Anda di halaman 1dari 5

7.

0 REFLEKSI

7.1 Perbincangan

Setelah menjalankan kajian tindakan ini saya telah mendapat pelbagai

pengalaman dan kesedaran sebagai seorang pengkaji semasa berada di sekolah.

Berdasarkan hasil dapatan kajian, dapatlah saya simpulkan bahawa Kaedah

Permainan Congkak memperoleh respons yang amat baik daripada peserta kajian.

Merujuk kepada analisis ujian pra dan ujian pasca, peningkatan markah purata

murid meningkat sebanyak 42.7%. Peningkatan ini cukup membanggakan pengkaji

kerana peserta kajian yang dipilih adalah berdasarkan latar belakang akademik yang

sederhana. Selain itu, penggunaan kaedah ini dilihat sebagai satu inovasi baharu

dalam meningkatkan kualiti pembelajaran ke arah yang lebih sistematik dan berkesan

dengan menekankan aspek pemahaman konsep yang mantap serta pengaplikasian

yang tepat.

Keberkesanan kaedah yang digunakan bukanlah diukur melalui instrument ujian

semata-mata, malah ia turut melihat kepada hasil pemerhatian, semakan hasil kerja

peserta kajian dan temu bual bagi menambahkan kemantapan hasil kajian dalam

mencapai objektif utama kajian ini. Kaedah ini mudah untuk digunakan oleh semua

guru matematik di sekolah-sekolah serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran yang

produktif.

7.2 Kekuatan

Setelah menjalankan kajian ini, pengkaji telah melihat elemen kekuatan kaedah

alternative iaitu Kaedah Permainan Congkak ini. Elemen kekuatan ini telah saya

analisis berdasarkan kepada rumusan analisis data yang terperinci. Kekuatan utama

kaedah ini ialah membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mengenal


bentuk dua dimensi dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Penggunaan kaedah pengajaran yang baharu dan masih belum diperkenalkan sebelum

ini akan membuatkan peserta kajian bersemangat tinggi untuk mencuba.

Dengan ini, Kaedah Permainan Congkak juga dapat meningkatkan minat para

peserta kajian di mana mereka menyatakan bahawa penggunaan Kaedah Permainan

Congkak ini memberi keseronokan belajar kepada mereka semasa sesi intervensi

dijalankan. Tambahan pula, peneguhan motivasi ekstrinsik juga berjaya meningkatkan

minat mereka dalam membantu murid untuk mengenal bentuk dua dimensi, mahupun

mengenal ciri-ciri bentuk dua dimensi. Secara tidak langsung mereka dapat membina

keyakinan diri terhadap topik dua dimensi bahawa mereka pasti dapat mengenal

bentuk dua dimensi dengan menggunakan kaedah permainan congkak.

Melalui kajian tindakan ini saya telah diberi peluang untuk melihat sendiri

masalah-masalah pembelajaran yang sering timbul dalam subjek Matematik dan juga

mengesan punca-punca masalahnya. Kajian ini memberi kesedaran kepada saya

sendiri bahawa murid-murid sekolah rendah lebih mengharapkan strategi-strategi

pembelajaran yang mencungkil minat mereka serta mudah dan ringkas untuk

menguasai susuatu yang abstrak. Sepanjang tempoh saya menjalankan kajian

tindakan ini saya menjadi lebih matang dalam menyampaikan sebarang ilmu kepada

anak murid saya.

7.3 Kelemahan

Kaedah alternatif yang digunakan ini juga tidak terlepas daripada kekurangan.

Antaranya ialah, kadangkala Kaedah Permainan Congkak ini mengambil masa yang

lama untuk bermain dan ada murid tidak dapat membezakan bentuk dua dimensi. Hal

ini menyebabkan murid mengalami kekeliruan dalam menamakan bentuk-bentuk dua


dimensi. Murid seharusnya bijak mengenal pasti ciri-ciri sesuatu bentuk terlebih dahulu

supaya ianya memudahkan mereka untuk mengenal pasti nama bentuk tersebut dan

mengatasi masalah kekeliruan dalam membezakan bentuk-bentuk dua dimensi

tersebut.

