Anda di halaman 1dari 8

SOALAN A - Majlis Hari Anugerah ini diadakan untuk

mengiktiraf kecemerlangan pencapaian akademik, kokurikulum


Pihak LPM menyarankan agar nama watak dan sahsiah murid.
digunakan untuk Soalan A. - Dif kehormat menyampaikan anugerah kepada seorang murid
lelaki yang telah memperoleh prestasi memberangsangkan dalam
SUASANA DI RUMAH pelajaran.
- Dewan sekolah telah dihias indah bagi menceriakan dan
Suasana di Ruang Tamu memeriahkan hari yang bersejarah ini.
- Keluarga ini beristirahat di ruang tamu sambil melakukan pelbagai - Kepetahan pengacara majlis berceloteh di rostrum akan
interaksi sosial. membantu kelangsungan perjalanan majlis.
- Anggota keluarga ini beristirahat di ruang tamu sambil - Ibu bapa turut hadir untuk memberikan sokongan moral kepada
melakukan pelbagai rutin aktiviti harian. murid yang menerima pengiktirafan di atas platform pentas.
- Si ibu asyik menonton siaran televisyen sambil meriba bayinya
yang sedang sedang menyusu di pangkuan. Suasana di Perpustakaan / Pusat Sumber
- Seorang lelaki berkumis lebat dan berkaca mata yang agak - Pusat sumber sekolah merupakan gedung pustaka yang
berusia tekun membaca akhbar. membekalkan pelbagai disiplin ilmu. Ayat TEMA (situasi)
- Kanak-kanak perempuan yang berambut ikal mayang dan - Teks di perpustakaan disusun berdasarkan kategori disiplin ilmu
berbaju-T kelihatan membantu adiknya mengulang kaji pelajaran. untuk memudahkan pencarian pengguna. (Ayat situasi)
- Seorang kanak-kanak perempuan yang bertocang dua begitu - Iklim di pusat sumber yang hening dan nyaman menjana
asyik melayani seekor kucing montel yang berbulu lebat. situasi pembelajaran yang selesa dan harmoni. (Ayat situasi)
- Gadis yang bersila panggung di sisi ibunya bersembang dengan - Murid-murid yang memilih pusat sumber sebagai lokasi timba
seseorang melalui telefon bimbitnya. ilmu akan menjadi modal insan bermaklumat. (Ayat situasi)
- Budak lelaki membetulkan kedudukan gambar hiasan pada dinding - Sekumpulan murid tekun mentelaah di perpustakaan untuk
yang terbias dari paksinya. memperlengkap pengetahuan yang sedia ada. Ayat TEMA (aktiviti)
- Tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan mengisi
Persiapan Menceriakan Rumah untuk Meraikan Hari masa senggang dengan mengunjungi pusat sumber. (Ayat aktiviti)
Kebesaran - Sepasang murid mengadakan perbincangan dua hala untuk
- Anggota keluarga ini giat membuat persiapan bagi menceriakan menjelmakan pemahaman tentang sesuatu isu. (Ayat aktiviti)
dan merperindah panorama hiasan dalaman rumah mereka. - Murid perempuan berbaju kurung yang membelakangi
- Seorang budak yang berbadan gempal menggunakan penyapu sekumpulan murid memilih media bacaan di rak. (Ayat aktiviti)
sawang untuk mengenyahkan habuk yang bersarang pada - Seorang murid perempuan yang bertocang dua berurusan
ram kipas. di kaunter. (Ayat aktiviti)
- Kanak-kanak perempuan yang berambut ikal mayang dan
berbaju-T mengelap cermin tingkap dengan penyapu bulu ayam. Suasana / Aktiviti semasa Perkelahan
- Si ibu asyik mengubahsuai susun atur kuih di atas meja untuk - Pengunjung pantai ini melakukan pelbagai aktiviti untuk menghiasi
memudahkan tetamu menjamahnya. agenda perkelahan.
- Lelaki berkaca mata yang agak berusia tekun mengelap lantai. - Antara aktiviti santai yang dilakukan oleh mereka termasuklah
- Seorang kanak-kanak perempuan beria-ia memperagakan beristirahat, bermain dan mandi-manda.
pakaian baharunya sambil diperhatikan oleh ibunya. - Seorang wanita bersandar pada sebatang pohon sambil
membaca senaskah majalah.
Gotong-royong Membersihkan Persekitaran Rumah - Seorang budak perempuan dan dua orang budak lelaki asyik
- Keluarga ini mengadakan gotong-royong untuk mewujudkan membina istana / kota daripada pasir.
persekitaran rumah yang bersih, ceria dan nyaman udaranya. - Dua orang budak lelaki menyulam aktiviti perkelahan dengan
- Agenda ini dapat mempererat keakraban dan sikap toleransi permainan bola sepak pantai.
dalam kalangan anggota famili. - Beberapa orang pengunjung kelihatan leka mandi-manda di gigi
- Aktiviti gembleng tenaga seperti ini pastinya berupaya untuk air.
memupuk rasa cinta akan rumah.
- Dua kanak-kanak perempuan kelihatan leka memperindah
- Seorang lelaki memperkatakan sesuatu kepada isterinya yang
landskap dengan projek penanaman pokok bunga. menyediakan juadah untuk hidangan mereka sekeluarga.
- Seorang lelaki yang agak berusia giat membersihkan badan - Sambil bersandarkan sebatang pohon mati, seorang dewasa
kereta dengan secebis kain. memperhatikan gelagat orang ramai yang berada di tepi pantai.
- Seorang budak lelaki membantu proses pencucian kereta dengan
memancutkan air paip ke badan kereta. Aktiviti Hujung Minggu
1. Lapan orang anggota keluarga sedang mengisi
masa
senggang mereka dengan pelbagai aktiviti di laman
SUASANA DI SEKOLAH rumah.
2. Lelaki yang berkaca mata sedang memotong
Situasi Aktiviti Gotong-royong di Sekolah rumput
- Agenda gotong-royong ini diadakan bagi mewujudkan menggunakan mesin potong rumput.
panorama sekolah yang bersih, ceria dan nyaman udaranya. 3. Remaja lelaki sedang menggemburkan tanah dengan
sebatang cangkul.
- Program ini dapat mempererat keakraban dan integrasi dalam
4. Seorang wanita yang berambut ikal sedang mengangkat
kalangan warga sekolah. pasu bunga untuk diletakkan ke atas para-para.
- Aktiviti gembleng tenaga sebegini pastinya berupaya untuk
memupuk rasa cinta akan sekolah. Catatan Aktiviti pada Hari Minggu
- Dua pasang murid kelihatan bertindak memperkemas landskap
dengan projek penanaman pokok bunga.
- Tiga orang murid lelaki asyik mewarnai mural yang Pendahuluan:
bertemakan “Jalur Gemilang”. ~ Tarikh, hari, masa
- Empat orang murid lelaki pula memilih tanggungjawab untuk
membaik pulih kerusi meja yang bermasalah. Isi:
~ Solat subuh seperti biasa
- doa agak panjang kerana tidak perlu bergelut ke sekolah
Suasana Semasa Majlis Hari Anugerah ~ Tidur semula dan dikejutkan kira-kira pukul 09:45 pagi
NOR AZIZI BIN MOHD. ISA
Munsyi Dewan
~ Mandi dan berpakaian ~ Lahir nilai kesabaran, kerjasama, hormat-menghormati, toleransi
~ Menemani ibu ke pasar - singgah di beberapa tapak perniagaan dan muhibah yang akan mewujudkan suasana ceria dan
barangan terpakai harmoni dalam kalangan masyarakat.
~ Membaca akhbar mingguan untuk mengetahui berita mutakhir ~ Mengisi masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat.
~ Menonton di televisyen berdasarkan siaran yang diminati ~ Bijak membahagi masa - menghindarkan diri daripada terjebak
~ Mengulang kaji pelajaran sambil dibantu oleh ayah dan kakak dalam gejala negatif (mencuri / melepak / menagih dadah /
~ Menyudahkan kerja sekolah memeras ugut / membuli).
~ Keluar bersama-sama dengan keluarga untuk makan di luar ~ Melonjakkan imej diri dan mengharumkan nama sesebuah
~ Menyusun buku mengikut jadual waktu esok institusi - mampu meraih pelbagai imbuhan dan ganjaran.
~ Menekankan amalan bekerja secara berpasukan - menjimatkan
Penutup: masa, tenaga dan material.
~ memastikan uniform sekolah untuk esok telah disiapsediakan ~ Membolehkan pelajar memartabatkan ilmu dan mendominasikan
seadanya kemahiran mekanikal.
~ Tidur ~ Keaktifan dalam kokurikulum merupakan tiket untuk mendapat
tempat di SBP dan IPT.
Kegunaan Pokok Kelapa (Peta Minda) ~ Menambahkan pengalaman yang sedia ada.
~ Membina semangat berdikari dan jati diri.
- Batang pokok kelapa dapat dijadikan titi bagi tujuan interaksi hala
~ Memupuk sikap setiakawan.
tuju dua lokasi yang terpisah oleh sungai atau tali air. ~ Menambahkan kenalan.
- Lidi daripada daun kelapa yang telah diraut dapat diberkas kemas
untuk menghasilkan penyapu lidi. Aktiviti kokurikulum menjana idea dan kemahiran kreatif -
- Lidi daripada daun kelapa yang telah diraut kemas dapat aktiviti kokurikulum mampu membentuk insan yang seimbang
digunakan sebagai agen pencucuk sate. daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
- Santan kelapa yang dimasak untuk tempoh tertentu akan
menghasilkan minyak masak. Peribahasa / Kata Hikmat
- Daun kelapa yang masih muda dapat dianyam untuk membentuk ~ Muafakat Membawa Berkat
kelongsong ketupat. ~ Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
- Serbuk kelapa yang diparut dapat dijadikan inti kuih-muih tradisi ~ Masa itu emas
~ Badan cergas, minda cerdas
yang menghiasi menu kudapan dalam sesuatu majlis.
- Tempurung kelapa dapat dijadikan kraf tangan tradisional untuk
tujuan komersial. Membaca Jambatan Ilmu
- Sabut kelapa dapat dijadikan agen untuk mencuci pinggan mangkuk Tabiat membaca dalam kalangan rakyat tempatan masih rendah -
atau menyental periuk belanga yang berjelaga. rakyat Malaysia dilaporkan membaca hanya dua muka surat
- Sabut kelapa dapat kita gunakan sebagai bahan bakar untuk dalam setahun - Sekiranya keadaan ini berterusan, hasrat
mengenyahkan kehadiran nyamuk. kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang tahun
- Santan kelapa dapat dijadikan ramuan untuk membuat kuih 2020 turut terjejas.
tertentu.
- Santan kelapa dapat dijadikan ramuan penting dalam masakan kari Faedah Membaca
atau masak lemak. ~ Dituntut oleh setiap agama.
- Air kelapa muda dapat dijadikan penawar kes keracunan makanan. ~ Menambahkan ilmu dan pengalaman.
- Isi kelapa dapat diproses untuk dijadikan bahan kosmetik seperti ~ Dapat memperbaik penguasaan bahasa.
sabun wangi atau sabun mandi. ~ Dapat menambah kosa kata.
~ Sebagai media hiburan.
- Isi kelapa dapat diproses untuk dijadikan produk makanan
~ Mengisi masa lapang.
berkualiti seperti marjerin. ~ Berpeluang menyertai peraduan / pertandingan.
~ Mencergaskan minda.
Cara-cara untuk Menjadi Murid Cemerlang (Peta Minda) ~ Melahirkan masyarakat berilmu.
- Kita perlu menumpukan sepenuh perhatian pada pengajaran
guru untuk tujuan pemahaman maksimum. Cara-cara untuk menggalakkan masyarakat membaca
- Sesi diskusi dan sumbang saran sesama teman merupakan ~ Mengadakan kempen kesedaran (pameran / ekspo / ceramah /
pengedaran risalah / iklan / sesi kaunseling).
antara kunci utama untuk meraih kejayaan optimum. ~ Ibu bapa atau penjaga perlu menjadi model insan
- Kesungguhan dalam mengulang kaji pelajaran semasa ~ Bacakan mereka buku sebelum mereka tidur.
senggang perlu bagi membentuk personaliti murid cemerlang. ~ Suburkan minat terhadap buku dan pembacaan kepada anak-
- Kekerapan mengunjungi pusat sumber akan membantu kita untuk anak dari awal.
memperoleh pelbagai disiplin ilmu yang mutakhir. ~ Setiap rumah perlu memiliki bilik bacaan mini yang selesa.
- Pengambilan makanan yang seimbang akan menjadikan fizikal ~ Menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat
tempatan.
kita cergas dan minda kita cerdas. ~ Mensyaratkan agar semua peniaga memberikan diskaun untuk
- Keaktifan dalam bidang sukan mampu menyihatkan badan dan buku ilmiah.
menenangkan fikiran. ~ Menaik taraf dan mengemas kini persembahan isi, ilustrasi dan
laras bahasa dalam bahan bacaan agar menepati cita rasa
SOALAN B khalayak.
~ Menjadikan buku sebagai hadiah bagi sesuatu pertandingan.
~ Menstabilkan harga bahan bacaan yang di pasaran.
Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum ~ Kempen “Bulan Membaca Kebangsaan” pada setiap bulan Julai
Kokurikulum - aktiviti luar darjah - bermanfaat - berkesan untuk haruslah disesuaikan serta distrukturkan semula programnya
membentuk pelajar kreatif, progresif, dinamis, berdaya saing, dan supaya lebih berkesan.
berwawasan - persatuan, unit uniform serta sukan dan permainan - ~ Menambah jumlah perpustakaan di bandar untuk menampung
dua jam seminggu - mempunyai pelbagai faedah. jumlah pembaca.
~ Mengubahsuai penampilan dan peranan perpustakaan awam
~ Penglibatan dalam aktiviti sukan membina tubuh yang cergas
(berhawa dingin / mural / perabot yang cukup / stok buku yang
dan minda yang cerdas - tubuh akan menjadi sihat - sukar
pelbagai dan sentiasa dikemas kini / mempunyai kemudahan
dijangkiti penyakit.
internet / proses pinjaman yang fleksibel / kawasan letak
~ Apabila kita berpeluh, badan akan mengeluarkan toksin dan
kenderaan yang mencukupi dan terkawal).
proses pembakaran lemak yang terjadi pula akan bertindak
~ Menganjurkan pelbagai aktiviti di perpustakaan bagi menarik
mengawal masalah obesiti.
lebih banyak pengguna.
~ Dapat mengembangkan bakat, kewibawaan dan melatih sifat-
~ Mengadakan pelbagai pertandingan pada semua peringkat yang
sifat kepemimpinan.
memerlukan proses pembacaan dan rujukan.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA


Munsyi Dewan
~ Menetapkan peratus jualan buku ilmiah di semua pusat ~ Mengambil informasi tentang kanak-kanak tersebut - namanya,
pembelian. nama ayah dan ibu, usia, penampilan diri (jenis dan warna
~ Mengawal penerbitan bahan bacaan picisan (majalah pakaian / kulit / rambut)
hiburan / komik / novel remaja). ~ Mencatat semua butiran dalam telefon bimbit
~ Memastikan kebanyakan buku atau bahan bacaan ilmiah lebih ~ Mendapatkan khidmat pengawal keselamatan
bersifat tempatan. ~ Membawanya ke kaunter pengumuman
~ Meningkatkan program penterjemahan buku-buku ilmiah ke ~ Menemaninya semasa pengumuman dibuat sehingga
dalam bahasa Melayu. ibu bapanya datang
~ Menambah kuota perpustakaan bergerak.
~ Memastikan semua pusat beli-belah, kawasan pelancongan dan
medan singgah awam dilengkapi dengan galeri bahan bacaan. Menangani Kecemasan
Matahari yang mencacak menjadikan suasana perhimpunan semakin
Usaha untuk menarik minat masyarakat Malaysia terhadap panas. Deretan ucapan juga menyebabkan kami kelesuan dan
buku haruslah dilakukan secara sungguh-sungguh dan berterusan. tension. Keringat mulai membasahi tubuh. Wajah beberapa orang
murid kelihatan agak pucat kerana tidak betah menangani terik
Sasaran 10 naskhah buka setahun bagi setiap individu pada tahun
matahari.
2010 seharusnya tercapai.
Tiba-tiba, Abdullah yang berdiri di sisiku terhuyung-hayang.
Peribahasa / Kata Hikmat Aku sempat menyambarnya sebelum dia terlentang ke dataran
~ Melentur aur biarlah daripada rebungnya kejat. Suasana menjadi panik apabila murid lain mulai berkerumun.
~ Ulat buku
~ Buku Jendela Dunia Sebagai anggota Persatuan Bulan Sabit Merah, kes sebegini
~ Hanya jauhari yang mengenal manikam memang “kacang” bagiku. Dengan bantuan Ikmal, Abdullah aku
usung ke kantin untuk mengelakkan gangguan lain. Aku menyeru-
nyeru namanya dan menampar-nampar pipi Abdullah untuk
Penjagaan Kesihatan Diri memastikan tahap kesedarannya.
~ Kesihatan ialah anugerah yang tidak ternilai dan perlu
Setelah terbukti Abdullah benar-benar pengsan, Ikmal kuarahkan
dipertahankan mencari minyak angin dan setimba air. Aku menanggalkan baju
~ Kesihatan tubuh amat penting bagi setiap individu Abdullah dan menggunakannya sebagai pengibas. Tali pinggang
~ Kesihatan akan menghasilkan kekuatan ~ kekuatan akan Abdullah juga kulucutkan untuk melancarkan perjalanan darahnya.
menghasilkan tenaga yang mampu menyempurnakan tugasan Ikmal kemudiannya muncul kembali. Manakala aku
yang mencabar membasahkan kepala Abdullah dan menyeka air ke wajahnya,
Ikmal kuminta menyapukan minyak pada tempat-tempat tertentu pada
Faedah Menjaga Kesihatan tubuh Abdullah untuk mengembalikan kesedarannya.
~ Tubuh akan menjadi sihat ~ tidak mudah dihinggapi pelbagai
penyakit. Usaha ini nampaknya berhasil kerana Abdullah tiba-tiba
~ Pengambilan makanan yang seimbang akan menjadikan fizikal mencelikkan mata dan menggerak-gerakkan tubuhnya. Selepasnya
kita cergas dan minda kita cerdas. menenangkannya, Abdullah kami iringi ke bilik rawatan untuk
~ dapat hidup dengan selesa ~ semua kerja yang kita lakukan akan beristirahat sementara menunggu rawatan susulan.
menjadi sempurna.
~ Mendapat banyak kawan ~ orang akan takut untuk mendekati Syukur, kerana pada hari ini, satu lagi disiplin nilai telah
individu yang berpenyakit. kurealisasikan.

Cara-cara menjaga kesihatan tubuh Kesiangan


~ Mengamalkan pengambilan makanan seimbang meliputi Sergahan dan cubitan mengejutkan lenaku. Wajah ibu mencuka.
kabohidrat (tenaga) protein (pembesaran), vitamin (mengelakkan Terkebil-kebil aku dibuatnya. Alamak, jam mempamerkan pukul
penyakit), garam galian 07:05 pagi! Kesiangan kiranya aku. Musibah apakah yang
~ Mengurangkan makanan yang membahayakan tubuh - makanan menafikan tugas penggera jam locengku? Bateri agaknya.
segera / makanan berlemak / manis / minuman berkarbonat Sempatkah aku ke sekolah?
~ Banyakkan minum air untuk meneutralkan asid yang terkandung
dalam badan Aku bingkas meraih tuala. Ibu mengomel keterkilanan
~ Banyakkan bersenam kerana apabila kita berpeluh, badan kita kerana kelewatanku mengerjakan solat subuh. Dalam kekalutan,
akan mengeluarkan toksin dan proses pembakaran lemak yang aku menerpa ke kamar mandi. Oleh sebab kesuntukan,
terjadi pula akan bertindak mengawal masalah obesiti. mandi kerbaulah nampaknya.
~ Mengamalkan kebersihan diri - mandi bersabun / memotong
rambut dan kuku Selepas beruniform, aku menjengkau dua keping
~ Mendapatkan rehat yang cukup - tidur sandwic yang terhidang di meja. Ibu yang sedari tadi asyik
~ Mengisi masa terluang dengan aktiviti santai yang dapat memperhatikanku, menggeleng-gelengkan kepala apabila aku
menenangkan minda - berkelah / bermain / berhibur merapatinya. Selepas memperoleh restu ibu, aku menghambur
~ Sentiasa menjalani pemeriksaan doktor keluar. Basikal yang setia tersandar di dinding garaj lantas
~ Mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti tidak bermoral - kusambar.
merokok, menghidu gam, pergaulan bebas, rempit, kerap
mengunjungi kafe siber. Aku mengayuh dengan pantas. Kelajuan dayunganku rasa-
rasanya mampu membunuh kucing yang melintas. Berpeluh-peluh
Peribahasa / Kata Hikmat juga aku semasa tiba di sekolah. Hari ini, terekodlah namaku
~ Badan cergas otak cerdas dalam kes hadir lewat.
~ Mencegah lebih baik daripada merawat
Aku meluru ke kelas. Selepas membaca doa pelembut,
Membantu Seorang Rakan yang Tercedera Semasa aku mengetuk pintu. Sebaik-baik sahaja Puan Ana memberikan
Bermain di Padang isyarat, aku menapak masuk. Setelah ucap salamku bersahut,
~ Membawanya ke tepi padang aku terus mohon maaf atas kelewatanku. Sambil mengangguk,
~ Cuba menghentikan pendarahan yang dialaminya beliau menasihatiku agar tidak mengulangi kesilapan tersebut.
~ Mencuci lukanya
~ Membawanya ke bilik rawatan Aku bersyukur kerana proses pembelajaran dan pengajaran
~ Melaporkan kejadian kepada guru bertugas belum dimulakan. Aku dimaklumkan bahawa semua murid
Membantu Kanak-kanak yang Kehilangan Ibu Bapa masuk ke kelas agak lewat kerana banyak pengisian yang telah
~ Memujuk untuk mengurangkan ketakutannya (gula-gula / duit) diperturunkan semasa sesi perhimpunan tadi.
Menepis Resah

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA


Munsyi Dewan
Sementara beliau menyampaikan taklimat kepada peserta Apabila kita berpeluh, badan kita akan mengeluarkan toksin
perkhemahan, komandan menugasiku mencari tapak yang sesuai dan proses pembakaran lemak yang terjadi pula akan bertindak
untuk aktiviti perkhemahan. mengawal masalah obesiti. Nilai-nilai kesabaran, kerjasama,
hormat-menghormati, toleransi dan muhibah yang lahir semasa
Setelah jenuh menapak, satu wilayah lapang kutemukan. bersukan juga akan mewujudkan suasana ceria dan harmoni
Lokasinya yang terletak di tepi sungai ternyata menepati program dalam kalangan masyarakat.
perkhemahan. Namun, apabila kuamati panorama di sekelilingku,
aku kaget seketika. Persekitarannya yang asing dan Selain mengisi masa senggang, keaktifan dalam bidang
menggerunkan tiba-tiba menghadirkan keresahan di benak. sukan juga akan menghindari kita daripada terjebak dalam
budaya negatif seperti mencuri, melepak, menagih dadah,
“Sesat aku ni!” memeras ugut, membuli dan sebagainya.

Bak “Anak ayam kehilangan induk”, aku menjerit sekuat-kuat Malahan, selain membantu melonjakkan imej diri dan
hati. Malangnya, launganku tidak bersahut. Hanya gema mengharumkan nama sesebuah institusi, kejayaan dalam sukan juga
suaraku memecah keheningan belantara. membolehkan kita meraih pelbagai imbuhan dan ganjaran.

Istilah “sesat” ialah lumrah bagi anggota TKRS sepertiku. Ternyata, amalan riadah ini dapat membentuk barisan
Memandangkan kompas tiada di genggaman, isyarat “SOS”, generasi yang proaktif, intelek, beretika dan berwawasan untuk
ketinggian pohon, denai, kedudukan suria dan aliran sungai menjadi pemimpin pelapis pada masa-masa terkedepan.
dapat kumanfaatkan untuk menangani kemelut.

Setelah menyalakan unggun, aku menghiliri sungai Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum
tersebut. Kupatahkan reranting tertentu untuk memudahkan aku Kokurikulum ialah aktiviti luar darjah yang bermanfaat dan begitu
dijejaki. Kebasahan ternyata membantu melancarkan perjalananku. berkesan untuk membentuk pelajar kreatif, progresif, dinamis,
berdaya saing, dan berwawasan. Kegiatan yang merangkumi
Sayup-sayup, kudengar suara riuh-rendah. Nun, hanya persatuan, unit uniform serta permainan ini dijalankan selama dua
sepelaung di hadapan, kulihat bersila komandan, dihadap oleh jam seminggu.
anggota TKRS lain, di sisi khemah yang telah tegak berdiri.
Mereka asyik bersembang. Kemunculanku dalam longlai Tidak dapat kita nafikan bahawa penyertaan dalam kegiatan
disambut deraian ketawa. Namun, syukur kerana selepas ini, kokurikulum ini banyak faedahnya. Aktiviti kokurikulum menekankan
mungkin aku dibenarkan “pengsan” sekejap. amalan bekerja secara berpasukan. Hasilnya, setiap agenda
yang diusahakan akan menjimatkan masa, tenaga dan material.

Kelebihan Belajar di Kelas Tuisyen Ditinjau daripada aspek pembentukan sahsiah, selain
Era Pendidikan Bestari kini menyaksikan perkembangan pusat membolehkan pelajar memartabatkan ilmu dan mendominasikan
tuisyen yang muncul umpama “Cendawan tumbuh selepas kemahiran mekanikal, keaktifan dalam kegiatan kokurikulum juga
hujan.” Intitusi pendidikan swasta ini makin mencuit tumpuan akan melahirkan individu yang tegas, beretika dan cekal dalam
pelajar untuk memperoleh input intensif bagi memartabatkan menangani kemelut kehidupan seharian.
ilmu.
Penglibatan dalam aktiviti ini juga membolehkan masa kita
Selain lokasinya yang strategik, kemudahan bilik kuliah yang terisi dengan tugasan yang memanfaatkan, lantas menghindari
canggih, selesa dan berhawa dingin membantu pusat tuisyen kita daripada sebarang pengaruh negatif.
menjadi sesak. Proses penimbaan ilmu juga terbukti
berlangsung dalam senario yang ceria, santai, dan hening Malahan, kegiatan kokurikulum juga berpaksikan semangat
tanpa gangguan anasir luaran. berdikari dan jati diri, yang memungkinkan seseorang pelajar
bertindak secara sendirian.
Pengagihan kumpulan yang kecil di kelas tuisyen pula
membantu pelajar memperoleh bimbingan secara lebih personal. Menyedari hakikat tersenarai, jelaslah bahawa selain
Malah, pengelompokan pelajar dari pelbagai sekolah pula berupaya menjana idea dan kemahiran kreatif, penglibatan dalam aktiviti
mewujudkan proses interaksi positif. Budaya pertukaran nota, kokurikulum mampu membentuk personaliti dan sahsiah diri
perkongsian idea dan pertarungan minda yang diamalkan di pusat setiap pelajar untuk mengharungi pelbagai aral terkedepan.
tuisyen terbukti telah melonjakkan kecemerlangan akademik
pelanggan mereka.
Amalan Jimat-cermat
Tenaga pengajarnya juga mesra pelajar. Malahan, Tidak dapat kita nafikan bahawa ungkapan “Sehari selembar
pengecualian penggunaan uniform, ketiadaan hukuman atau benang, lama-lama jadi kain” merupakan ungkapan yang begitu
dendaan, dan kehadiran yang berlenggang tanpa beban beg sinonim dengan amalan jimat-cermat yang menjadi tangkal atau
juga membantu kelangsungan proses pembelajaran. tonik bagi mereka yang dahagakan kesenangan dan kemewahan
pada hari muka.
Kupasan di pusat tuisyen yang berorientasikan peperiksaan
lebih berfokus kepada skop pilihan. Aktiviti latih tubi pula Sesungguhnya, amalan menabung ini amat penting. Hal ini
dilakukan dengan lebih acap. Malahan, bekalan nota eksklusif kerana setiap program yang kita rencanakan ternyata
dan kekerapan sesi soal jawab yang diusahakan juga telah memerlukan persiapan yang rapi. Amalan hemat dalam
memperkukuh pemahaman pelajar. berbelanja akan menjadikan kita insan berwawasan yang mampu
mencorakkan kehidupan yang berterusan.
Kepentingan mengikuti kelas tuisyen dalam era pendidikan
globalisasi. Menyebabkan institusi ini kini menjadi medan Hakikatnya, sikap jimat ini juga dituntut oleh agama,
singgah bagi mereka yang berhasrat menjaring keputusan manakala sikap membazir itu pula ialah budaya syaitan.
maksimum dalam peperiksaan yang bakal diduduki. Praktisan menabung juga memungkinkan masa depan kita
sempurna perancangannya.

Faedah Melibatkan Diri dalam Bidang Sukan Selain membantu kita semasa darurat, keprihatinan dalam
Tidak dapat kita nafikan bahawa aktiviti sukan penting dalam berbelanja juga menjadikan kita individu yang beretika dan
rutin hidup seharian. Tubuh yang cergas ialah pemangkin bertanggungjawab.
kepada minda yang cerdas. Jika kita kurang bersukan, tubuh akan
menjadi tidak bermaya dan akan terdedah kepada jangkitan virus. Dalam pada itu, tabungan di bank pula akan menambahkan
simpanan kita kerana deposit kita akan diberikan faedah.
Amalan bermain bola sepak, badminton, joging, berenang, Prosedur bank ini akan memperkasakan ekonomi kita dan
aerobik, tenis atau olahraga ternyata dapat mengistirahatkan berperanan pula menstabilkan pendapatan kasar negara.
benak.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA


Munsyi Dewan
Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa amalan jimat-
cermat ternyata dapat menyediakan pelaburan jangka panjang, Sukacita saya maklumkan bahawa perkara di atas saya rujuk.
bak kata pepatah, “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang 2. Saya tidak dapat hadir ke sekolah pada sepanjang minggu ini
ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.” kerana sesuatu sebab yang tidak dapat saya elakkan.

3. Untuk makluman cikgu, kelmarin, ayah saya telah dimasukkan


ke hospital kerana diserang penyakit denggi dan ibu pula terpaksa
menjaga ayah di wad 3B, Hospital Taiping.
Surat kepada Guru Besar
4. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengurusi adik-
Persatuan Kajian Tempatan adik yang masih kecil. Segala urusan persekolahan, kelas tuisyen,
Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu kelas fardu ain, kelas tambahan dan kegiatan lain mereka terpaksa
34300 Bagan Serai saya kendalikan.
Perak Darul Ridzuan.
5. Saya berjanji akan memastikan semua kerja sekolah sepanjang
minggu tersebut akan saya sempurnakan. Saya akan menghubungi
Guru Besar teman-teman sekelas untuk mendapatkan mana-mana tugasan
Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu yang perlu saya beresi.
34300 BAGAN SERAI. 7 JULAI
2015 Saya berharap agar pemohonan ini mendapat perhatian dan
pertimbangan yang sewajarnya daripada cikgu. Segala kesulitan yang
Tuan, timbul amatlah saya kesalkan.

Mohon Mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Bandar Taiping Sekian. Terima Kasih
Sukacita saya maklumkan bahawa perkara di atas saya rujuk.
Saya yang benar,
Untuk pengetahuan tuan, Persatuan Kajian Tempatan ingin
mengadakan lawatan sambil belajar ke bandar Taiping, antara
bandar yang mempunyai pelbagai warisan sejarah yang menarik
di negeri Perak. (ISYRAQHAKIM BIN NOR AZIZI)

3. Berikut ialah butiran mengenai lawatan tersebut:


Tarikh Lawatan : 19 OGOS 2015
Hari : SABTU
Masa : 08:00 - 08:00 malam Surat kepada Penerbit Buku
Anggota Rombongan : 48 orang (Tiga orang guru penasihat
dan 45 orang murid) Isyraqhakim bin Nor Azizi,
4. Beberapa lokasi lawatan telah kami pilih iaitu Muzium 123 Lorong Saujana 4,
Perak, Zoo Taiping, TamanTasik Taiping, Hutan Kayu Bakau Taman Saujana Jaya,
Matang, dan Bukit Larut. Bersama-sama ini juga, saya 12345 Taiping.
lampirkan sesalinan atur cara lawatan berkenaan untuk ________________________________________________________
rujukan dan penilaian tuan.
Tuan Pengurus,
5. Selain menambahkan pengetahuan dan pengalaman Syarikat Penerbitan Maju,
murid tentang fakta sejarah lawatan ini juga diharapkan dapat 3 Jalan Wawasan 3,
memberi pendedahan kepada anggota rombongan tentang 33300 KUALA LUMPUR. 5 MEI 2015
keunikan spesies flora dan fauna yang menghiasi belantara
Malaysia. Tuan,

Besarlah harapan saya agar permohonan ini mendapat Pesanan Buku Rujukan UPSR
pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya. Kami juga Sukacita saya maklumkan, perkara tersebut saya rujuk.
berharap agar tuan dapat memberikan maklum balas sebelum
15 Julai 2015. 2. Saya, seperti nama dan alamat di atas ingin membeli
beberapa buah buku rujukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Sekian. Terima kasih. (UPSR) yang telah syarikat tuan terbitkan.

Saya yang menjalankan tugas, 3. Buku-buku yang saya maksudkan itu ialah:-
a) 1 buah buku “Jelajah Pemahaman UPSR” - RM 4.60
b) 1 buah buku “123 Esei Bestari” - RM 7.20
(ISYRAQHAKIM BIN NOR AZIZI) c) 5 buah buku “Gempur Topikal Sains 2010” - RM 9.00
Setiausaha, (RM1.80 X 5)
Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. Jumlah - RM 20.80

4. Oleh sebab Peperiksaan UPSR akan diadakan pada awal


Surat kepada Guru Kelas September, saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan
penghantaran buku tersebut.
1, Lorong 11
Taman Impian Emas 5. Bersama-sama ini, saya sertakan Wang Kiriman Pos rnombor
11111 Taiping. 7667 yang berjumlah RM23.80 (Ringgit Malaysia: Dua puluh tiga dan
_____________________________________________________ sen lapan puluh sahaja) sebagai bayaran buku-buku berkenaan dan
kos pengirimannya.
Guru Tahun Enam Gemilang
Sekolah Kebangsaan Seri Gading Besarlah harapan saya agar permohonan ini mendapat perhatian
11111 TAIPING. 5 dan dan kerjasama yang sewajarnya daripada tuan.
MEI 2015
Sekian. Terima kasih.
Cikgu,
“BUKU JENDELA DUNIA”
Tidak Hadir ke Sekolah
Saya yang benar,

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA


Munsyi Dewan
kurang dua jam. Tepat pada pukul 11:30 pagi, kami berlepas pula dari
……………………………………. Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang ke Pulau Langkawi
(ISYRAQHAKIM BIN NOR AZIZI) dengan pesawat Boeing 747 MAS. Pengalaman menaiki kapal terbang
ternyata menjelmakan nostalgia. Seketika kemudian, sampailah
kami ke destinasi impian.

Dari Lapangan Terbang Langkawi, kami terus ke Underwater World.


Setelah meneroka dan menghayati alam akuatik, kami singgah untuk
Surat kepada Guru Besar menjamu selera di Restoran Changloon. Kemudian, kami berangkat pula
ke Taman Buaya, Pondok Upih. Petangnya, kami ke Hotel
Tahun Empat Bestari, Langkasuka untuk merawat kelesuan.
Sekolah Kebangsaan Laksamana,
34650 Kuala Sepetang. Pada keesokan harinya, kami melawat beberapa lokasi sejarah yang
terdapat di Langkawi seperti Makam Mahsuri, Padang Mat Sirat, Telaga Tujuh,
Telaga Air Hangat, dan Tasik Dayang Bunting.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Laksamana, Pada sebelah petangnya, kami bersantai pula di Pantai Chenang.
34650 KUALA SEPETANG. Selepas merarau, kami mengunjungi Galeria Perdana dan Pusat
26 MEI 2015 Perusahaan Gamat Asli, ROJAM. Kemudian, kami menaiki kereta
kabel Gunung Mat Chincang. Walaupun agak gayat dengan ketinggian, saya
Cikgu, berasa sungguh seronok kerana dapat melihat pemandangan negeri Kedah dari
puncak Gunung Mat Chincang ini.
Kerosakan Kipas dan Lampu di Bilik Darjah Empat Bestari Sebelum pulang, kami menjelajahi kedai-kedai bebas cukai di Pekan
Kuah. Kami menaiki feri ke jeti Kuala Perlis pada pukul 06:00 petang.
Sukacita saya maklumkan bahawa perkara di atas saya rujuk. Dari sana, kami ke bandar Kangar dan menggunakan khidmat bas ekspres
untuk balik ke Taiping. Bas singgah di Kawasan Rehat dan Rawat
2. Untuk pengetahuan cikgu, kipas dan lampu di bilik darjah Kelas
Gurun untuk makan malam.
Empat Bestari telah rosak dan tidak berfungsi sejak seminggu yang
lalu.
Kami selamat tiba di rumah pada pukul 10:20 malam. Sesungguhnya,
pengalaman yang amat menyeronokkan ini tidak mungkin akan saya lupakan.
3. Menurut guru kelas kami, Cikgu Hafaz, kerosakan ini mungkin
Sekiranya berkesempatan, saya akan minta ayah membawa kami melawat
berpunca daripada kecederaan pada dawai elektrik yang telah
negeri-negeri di sebelah Pantai Timur Semenanjung pula suatu hari nanti.
terlalu lama usianya.
Lebih kurang 140 patah kata.
4. Kerosakan kipas dan lampu telah mengakibatkan kami tidak
dapat menumpukan sepenuh perhatian pada proses pengajaran
Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah
dan pembelajaran yang berlangsung. Kerosakan ketiga-tiga kipas
Sambutan Hari Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Taman Saujana
telah menyebabkan suasana bilik menjadi panas. Apatah lagi,
Jaya, Taiping, telah diadakan pada hari Khamis, 31 Ogos, 2010,
sekolah ini terletak berhampiran dengan laut dan hawa panasnya
bertempat di Dataran Mercu Gemilang. Majlis ini diadakan bagi
kekal menyelubungi kawasan persekitaran. Ada sesetengah
memperingati ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-53.
daripada teman sekelas yang lencun bajunya kerana dibasahi
peluh. Bagaimanakah kami mampu belajar, jika keadaan ini
Majlis ini dimulakan seawal pukul 08:00 pagi. Atur acara
berterusan?
majlis merangkumi nyanyian lagu “Negaraku”, lagu “Perak Darul
Ridzuan”, lagu sekolah, lagu Jalur Gemilang, ucapan sempena hari
5. Keenam-enam lampu yang disediakan pada siling juga tidak
kemerdekaan, dan pembacaan perutusan khas Hari Kemerdekaan.
berfungsi sama sekali. Kami terpaksa belajar dalam keadaan yang
agak gelap terutama pada waktu sidang awal sebelum rehat.
Acara pendeklamasian sajak patriotik, persembahan lagu-lagu
Kedudukan kelas Tahun Empat Bestari yang terletak di belakang
bertemakan nasionalisme oleh Orkestra Sekolah dan laungan
bangunan utama juga menyebabkan bilik darjah kami dibayangi
“Merdeka!” sebanyak tujuh kali kemudiannya menyusuli acara
bayang bangunan.
berikutnya.
6. Besarlah harapan saya agar masalah ini dapat cikgu atasi
Semua murid kemudiannya berbasikal mengelilingi Taman
dengan segera agar kami dapat belajar dengan situasi yang lebih
Saujana Jaya sambil menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan
selesa untuk menjanjikan kejayaan yang cemerlang dalam
mengibarkan bendera Malaysia. Laungan kemerderkaan juga
pembelajaran.
dilakukan sepanjang perjalanan tersebut.
Saya berharap agar pemohonan ini mendapat perhatian dan
Setelah kembali ke sekolah, jamuan kemerdekaan diberikan
pertimbangan yang sewajarnya daripada cikgu. Segala kesulitan
kepada setiap warga sekolah. Aktiviti mewarna Jalur Gemilang
yang timbul amatlah saya kesalkan.
dan melukis logo Hari Kemerdekaan Ke-53 kemudiannya diadakan di
dewan. Agenda sambutan tamat pada pukul 12:30 tengah hari.
Sekian. Terima Kasih

Saya yang benar, Pada keseluruhannya, majlis sambutan ini berlangsung dalam
suasana yang meriah. Usaha pihak sekolah untuk menanamkan
nasionalisme dalam kalangan murid ternyata telah membuahkan
(ISYRAQHAKIM BIN NOR AZIZI) hasil.
Ketua Kelas Tahun 4 Bestari
Laporan disediakan oleh, 6 SEPTEMBER 2015.
Lebih kurang 130 patah kata.
NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA
Setiausaha II,
Pengalaman Semasa Melawat Pulau Langkawi Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53,
Semasa cuti sekolah baru-baru ini, saya sekeluarga telah bercuti ke SK Taman Saujana Jaya.
negeri Kedah. Antara destinasi popular yang sempat kami kunjungi Ucapan Persaraan Guru Besar
ialah Pulau Langkawi, pulau yang dikenali sebagai “Pulau Legenda”. Salam pertemuan saya warisi untuk Guru Besar, Sekolah
Semasa berada di pulau ini, kami bermalam di Hotel Langkasuka, yang Kebangsaan Bestari, yang kita raikan, Puan Hajah Hapsah binti
terletak di tengah-tengah pekan Kuah. Hussain, guru-guru penolong kanan, barisan guru kesayangan dan
seterusnya teman seperjuangan sekalian. Assalamualaikum dan
Dari Taiping, kami ke Pulau Pinang untuk menaiki pesawat ke salam sejahtera.
Langkawi. Perjalanan ke Pulau Mutiara mengambil masa lebih
NOR AZIZI BIN MOHD. ISA
Munsyi Dewan
Saya berasa amat bertuah kerana dipilih untuk berucap bagi Kebangsaan All Saints’, yang berusaha guru-guru penolong kanan,
mewakili semua murid dalam majlis yang kita adakan untuk guru-guru tersayang dan seterusnya teman seperjuangan. Salam
mengucapkan selamat bersara kepada Guru Besar kita ini. sejahtera untuk kalian.

Hadirin sekalian, Pertama-tamanya, marilah kita panjatkan syukur ke hadrat


Sesungguhnya, persaraan Cikgu Hapsah merupakan satu Ilahi kerana atas limpah perkenan dan kurnia-Nya, maka majlis ini
kehilangan kerana beliau ialah tunggak kejayaan kita. Banyak dapat kita sempurnakan. Jutaan penghargaan juga saya
jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkannya untuk rakamkan kepada pihak majlis kerana memilih saya untuk
memartabatkan prestasi sekolah ini. Biarpun Cikgu Hapsah peramah menyampaikan ucapan ini bagi mewakili murid tahun enam.
dan penyayang, namun beliau begitu tegas dan komited dalam
menjalankan tugasnya. Hadirin sekalian,
Minggu ini ialah minggu terakhir kami di sekolah ini.
Berkat kepemimpinan beliau, pelbagai kejayaan besar telah kita Sesungguhnya, kami akan meninggalkan sekolah ini dengan
capai. Antaranya termasuklah anugerah Sekolah Harapan Negara himpunan kesedihan. Sesungguhnya, amat berat hati kami untuk
2007, Johan Keceriaan Negeri tiga tahun berturut-turut, Sekolah melangkah keluar dari halaman sekolah ini.
Prestasi Tinggi dan Sekolah Prestasi Gemilang.
Jadi, pada kesempatan ini, kami mengucapkan tinggian
Cikgu Hapsah kesayangan kami, terima kasih atas jasa dan sumbangan semua guru dalam usaha
Terima kasih atas segala-galanya. Kami berharap agar nostalgia mencanai kami menjadi insan yang kamil. Selama belajar di sini,
di sekolah ini akan sentiasa menghiasi hari-hari muka cikgu. kami telah dididik, diasuh dan dibimbing oleh para guru tanpa
Semoga cikgu akan gembira beristirahat bersama-sama keluarga. mengambil kira erti jemu. Keringat kalian tidak akan kami lupakan.
Curi-curilah masa untuk menjenguk kami nanti.
Barisan guru tersayang,
Akhir kata, sebagai penutup bicara, kami menyusun Kami berharap agar cikgu akan kekal telus untuk
sepuluh jari, mohon ampun maaf atas segala kekasaran kata, memartabatkan imej dan prestasi murid-murid sekolah ini.
keterlanjuran bahasa dan kelancangan tingkah laku kami lakukan Semoga intitusi ini akan terus cemerlang, gemilang dan
selama ini. terbilang dalam segala aspek.

Kalau ada sumur di ladang, Sebagai penutup bicara, kami pohon ampun maaf atas
Bolehlah kita menumpang mandi; sebarang kekasaran kata, keterlanjuran bahasa dan kelancangan
Kalau ada umur yang panjang, tingkah laku kami selama ini. Doakanlah kejayaan kami di sekolah
Bolehlah kita berjumpa lagi. menengah dan seterusnya hingga ke menara gading.

Sekian. Terima kasih. Kalau ada sumur di ladang,


Izinkan kami menumpang mandi,
Kalau ada usia yang panjang,
Pasti kita ketemu kembali.
Ucapan Perpisahan Guru Kesayangan
Salam pertemuan saya warisi untuk yang saya muliai, Tuan Haji Sekian. Terima kasih.
Mohd. Isa bin Ahmad, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bestari, yang
kita raikan, Cik Nor Hidayah binti Nor Azizi, barisan guru tersayang
dan seterusnya teman seperjuangan sekalian. Assalamualaikum dan Suasana di Pasar Malam
salam sejahtera semuanya. Pasar malam yang dibuka pada pukul 5:00 petang biasanya diadakan
seminggu sekali. Laluan yang dijadikan lokasi pasar malam
Hadirin yang saya hormati, akan ditutup lebih awal untuk memudahkan para peniaga menyusun
Pertama-tamanya, saya merakamkan untaian terima kasih barangan jualan.
kepada pihak majlis atas kesudian memberi saya kesempatan
berucap bagi mewakili murid tahun enam. Seperti yang kita sedia Selepas maghrib, lampu dari gerai-gerai mula
maklum, majlis ini kita adakan untuk meraikan Cikgu Hidayah yang bergemerlapan menerangi medan beli-belah ini. Apabila pasar
akan melanjutkan pengajiannya ke Universiti Putra Malaysia. malam sesak, suasana menjadi riuh-rendah dengan aktiviti tawar-
menawar dan laungan suara peniaga yang berebut-rebut untuk
Sesungguhnya, penghijrahan Cikgu Hidayah merupakan satu menjaja barangan jualan mereka.
kerugian dan tamparan kerana beliau ialah tunggak kejayaan kita.
Cikgu Hidayah juga seorang guru yang dedikasi, Pelbagai produk dijual di pasar malam, seperti bahan
bertanggungjawab dan begitu prihatin terhadap masalah mentah, makanan segera, perkakas dapur, pakaian, aksesoris
pelajarnya. Kendatipun beliau tegas, namun kekarismaan etika wanita, barang-barang permainan, teks bacaan, bahan audio,
yang dimilikinya menyebabkan kita sering tertunggu-tunggu akan barangan terpakai dan lain-lain.
kehadirannya ke kelas.
Kendatipun begitu, tidak semua pengunjung yang datang
Cikgu Hidayah yang kami kasihi, ke pasar malam berhasrat untuk berbelanja. Ada yang hanya
Kami panjatkan doa semoga cikgu akan menempa kejayaan menjamu mata, ada yang mundar-mandir memperagakan
di sana. Kalau kelapangan, jenguk-jenguklah kami di sini. Biarpun penampilan, dan ada juga yang menjadikan pasar malam sebagai
cikgu tiada di sisi untuk memantaui kami, kami berikrar akan medan pertemuan peribadi.
melipatgandakan usaha untuk menjaring kecemerlangan dalam
UPSR nanti. Gerai yang sering memonopoli kunjungan ialah gerai yang
menggunakan kemudahan audio untuk mencanangkan barangan
Akhir kata, sebagai penutup bicara, kami menyusun sepuluh jari, jualan. Pembesar suara saling bergema dari pelbagai arah untuk
mohon ampun maaf atas kekasaran kata, keterlanjuran bahasa mempropagandakan jualan lelong, memperkenalkan ubat-ubatan
dan kelancangan tingkah laku kami lakukan selama ini. dan mempromosi teks ceramah, lagu-lagu atau filem terkini yang
“panas” di pasaran.
Kota Melaka diperang dibedil,
Mengamuk panglima dalam baran; Pasar malam lazimnya akan beransur-ansur lengang
Guru ibarat pelita kerdil, selepas pukul 10:00 malam. Pada waktu ini, para peniaga akan mulai
Penyuntik cahaya dalam kesamaran. berkemas dan kemudiannya akan membersihkan tapak gerai masing-
masing.
Sekian. Terima kasih.

Aku Seutas Jam Tangan


Aku dikenali sebagai “Crocodile”, satu jenama jam masyarakat
Ucapan Perpisahan Tahun Enam
elit. Aku dihasilkan di sebuah kilang di bandar Geneva, Switzerland.
Bismillahhirrahmanirrahim. Salam pertemuan di barisan ini saya
Wajahku agak unik, mempunyai warna yang bersepadu, dan
warisi untuk Encik Abdul Yaziz bin Mohamad, Guru Besar, Sekolah
NOR AZIZI BIN MOHD. ISA
Munsyi Dewan
berkulit kuning keemasan. Setelah seluruh komponen tubuhku Pekerja yang berpangkat rendah sekalipun mampu menjawati
diperlengkap, aku dan teman-teman dieksport ke Malaysia. kedudukan yang paling tinggi jika bekerja sungguh-sungguh dan
menjadikan segala pengalaman sebagai satu iktibar.
Suasana yang gelap bertukar menjadi ceria apabila kami
dikeluarkan dari kotak dan ditempatkan ke dalam sebuah kabinet Jelaslah bahawa kejayaan memang tidak akan datang
cermin. Di sinilah aku berkenalan dengan rakan-rakan baharu menggolek kepada kita. Sekiranya ingin menjadikan impian suatu
daripada pelbagai jenama, bentuk, dan standard. realiti, jadikanlah peribahasa “Berakit-rakit ke hulu berenang-
renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
Pada suatu hari, seorang eksekutif wanita mengunjungi kemudian” sebagai pegangan untuk meniti kehidupan.
toko tersebut. Setelah membelek-belek dan berpuas hati dengan
penampilanku, aku dibeli dengan harga RM 260.00. Anak gadisnya,
Nor Hidayah yang begitu gembira apabila menerimaku sebagai hadiah Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum
hari ulang tahunnya yang ke-12, berulang kali mengucapkan terima Ketika aku mengesat keringat yang membasahi wajahku, bahuku
kasih kepada ibunya itu. ditepuk. Rupa-rupanya Aiman, sahabat setamanku yang telah
berpindah ke Ipoh, turut sama menyertai temasya olahraga peringkat
Sejak aku menjadi miliknya, kami tidak pernah berpisah . Aku negeri ini. Semasa berbual-bual, kami sempat berbicara tentang
akan dibawa ke mana-mana sahaja; ke sekolah, ke padang, kepentingan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum.
bersiaran, malah tidak pernah aku ditinggalkannya, walaupun ketika
dia mandi di sungai atau di laut. Aiman : Assalamualaikum, Isyraq. Tak sangka kita berjumpa
di sini.
Keberkesanan sistem penggeraku yang sering mengejutkan Isyraq : Waalaikumussalam. Wah, lama sungguh kita terpisah ya.
Nor Hidayah pada setiap awal pagi juga menambahkan Nampaknya sekali lagi aktiviti ini mempertemukan kita.
kepercayaannya kepadaku. Sesungguhnya, ketahanan, kelasakan,
ketepatan dan keterampilanku amat menggembirakan hatinya. Aiman : Sebenarnya inilah antara faktor penting mengapa
pelajar perlu menyertai kegiatan kokurikulum. Selain
Kini telah hampir tiga tahun kami bersama-sama. Memandangkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan
tubuhku mulai lusuh, aku dibawa oleh Nor Hidayah ke kedai menambahkan kenalan, aktiviti kokurikulum juga
untuk diperbaharu. Cermin, tali, dan bateriku ditukar ganti. membolehkan kita memperluas ilmu serta memperoleh
Perubahan ini menjadikan aku bertambah segak dan kukuh. Semoga pengalaman baru tentang rahsia keolahragaan. Malah,
aku akan terus dapat bertahan dan berbakti kepadanya . selain membina fizikal yang cergas, keaktifan dalam
kegiatan kokurikulum juga akan menjana minda yang
cerdas.
Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Bukit
Ungkapan “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit” seolah-olah Isyraq : Betul kata kamu! Di samping mengisi masa senggang,
sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia seharian. penglibatan dalam kegiatan ini juga mengajar kita
Tujuannya satu; membina sikap sabar dalam menyempurnakan berdikari. Kejayaan dalam sesuatu pertandingan pula
sesuatu tugasan. akan melonjakkan nama kita dan mengharumkan imej
Sebaris ayat yang bermakna adalah ilhaman daripada sepatah sekolah.
perkataan. Sekiranya kita sering berjimat, kita akan memiliki
simpanan yang banyak. Hasil jalinan kerja yang berterusan, Aiman : Memang benar tu! Malah, penerimaan kemasukan kita
biarpun makan masa, biasanya dapat disudahkan dengan ke sekolah asrama penuh juga memerlukan kita memiliki
sempurna, bak kata pepatah, “Sehari selembar benang, lama- sijil kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.
lama menjadi kain.”
Isyraq : Bukan itu sahaja. Apabila kita melibatkan diri dalam
Sebeban mana pun kerja yang dipertanggungjawabkan, persatuan, kita sebenarnya melatih diri untuk bekerja
akan mampu kita sempurnakan sekiranya kita melakukannya secara berpasukan. Hasilnya, nilai-nilai murni dalam
secara tekun dan beransur-ansur. pergaulan akan dapat kita semai.
Dalam kehidupan seharian, murid-murid memang digalakkan
berjimat. Baki wang saku yang disimpan, walaupun sedikit demi Aiman : Wah, banyak juga faedah y a n g akan kita peroleh
sedikit, lama-kelaman akan terkumpul. Ilmu juga, sekiranya kita daripada aktiviti kokurikulum ini!
pelajari saban ketika, akan menjadikan kita seorang jauhari.
Isyraq : Sudah tentu! Alamak, wajah jurulatih saya dah mencuka
Jutawan yang berjaya kebanyakannya memulakan peniagaannya tu! Saya minta diri dulu. Semoga kita akan bersua lagi.
secara kecil-kecilan. Hasil timbunan pengalaman dan himpunan
simpanannya, beliau akan merangkak memperkemas selok-belok Aiman : Insya-Allah.
perniagaan yang diharungi sebelumnya. Segala pengalaman pahit
manis itulah yang menjadi pemangkin kepada kejayaannya. Kami kemudiannya bersalaman dan bergegas ke trek balapan
4 x 100 meter. Dua sahabat terpaksa menjadi seteru untuk
Ternyata budaya “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit” seketika!
perlu kita jiwai untuk menjadikan kita seorang rakyat yang
berwawasan.
Berakit-rakit ke Hulu, Berenang-renang ke Tepian
Tiada jalan yang singkat untuk mencapai kejayaan. Biasanya
kejayaan dicapai hasil daripada kesungguhan dan kesabaran.
Kejayaan itu pula memerlukan pengorbanan yang jitu dan
mengambil masa yang panjang. Kata orang, “Berakit-rakit ke
hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.”
Seseorang pelajar yang tinggal di luar bandar yang terhimpit
dengan kemudahan yang serba kekurangan tidak semestinya akan
gagal dalam pelajaran. Sekiranya seseorang pelajar tekun belajar,
kejayaan pasti akan menjadi milik mereka.
Bagi seseorang petani pula, mungkin pada peringkat awal hasil
pertaniannya tidak menjadi. Namun, setelah belajar daripada
pengalaman, berbekalkan kepayahan dan kegetiran semasa
menangani masalah tanamannya, tentunya hasil taninya menjanjikan
pulangan yang lumayan.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA


Munsyi Dewan

Anda mungkin juga menyukai