Anda di halaman 1dari 16

KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH RENDAH

NAMA GURU FAUZAN B MD NOH


SEKOLAH DAN
SK CHENGKAU, SKK REMBAU, N.SEMBILAN DK
DAERAH
PERMASALAHAN DALAM MENGUASAI MASALAH
MATEMATIK MELENGKAPKAN OPERASI ASAS
TAJUK
TAMBAH DENGAN MENGUMPUL SEMULA MATEMATIK
DALAM KALANGAN PELAJAR
MATAPELAJARAN MATEMATIK

1
ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan


penggunaan Papan Operasi Tambah Mengumpul Semula mampu untuk
meningkatkan penguasaan pelajar mengenai Konsep Dalam Operasi Asas
Matematik. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada pelajar Tahun 1 dari SK
Chengkau,Rembau, Negeri Sembilan. Pelajar Tahun 1 seramai 10 orang terdiri
daripada murid pelbagai tahap kemahiran iaitu lemah seramai 3 orang, sederhana
seramai 4 orang dan cemerlang seramai 3 orang. Data dikumpulkan berdasarkan
ujian petaksiran sekolah yang dijalankan. Hasil analisis murid-murid diharapkan akan
dapat menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding ujian pra.
Dalam masa yang sama, sampel berpencapaian cemerlang diharapkan berjaya
mengekalkan markah mereka dengan mendapat 100 peratus. Keputusan
penyelidikan akan menunjukkan bahawa penggunaan Papan Operasi Asas Tambah
Matematik akan berkesan sebagai alternatif untuk membantu meningkatkan
penguasaan murid dalam menyelesaikan dan melengkapkan masalah operasi
tambah dengan mengumpul semula.

Pendahuluan

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah
untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam
pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan
mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan
bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
DSKP KSSR, 2016
Penguasaan pelajar sekolah rendah dalam subjek matematik adalah
bergantung kepada penguasaan pelajar terhadap operasi asas yang penting iaitu
operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Pelajar tidak dapat
menguasai kesemua operasi ini yang akhirnya akan membuatkan pelajar berasa
bosan. Fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi sering mendatangkan masalah
kepada murid terutama kepada murid yang lemah dan tidak menguasai fakta asas
operasi dalam matematik. Wujudnya keadaan yang tidak seimbang ini adalah
berpunca daripada faktor-faktor persekitaran dan diri pelajar itu sendiri. Faktor-faktor

2
ini akan mewujudkan pencapaian yang berbeza mengikut keupayaan dan kebolehan
kemahgiran masing-masing.
Nik Azis, 1992

Operasi Dalam Matematik

Operasi adalah suatu fahaman tentang +, -, × dan ÷ serta pengetahuan tentang fakta
asas nombor. Setiap operasi ini menyediakan asas untuk kerja lanjut dengan
pengiraan. Dalam matematik terdapat empat operasi aritmetik iaitu operasi tambah
( +), operasi tolak (-), operasi darab (×) dan operasi bahagi (÷).

Operasi tambah ialah operasi pertama yang dipelajari oleh murid. Murid telah
didedahkan dengan operasi tambah apabila mereka belajar membilang. Mereka boleh
membilang dalam bentuk lazim secara congak dan spontan bagi soalan berbentuk
Tanpa Mengumpul Semula. Seterusnya, pelajar akan didedahkan kepada soalan
berbentuk Dengan Mengumpul Semula. Kebanyakan pelajar tidak menghadapi
masalah dalam menyelesaikan soalan berbentuk Tanpa Mengumpul Semula.
Kesimpulannya, soalan yang melibatkan operasi Tambah “Tanpa Mengumpul
Semula”, tidak terlalu mendatangkan masalah kepada pelajar.

Namun begitu, kebiasaannya ramai pelajar akan menghadapi masalah dalam


soalan berbentuk Dengan Mengumpul Semula. Terdapat dalam kalangan pelajar
tidak menguasai soalan berbentuk mengumpul semula. Mereka tidak mengambil
berat, tidak menumpukan dan kurang memahami konsep nilai tempat dan nilai digit
yang perlu dikumpul semula dalam menyelesaikan soalan.

