Anda di halaman 1dari 15

ARTIKEL 1

TAJUK : Kajian Mengenai Operasi Matematik : Kaedah Pengajaran Operasi Penambahan Dalam Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Murid Slow Learner. SUMBER : http://kanniammalgapaloo.blogspot.com/2013/09/kajian-mengenai-operasi-mt.html SINOPSIS ARTIKEL : Artikel membincangkan tentang masalah yang dihadapi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran bagi membuat operasi tambah yang melibatkan

pengumpulan semula. Murid dinyatakan dapat menguasai pengiraan jika menggunakan objek atau bahan konkrit namun mengalami masalah apabila bahan konkrit tidak disediakan. Murid juga keliru apabila menggunakan jari untuk menjawab soalan yang melibatkan pendekatan operasi tambah secara objek mengumpul semula. murid Guru menggunakan pendekatan

menggunakan

untuk membantu

namun

melambatkan menyiapkan tugasan dan menyebabkan murid terlalu bergantung kepada obejk. Lalu guru memperkenalkan konsep melukis lidi bagi menangani masalah yang dihadapi murid. Murid dapat memahami konsep tambah secara kumpul semula dan dan menjawab lembaran kerja dengan lebih cepat. KELEBIHAN Memupuk sifat kerjasama dan sedikit demi sedikit rakan-rakan lain tidak lagi mengejeknya Meningkatkan keyakinan diri murid untuk belajar

KELEMAHAN Kurang tumpuan kepada murid lain kerana murid perlu dibimbing sepenuhnya.

PENAMBAHBAIKAN Aktiviti perlu melibatkan semua murid secara keseluruhan dan bukan murid yang lemah sahaja.

ARTIKEL
2

TAJUK : Penggunaan Kaedah Side-Counting Bagi Membantu Murid Pemulihan Tahun 3 Menguasai Kemahiran Menambah Melibatkan Pengumpulan Semula SUMBER : http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PEM/7%20philomina%20 naomi.pdf SINOPSIS ARTIKEL : Artikel ini secara umumnya menjelaskan tentang kaedah Side - Counting sebagai satu inovasi kepada kaedah P&P subjek matematik yang telah sedia ada. Penyelidikan tindakan ini bertujuan meningkatkan kemahiran menambah murid pemulihan Tahun Tiga terutamanya operasi penambahan yang melibatkan proses pengumpuklan semula di samping menambah baik amalan pengajaran. KELEBIHAN Membantu murid memahami konsep abstrak yang diwakili oleh proses

pengumpulan semula ketika menambah Lukisan bulatan sebagai bahan visual konkrit dalam kaedah side-counting memudahkan proses pengiraan. Penerangan pengajaran menjadi lebih ringkas dan mudah difahami murid. Cara ini mudah diingat dan boleh digunakan untuk menjawab soalan penambahan yang lebih susah Murid lebih yakin menjawab soalan disamping pembelajaran menjadi lebih mudah dan berkesan kerana guru tidak perlu membuang masa untuk mengajar murid berulang-ulang tentang cara menyelasaikan masalah penambahan melibatkan pengumpulan semula. Pembelajaran lebih seronok dan kurang tekanan pada murid-murid pemulihan. Tidak memerlukan bahan bantu yang banyak untuk dilaksanakan.

KELEMAHAN Murid perlu memahami konsep penambahan dengan mengumpul semula terlebih dahulu sebelum menggunakan kaedah side-counting.

PENAMBAHBAIKAN Sebelum penggunaan kaedah Side-Counting, pengguna perlu memahami konsep penambahan dengan mengumpul semula terlebih dahulu. Pelaksanaan program kepada murid seawal tahun 1 demi membantu mereka menguasai kemahiran penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Pelaksanaan inovasi ke atas kaedah Side-Counting dengan melibatkan operasi tolak atau darab.

