Anda di halaman 1dari 31

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Nama dan Alamat Sekolah:


SJK (C) Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak.

Nama Pengkaji:
Yong Pei Ting

Tajuk Kajian:
Mempertingkatkan Kemahiran Membundarkan Nombor Bulat Lima Digit kepada Nilai Puluh, Ratus,
dan Ribu yang Terdekat dengan Menggunakan Kaedah Pengiraan Sifar.
1.0 PENDAHULUAN

Dalam bahagian pendahuluan ini, saya akan membincangkan tentang refleksi pengalaman

yang lalu serta refleksi sorotan literatur.

Mengikut Rosalie (1973, seperti dinyatakan dalam Hasnida dan Noralhuda, n.d.),

Matematik adalah subjek yang penting dan banyak digunakan dalam situasi harian. Jika kita

rujuk kepada matlamat asal pendidikan matematik itu sendiri, matlamat pendidikan matematik

adalah untuk memperkembangkan pemikiran pelajar lalu menjadikan pelajar mampu

mengaplikasikan ilmu pengetahuan matematik untuk dapat berfungsi dalam kehidupan

seharian dengan berkesan. (Noraini 2005, seperti yang dinyatakan dalam Hasnida dan

Noralhuda, n.d. ) Oleh itu, kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan

matematik dalam kehidupan amatlah penting kepada individu.

Namun demikian, banyak murid menganggap bahawa mata pelajaran Matematik ialah

sesuatu yang bosan, mengelirukan dan sukar difahami jika dibandingkan dengan mata

pelajaran lain yang mereka suka seperti Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.

Kenapa fenomena ini berlaku? Punca utama masalah ini berlaku adalah kurangnya penguasaan

konsep asas matematik dalam kalangan murid justeru mengurangkan minat dan salah

tanggapan terhadap pembelajaran matematik. (Azizi dan Elanggovan, n.d.) Menurut mereka

lagi, ciri-ciri matematik yang kebanyakan konsepnya saling berkait iaitu pemahaman sesuatu

konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan lain telah

menyebabkan kesukaran pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam pembelajaran

matematik. Kesannya, murid-murid berasa matematik adalah mata pelajaran yang susah dan

sering melakukan kesilapan dalam pelajaran matematik yang menyebabkan mereka kurang
yakin dalam aplikasi kemahiran matematik seperti penganggaran, pembundaran, operasi asas

dan lain-lain dalam kehidupan harian.

Oleh itu, kajian tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam

matematik dilakukan. Melalui kajian tindakan, pengkaji boleh mendapat maklumat penting

bagi masalah yang dialami oleh kumpulan sasaran seperti apakah, di mana, mengapa, bilakah,

bagaimanakah sesuatu masalah itu berlaku. Dengan itu, pengkaji dapat merancang tindakan

intervensi dengan lebih berkesan seterusnya membantu dalam penyelesaian masalah yang

dihadapi oleh kumpulan sasaran.

1.1 Refleksi Pengalaman yang Lalu

Topik pembelajaran Matematik yang pertama bagi murid-murid sekolah rendah adalah

topik “Nombor”. Kebanyakan murid tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan operasi

asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Akan tetapi, ada di antara mereka yang telah

menguasai keempat-empat operasi asas tetapi mengalami masalah membundarkan nombor

kepada nilai yang dikehendaki.

Saya berpeluang mengajar murid-murid Tahun Empat di Sekolah Jenis Kebangsaan

Gunung Rapat. Saya dapati bahawa murid-murid telah mempelajari topik pembundaran

nombor dalam lingkungan 10000 kepada puluh yang terdekat pada Tahun Tiga. Mereka

seharusnya memahami konsep “pembundaran” kepada nilai yang dikehendaki. Tetapi setelah

meneliti hasil kerja mereka, saya dapati bahawa pemahaman konsep mereka tidak kukuh

mengakibatkan mereka salah tanggap bahawa apabila membundarkan nombor kepada puluh

yang terdekat, digit yang berada di nilai tempat “puluh” akan diambil kira. Sebenarnya, murid-
murid harus membundarkan dengan melihat dan mengambil kira digit yang berada di nilai

tempat “sa”.

Menurut Encik Cheah, guru pembimbing matematik saya di SJK (C) Gunung Rapat

yang mempunyai pengalaman mangajar matematik selama 30 tahun menyatakan bahawa

murid-murid ingat “teknik” pembundaran ini apabila mempelajari topik pembundaran. Akan

tetapi, selepas beberapa minggu, mereka akan lupa dan mengulangi kesilapan ini lagi.

Tambahan pula, apabila murid-murid sampai ke Tahun Empat, mereka perlu menguasai topik

pembundaran nombor kepada puluh, ratus dan ribu yang terdekat yang melibatkan beberapa

tahap yang berbeza. Jika masalah ini tidak ditangani, murid-murid tidak akan menguasai

pembundaran kepada nilai ratus dan ribu yang terdekat.

Apabila kami mengadakan sesi perbincangan tentang masalah yang dihadapi oleh murid,

guru pembimbing saya, Encik Cheah juga telah memberitahu saya bahawa sesetengah murid

kelas 4K menghadapi masalah dalam pembundaran. Memandangkan masalah pembundaran

berlaku dalam kalangan murid-murid Tahun 4K, saya bercadang untuk membentuk kumpulan

sasaran bagi kajian ini dalam kalangan murid 4K. Kelas 4K merupakan kelas yang berprestasi

sederhana dalam kalangan murid Tahun Empat. Markah ujian Matematik bagi kelas ini adalah

dalam lingkungan 50% hingga 100%. Untuk memastikan sejauh mana masalah ini dialami

oleh murid-murid 4K, saya telah menyemak buku kerja murid-murid dan menentukan siapa

yang silap menjawab soalan pembundaran.

Saya kemudian membuat satu ujian diagnostik untuk mengetahui kelemahan dan

kesilapan mereka dalam membuat pembundaran. Ujian diagnostik telah diberikan kepada

murid-murid yang melakukan kesilapan dalam pembundaran dalam buku latihan dan buku
kerja. Ujian diagnostik dilakukan semasa waktu rehat atau waktu selepas sekolah. Hasilnya,

saya mendapati terdapat 3 orang murid yang betul-betul mengalami masalah dalam

pembundaran. Murid-murid yang lain hanya bersikap cuai semasa membundarkan nombor.

Semasa cuti sekolah, saya berpeluang mengajar anak jiran saya tentang topik

pembundaran. Masalah yang sama dihadapi oleh anak jiran ini. Bila dilihat hasil kerjanya dan

menemubualnya, saya dapati bahawa dia telah salah anggap bahawa apabila membundarkan

nombor kepada puluh yang terdekat, digit yang berada di nilai tempat “puluh” perlu diambil

kira untuk membundarkan nombor di sebelahnya. Sebenarnya tidak, dia harus membuat

pembundaran dengan melihat digit yang berada di nilai tempat “sa”. Saya teringat balik

pengalaman saya sendiri dalam menguasai pembundaran di alam persekolahan dahulu.

Semasa belajar di sekolah rendah, pencapaian matematik saya adalah baik tetapi saya

kerap kali melakukan kesilapan dalam pembundaran nombor kerana selalu melakukan

kesalahan seperti yang dinyatakan di atas. Saya tahu bahawa konsep pembundaran adalah

menukarkan nombor yang spesifik kepada nombor yang terdekat yang senang diingat atau

senang direkod. Kaedah pembundaran yang diajar oleh guru saya di sekolah rendah tidak

dapat mengukuhkan ingatan saya. Saya tidak ingat kaedah yang betul dalam membuat

pembundaran dan mengakibatkan saya selalu melakukan kesilapan dalam membuat

pembundaran. Pada masa itu, saya telah mencipta satu kaedah untuk mengingati cara

pembundaran kepada mana-mana nilai puluh, ratus atau ribu. Dengan kaedah ini, saya tidak

lagi mengulangi kesilapan dalam pembundaran sehingga kini. Kaedah yang dicipta ini

membantu dalam pemahaman konsep pembundaran kerana melalui pengiraan sifar, bilangan

sifar yang ditulis mewakilkan nilai yang hendak dibundarkan. Contohnya, untuk pembundaran
nombor kepada ratus yang terdekat, dua sifar akan ditulis dahulu di mana konsep ini adalah

betul kerana nilai ratus mempunyai syarat sekurang-kurangnya dua sifar di sebelah kanan.

Saya telah menggunakan kaedah yang dicipta ini dalam latihan model kertas ujian UPSR

ketika saya masih berada di sekolah rendah. Selepas itu, saya mendapati bahawa jawapan saya

semua betul apabila disemak. Setiap kali ujian bulanan dan peperiksaan penggal dijalankan,

saya sudah yakin bahawa soalan pembundaran yang dijawab itu mestilah betul dengan

menggunakan kaedah “pengiraan sifar” ini. Apabila kertas ujian diedarkan balik kepada kami,

saya berasa bangga bahawa soalan pembundaran yang dijawab mesti betul semuanya. Saya

masih ingat markah matematik saya adalah 100% atas usaha yang bersungguh-sungguh. Sejak

itu, saya amat suka mata pelajaran matematik kerana melalui pengalaman mencipta kaedah

“pengiraan sifar”, saya dapati bahawa pembelajaran matematik adalah sesuatu perkara yang

menyeronokkan. Matematik adalah sesuatu yang mencabar pemikiran kita. Belajar matematik

bukan perkara yang susah sebaliknya boleh mencungkil pemikiran kita. Ia telah memberi

keyakinan kepada saya dalam pembelajaran matematik.

Walaubagaimanapun, saya tidak akan melepaskan peluang untuk terus mempelajari

matematik. Sehingga sekarang, matematik masih satu aspek penting dalam kehidupan saya

kerana opsyen saya ialah matematik. Saya ialah bakal guru matematik yang membimbing dan

mendidik anak murid untuk masa depan mereka. Oleh itu, saya bercadang menggunakan

kaedah “pengiraan sifar” ini untuk menangani masalah membuat pembundaran dalam

kalangan murid Tahun 4K yang mengalami masalah yang sama.


1.2 Refleksi Sorotan Literatur

Pembundaran memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Menurut Mohammad

Sabhi Naidi (2011), membuat anggaran adalah satu kemahiran penting dalam matematik.

Selalunya kita perlu membuat anggaran tentang nilai-nilai di dalam kehidupan seharian kita.

Ini termasuk anggaran tentang duit, masa, jarak, berat dan sebagainya. Membundar adalah

sejenis anggaran. “Estimating is an important part of mathematics and a very handy tool for

everyday life. Get in the habit of estimating amounts of money, lengths of time, distances, and

many other physical quantities. Rounding off is a kind of estimating.” (Math.com, n.d.)

Cathcart, Pothier, Vance dan Bezuk (2001) menyatakan bahawa “good number sense

enables one to estimate quantities. Rounding number is one way to estimate totals or products.

There are times when one needs to estimate a quantity ‘at a glance.’ For example, an

approximation of the number of people in attendance at a rally or sports event may be

required. Children who have developed good number sense both in physical representations

and in understanding number compositions will feel competent in providing a sensible

estimate of group size.”

Menurut Reys, Suydam dan Lindquist (1989), “It is important for students to view

rounding as something which not only makes numbers easier to handle, but which makes sense.

Usually how numbers are rounded is determined by how the information is used.” Kedua-dua

resos ini menyatakan bahawa pembundaran adalah berkait rapat dengan penganggaran dan

kehidupan sekeliling kita. Pendedahan awal dan maklumat berkaitan dengan pembundaran

yang disampaikan kepada murid-murid amatlah penting dalam membantu pembelajaran

murid-murid dalam pembundaran.


Dalam buku mereka Kennedy, Tipps dan Johnson (2008) menyatakan bahawa “Thoughts

about rounding begin when children compare numbers and see them on a number line or

hundreds chart. Using a number line, students visualize the order and relative position of

numbers relate to each other.” Kanak-kanak sudah mula belajar pembundaran apabila mereka

membandingkan nombor dan melihat nombor-nombor ini pada garisan nombor dan carta

seratus. Dengan menggunakan garisan nombor, murid-murid dapat melihat hubungan susunan

nombor dan kedudukan nombor adalah berhubung antara satu sama lain.

Rachel (n.d.) menyatakan bahawa langkah-langkah dalam pembundaran adalah seperti

berikut: “First, determine the place value to which the number is to be rounded. Next, identify

the rounding place value in the number to be rounded. Then, locate the number in the place

value to the right of your rounding number. After that, round up for numbers 5, 6, 7, 8 and 9,

round down for numerals 0, 1, 2, 3 and 4.”

Cathcart, Pothier, Vance dan Bezuk (2001) menyatakan bahawa “when rounding a

number to a specified place value, locate the place value and examine the digit to its

immediate right (the key digit). If the key digit has a value of 5 or greater, replace all digits to

the right of the place value by zeros and increase the place value digit by one; if the key digit

has a value less than 5, replace the digits to the right of the place value by zeros.”

Apabila kedua-dua sumber di atas diterjemahkan, ia adalah seperti berikut: Pertama,

mengenal pasti kepada nilai yang manakah pembundaran hendak dilakukan. Seterusnya,

kenalpasti nilai tempat pada nombor yang hendak dibundarkan. Selepas itu, lihat digit yang

berada di sebelah kanan digit yang perlu dibundarkan. Selepas itu, bundarkan ke atas untuk

digit 5, 6, 7, 8 dan 9 serta bundarkan ke bawah untuk digit 0, 1, 2, 3 dan 4.


Banyak media telah diperkenalkan seperti “roller coaster”, “base ten blocks”, lukisan

garis nombor untuk membandingkan nilai antara dua nombor dan juga kit nombor untuk

membantu murid-murid mempelajari pembundaran nombor. Kesemuanya memainkan peranan

yang penting dalam pembinaan konsep pembundaran dalam kalangan murid.

Kennedy, Tipps dan Johnson (2008) menyatakan bahawa “Some students may talk

through the process or circle numbers as a reminder. Having verbal and visual cues helps

students think about the number and process of rounding as they become more skilled. Once

children understand rounding numbers, problem-solving activities provide practice and

application of the process.” Latihan pembundaran juga boleh dibuat melalui contoh aplikasi

situasi sebenar.

Menurut Abang Khairul (2010), kesilapan umum yang sering dilakukan oleh murid

dalam pembundaran adalah murid-murid lupa menulis semula nombor dengan betul selepas

pembundaran serta membundarkan suatu nombor di nilai tempat yang salah. Guru

pembimbing saya, Encik Cheah juga memberitahu saya kesilapan ini berlaku dalam kalangan

murid di dalam kelas. Hal ini telah terbukti apabila saya menyemak kertas ujian murid-murid.

Saya mendapati bahawa kebanyakan murid melakukan kesilapan dengan membundarkan

nombor pada nilai tempat yang salah. Hasil kerja murid yang menunjukkan kesilapan dalam

pembundaran kepada nilai ratus yang terdekat ditunjukkan di muka surat sebelah.
Bundarkan jawapan kepada nilai ratus yang terdekat.

Bundarkan jawapan kepada nilai ratus yang terdekat.

Memandangkan kepentingan pembundaran dalam kehidupan harian, masalah

menentukan nilai tempat yang betul hendaklah diatasi. Saya ingin mencuba kaedah saya dan

mengkaji keberkesanannya dalam membantu menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, saya telah

memilih tajuk ini untuk kajian tindakan saya.


2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan tentang tinjauan masalah dan analisis

masalah kajian yang dijalankan.

2.1 Tinjauan Masalah

Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada pembundaran nombor bulat lima digit

kepada nilai puluh, ratus dan ribu yang terdekat dengan menggunakan kaedah pengiraan sifar.

Pembundaran ini memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita. Ia banyak membantu

dalam membuat penganggaran kuantiti atau bilangan dalam sesuatu situasi seperti menganggar

bilangan tetamu yang akan hadir ke sesuatu majlis, penganggaran jisim sesuatu barang yang

hendak ditimbang, penganggaran harga sebuah kereta yang hendak dibeli dan lain-lain.

Kesemuanya adalah berkaitan dengan pembundaran nombor.

Ada segelintir murid yang apabila diminta membundarkan nombor kepada nilai puluh,

ratus atau ribu yang terdekat, mereka akan salah menentukan nilai tempat yang diambil kira

(“key digit”). Ini akan menyebabkan murid-murid silap membundarkan nombor. Jika kesilapan

ini tidak dibetulkan, murid-murid akan terus membuat kesilapan dan secara tidak langsung akan

mempengaruhi kemahiran penganggaran dalam kehidupan harian. Ia juga akan menjejaskan

prestasi mereka dalam mata pelajaran matematik. Oleh itu, kajian ini amatlah penting untuk

dijalankan.

Masalah pembundaran ini telah dikesan apabila saya menyemak hasil kerja seperti buku

latihan dan buku kerja matematik murid-murid kelas 4K di SJK (C) Gunung Rapat. Sesetengah

daripada mereka hanya bersikap cuai tetapi kebanyakan murid yang salah dalam menjawab

soalan pembundaran memang membuat kesilapan apabila menentukan nilai tempat yang diambil
kira (“key digit”) untuk dibundarkan ke atas atau dibundarkan ke bawah . Contohnya, apabila

ingin membundarkan nombor kepada nilai 1000 yang terdekat, murid-murid akan mengambil

kira nilai tempat “ribu” tetapi sebenarnya harus mengambil kira nilai tempat “ratus” sebelum

membuat pembundaran ke atas atau ke bawah bagi digit di nilai tempat “ribu”. Bukan itu sahaja,

apabila murid ingin membundarkan nombor kepada nilai 100 yang terdekat, murid-murid akan

mengambil kira nilai tempat “ratus” tetapi sebenarnya harus mengambil kira nilai tempat “puluh”

dalam nombor itu sebelum membuat pembundaran ke atas atau ke bawah bagi digit di nilai

tempat “ratus”.

Smith (2006) telah menyatakan “often children are asked to round numbers based on

place value. This concept needs careful attention. Students need to see these concepts: first,

rounding is relation to position, that is, the tens will be rounded up or back from 10 to 100. The

hundreds will be rounded from 100 to 1000, to the closest 100, and so on. ” Beliau menyarankan

bahawa apabila kanak-kanak diajar kaedah pembundaran berdasarkan nilai tempat, perlu

ditekankan bahawa konsep pembundaran adalah berkait rapat dengan kedudukan nilai tempat

sesuatu digit. Apabila melihat digit pada kedudukan “puluh” ia adalah bertujuan untuk

membundarkan nombor kepada ratus yang terdekat. Apabila melihat digit pada kedudukan “ratus”

ia adalah bermaksud ingin membundarkan nombor kepada ribu yang terdekat.

“Traditionally, the technique that has been given was to look at the digit that is

immediately to the right of the place which the number is to be rounded.” (Booker, Bond,

Sparrow, Swan, 2004) iaitu apabila mengajar teknik pembundaran, teknik yang biasa diajar

adalah melihat digit di sebelah kanan nombor yang hendak dibundarkan. Banyak resos yang

menggunakan cara yang sama dalam membuat pembundaran. Murid-murid kelas 4K juga diajar

pembundaran bermula dengan pemahaman konsep dan seterusnya dilatih menggunakan teknik di
atas. Sukatan pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) juga

menyarankan kaedah yang sama.

2.2 Analisis Masalah

Saya telah membuat pengumpulan data awal tentang kajian ini dengan penyemakan

buku-buku kerja dan buku-buku latihan murid-murid kelas 4K, menemu bual guru pembimbing

saya, Encik Cheah yang mengajar Matematik kelas 4K dan memberi latihan dan ujian diagnostik

kepada murid-murid yang dipilih daripada hasil penyemakan buku latihan.

Saya telah membuat penyemakan buku latihan dan buku kerja murid kelas 4K tentang

topik pembundaran. Hasilnya, terdapat murid yang menghadapi masalah dalam pembundaran

nombor bulat. Murid-murid tahu bahawa apabila digit yang diambil kira adalah sama atau

nilainya lebih besar daripada “5”, mereka perlulah menambahkan satu pada digit yang hendak

dibundarkan atau disebut “round up” dalam bahasa Inggeris. Apabila digit yang diambil kira

adalah bernilai kurang daripada “5”, maka perlulah dibuat pembundaran ke bawah. Murid-murid

tidak bermasalah dalam menentukan bila hendak membundar ke atas dan bila perlu membundar

ke bawah. Mereka hanya mengalami masalah dalam menentukan nombor yang perlu diambil

kira apabila hendak membundarkan nombor kepada nilai yang dikehendaki.

Menurut Encik Cheah lagi, murid-murid faham konsep pembundaran tetapi masih

melakukan kesilapan kerana pemahaman konsep mereka tentang pembundaran kurang kukuh

dan sikap semula jadi kanak-kanak yang bersikap pelupa serta lupa teknik yang diajar oleh guru.

Mereka kerap silap memilih dan membulatkan digit yang hendak diambil kira (“key digit”)

dalam pembundaran. Kesilapan ini sering mengakibatkan pembundaran mereka salah. Apabila

mendapati bahawa jawapan mereka silap, murid-murid ini tidak dapat mengenal pasti di mana
berlaku kesilapan. Apabila guru menunjukkan kesilapan mereka dan membuat pembetulan,

murid-murid akan ingat kesilapan dan pembetulannya pada hari itu atau minggu itu sahaja. Akan

tetapi, murid akan lupa dan mengulangi kesilapan yang sama setelah masa yang lama lalu.

Murid-murid lupa prinsip atau teknik pembundaran itu selepas seminggu, sebulan mahupun

setahun kemudian.

Melalui ujian diagnostik yang dijalankan, saya mendapati bahawa murid-murid kerap

silap memilih digit yang hendak diambil kira (“key digit”) dalam pembundaran. Masalah ini

dikesan apabila murid salah membulatkan digit yang diambil kira semasa pembundaran dibuat di

dalam kertas ujian. Kesilapan ini sering mengakibatkan jawapan pembundaran mereka salah.

Jika masalah ini dibiarkan, murid-murid pasti tidak dapat menjawab soalan pembundaran

dengan betul. Selain daripada itu, mereka tidak akan menguasai kemahiran membuat

pembundaran sedangkan kemahiran ini akan terus digunakan sehingga ke tahun enam mahupun

di sekolah menengah. Dengan itu, saya berasa kaedah lain yang berbeza daripada kaedah biasa

yang digunakan di sekolah perlu digunakan untuk membantu murid-murid supaya tidak

melakukan kesilapan dalam pembundaran nombor.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mempelajari topik pembundaran di sekolah

rendah, kaedah “pengiraan sifar” telah tercetus dalam pemikiran saya. Saya rasa bahawa murid-

murid akan ingat cara ini kerana saya yang mengalami masalah dalam topik pembundaran dan

menghadapi situasi yang sama seperti mereka dapat mengatasinya dengan menggunakan teknik

ini. Selepas mencipta dan menggunakan kaedah ini, saya tidak lagi membuat kesilapan dalam

pembundaran ketika saya berada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah ataupun

sekarang. Saya masih ingat kaedah ini walaupun telah bertahun-tahun berlalu. Saya berharap
kaedah pengiraan sifar ini juga bermanfaat bagi murid-murid yang menghadapi masalah

pembundaran yang sama.

Kaedah pengiraan sifar ini adalah senang digunakan dan tidak memerlukan bahan bantu

mengajar yang kompleks, ia hanya memerlukan penerangan kaedah ini dengan jelas dan latihan

yang cukup sahaja. Kaedah ini juga tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk pengenalan

kaedah ini. Selain itu, kaedah pengiraan sifar ini boleh digunakan di mana-mana sahaja dengan

hanya memerlukan pen dan kertas sahaja.

Kaedah pengiraan sifar ini diterangkan seperti berikut: Pertama, baca soalan, pastikan

nilai pembundaran yang diperlukan. Contoh: bundarkan 78654 kepada nilai ratus yang terdekat,

saya fikirkan nombor “seratus” memiliki dua digit “0” (sifar). Oleh itu, saya menulis dua digit “0”

di bawah nombor 78654 dari sebelah kanan. Lihat digit yang berada di atas “0” yang terakhir

saya tulis, iaitu “5”. Menentukan samaada perlu menambahkan satu kepada digit yang berada

pada tempat “ratus”

78654

78700 Tulis “0” mula dari sebelah kanan

Kemudian, salin semula digit yang seterusnya. Semak bahawa bilangan digit jawapan sama

dengan bilangan digit asal nombor dalam soalan.

Dengan membantu murid menjawab soalan pembundaran dengan menggunakan kaedah

pengiraan sifar, diharapkan dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membuat pembundaran

dalam kalangan murid. Murid-murid diharapkan dapat menguasai topik pembundaran sekiranya

memahami dan mengaplikasi kaedah ini serta membuat latihan yang secukupnya dengan

bersungguh-sungguh. Kaedah pengiraan sifar ini dalam membuat pembundaran boleh


diperkenalkan kepada guru-guru lain yang mengajar matematik. Diharapkan ia boleh membantu

guru-guru dalam pengajaran topik pembundaran dan meningkatkan peguasaan kemahiran

pembundaran dalam kalangan murid.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Secara umumnya, kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu pempertingkatkan

penguasaan topik nombor bulat dalam kalangan murid yang bermasalah dalam topik

pembundaran.

3.2 Objektif Khusus

Kajian ini bertujuan untuk

i. Mempertingkatkan kemahiran membundarkan nombor bulat lima digit kepada nilai

puluh, ratus dan ribu yang terdekat dengan tepat dalam kalangan murid yang

bermasalah dalam topik pembundaran dengan menggunakan kaedah “pengiraan sifar”.

ii. Menggunakan kaedah “pengiraan sifar” untuk mengurangkan kesilapan murid-murid

dalam membundarkan nombor bulat lima digit kepada nilai puluh, ratus dan ribu yang

terdekat.

3.3 Soalan Kajian

i. Sejauhmanakah kaedah “pengiraan sifar” membantu mempertingkatkan kemahiran

membundarkan nombor bulat lima digit kepada nilai puluh, ratus dan ribu yang

terdekat dengan tepat dalam kalangan murid darjah 4K?

ii. Sejauhmanakah keberkesanan kaedah “pengiraan sifar” dalam mengurangkan

kesilapan murid-murid 4K dalam membundarkan nombor lima digit kepada puluh,

ratus dan ribu yang terdekat?


4.0 KUMPULAN SASARAN

Semasa praktikum ketiga, saya berpeluang mengajar murid kelas 4K di Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina Gunung Rapat, Ipoh. Sekolah ini merupakan sekolah yang mempunyai

bilangan murid yang banyak. Kelas 4K terdiri daripada 43 orang murid. Kelas 4K adalah kelas

yang ketiga daripada tujuh kelas. Pencapaian akademik kelas 4K adalah sederhana. Akan tetapi,

prestasi matematik kelas ini adalah jauh beza. Murid yang mendapat markah paling tinggi ialah

99% manakala murid yang mendapat markah paling rendah adalah 48%.

Kumpulan sasaran terdiri daripada tiga orang murid kelas 4K yang didapati bermasalah

dalam membuat pembundaran. Selain itu, keputusan ujian matematik mereka adalah kurang baik.

Seramai 14 orang murid 4K dipilih berdasarkan kesilapan yang dijumpai dalam buku kerja dan

buku latihan. Seterusnya, 14 orang murid ini diberi latihan pembundaran untuk memastikan

mereka yang betul-betul tidak dapat menggunakan teknik yang diajar oleh guru mereka untuk

membuat pembundaran dan bukanlah bersikap cuai. Selepas latihan ini disemak, saya dapati

bahawa lapan orang murid banyak memberi jawapan salah dalam pembundaran nombor. Oleh itu,

lapan orang murid ini diberikan ujian diagnostik untuk mengenal pasti di mana kesilapan murid

dalam membuat pembundaran. Di luar sangkaan saya, lima orang murid telah mendapatkan

markah yang tinggi yang menunjukkan mereka tidak bermasalah dalam topik pembundaran.

Hanya tiga orang murid sahaja dikesan bermasalah dalam pembundaran.

Tiga orang murid ini dipilih berdasarkan penyemakan soalan ujian tentang pembundaran

dalam ujian bulanan dan didapati bermasalah. (Lihat lampiran 1) Berdasarkan ujian diagnostik

yang dijalankan, didapat kesilapan mereka adalah dalam membundar nombor. (Lihat lampiran 2)

Mereka terdiri daripada seorang murid lelaki berbangsa Cina (murid A) dan dua orang murid
perempuan. Seorang murid perempuan adalah berbangsa Cina (murid B) manakala seorang lagi

berbangsa Iban dan ibunya berbangsa Cina (murid C).

Prestasi akademik ketiga-tiga murid ini adalah sederhana. Markah ujian matematik bagi

murid A dan murid B adalah sederhana (dalam lingkungan 50 hingga ke 60) manakala markah

ujian matematik bagi murid C adalah lebih tinggi daripada murid A dan murid B ( markah dalam

lingkungan 65 hingga 75). Murid A kerap kali tidak hantar kerja matematik dan selalu tidak

menumpukan perhatian semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Murid B dan murid C

sentiasa menyiapkan kerja matematik tepat pada masanya dan dapat menjawab soalan matematik

dengan baik semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan.


5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan tentang perancangan tindakan,

perancangan cara mengumpul data, perancangan cara menganalisis data serta perancangan

pelaksanaan tindakan. Dalam perancangan tindakan, ujian pra, temu-bual dengan kumpulan

sasaran secara individu dan pelaksanaan tindakan intervensi akan dijalankan. Dalam tindakan

intervensi, kaedah “pengiraan sifar” akan diperkenalkan kepada kumpulan sasaran dalam

menjawab soalan pembundaran. Ujian, penelitian dokumen dan juga temu bual akan

dibincangkan dalam perancangan cara mengumpul data. Dua pendekatan iaitu pendekatan

kuantitatif dan pendekatan kualitatif akan digunakan dalam perancangan cara menganalisis data.

Selain itu, jadual pelaksanaan tindakan (Carta Gantt) dan kos kajian akan ditunjukkan dalam

bahagian perancangan pelaksanaan tindakan.

5.1 Perancangan Tindakan

5.1.1 Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik diterangkan pada muka surat 12.

5.1.2 Ujian Pra

Ujian Pra akan dijalankan dalam kalangan tiga orang murid yang dipilih sebagai

kumpulan sasaran sebelum intervensi dijalankan. Ia bertujuan untuk mengetahui

kebolehan kumpulan sasaran menjawab soalan pembundaran dengan betul sebelum

intervensi dijalankan serta membolehkan perbandingan dibuat sebelum dan selepas

tindakan intervensi dijalankan.


Ujian pra ini terdiri daripada 10 soalan pembundaran nombor lima digit kepada

puluh yang terdekat, 10 soalan pembundaran nombor lima digit kepada ratus yang

terdekat serta 10 soalan pembundaran nombor lima digit kepada ribu yang terdekat. Masa

ujian yang dicadangkan ialah 20 minit. (Lihat lampiran 3)

Jenis soalan yang akan dimasukkan dalam ujian pra ini merangkumi pelbagai situasi yang

memerlukan pembundaran ke atas dan pembundaran ke bawah seperti berikut:

a) Bahagian pembundaran nombor kepada puluh yang terdekat:

i. Satu soalan nilai “0” pada tempat sa


ii. Satu soalan nilai “0” pada tempat puluh
iii. Satu soalan nilai “0” pada kedua-dua tempat sa dan puluh
iv. Satu soalan nilai “5” pada tempat sa
v. Satu soalan nilai “5” pada tempat puluh
vi. Satu soalan nilai “9” pada tempat puluh
vii. Dua soalan nilai yang kurang daripada “5” pada tempat sa
viii. Dua soalan nilai yang lebih daripada “5” pada tempat sa

b) Bahagian pembundaran nombor kepada ratus yang terdekat:

i. Satu soalan nilai “0” pada tempat puluh


ii. Satu soalan nilai “0” pada tempat ratus
iii. Satu soalan nilai “0” pada kedua-dua tempat puluh dan ratus
iv. Satu soalan nilai “5” pada tempat puluh
v. Satu soalan nilai “5” pada tempat ratus
vi. Satu soalan nilai “9” pada tempat ratus
vii. Dua soalan nilai yang kurang daripada “5” pada tempat puluh
viii. Dua soalan nilai yang lebih daripada “5” pada tempat puluh
c) Bahagian pembundaran nombor kepada ribu yang terdekat:

i. Satu soalan nilai “0” pada tempat ratus


ii. Satu soalan nilai “0” pada tempat ribu
iii. Satu soalan nilai “0” pada kedua-dua tempat ratus dan ribu
iv. Satu soalan nilai “5” pada tempat ratus
v. Satu soalan nilai “5” pada tempat ribu
vi. Satu soalan nilai “9” pada tempat ribu
vii. Dua soalan nilai yang kurang daripada “5” pada tempat ratus
viii. Dua soalan nilai yang lebih daripada “5” pada tempat ratus

5.1.3 Temu-bual dengan kumpulan sasaran secara individu

Temu bual dengan kumpulan sasaran akan dilakukan secara individu untuk

mendapatkan maklumat tentang bagaimana murid menyelesaikan masalah pembundaran

dan mengenal pasti punca kesilapan murid dalam membuat pembundaran. Temu bual ini

akan dijalankan semasa waktu rehat atau waktu selepas sekolah. Temu bual ini akan

dimulakan dengan meminta murid memainkan peranan sebagai seorang guru dan

mengajar pengkaji kaedah pembundaran yang mereka gunakan. Soalan temu bual separa

berstruktur akan digunakan untuk mengenal pasti di mana berlaku miskonsepsi atau

kesilapan dalam pembundaran. (Lihat lampiran 4)

5.1.4 Pelaksanaan Tindakan

Selepas temu bual dijalankan, tiga orang murid sasaran ini akan dipanggil tiga

kali pada satu masa yang sesuai seperti waktu rehat atau waktu selepas sekolah untuk

laksanakan tindakan yang dicadangkan. Kaedah “pengiraan sifar” akan diperkenalkan

kepada mereka dalam menjawab soalan pembundaran.


Kaedah “pengiraan sifar”

i. Fahamkan kehendak soalan. Contoh: Bundarkan 23738 kepada nilai ratus yang

terdekat. Soalan hendak membundarkan kepada ratus yang terdekat.

ii. Fikirkan “ratus” / seratus. Tuliskan ratus dalam digit: “100”.

iii. Kirakan berapa “sifar” / “0” terdapat dalam nombor “100”. Jawapan: 2 sifar

sahaja.

iv. Tulis dua sifar dari kanan ke kiri di bawah nombor yang hendak dibundarkan.

23738
00

v. Lihat kepada sifar yang terakhir anda tulis (yang berada di paling kiri), kemudian

lihat digit yang berada di atas sifar itu dan bulatkannya. Tentukan sama ada digit

yang dibulatkan itu perlu dibundarkan ke atas atau dibundarkan ke bawah. Jika

digit adalah “5” atau lebih daripada “5”, tambahkan “1” kepada digit di sebelah

kiri digit yang dibulatkan itu. Jika digit itu kurang daripada “5”, kekalkan digit

yang di sebelah kirinya. Salin semula digit-digit yang lain.

23738
23700
vi. Semak jawapan adakah jumlah digit jawapan sama dengan jumlah digit soalan.

Penjelasan ini akan diulang dengan menggunakan contoh yang memerlukan

nombor dibundarkan kepada puluh dan ribu yang terdekat.


Latihan sebanyak tiga kali akan dilakukan pada hari yang berasingan. Tempoh

selang masa yang dicadangkan adalah 4 hari bagi satu sesi latihan. Setiap kali latihan

dibuat, murid-murid akan dibimbing menggunakan kaedah “pengiraan sifar” untuk

menjawab soalan pembundaran. Satu sesi latihan merangkumi 10 soalan pembundaran

yang melibatkan pembundaran kepada nilai puluh, ratus dan ribu yang terdekat.

5.1.5 Ujian Pos

Ujian Pos akan dijalankan dalam kalangan tiga orang murid selepas tindakan

intervensi dan latihan dijalankan. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan

kaedah ini dalam mempertingkatkan kemahiran tiga orang murid ini dalam membuat

pembundaran nombor lima digit kepada puluh, ratus dan ribu yang terdekat.

Ujian pos ini terdiri daripada 10 soalan pembundaran nombor lima digit kepada

puluh yang terdekat, 10 soalan pembundaran nombor lima digit kepada ratus yang

terdekat serta 10 soalan pembundaran nombor lima digit kepada ribu yang terdekat. Masa

ujian yang dicadangkan ialah 20 minit. (Rujuk lampiran 5) Jenis soalan dalam ujian pos

adalah sama dengan ujian pra tetapi berbeza dari segi digit dan susunan soalan dalam

kertas ujian.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

5.2.1 Ujian

Ujian merupakan salah satu kajian yang digunakan untuk menentukan pencapaian

dan keupayaan murid dalam pembelajarannya. (Rosinah, 2012). Dalam kajian tindakan
ini, beberapa ujian akan digunakan yang mempunyai fungsi berlainan. Ujian-ujian ini

termasuklah ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pos.

Menurut Norhaidi (2009), ujian diagnostik merupakan satu instrument yang

digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. Melalui ujian ini,

guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini

secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang tindakan.

Oleh itu, ujian diagnostik dijalankan untuk mengenal pasti kawasan kelemahan

murid dalam pembundaran serta mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan

teknik pembundaran pada diri murid. Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini dibentuk

berasaskan kesamaan dari jenis kesilapan yang dibuat.

Ujian pra (rujuk Lampiran 3) dijalankan untuk mengetahui kebolehan kumpulan

sasaran menjawab soalan pembundaran dengan betul sebelum tindakan intervensi serta

membolehkan bandingan sebelum dan selepas tindakan intervensi diambil.

Ujian pos (rujuk Lampiran 5) dijalankan untuk menilai keberkesanan tindakan

intervensi yang dicadangkan dalam mempertingkatkan kemahiran membuat

pembundaran dalam kalangan kumpulan sasaran. Bilangan soalan dan jenis soalan adalah

lebih kurang sama dengan ujian pra kerana ujian pos ini adalah bertujuan menilai

sekiranya terdapat peningkatan pencapaian dalam topik pembundaran dan sejauh mana

tindakan intervensi yang diambil berjaya mengatasi kesilapan murid dalam melaksanakan

teknik pembundaran.
5.2.2 Penelitian Dokumen

Menurut Rosinah (2012), penelitian dokumen digunakan apabila penyelidik ingin

mendapatkan data daripada dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuannya adalah untuk

menyokong dapatan yang sedia ada. Analisis dokumen seperti minit mesyuarat, surat

khabar, foto, video, kertas kerja, latihan, surat-surat dan dokumen yang berkaitan

digunakan untuk menyokong dapatan kajian.

Dokumen-dokumen disemak untuk mendapatkan data-data yang relevan yang

boleh menjawab soalan apa, mengapa dan bagaimana berhubung dengan masalah kajian

tindakan yang dijalankan. Dalam kajian ini, buku latihan dan buku kerja matematik telah

dikumpulkan dan disemak untuk mengesan jenis-jenis kesilapan dan masalah murid

dalam topik pembundaran. Analisis dokumen ini menjadikan ketara di mana berlakunya

kesilapan, apakah kesilapan yang biasa murid lakukan serta membantu saya dalam

memikirkan cara mengatasi masalah ini.

Untuk meningkatkan kebolehpercayaan data (hasil kerja murid) dalam buku

latihan dan buku kerja murid, saya juga telah mengumpul dan menganalisis kertas ujian

bulanan untuk mengenal pasti murid-murid yang benar-benar mengalami masalah dalam

topik pembundaran. Triangulasi data digunakan.

Menurut Rosinah (2012), triangulasi adalah pendekatan menjalankan satu

penyelidikan dengan menggunakan gabungan lebih daripada satu alat kajian. Triangulasi

juga digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan penyelidikan yang

dijalankan secara kualitatif. Dalam kata lain, triangulasi adalah mendapatkan data

daripada punca yang berbeza.


Pelbagai bentuk kutipan data digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan

dan kesahan data bagi menjawab soalan kajian dalam kajian kualitatif (Rosinah, 2012).

Daripada ketiga-tiga dokumen yang tersenarai di atas, maka ia mempunyai

kebolehpercayaan dan kesahan data yang tinggi.

5.2.3 Temu Bual

Temu bual secara individu akan dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang

bagaimana murid menyelesaikan masalah pembundaran dan mengenal pasti punca di

mana murid melakukan kesilapan dalam pembundaran.

Temu bual ini akan dijalankan semasa waktu rehat atau waktu selepas sekolah

dengan meminta murid memainkan peranan sebagai seorang guru dan mengajar pengkaji

tentang kaedah pembundaran yang mereka gunakan. Soalan temu bual separa berstruktur

(rujuk Lampiran 4) akan digunakan untuk mencungkil dan mendedahkan kefahaman

murid tentang konsep pembundaran dan teknik melaksanakannya.