Setiap operasi dipersembahkan dengan pelbagai perwakilan mengguna


berbagai model fizikal. pelajar memerlukan banyak pengalaman dalam situasi
kehidupan sebenar dan berinteraksi dengan objek fizikal untuk memupuk fahaman
tentang operasi matematik. Fahaman akan meningkat jika murid dapat mengaitkan
simbol matematik kepada pengalaman yang diperoleh atau kepada sesuatu yang
boleh dilihat. Berikut adalah urutan aktiviti yang sesuai untuk membantu murid
mengembangkan maksud bagi empat operasi asas:

1. Konkrit – model mengguna bahan. Guna pelbagai masalah lisan dan bahan
manipulatif untuk melakonkan dan mewakilkan operasi matematik.

3
2. Separa konkrit – mewakilkan operasi dengan gambar. Bekalkan perwakilan
objek dalam gambar, gambarajah dan lukisan dalam langkah ke arah perwakilan
simbolik.

3. Abstrak – mewakilkan operasi dengan simbol. Guna simbol ( khasnya untuk


ungkapan berangka dan ayat nombor ) untuk mengilustrasikan operasi.

Apabila mengajar pelajar tentang operasi matematik, adalah penting untuk


mengenal pasti bahawa terdapat beberapa model atau cara pemikiran tentang operasi
tersebut. Konsep operasi asas matematik merupakan antara konsep asas yang paling
penting dalam membantu pelajar menjalankan operasi dalam matapelajaran
matematik. Jadi, sebab itulah setiap pelajar harus berupaya menguasai kemahiran
mengenal dan menjalankan operasi asas matematik dengan baik. Antara faktor yang
menyebabkan kebanyakan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran Operasi Asas
Tambah ialah tidak mengenali nilai tempat sekaligus nilai digit bagi setiap nombor.
Seterusnya tidak menguasai Operasi Tambah Dengan Mengumpul Semula Atas
dasar itulah, penggunaan Fail Operasi Asas Tambah Melengkapkan Tempat
Kosong Dengan Mengumpul Semula diperkenalkan.

Kemahiran matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada


kemahiran yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hierarki. Ramai pelajar tidak dapat
menyelesaikan masalah atas sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau
berlakunya kesalah fahaman konsep. Kita harus sedar bahawa pemikiran pelajar di
peringkat awal lebih mudah untuk dibentuk berbanding pemikiran murid dewasa. Jadi,
apabila kita dapat menanam konsep kepada pelajar dari peringkat awal, maka pelajar
tersebut tidak akan menghadapi masalah untuk konsep matematik yang seterusnya.

Adalah amat sukar untuk membentuk konsep pada minda pelajar dan jika ia
telah berlaku, maka mudahlah pembelajaran itu dijalankan. Penggunaan Fail Operasi
Asas Tambah Matematik Mengumpul Semulabukan sahaja dapat membantu
meningkatkan penguasaan kemahiran operasi asas, malah ianya memberikan satu
keseronokan baru kepada pelajar dalam mempelajari matematik. Pelajar juga dapat
merasai sendiri akan keajaiban dunia matematik. Pengkaji melihat bahawa melalui
penggunaan kaedah konsep Fail Operasi Asas Tambah Melengkapkan Tempat
Kosong Mengumpul Semula ini adalah satu alternatif yang sangat baik bagi
meningkatkan kemahiran mengenal Operasi Asas Tambah melibatkan dua nombor

4
dengan mengumpuil semula serta melengkapkan tempat kosong dalam kalangan
pelajar terutamanya bagi pelajar yang lemah dan yang sukar manakala mereka yang
telah menguasai operasi asas, kaedah ini membantu mereka untuk lebih
bersemangat dan meningkatkan keterujaan mereka untuk mendapatkan jawapan.
Secara tidak langsung, kaedah ini akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar di
dalam kemahiran menyelesaikan masalah dan melengkapkan ayat matematik dalam
operasi asas tambah Matematik dengan mengumpul semula.

