untuk


19

menambah baik amalan pengajaran saya sebagai seorang guru Matematik


ke arah membantu murid-murid yang lemah dalam menambah pecahan
yang berbeza penyebut dengan memperkenalkan penggunaan Gelongsor
Pecahan ini kepada mereka. Penggunaan Gelongsor Pecahan ini diharapkan
dapat membantu murid saya menyelesaikan masalah penambahan pecahan
berbeza penyebut dengan mudah dan disamping itu juga murid-murid boleh
menghafal sifir dan mahir dengan penggunaan pecahan setara. Seterusnya
meningkatkan pencapaian akademik murid juga dalam mata pelajaran
Matematik. Penggunaan bahan ini juga diharapkan dapat membina sikap
positif dalam diri murid-murid supaya berasa penambahan pecahan ini
merupakan sesuatu yang mudah serta seronok untuk dipelajari.

3.1 Soalan Kajian


Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan kajian berikut. Soalan kajian
saya adalah seperti yang dinyatakan:
1. Bagaimanakah

penggunaan

memudahkan saya

kaedah

Gelongsor

bagi membantu murid

Pecahan

dapat

untuk menambah dua

pecahan melibatkan penyebut yang berbeza?

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada murid Tahun 5
yang menghadapi masalah semasa menambah dua pecahan yang berbeza
penyebut. Namun,.kumpulan sasaran saya dalam kajian saya telah dipilih
tanpa mengambil kira jantina murid. Mereka dikenal pasti melalui latihan
dilembaran kerja.

20

Peserta kajian merupakan murid-murid yang terpilih sahaja dari kelas


Tahun 5. Dalam kelas ini terdapat 32 orang murid. Namun, hanya tiga orang
murid sahaja dipilih sebagai peserta kepada kajian ini iaitu 2 orang murid
lelaki dan seorang murid perempuan. 2 responden terdiri daripada keturunan
Melayu dan seorang peserta terdiri daripada keturunan India. Mereka berasal
daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Begitu juga tahap
pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik juga dalam kedudukan
lemah dan juga sederhana.
Apabila saya melihat markah kumpulan sasaran

latihan bertulis di

lembaran kerja, saya mengenal pasti bahawa kebanyakannya menghadapi


masalah dalam penambahan pecahan berbeza penyebut. Maka, saya
memilih peserta yang mempunyai pencapaian yang lemah dan sederhana
dalam topik penambahan pecahan berbeza penyebut ini menerusi latihan
yang telah saya berikan.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


Prosedur tindakan adalah penting untuk memastikan sesuatu kajian tindakan
berhasil dengan jayanya. Hal ini kerana setiap prosedur yang sistematik
21

memberi kesan yang efektif. Prosedur tindakan sentiasa menjadi satu tapak
yang boleh dirujuk pada masa yang dikehendaki apabila kita menjalankan
kajian dan mengingatkan kita tentang apa yang perlu dilakukan. Dengan itu,
saya telah merancang tindakan-tindakan yang saya perlu jalankan untuk
mengumpul maklumat-maklumat yang penting untuk kajian tindakan ini.

5.1 Perancangan Tindakan


Bagi

mengenal

pasti

kelemahan

murid,

saya

terlebih

dahulu

merancang tindakan-tindakan yang akan saya jalankan untuk mengumpul


maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian tindakan ini. Tindakantindakan saya adalah seperti berikut.

5.1.1 Pemerhatian.
Sebelum kajian dijalankan, saya akan membuat pemerhatian ke atas tingkah
laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Hal ini adalah untuk mengenalpasti respon murid-murid apabila diberi
soalan. Selain itu, melalui pemerhatian ini keyakinan murid-murid semasa
menjawab soalan juga dapat dikenalpasti. Melalui rakaman video semasa
sayan mengajar. Keaktifan murid-murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran juga dapat dikenalpasti. Perkara-perkara ini akan membantu
saya menjalankan kajian tindakan ini. Dalam membuat pemerhatian ini, saya
akan menggunakan senarai semak seperti dalam Lampiran 1 bagi mengesan
wujudnya masalah ketika murid membuat penambahan pecahan yang
berbeza penyebut ini.

22

5.1.2 Melihat buku latihan murid Tahun 5.


Saya akan mengumpul serta menanda buku-buku latihan murid Tahun 5
untuk mengenal pasti masalah murid yang dihadapi dalam topik matematik
khususnya penambahan pecahan berbeza penyebut ini. Ini akan membantu
saya untuk memastikan wujudnya masalah tersebut dalam kalangan murid
Tahun 5. Jika terdapat banyak kesalahan ketika melakukan latihan yang
diberi melibatkan penambahan berbeza penyebut, saya dapat mengesahkan
wujudnya masalah tersebut.

5.1.3 Sesi temu bual bersama murid Tahun 5.


Saya akan cuba mengenal pasti perasaan murid tentang penambahan
pecahan berbeza penyebut ini. Saya akan bertanya soalan berkaitan
kekeliruan dan tahap motivasi mereka ketika melakukan penambahan
berbeza penyebut ini. Dengan mendengar luahan daripada peserta itu
sendiri, barulah saya dapat mengambil langkah yang sewajarnya bagi
mengatasi masalah yang ada. Contoh transkripsi yang digunakan terdapat di
dalam Lampiran 2. Inya dilakukan sebelum saya memperkenalkan kaedah
gelonsor saya ini.

5.1.4 Latihan pada lembaran kerja


Bagi memastikan bahawa masalah penambahan pecahan berbeza penyebut
ini wujud, saya akan mengadakan satu ujian pra (sila rujuk Lampiran 3)
untuk seluruh kelas bagi mengenal pasti kumpulan sasaran. Latihan yang
mengandungi lima soalan. Soalan ini perlu dijawab dalam masa 30 minit.
Latihan ini akan membantu saya untuk mengumpul data tentang kebolehan
murid menyelesaikan masalah penambahan pecahan berbeza penyebut.
Saya juga akan menggunakan dapatan dari ujian ini untuk memilih kumpulan

23

sasaran untuk kajian saya. Saya akan memilih murid-murid yang mendapat
kurang daripada 3 daripada lima sebagai peserta kajian tindakan saya.

5.1.5 Pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan


Gelongsor Pecahan.
Sesi pengajaran dan pembelajaran pertama dengan mengambil
rakaman video:
Setelah seminggu mengenal pasti peserta kajian tindakan saya, saya akan
mengajar mereka menggunakan Gelongsor Pecahan ini untuk memudahkan
mereka menyelesaikan soalan penambahan pecahan berbeza penyebut.
Saya akan mengajar langkah saya dengan dua contoh soalan. Pelaksanaan
kaedah ini ialah selama 1 jam. Seterusnya saya akan memberikan mereka
Latihan 1 (sila rujuk Lampiran 4) sebagai latihan untuk mengenalpasti
kefahaman murid tentang penggunaan Gelongsor Pecahan. Latihan 1
merangkumi

soalan.

Pada

mempertingkatkan prestasi

akhir

akademik

pembelajaran
mereka

ini,

serta

peserta

dapat

dapat

memasteri

penambahan pecahan berbeza penyebut dengan menggunakan bahan ini.


Sesi

pengajaran

dan

pembelajaran

kedua

dengan

mengambil

rakaman video:
Sesi pengajaran dan pembelajaran kedua akan dijalankan selepas seminggu
seperti sesi pengajaran dan pembelajaran yang pertama tetapi kali ini saya
akan mengadakan ulangkaji penggunaan Gelongsor Pecahan. Saya juga
telah memberi latihan dalam bentuk lembaran kerja yang secukupnya untuk
memastikan peserta saya menguasai kaedah serta mengaplikasikannya
dalam pembelajaran mereka (sila rujuk Lampiran 5). Pelaksanaan kaedah ini
selama 1 jam. Pada akhir pembelajaran ini murid akan dapat memasteri
penambahan pecahan berbeza penyebut dengan menggunakan Gelongsor
Pecahan tanpa sebarang bimbingan.
24

5.1.6 Borang soal selidik dan temubual.


Selepas latihan dilakukan, saya akan menemubual murid-murid yang terdiri
daripada kumpulan sasaran saya untuk menerangkan langkah-langkah yang
mereka gunakan untuk setiap soalan dalam ujian (Lampiran 7). Pesertapeserta kajian juga akan diminta untuk memberitahu perasaan dan
pandangan mereka tentang kaedah yang diajar. Hal ini penting bagi
memastikan

keberkesanan

bahan

yang

digunakan

dalam

menambah

pecahan berbeza penyebut ini. Temubual ini juga membolehkan peserta


memberi komen tentang penggunaan Gelongsor Pecahan. Komen-komen
yang diberi juga dapat digunakan untuk memperbaiki pelaksanaan kaedah
ini di masa hadapan.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data


Data bagi kajian ini memainkan peranan yang penting kerana keberkesanan
sesuatu tindakan hanya boleh dikenal pasti melalui analisis data. Maka
pelbagai strategi harus dikendalikan ke arah pengumpulan sesuatu data.
Sejurus itu, saya telah merancang beberapa strategi untuk pengumpulan
data yang diperlukan untuk analisis. Strategi-strategi yang saya akan
gunakan adalah seperti berikut.
5.2.1

Sebelum

penggunaan

Gelongsor

Pecahan

diperkenalkan

kepada peserta.
Data yang dikumpul oleh saya sebelum penggunaan Gelongsor Pecahan
diperkenalkan akan membantu saya untuk mengenal pasti kaedah yang
digunakan oleh murid sebelum ini dan ia juga akan membantu saya untuk
mengenalpasti peserta penyelidikan tindakan saya. Berikut adalah sumbersumber pengumpulan data awal yang akan membuktikan kewujudan
masalah ini di Tahun 5 di sekolah ini:
25

i)

Temubual

dengan

Ketua

Panitia

Matematik

dan

guru-guru

Matematik.
Temubual ini akan membantu saya menunjukkan bahawa memang terdapat
masalah di Tahun 5. Data ini juga akan membuktikan bahawa Gelongsor
Pecahan tidak pernah digunakan di Tahun 5.
ii) Keputusan latihan (Lampiran 3).
Instrumen ini sesuai untuk membuat pengukuran pencapaian murid-murid
sebelum memperkenalkan Gelongsor Pecahan. Instrumen ini membantu saya
untuk memilih peserta kajian. Dalam ujian ini, saya akan memberi lima
soalan yang berkaitan penambahan pecahan berbeza penyebut kepada
semua murid Tahun 5. Semua murid menduduki ujian ini selama 30 minit.
Berdasarkan keputusan itu, saya akan memilih tiga orang peserta untuk
menjalankan kajian ini. saya memilih murid-murid yang mendapat markah
50% dan ke bawah sebagai peserta kajian ini.
5.2.2

Pemerhatian

Semasa

kaedah

Gelongsor

Pecahan

diperkenalkan.
Pengumpulan data semasa Gelongsor Pecahan ini diperkenalkan akan
memberikan maklumat tentang reaksi murid-murid terhadap penggunaan
Gelongsor Pecahan. Ia juga akan memberi maklumat yang penting tentang
kemajuan yang berterusan yang dapat dilihat pada diri murid-murid semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran pertama dan kedua. Sumber-sumber
pengumpulan data semasa Gelonsgsor Pecahan diperkenalkan adalah
seperti berikut:
i)

Rakaman

video

semasa

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran

pertama dan kedua.


Data ini membolehkan saya memastikan reaksi murid dan perubahan dalam
kebolehan murid-murid memberi respon semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan Gelongsor Pecahan.
26

ii) Markah murid-murid dalam Latihan 1 (Lampiran 4) dan Latihan 2


(Lampiran 5) semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pertama
dan kedua.
Data ini akan menunjukkan penilaian berterusan sama ada pencapaian
murid semakin meningkat atau menurun selepas Gelongsor Pecahan
diperkenalkan.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data


Penganalisisan data ini dibuat setelah pengumpulan data tentang kajian ini.
Langkah pertama analisis data adalah melalui temubual dengn Ketua Panitia
Matematik dan guru-guru Matematik. Temubual ini membantu saya untuk
mengenalpasti kaedah yang digunakan oleh murid sebelum ini dan ia juga
akan membantu saya untuk mengenal pasti peserta penyelidikan tindakan
saya. Data yang diperolehi daripada guru ini juga akan digunakan untuk
memastikan kewujudan masalah ini.
Seterusnya, melihat analisis data melibatkan pemprosesan skor yang
diperolehi oleh murid dalam ujian pra dan ujian pasca. Keputusan ujian pra
dan ujian pasca adalah untuk mengenal pasti tindakan dan reaksi murid
dalam tempoh kajian ini dijalankan. Pencapaian murid dipersembahkan
dalam jadual kekerapan dan carta palang. Semua skor dari ujian pra dan pos
akan dianalisiskan serta dibanding beza peningkatan dan penurunan
pencapaian murid dengan menggunakan Microsoft Excel.
Data kualitatif dikumpul melalui foto dan rakaman video untuk
mengenal pasti tindakan dan reaksi murid dalam tempoh kajian. Data
kualitatif yang dikumpul dengan melihat foto dan video akan memberi
gambaran yang menyeluruh tentang masalah yang dihadapi oleh murid
Tahun 5. Hasil kerja murid dalm buku latihan akan dinilai untuk melihat
keberkesan penggunaan Gelongsor Pecahan.
27

Langkah ketiga adalah analisis data melibatkan tinjauan transkripsi


daripada temubual dengan murid. Temubual selepas tindakan dilaksanakan
bertujuan

mendapatkan

pandangan

murid

terhadap

keberkesanan

penggunaan Gelongsor Pecahan dalam memudahkan murid Tahun 5


menambah dua pecahan yang berbeza penyebut.
Selain daripada itu, merujuk rakaman video semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran pertama dan kedua. Pemerhatian terhadap respons murid
semasa pengajaran dan pembelajaran dicatat dalam buku catatan digunakan
semasa

analisis

menggambarkan

data.
situasi

Respons

yang

diberikan

oleh

murid

dapat

sebenar

yang

dihadapi

oleh

murid

dalam

menambah pecahan berbeza penyebut.


Cara menganalisis data terakhir yang akan saya gunakan ialah borang
soal selidik. Saya akan memberi borang soal selidik kepada murid selepas
ujian pasca bagi mengetahui perasaan dan komen mereka tentang
penggunaan Gelongsor Pecahan.

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan


5.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian mengikut minggu
Minggu
1

Tindakan
Catatan
Melakukan
pemerhatian Melihat respon

murid
28

terhadap murid
proses

semasa terhadap

pengajaran

laku

murid

proses
Menemubual

akademik

mengambil

foto

murid

murid-murid

Tahun

hasil melihat

dan
serta

sebagai mengklasifikasi

bukti kewujudan masalah jenis


penambahan

maklumat

Tahun 5
latihan Menilai hasil kerja murid-

buku

murid-murid Tahun 5 dan murid


latihan

dan

murid-murid

Tahun 5
guru Mendapatkan

Menemubual

Melihat

pengajaran

akademik

Matematik
4

sepanjang

pembelajaran
Ketua Mendapatkan maklumat

Panitia Matematik
3

yang

dan dikemukakan dan tingkah

pembelajaran

soalan

jenis-

kesalahan

yang

pecahan dilakukan oleh murid

berbeza penyebut
Ujian
pra
dan

sesi Mengenal pasti peserta

mengambil foto semasa untuk kajian tindakan


6

ujian pra
Sesi temubual
beberapa

bersama Menanya khabar, minat,

orang

murid hobi

persetujuan

pihak

sekolah
Menulis kertas cadangan Menyemak
kajian

tindakan

perbincangan
pensyarah
January 2015

mengenal

Tahun 5
antara satu sama lain
Temubual bersama pihak Mendapatkan
sekolah

dan

kajian
Rakaman

kertas

dan cadangan dan membuat

bersama penambahbaikan
mengenai

video

sesi Membuat

pemerhatian,
29

pengajaran pertama dan mengambil


kedua
Pengumpulan

February 2015

foto

membuat rakaman
markah Melihat kebolehan murid

murid dalam latihan 1 dan memahami


latihan

semasa

cara

sesi penggunaan

pengajaran

Gelongsor

dan Pecahan

pembelajaran

pertama

dan kedua
Ujian
pasca

February 2015

dan

dan Melihat kebolehan murid

mengambil foto semasa menggunakan Gelongsor


ujian pasca serta analisis Pecahan bagi menambah
ujian pasca

dua

pecahan

berbeza

penyebut.

Melihat

perkembangan
pencapaian peserta
Mac 2015

Rakaman

video

sesi Mendengar

temubual bersama murid- murid

perasaan

dan

minatnya

murid selepas ujian pasca terhadap topik


Rakaman bersama guru Mendengar
pendapat

Mac 2015

Matematik

guru terhadap Gelongsor


Pecahan

Mac 2015

Borang soal selidik

Mengenal
murid

pasti

minat

terhadap

mata

pelajaran Matematik dan


penambahan

pecahan

berbeza penyebut
Jadual pelaksanaan:
Bulan
Tindakan
Bilangan

jun
1

julai
4

ogos
4

september
4

4
30

Minggu
Pemerhatia
n
Temubual
bersama
Ketua
Panitia
Matematik
Temubual
bersama
guru
Matematik
Melihat
buku latihan
dan
mengumpul
eviden
Ujian pra
Sesi
temubual
bersama
murid
Meminta
kebenaran
pihak
sekolah
Menulis
kertas
cadangan
kajian
tindakan
Rakaman
video

sesi

31

pengajaran
pertama
dan kedua
Pengumpula
n

markah

murid

bagi

latihan

dan 2
Ujian pasca
Rakaman
video

bagi

sesi
temubual
bersama
murid
selepas
ujian pasca
Rakaman
temubual
dengan
guru
Matematik
Borang soal
selidik
Jadual 1: Jadual Pelaksanaan

32

5.4.2 Kos Kajian


Jadual menunjukkan jumlah perbelanjaan untuk kajian ini.
No
1

Item

Kuantiti x harga Jumlah

Kertas A4

seunit
1 x RM 11.50

(RM)
RM 11.50

50 x RM 0.05

RM 2.50

Ujian pra
Ujian Pasca
Latihan 1 dan 2
Borang soal Selidik
Draf
Pertama
Kajian

Tindakan
Draf
kedua

Tindakan
Kertas Cadangan Kajian

Tindakan
Perkhidmatan Photostat

kos

Kajian

Ujian Pra
Ujian Pasca
Latihan 1 dan 2
Kartrij Hitam
1 x RM 70.00
Jumlah
Jadual 2: Jadual kos kajian

RM 70.00
RM 84.00

6.0 RUJUKAN
33

Allinger, G.D & Payne, J.N.(1986). Estimation And Mental Arithmetic With
Percent. National Council of Teachers of Mathematics. p. 135-140 of 256
p.
Ashcraft, M. H., & Kirk, E. P. (2001). The Relationships Among Working
Memory, Math Anxiety, And Performance. Journal of Experimental
Psychology: General, 130, 224-237.
Bahagian Pendidikan Guru (2001), Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran
Kursus

Penyelidikan

Tindakan

Maktab

Perguruan.

Kuala

Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia


Chin Mee Moi & Dr

Lim Tick Meng (2004). An Integrated Instructional

Approach In Teaching Graphs Of Functions. Prosiding Seminar APEC. p. 38


Glidden, P. L. (2002). Build Your Own Fraction Computer!. Mathematics
Teaching in The Middle School, 8(4). p.204
Gutierrez, K., & Rogoff, B. (2003). Cultural Ways Of Learning: Individual Traits
Or Repertoires Of Practice. Educational Researcher, 32, 19-25.
Judit N. Moschkovich (2004). Appropriating Mathematical Practices: A Case
Studyof Learning To Use And Explore Functions Throughinteraction With A
Tutor. Educational Studies in Mathematics, 5:49-80
Kieren, T. E. (1980). The Rational Number Construct: Its Elements And
Mechanisms. In T. E. Kieren (Ed.), Recent Research on Number Learning
(pp. 125-149). Columbus: Ohio State University.
Nik Suryani bte Nik Abd Rahman (2002). Skim Peratus Bagi Pelajar Tingkatan
Satu. Kuala Lumpur. Universiti Malaya
Nik Azis, N. P. (1996). Kesepaduan Dalam Pendidikan Matematik. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

34

Tall, David and Rashidi Razali, Mohamad. (1993) Diagnosing Students'


Difficulties In Learning Mathematics. International Journal of Mathematical
Education in Science and Technology, Vol.24 (No.2). pp. 209-222.

35

LAMPIR

36

Anda mungkin juga menyukai