ARTIKEL 3

TAJUK : Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Asas Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10 Dengan Segi Tiga Pascal SUMBER : https://www.academia.edu/2391635/MENINGKATKAN_PENGUASAAN_KEMAHIRAN_ ASAS_OPERASI_TAMBAH_DALAM_LINGKUNGAN_10_DENGAN_SEGI_TIGA_PAS CAL SINOPSIS ARTIKEL : Artikel membincangkan tentang kajian yang dilaksanakan untuk mengkaji impak Segi Tiga Pascal terhadap penguasaan konsep Operasi Tambah dalam Lingkungan 10. Murid menghadapi permasalahan yang homogenus, iaitu Kemahiran 5.4 Menambah nombor satu digit dan satu digit secara spontan. Kadar kebergantungan terhadap bahan-bahan konkrit adalah tinggi dan menyebabkan peruntukan masa menjawab setiap soalan adalah lebih banyak berbanding rakan-rakan sebaya. Justeru, penyelidik mengimplimentasikan kurikulum matematik melalui intervensi yang paling relevan dengan keperluan pembelajaran kesemua sampel, iaitu rekreasi matematik Segi Tiga Pascal. Instrumen yang digunakan ialah lembaran kerja serta dilaksanakan dalam Ujian Pra dan Pos. Data-data daripada ujian ini dikumpul, dianalisis, serta dinilai dan keputusannya membuktikan bahawa Segi Tiga Pascal adalah sesuai untuk

pembelajaran konsep operasi tambah. Dapatan yang diperolehi itu membuktikan bahawa rekreasi matematik ini merupakan medium pembelajaran yang sangat berkesan. Justeru, penyelidik mencadangkan lima rekreasi matematik yang lain bagi mempertingkat penguasaan konsep Operasi Tambah dalam Lingkungan 10, iaitu Number Bonds, Highway Numbers, Permainan Interaktif Operasi Tambah dalam Lingkungan 10, Dotty Dominoes, serta Apparatus Stern/Cuisenaire.

KELEBIHAN Pembelajaran secara rekreasi matematik yang boleh menarik minat murid. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memudahkan guru menerangkan konsep segi tiga Mampu meningkatkan kefahaman sesuatu konsep dengan mempersembah gambaran visual Segi Tiga Pascal. Pembelajaran menggunakan TMK dapat menggalakkan pembelajaran secara berdikari dan autonomi TMK mempunyai daya komunikatif yang tinggi dan menjamin pembelajaran autentik kepada murid. Mengurangkan masa yang diambil murid untuk menjawab soalan dalam ujian.

KELEMAHAN Guru perlu benar-benar mahir dengan kaedah kerana kaedah yang digunakan sukar dijelaskan secara auditori. Bentuk yang digunakan bagi menggambarkan Segi Tiga Pascal itu lebih sesuai dengan bentuk segi empat

PENAMBAHBAIKAN Kelemahan ini telah diperbaiki dengan menjelaskan penggunaan pembaris supaya Segi Tiga Pascal itu kelihatan melintang dan rata. Cadangan-cadangan lain bagi meningkatkan kemahiran murid dalam operasi tambah ialah Number Bonds, Highway Numbers, Permainan Interaktif Operasi

Tambah dalam Lingkungan 10, Dotty Dominoes, serta Apparatus Stern/Cuisenaire.

ARTIKEL
4

TAJUK : Jom Tambah, Sayangku. SUMBER : http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PRA/3.%20Amanda.pdf SINOPSIS ARTIKEL : Kajian ini merupakan sebuah kajian tindakan yang berorientasikan murid prasekolah. Objektif kajian ini ialah membantu murid prasekolah memahami konsep dan menguasai operasi tambah dalam keadaan yang menyeronokkan dan bermakna melalui pendekatan belajar sambil bermain. Terdapat tiga jenis permainan matematik iaitu Kotak, Bermain Gulidan Dadu Ajaib yang telah dijalankan bagi mengatasi masalah yang dihadapi murid dalam memahami konsep operasi tambah. Dapatan kajian menunjukkan kemampuan murid menyelesaikan operasi tambah meningkat selepas intervensi menggunakan kaedah belajar sambil bermain dijalankan berbanding sebelum intervensi. Ini menunjukkan penggunaan kaedah belajar sambil bermain dapat membantu murid dalam menyelesaikan operasi tambah disamping meningkatkan kefahaman mereka. KELEBIHAN Pendekatan belajar sambil bermain ini dapat mencetuskan minat dan mengurangkan rasa bosan murid-murid prasekolah dalam memahami dan menguasai operasi tambah. Pendekatan belajar sambil bermain dapat membantu murid-murid prasekolah memahami dan menguasai operasi tambah. Dapat manipulasikan bahan-bahan maujud yang disediakan seperti guli dan dadu. Menurut lai kim leong, khaw ah hong dan seah ai kuan (2001) menyatakan bahawa murid-murid lebih gemar belajar secara konkrit dengan manipulasi bahan maujud Minat murid dicetuskan dan rasa bosan dapat dikurangkan melalui penggunaan bahan.

Pendekatan belajar sambil bermain telah dapat meningkatkan mutu pengajaran saya sebagai seorang guru prasekolah. Membantu seorang murid yang mempunyai masalah dari segi sosioemosi dan pembelajaran menggunakan pendekatan belajar sambil bermain. Berpeluang meneliti perancangan teknik pembelajaran dan pengajaran agar bersesuaian dengan keperluan serta tahap kebolehan murid. Membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran. Pendekatan belajar sambil bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur yang memberi peluang kepada murid-murid prasekolah belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.

KELEMAHAN Kebergantungan kepada bahan bantu mengajar amat tinggi. Tertumpu kepada operasi tambah sahaja. Pelaksanaan memerlukan penyeliaan guru sepenuhnya.

PENAMBAHBAIKAN Program boleh diperluaskan dengan menggunakan pendekatan yang sama dan aktiviti permainan yang sama untuk mengajar murid prasekolah mengenai konsep operasi tolak pula.

ARTIKEL 5

TAJUK : Penggunaan Carta Slp Dalam Meningkatkan Kemahiran Membahagi Nombor Bulat Dengan Pembahagi Dua-Digit Dalam Kalangan Murid Tahun Empat. SINOPSIS : Penyelidikan tindakan ini telah dijalankan oleh Mardiah binti Yusof iaitu pelatih guru Institut Perguruan Kampus Darulaman. Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan mengkaji penggunaan Carta SLP dalam meningkatkan kemahiran

membahagi nombor bulat dengan pembahagi nombor dua-digit sewaktu kelas mata pelajaran Matematik dalam kalangan murid Tahun Empat. Penyelidikan ini dilakukan ke atas lima orang responden iaitu murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Seri Amar DiRaja. Carta SLP digunakan untuk membina sifir dua-digit pembahagi berdasarkan pola tertentu di mana carta ini dapat membantu proses bahagi nombor bulat dengan pembahagi nombor dua digit. Bagi menganalisis dapatan kajian , beberapa instrumen telah digunakan oleh penyelidik bagi mengumpul data iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca 1, Ujian Pasca 2, borang rekod masa dan senarai semak pemerhatian. Hasil daripada kajian yang telah dibuat oleh penyelidik, penggunaan Carta SLP ini telah berjaya

meningkatkan kemahiran murid-murid dalam membahagi nombor bulat dengan pembahagi nombor dua-digit. KEBAIKAN : Satu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran membina sifir pembahagi dua-digit sebelum melakukan operasi bahagi Memudahkan murid menyelesaikan operasi bahagi baombor satu digit yang melibatkan sifir dua digit nombor. Carta ini juga berpotensi bagi menarik perhatian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapat menghilangkan rasa bosan murid ketika belajar subjek matematik yang kebiasaanya murid hanya melihat nombor dan perkataan sahaja ketika belajar. Kaedah visual dapat meningkatkan tahap pemahaman murid ketika belajar

Mampu meningkatkan kecekapan dari segi masa dan tingkah laku dalam kemahiran membahagi nombor bulat dua-digit dengan betul dan tepat.

KELEMAHAN Murid perlu mahir menggunakan carta SLP terlebih dahulu untuk menyelesaikan operasi bahagi.

PENAMBAHBAIKAN Carta SLP ini harus diperkenalkan dan dikongsi bersama degan latihan Pembangunan Staf, di mana semua guru mata pelajaran Matematik didedahkan dengan intervensi ini.

Anda mungkin juga menyukai