OBJEKTIF INOVASI
UMUM
Objektif Inovasi dan Persoalan Inovasi :-
Secara keseluruhannya, Pembinaan Inovasi ini dijalankan adalah bertujuan untuk
melihat sejauh mana :-

a) pelajar dapat menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap mata pelajaran
Matematik.
b) dapat memperkenalkan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan
kepada pelajar.
b) pelajar dapat menjawab dengan baik soalan yang dikemukakan.
b) pelajar boleh menjawab dengan pantas serta menulis dengan tepat dan cepat.
c) dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam operasi penyelesaian masalah
Operasi Tambah Mengisi Tempat Kosong Dua Nombor Dengan Mengumpul
Semula.
d) dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan
harmonis.
KHUSUS
Membantu 10 pelajar Tahun 1 yang berada di dalam Kumpulan/Tahap Gred A, B
dan C menguasai Konsep Operasi Asas Tambah dan melengkapkan soalan
Operasi Tambah Dengan Mengumpul Semula.

a) ANALISA TAHAP PELAJAR MURID TAHUN 1


B KUMPULAN / TAHAP JUMLAH
1 A 3 orang pelajar
2 B 4 orang pelajar
3 C 3 orang pelajar
JUMLAH 10 orang pelajar

5
b) membantu pelajar menguasai kemahiran mengenal dan membaca nombor bulat
dengan bantuan aplikasi konsep abakus MS Powerpoint

Persoalan Inovasi yang dijalankan merangkumi beberapa aspek berikut:


a) Adakah kaedah Papan Operasi Asas Tambah Matematik ini dapat membantu
pelajar menjawab dan melengkapkan soalan tambah dengan mengumpul semula
dengan baik?

b) Adakah kaedah Papan Operasi Asas Tambah Matematik ini dapat membantu
pelajar menjawab dengan pantas/congak/spontan serta secara bertulis dengan
tepat ?

c) Adakah minat pelajar terhadap matematik dapat ditimbulkan melalui penggunaan


kaedah Papan Operasi Asas Tambah Matematik ini?

d) Adakah kaedah Papan Operasi Asas Tambah Matematik ini dapat mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis?

Kumpulan Sasaran
Untuk inovasi ini, guru ( inovasi ) telah memilih murid Gred A, B dan C dari Tahun
1 sebagai sampel inovasi ini memandangkan kemahiran mengenal operasi adalah
asas di dalam sukatan mata pelajaran matematik Tahun 1. Dalam masa yang sama,
guru ( inovasi ) juga memilih tiga kategori murid iaitu murid yang berpencapaian
rendah, sederhana dan cemerlang. Ketiga-tiga kategori ini amat penting untuk
melihat sejauh mana keberkesanan kaedah alternatif melalui Fail Operasi Asas
matematik ini terhadap kemahiran pelajar mengenal konsep operasi asas melibatkan
dua nilai tempat.

Metadologi yang digunakan :


i. Pemerhatian
ii. Ujian Pasca
iii. Ujian Pra
iv. Soal Selidik untuk murid dan guru.

6
3. PERLAKSANAAN INOVASI

a) Tinjauan Masalah

i . Prestasi pencapaian subjek Matematik dalam peperiksaan dalaman masih


belum mencapai target dari segi kualiti gred.

ii Pelajar masih lemah dalam penguasaan kemahiran dalam topik operasi asas
tambah melibatkan dua nombor dengan mengumpul semula di dalam mata
pelajaran Matematik.

iii. Pelajar kurang mahir dalam mengembangkan idea, strategi dan kaedah di
dalam menggunakan konsep operasi asas dalam soalan melibatkan soalan
melengkapkan operasi asas dengan mengumpul semula.

iv. Kecenderungan pelajar dalam subjek Matematik bergantung kepada topik


yang tertentu sahaja.