7.4 Penambahbaikan

Kajian yang telah dijalankan ini masih memerlukan banyak penambahbaikan

untuk diperkembangkan lagi ke peringkat yang lebih jauh. Pengkaji berharap agar

kaedah yang dicadangkan ini boleh ditimbangkan sebagai salah satu kaedah yang

boleh digunakan dalam huraian sukatan pelajaran matematik. Jadi Kaedah Permainan

Congkak dapat digunakan oleh semua murid sekolah rendah di Malaysia.

Antara aspek yang boleh ditambah baik ialah menyediakan sebuah perisian

komputer untuk mengenal bentuk dua dimensi dengan menggunakan kaedah ini.

Penggunaan bahan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dapat

menarik minat murid untuk mendalami kaedah ini secara efektif.

7.5 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya berasa sangat berpuas hati kerana kajian yang

dijalankan berjaya membantu murid mengenal bentuk-bentuk dua dimensi dan saya

akan memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam Kaedah Permainan Congkak ini

supaya dapat menggunakannya dengan lebih efektif pada masa hadapan. Tidak

dilupakan juga kajian ini memberi peluang untuk meningkatkan amalan pendidikan

sendiri dan membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran murid bagi mengenal

bentuk dua dimensi. Saya berharap agar manfaat yang diperoleh melalui kajian ini

membantu saya menjadi seorang bakal pendidik yang berkaliber.


8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pengkaji merasakan kajian ini patut diteruskan dengan membuat beberapa

penambahbaikan supaya Kaedah Permainan Congkak menjadi lebih berkesan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah. Bagi memastikan

keberkesanaan penggunaan kaedah ini, kajian ini diharapkan dapat diperluas dengan

menambah bilangan peserta kajian dari sekolah yang berbeza di seluruh negara.

Dengan ini, pengkaji juga akan meneruskan kajian dengan mendalam ke atas peserta

kajian yang berlainan tahap akademik bagi membolehkan kaedah ini diterima dan

digunakan sebagai salah satu kaedah rasmi yang akan diterbitkan di dalam buku teks

Matematik Tahun 3 kelak.

Antara penambahbaikan lain yang sesuai dilakukan ialah penggunaan bahan

teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi membantu murid mengenal bentuk-

bentuk dua dimensi. Kemudahan komputer tentu akan menimbulkan minat murid-murid

kerana ianya memberi peluang buat mereka untuk belajar secara interaktif. Isi

kandungan pelajaran boleh direka dengan lebih menarik justeru menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran guru lebih berkesan kerana mengandungi elemen-

elemen kreatif dan inovatif.

Pengkaji juga ingin memperluas penggunaan kaedah ini di sekolah-sekolah lain

di seluruh negara. Pengkaji ingin melihat respons tentang penggunaan kaedah ini di

sekolah lain di seluruh negara dalam memastikan keberkesanaan secara maksimum

dapat dibuktikan dengan jayanya. Pengkaji juga ingin mendapatkan maklum balas
daripada guru pakar tentang penggunaan kaedah tersebut.

Antara penambahbaikan lain ialah kumpulan sasaran yang dipilih dalam

penyelidikan tindakan ini adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai

pencapaian sederhana dalam bidang akademik terutamanya bagi mata pelajaran

Matematik. Penyelidikan tindakan ini boleh dilanjutkan dengan memilih murid-murid

yang berpencapaian rendah dalam bidang akademik sebagai kumpulan sasaran untuk

melihat sama ada penggunaan Kaedah Petak Ketingting dapat meningkatkan minat

murid Tahun empat bagi soalan penambahan pecahan wajar dengan penyebut yang

berbeza.

Kesimpulannya, penggunaan kaedah ini merupakan titik mula dan pengkaji

berharap akan dilanjutkan untuk menempis sistem pendidikan yang terlalu

berorientasikan peperiksaan semata-mata pada masa akan datang. Pengkaji melihat

kewajaran konsep pendidikan haruslah lebih berpusatkan pelajar ke arah memahami

konsep yang mantap agar mampu diaplikasi dalam kehidupan seharian dan secara

tidak langsung, melalui kajian ini saya mampu meningkatkatkan profesionalisme saya

sebagai bakal pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai