Anda di halaman 1dari 4

BENGKEL PENATARAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2015 AMANJAYA

LIMA CIRI KBAT


1. Stimulus (Gambar, Situasi, Graf, Jadual, Pantun)
2. Pelbagai tahap/aras pemikiran
3. Konteks - Soalan yang tidak lazim (yang baharu)
4. Situasi sebenar dalam kehidupan.
5. Item tidak berulang – berbeza setiap tahun.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

Azmi seorang yang suka membaca, seperti ayahnya.


A Cacing hendak menjadi naga
B Hangat-hangat tahi ayam
C Bapa borek anak rintik
D Ada rupa ada harga

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

JU BM AMANJAYA 2015
BENGKEL PENATARAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2015 AMANJAYA

Pak Samad sedang _________ mengusahakan kebunnya untuk menambahkan pendapatan.


A bertitik peluh
B bermandi bunga
C bermandi peluh
D bermandi kerbau

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

Encik Khalid menjadi ________________ setelah perniagaannya gagal


A papa kedana
B rabun ayam
C lintah darat
D putih mata

Soalan 4 berdasarkan situasi di bawah.


Oleh sebab negara Malaysia aman, maka ramai rakyat dari
negara luar datang ke sini. Mereka berminat untuk bekerja di
negara ini kerana banyak syarikat menawarkan pekerjaan.

Situasi di atas diibaratkan seperti peribahasa di bawah kecuali…


A di mana ada buah masak, di situ banyak burung tampil
B di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak

JU BM AMANJAYA 2015
BENGKEL PENATARAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2015 AMANJAYA

C di mana ada kemahuan, di situ ada jalan


D di mana gula, di situ ada semut

5 Pilih ayat yang betul berdasarkan gambar di bawah.

A Ali, Abu dan Azli saling bantu-membantu mendirikan khemah.


B Ahmad mengheret begnya lalu berjalan menuju khemah.
C Osman menghidangkan makanan sambil duduk bersila di atas selembar tikar.
D Kamal membancuh sekole besar air minuman untuk anggota pengakap yang lain.

Aku ialah sehelai duit kertas RM5. Badanku berwarna hijau. Walaupun aku hanya sehelai
kertas, teapi aku amat berguna kepada manusia. Biasanya, manusia menggunakan aku untuk
mendapatkan benda yang mereka ingini.
Aku dimiliki oleh seorang manusia bernama Encik Mohd Nazri, seorang usahawan yang
berjaya. Pada suatu hari, tuan aku telah memberikan aku kepada anak perempuannya, Syafiqah
bersama dengan duit syiling 50 sen. Syafiqah menyimpan aku dan duit syiling 50 sen itu ke dalam
poket baju kurung sekolahnya. Semasa waktu rehat, Syafiqah telah menggunakan duit syiling 50
sen untuk membeli nasi lemak dan aku tidak digunakan olehnya. Selepas balik ke rumah, Syafiqah
menyimpan aku ke dalam tabung.
Di dalam tabung itu, aku telah berkenalan dengan duit kertas yang lain. Rupa-rupanya
Syafiqah seorang budak yang berjimat cermat kerana terdapat pelbagai nilai duit kertas dan syiling
di dalam tabung itu. Aku berasa sungguh gembira kerana telah mendapat ramai kawan.
Pada suatu hari, Syafiqah telah memecahkan tabungnya dan kami semua dikeluarkan dan
dikira. Selepas itu, Syafiqah membawa kami ke sebuah kedai buku. Syafiqah telah menggunakan
kami untuk membeli buku-buku rujukan.

1. Perkataan ‘aku’ merujuk


A Sekeping duit syiling 50 sen.
B Sehelai duit kertas RM5
C Sekeping duit syiling RM1.
D Helaian duit kertas RM5

2. Yang manakah BUKAN Syafiqah?


A Murid perempuan.
B Pemilik wang kertas RM5.
C Murid sekolah rendah.
D Suka menyimpan duit dan berjimat cermat.

JU BM AMANJAYA 2015
BENGKEL PENATARAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2015 AMANJAYA

3. Encik Mohd Nazri memberikan duit kertas RM5 kepada anaknya untuk
A Wang membeli buku.
B Wang sakupersekolahannya.
C Wang untuk membayar yuran persekolahannya.
D Wang untuk disimpan dalam tabung.

4. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Encik Nazri.


A Encik Mohd Nazri seorang bapa yang bertanggungjawab.
B Encik Mohd Nazri meminta Syafiqah membeli sendiri buku-buku rujukan dan latihan.
C Encik Mohd Nazri seorang bapa yang berjaya mendidik anak berjimat cermat.
D Encik Mohd Nazri seorang yang rajin.

5. Apakah tujuan utama Syafiqah menyimpan ‘aku’?


A Syafiqah memang suka berjimat cermat.
B Syafiqah ingin membeli buku-buku ulangkaji.
C Syafiqah sayang untuk menukar not RM5 itu.
D Syafiqah ingin menyimpan duit itu ke dalam bank.

JU BM AMANJAYA 2015

Anda mungkin juga menyukai