Satu contoh soalan pembundaran akan diberi dan murid diminta menjelaskan

bagaimana dia membundarkan kepada nilai puluh, ratus dan ribu yang terdekat. Daripada

“tunjuk ajar” yang dijelaskan serta soalan yang ditanya, maka pengkaji boleh mendapat

data tentang di mana berlaku miskonsepsi atau kesilapan dalam teknik pembundaran.
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

5.3.1 Pendekatan Kuantitatif

Analisis data dilakukan secara kuantitatif sebaik sahaja suatu ujian dilakukan

sama ada ujian diagnostik, ujian pra atau ujian pos. Kiraan jumlah soalan yang betul dan

peratus soalan yang betul dilakukan daripada jawapan ujian ini. Tahap kemajuan tiga

orang murid ini serta keberkesanan kaedah “pengiraan sifar” dalam meningkatkan

kemahiran murid dalam membuat pembundaran nombor lima digit dapat ditentukan.

Selain itu, setiap kali latihan dijalankan oleh kumpulan sasaran, hasilnya juga

dianalisis dengan mengira soalan yang dijawab dengan betul. Dengan ini, pengkaji dapat

membandingkan prestasi murid kumpulan sasaran setiap kali latihan dijalankan. Selain

itu, graf palang akan digunakan untuk menganalisis dan membandingkan pencapaian

murid dalam ujian pra dan ujian pos serta membandingkan pencapaian murid dalam ujian

pra dan ujian pos sama ada terdapat peningkatan pencapaian atau tidak.

5.3.2 Pendekatan kualitatif

Analisis data temu bual secara kualitatif akan dilakukan. Secara umumnya

analisis temu bual boleh dilakukan dengan mencari dan menandakan idea-dea di dalam

data, mengumpulkan idea-idea yang sama atau agak sama, dan meghubungkait idea dan

tema yang berbeza. (Spradley, 1979 dan Strauss, 1987, seperti dinyatakan dalam Chow

dan Jaizah, 2011). Reaksi dan respon daripada temu bual secara individu dengan

kumpulan sasaran dianalisis untuk melihat di mana berlaku miskonsepsi atau kesilapan

dalam pembundaran.
Selain itu, analisis data daripada buku latihan, buku kerja dan juga ujian bulanan

juga dijalankan. Analisis data ini dicatat dalam bentuk nota kecil dalam satu borang untuk

menyenangkan rujukan kembali.

Analisis data juga dilakukan terhadap jawapan ujian diagnostik. Langkah kerja

murid seperti membulatkan digit yang diambil kira (“key digit”) semasa membuat

pembundaran membolehkan pengkaji mengetahui sekiranya murid salah dari segi

penentuan digit yang diambil kira atau dari aspek yang lain. Jika pembundaran ke atas

dilakukan, langkah kerja murid seperti menulis simbol “+1” di bawah atau di atas sesuatu

digit juga membolehkan pengkaji mengetahui dengan lebih tepat di mana murid

mengalami masalah dalam pembundaran.

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

5.4.1 Jadual Pelaksanaan

Kajian tindakan ini dijalankan dalam masa dua semester iaitu semester tujuh dan

semester lapan pengajian PISMP ini. Pengkaji perlu menjalankan Praktikum ketiga pada

semester tujuh (Januari hingga April) serta Internship pada semester lapan (Julai hingga

Ogos) di sekolah. Pengkaji perlu menyiapkan kertas cadangan kajian tindakan pada

semester tujuh iaitu bulan Januari hingga ke March sahaja.

Disebabkan kajian tindakan ini perlu dijalankan di sekolah, oleh itu, ujian pra,

tindakan intervensi dan juga ujian pos dijalankan semasa praktikum ketiga di sekolah

iaitu pada bulan April. Sekiranya pengkaji perlu data tambahan, ia boleh dikutip semasa

menjalankan Internship pada bulan Julai hingga Ogos. Jadual di bawah merupakan jadual

rancangan pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhan.


Jadual 1: Carta Gantt Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Tindakan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep
Bil
1 Penerangan tentang kajian tindakan X
2 Membaca bahan-bahan rujukan
X X
tentang kajian tindakan.
3 Meninjau hasil kerja murid, temubual
dengan guru, melihat refleksi X
pengalaman mengajar yang lepas.
4 Mengenal pasti tajuk dan masalah
X
kajian tindakan.
5 Mengumpul data awal, melaksanakan
ujian diagnostik, menentukan X
kumpulan sasaran.
6 Menentukan objektif dan soalan
X
kajian tindakan.
7 Merancang tindakan X
8 Merancang kaedah pengumpulan data
X
dan kaedah menganalisis data.
9 Melaksanakan ujian pra X
10 Melaksanakan tindakan,
mendapatkan data daripada tindakan X
dan menganalisis data.
11 Menjalankan ujian post X
12 Analisis data X
13 Membincang dapatan kajian X
14 Menulis laporan kajian tindakan. X X
15 Membentangkan hasil kajian. X X
16 Pengubahsuaian dan
penambahbaikan laporan kajian X X
tindakan.
17 Menghantar laporan X
5.4.2 Kos Kajian

Berikut adalah anggaran kos yang digunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan.

Jadual 2: Anggaran Kos Kajian Tindakan


Bil Jenis Bahan Unit Harga bagi 1 unit Jumlah
1 Kertas A4 2 RM 9.00 RM 18.00
2 Fotostat 200 RM 0.04 RM 8.00
3 Dakwat printer 2 RM60.00 RM 120.00
4 Lain-lain RM 50.00
JUMLAH RM 196.00

Tindakan yang dibincangkan sebelum ini akan dilaksanakan seperti yang

dicadangkan. Pengubahsuaian tindakan juga akan dilakukan jika keadaan memerlukan

pengubahsuaian.

Anda mungkin juga menyukai