b) Perlaksanaan program
i . Membuat ujikaji berbentuk inkuiri- penemuan
ii Membina kefahaman terhadap konsep
iii Pembimbing rakan sebaya
iv Membina carta,peta minda dan gambarajah
v Ujian Post
vi Kajian soal selidik

c) Tindakan yang dijalankan


i Menjalankan Ujian Pra
ii Membuat pengujian berbentuk soaljawab dan bertulis.
iii Pelajar membina kefahaman melalui pengujian.
iv Bimbingan rakan sebaya dari gred A semasa aktiviti berkumpulan
vi. Ujian Post

7
4. DAPATAN KAJIAN

a) Analisis Data
i Analisis Ujian Pra
ii. Analisis Pemerhatian
iii Analisis soal selidik
iv. Analisis minat pelajar

v. Analisis Ujian Post


b) Rumusan
i Pemahaman pelajar tentang konsep pendaraban lebih kukuh
ii Kaedah inkuiri – penemuan secara berperingkat dan dapatan yang diulang -
ulang dapat membantu murid membina konsep dengan kukuh.
iii. Aktiviti berkumpulan dengan bimbingan rakan sebaya membantu pelajar
terlibat secara aktif.

5. REFLEKSI KAJIAN
a.) Pencapaian pelajar
Pelajar dapat mengatasi masalah kekeliruan konsep dalam konep abakus.
b) Rumusan Pemerhatian
Pertandingan antara kumpulan dalam menyatakan jawapan melalui Papan
Operasi Asas Matematik.
c) Proses Pengajaran dan pembelajaran
Kefahaman murid terhadap Konsep Papan Operasi Asas Matematik dapat
diperkukuhkan dengan teknik pengajaran yang pelbagai.

6. CADANGAN
Saya bercadang untuk meneruskan teknik pengajaran menggunakan kaedah
Papan Operasi Asas Matematik dalam membina konsep opersasi asas dalam
matapelajaran matematik.

8
PENGGUNAAN BAHAN

1. Bahan yang digunakan ialah Fail Operasi Asas Matematik.


2. Maklumat berkaitan Pertandingan, Tajuk dan Bahan-bahan Inovasi.
3. Bahagian fail yang mengandungi :
3.1 Operasi bentuk lazim.
3.2 Kad-kad nombor

Rumusan

Dapatan kajian ini mendapati bahawa kemahiran melengkapkan ayat matematik di tempat
kosong dengan mengumpul semula menggunakan penggunaan Fail Operasi Asas Matematik
berjaya membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran operasi tambah
mengumpul semula dan melengkapkan tempat kosong seterusnya menngkatkan prestasi
markah mereka dalam ujian. Berdasarkan dapatan hasil analisis, penggunaan ini meningkatkan
prestasi murid daripada ___ % sehingga ___ % dalam skor ujian mereka. Berdasarkan
pandangan sampel yang telah dipilih, mereka semua bersetuju bahawa kaedah ini sangat
membantu dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam menambah nombor dengan
mengumpul semula dan melengkapkan tempat kosong ayat matematik. Kaedah ini sesuai untuk
dilaksanakan kerana berjaya menarik minat mereka dalam pembelajaran matematik

Disediakan oleh:

………………………………………………………….
FAUZAN B MD NOH
GURU INOVATIF SK CHENGKAU
SEKOLAH KLUSTER KECEMELANGAN
REMBAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

9
BERIKUT CONTOH SOAL SELIDIK INOVASI GURU INOVATIF 2019

SOAL SELIDIK ONLINE MELALUI AKAUN GOOGLE CLASSROOM PELAJAR

SOAL SELIDIK APLIKASI POWERPOINT

Borang Soal Selidik ini adalah untuk membuat Penyelidikan Projek Inovasi
Pertandingan Guru Inovatif Daerah Rembau Tahun 2018

PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK

1. Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai sikap dan
pandangan pelajar terhadap pendaraban dalam matematik. Maklumat yang
diberikan membantu untuk mempertingkatkan lagi tahap pengejaran dan
pembelajaran matematik di sekolh-sekolah.

2. Borang soal selidik ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan salah atau betul
serta bukan bertujuan untuk menguji pelajar.

3. Sebarang maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini akan dianggap
rahsia dan digunakan untuk tujuan soal selidik sahaja.

4. Borang soal selidik ini mengandungi satu bahagian iaitu seperti di Lampiran A.

5. Sila tandakan dengan jujur dan ikhlas berdasarkan pandangan anda yang sebenar
kerana maklumat yang anda berikan adalah amat berguna untuk soal selidik ini.

6. Atas kerjasama semua pelajar, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

10
LAMPIRAN A
SOAL SELIDIK TENTANG MINAT PELAJAR DAN PENGGUNAAN ALAT BANTU
MENGAJAR TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DALAM TAJUK PENDARABAN

Arahan : Sila tandakan sejauh manakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat
anda sendiri tanpa terpengaruh atau disuruh oleh orang lain. Dengan menggunakan
skala dari 1 hingga 5, sila tandakan ( √ ) pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan anda
menanda pada setiap pernyataan.
Sangat Tidak Setuju
1
2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Sikap Dan Minat Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Matematik
Secara Umum

B PERNYATAAN 1 2 3 4 5
1 Saya sangat meminati mata pelajaran Matematik.
Pembelajaran mata pelajaran Matematik menggalakkan
2
saya berfikir.
Pembelajaran mata pelajaran Matematik memberi kesan
3
dalam kehidupan saya.
Penggunaan alat bantu mengajar ( Jadual Sifir ) menarik
4
minat saya untuk menjawab soalan darab.
Saya suka menjalankan aktiviti individu semasa proses
5
pembelajaran Matematik dijalankan.
Saya suka menjalankan aktiviti berkumpulan semasa
6
proses pembelajaran Matematik dijalankan.
7 Saya berminat menjawab soalan darab secara individu.
Saya berminat menjawab soalan darab secara
8
berkumpulan.
Saya bersetuju mata pelajaran Matemetik subjek yang
9
sukar.
10 Saya tahu menggunakan Jadual Sifir dalam operasi darab.
Penggunaan Jadual Sifir membantu saya meningkatkan
11
kefahaman dalam operasi darab.
Guru mata pelajaran Matematik saya Berjaya
12
menghidupkan suasana pembelajaran melalui kaedah ini.
Pemahaman dalam konsep darab ini akan menjadikan saya
13
lebih berkeyakinan dan berminat dengan subjek ini.
Kaedah ini mampu melahirkan pelajar yang kreatif dalam
14
mencari ilmu.
Kaedah ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan
15
pembelajaran Matemtik.

11
1. URLGOOGLE FORM SOAL SELIDIK JADUAL SIFIR
https://goo.gl/forms/h4itI3UG3V62x76B3

2. EMBEDED GOOGLE FORM SOAL SELIDIK


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfOajTcnvadtccVhuCwQ6xrB5ScyM5
N-hSGktsKYV1NDT7pFQ/viewform?embedded=true

3. URL RESPONS MURID - SOAL SELIDIK GOOGLE FORM


https://goo.gl/forms/bRo0quFLFGvpShjT2

4. EMBEDED RESPONS MURID - SOAL SELIDIK GOOGLE FORM


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfOajTcnvadtccVhuCwQ6xrB5ScyM5
N-hSGktsKYV1NDT7pFQ/viewform?embedded=true

RESPONS DARIPADA SOAL SELIDIK


JUMLAH : SERAMAI 18 ORANG MURID TAHUN 4
PERISIAN : GOOGLE FORM DARIPADA DRIVE FROG VLE GURU
=============================================================

12
http://blogvlefrogmikepojan.blogspot.com/
http://blogvlefrogmikepojan.blogspot.com/2018/04/guru-inovatif-2018.html
EMEL : MNFAUZAN@Yes.My

DISEDIAKAN OLEH :

FAUZAN B MD NOH
SK CHENGKAU SKK,
71300 REMBAU,
N.SEMBILAN DK.

INOVASI GURU INOVATIF 2020

13
14
15
PENGHANTARAN PENDAFTARAN INOVASI GURU INOVATIF 2020

16

Anda mungkin juga menyukai