Anda di halaman 1dari 6

SOALAN PENGAYAAN BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1SVM

LATIHAN 13 APRIL 2020 (ISNIN)


2 JAM

Soalan 1: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, senaraikan dua kata kerja dan dua kata
adjektif.

Ekosistem tanah lembap dapat memberikan manfaat yang sangat besar kepada aktiviti sosial
dan ekonomi sesuatu tempat. Tidak dinafikan, tanah lembap sangat penting sebagai sumber air sejak
zaman dahulu lagi. Sistem sungai, kolam dan tasik dijadikan sebagai sumber utama bagi membekalkan
air untuk kegunaan domestik, industri dan pertanian. Di samping itu, ekosistem tanah lembap turut
memainkan peranan yang penting sebagai kawasan pembiakan utama bagi hidupan akuatik.

Dipetik daripada Kepentingan Ekosistem Tanah Lembap,


Dewan Kosmik, Bil. 9/2019

[ 4 markah ]

JAWAPAN:

Kata Kerja

1. ________________________ 2.___________________________

Kata Adjektif

1. ______________________________ 2.____________________________

(b) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan
perkataan sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Purata

(ii) jenama

(iii) halaju [ 3 markah ]

(i) ____________________________________________________________________________

(ii) ____________________________________________________________________________

(iii) ____________________________________________________________________________

1 | BMKV 1SVM 2020


(c) Setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda perlu
menulis kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya.

(i) Semangat silaturrahim dapat dipupuk menerusi amalan gotong-royong serta menarik pelancong
megunjungi negara ini.

(ii) Ketika wabak Covid-19 mula menular, ayah melarang abang mengunjungi komplek beli-belah kerana
khuatir akan kesihatannya.

(iii) Kanak-kanak yang menghidap penyakit leukimia itu akan menjalani pemindahan sumsum tulang pada
bulan hadapan.
[3 markah]

Salah Betul

(i)

(ii)

(iii)

(d) Setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut. Anda perlu menulis kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya.

(i) Ibu bapa perlu mengalakan anak-anak mereka menabung sejak kecil lagi demi masa depan yang lebih
selesa.
(ii) Encik Ismail menerima perlantikan sebagai pengarah syarikat dan lantikan beliau itu berkuat kuasa pada 1
Februari 2020.

(iii) Mangsa kebakaran kedai hiasan dalaman itu telah dikejar ke hospital dengan menggunakan sebuah
ambulans.
M
enguak -
Salah Betul

(i)

(ii)

(iii)

(e) Nyatakan maksud peribahasa di bawah.

(i) Rendah hati -


(ii) Tulang belakang -
(iii) Melepaskan batuk di tangga -
(iv) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau

2 | BMKV 1SVM 2020


[3 markah]

[4 markah]

3 | BMKV 1SVM 2020


LATIHAN 16 APRIL 2020 (KHAMIS)
1 JAM

Soalan 2: Pemahaman

(a) Baca petikan yang diberikan dengan teliti. Kemudiann jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Masalah timbunan sampah di negara ini telah menjadi satu isu yang
sukar untuk diselesaikan. Tim b u n a n s a m p a h m e n j a d i s e mak i n s e
r i us a p a b i l a t e r d a p a t p i h a k y a n g dipertanggungjawabkan untuk
mengutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan tugas tersebut secara
berkesan. Amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang
seperti polistirena dan beg plastik yang semakin berleluasa pada masa ini turut menjadi
penyumbang kepada longgokan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan seharusnya
menguatkuasakan larangan penggunaan polistirena dan beg plastik kerana
penguraiannya memakan masa yang sangat lama.

Sikap masyarakat kita yang gemar membeli barangan baharu dan membuang
barangan lama menjadikan masalah longgokan sampah tiada penyelesaiannya. Perkara ini
tidak akan berlaku jika amalan kitar semula dilaksanakan dalam kalangan rakyat.
Malangnya, amalan kitar semula di negara kita kurang mendapat sambutan. Di samping itu,
penggunaan lampin pakai buang yang menjadi gaya hidup masyarakat moden pada hari ini
telah menambahkan lagi masalah longgokan sampah. Oleh itu, masyarakat seharusnya,
menggunakan lampin bayi jenis kain yang boleh dicuci kerana lampin pakai buang amat
sukar untuk dilupuskan. Sebenarnya, masalah longgokan sampah ini juga boleh diatasi
apabila masyarakat beralih kepada penggunaan bahan yang mesra alam kerana sifatnya
yang senang lupus dan kurang mendatangkan longgokan sampah.

Dipetik dan diubah suai daripada Longgokan Sampah


Masalah yang Tiada Noktah ,
oleh Amlir Ayat, Dewan Masyarakat.

(i) Berikan maksud rangkai kata semakin serius. [2 markah]

Maksud rangkai kata di atas adalah _______________________________________

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kaedah untuk menangani masalah longgokan sampah di
negara kita.

Nyatakan kaedah-kaedah tersebut. [3 markah]

Antara kaedah untuk menangani masalah longgokan sampah di negara kita adalah

_______________________________________________
4 | BMKV 1SVM 2020
(iii) Kempen kitar Semula yang dilancarkan oleh kerajaan kurang mendapat sambutan dalam
kalangan masyarakat

Pada pendapat anda, mengapakah kempen tersebut kurang berkesan? [4 markah]

Pada pendapat saya, kempen tersebut kurang berkesan kerana

_____________________________________________________________

LATIHAN 17 APRIL 2020 (JUMAAT)


1 JAM

(b) Baca kedua-dua bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudiann jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Tanaman padi sangat penting kepada masyarakat dan negara. kerana


tanaman ini bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup petani, tetapi juga menjamin
bekalan makanan negara yang mencukupi. Namun begitu, petani yang mengusahakan
tanaman padi menghadapi pelbagai masalah. Masalah utama yang dihadapi oleh petani
ialah serangan penyakit dan serangga perosak terhadap padi yang ditanam. Terdapat
banyak jenis serangga perosak dan penyakit tanaman padi seperti bena perang, kutu
beruang, ulat batang padi dan tikus hingga menyebabkan kerugian yang besar.

Selain itu, petani juga menghadapi masalah kemarau. Petani mengalami


kerugian agak tinggi apabila bencana ini berlaku dalam musim menuai Kemarau
menyebabkan banyak pokok padi rosak, menjadi kering dan layu kerana kekurang air.
Jika kemarau tidak berpanjangan, mungkin hasil tuaian tetap akan ada cuma sangat
berkurangan dan biji padi ringan disebabkan kekurangan zat air dan baja. Sekiranya
kemarau berpanjangan, tanaman padi akan mati. Ketidaksuburan tanah juga menjadi
masalah kepada para petani di negara ini. Masalah ini dihadapi oleh petani di kawasan
yang menjalankan aktiviti menanam dua kali setahun. Kesuburan akan terhakis apabila
kekerapan penanaman dijalankan dan seterusnya akan memberikan hasil pulangan yang
kurang.

Dipetik dan diubah suai daripada Cabaran dan Strategi


Pembangunan dalam Sektor Pertanian
oleh Aziz Abdul Majid, USM.

5 | BMKV 1SVM 2020


Bahan 2

Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras lutut
buku lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tiada boleh main air
lagi. Sungai menjadi busuk kerana banyak najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi
menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor.
Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga
menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah
menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang
belum masuk isi habis kering dan mula mati menjadi jerami begitu sahaja. Yang kuning
pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau
panjang sangat dan air sungai ceper tidak boleh menolong langsung.
Dalam hati ibu memang Ceper itu bedebahlah. Ibu tidak turun ke Ceper lagi
kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. Meskipun telaga di penjuru tanah kami
itu amat dalam, ibu tarik juga tali timba membawa naik air ke atas.
Dipetik daripada cerpen Ibu dan Ceper,
dalam Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berdasarkan Bahan 1, nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh penanam padi di negara ini.
[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2 , apakah kesan-kesan kepada tanaman padi apabila
berlakunya kemarau? [3 markah]

(iii) Pada pedapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh agensi kerajaan yang
berkaitan untuk meningkatkan taraf hidup golongan petani? [4 markah]

(iv) Anda menjadi anak angkat kepada keluarga Mak Cik Kiah dalam satu program Kampung Angkat
anjuran sebuah persatuan belia. Sebahagian besar penduduk di kampung tersebut menghadapi
masalah penanaman pagi yang kurang produktif disebabkan oleh masalah kemarau dan penyakit
sehingga menjejaskan pendapatan mereka. Masalah ini juga dihadapi oleh keluarga Mak Cik
Kiah.

Sebagai seorang anak angkat yang prihatin, jelaskan dua cadangan yang boleh anda berikan agar
Mak Cik Kiah dapat mengatasi masalah tersebut dan mampu memperoleh pendapatan yang
lumayan.

[4 markah]

6 | BMKV 1SVM 2020

Anda mungkin juga menyukai