Anda di halaman 1dari 3

NAMA: ________________________________ TINGKATAN: _______________

Latihan Tatabahasa - Kerja Kerja Transitif

Lengkapkan karangan di bawah dengan mengisi tempat-tempat kosong dengan kata


kerja kerja transitif yang betul.

Penduduk di kawasan tempat tinggal anda menghadapi masalah sampah sarap


yang tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan. Sebagai setiausaha persatuan
penduduk kawasan tersebut, anda diminta untuk membuat aduan berhubung
dengan masalah ini kepada pihak berkuasa.
Tulis surat itu selengkapnya.

No 4, Jalan Baiduri
Taman Flora,
83000, Batu Pahat,
Johor.
__________________________________________________________

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Batu Pahat,
Jalan Pegawai,
83000, Batu Pahat,
Johor. 27 MAC 2020

Tuan,

Masalah Sampah Sarap yang Tidak Dikutip di Taman Flora

Merujuk perkara di atas, saya bagi pihak penduduk Taman Flora , Batu Pahat ingin
____(1)____ aduan tentang masalah sampah sarap yang tidak dikutip mengikut
jadual di kawasan perumahan kami.

2. Untuk makluman pihak tuan, sejak beberapa bulan yang lalu, sampah sarap di
kawasan perumahan ini tidak dipungut mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh
kontraktor yang telah dilantik oleh pihak tuan. Akibatnya, sampah sarap yang
diletakkan oleh penduduk di dalam tong sampah di hadapan rumah masing-masing
semakin membukit. Sampah sarap itu juga ____(2)____ bau yang busuk. Justeru,
hal ini telah ____(3)____ keselesaan penduduk.

3. Selain itu, sampah sarap yang tidak dipungut ini turut ____(4)____persekitaran
penduduk kerana terdapat anjing, kucing dan tikus berkeliaran di kawasan sampah
sarap itu pada setiap hari untuk ____(5)____ makanan. Malahan, lalat dan nyamuk
juga semakin banyak di kawasa tong sampah tersebut. Keadaan ini ____(6)____
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Email : izzathakim74@gmail.com
penduduk kepada penyakit bawaan vektor tersebut. Malahan, bilangan penduduk
yang terpaksa ke klinik untuk ____(7)____ rawatan kesihatan kian bertambah.

4. Pihak kami telah membuat aduan secara bertulis kepada pihak kontraktor
tersebut tetapi maklum balsas yang diberikan oleh pihak tersebut tidak ____(8)____
hati kami. Malahan, kami mendapati pihak terbabit tidak bersungguh-sungguh untuk
____(9)____masalah ini.

5. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat ____(I0)____
tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini. Hal ini demikian kerana, keadaan
ini benar-benar telah ____(11)____ kesabaran penduduk.

Kerjasama tuan dalam hal ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

Yang benar,

Khairul Nain
.......................................
(KHAIRUL NAIM BIN HARON)
Setiausaha Persatuan Penduduk,
Taman Flora, Batu Pahat.

Pilihan Jawapan

mengeluarkan mencacatkan mendapatkan mencari


membuat mengambil mengganggu mendedahkan
mencabar menyelesaikan memuaskan

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Email : izzathakim74@gmail.com
Skema Jawapan

Merujuk perkara di atas, saya bagi pihak penduduk Taman Flora , Batu Pahat
ingin membuat aduan tentang masalah sampah sarap yang tidak dikutip mengikut
jadual di kawasan perumahan kami.

2.  Untuk makluman pihak tuan, sejak beberapa bulan yang lalu, sampah sarap di
kawasan perumahan ini tidak dipungut mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh
kontraktor yang telah dilantik oleh pihak tuan.  Akibatnya, sampah sarap yang
diletakkan oleh penduduk di dalam  tong sampah di hadapan rumah masing-masing
semakin membukit. Sampah sarap itu juga mengeluarkan bau yang busuk. 
Justeru, hal ini telah mengganggu keselesaan penduduk.   

3. Selain itu,  sampah sarap yang tidak dipungut ini turut mencacatkan persekitaran


penduduk kerana terdapat anjing, kucing dan tikus berkeliaran di kawasan sampah
sarap itu pada setiap hari untuk mencari makanan.  Malahan, lalat dan nyamuk juga
semakin banyak di kawasa tong sampah tersebut.   Keadaan
ini mendedahkan penduduk kepada penyakit bawaan vektor tersebut. Malahan,
bilangan penduduk yang terpaksa ke klinik untuk mendapatkan rawatan kesihatan
kian bertambah.                    

4.  Pihak kami telah membuat aduan secara bertulis kepada pihak kontraktor
tersebut tetapi maklum balsas yang diberikan oleh pihak tersebut
tidak memuaskan hati kami.  Alahan, kami mendapati pihak terbabit tidak
bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini.

5.   Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan


dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini.  Hal ini
demikian kerana, keadaan ini benar-benar telah mencabar kesabaran penduduk.

Kerjasama tuan dalam hal ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


Join chat : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Email : izzathakim74@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai