Anda di halaman 1dari 8

Lihat rajah di bawah dengan teliti.

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis


ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Maklumat - bencana yang sering berlaku di negara kita - menimbulkan pelbagai kesan negatif sama ada
kepada masyarakat mahupun negara - perbuatan manusia membuang sampah ke dalam parit,
longkang dan sungai menyebabkan aliran air tersekat. - hujan lebat akan menyebabkan air melimpah
keluar ke jalan raya dan kawasan petempatan hingga berlakunya banjir kilat. - Penerokaan hutan yang
berleluasa turut menjejaskan kawasan tadahan hujan. - Kawasan bukit atau tanah tinggi yang gondola
menyebabkan air tidak dapat diserap ke dalam tanah.- aliran air yang laju ketika hujan lebat telah
mempercepat kejadian banjir kilat. - berkaitan dengan aktiviti urbanisasi atau pembangunan yang tidak
terancang. - Syarikat mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar.- Pemaju-pemaju tidak memantau
projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatu projek siap
djalankan.- longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat
berlaku apabila hujan turun dengan lebat- pihak kerajaan perlu mengambil tindakan drastik supaya kejadian
banjir kilat dapat ditangani.
Cara-cara Mengisi Masa Cuti Persekolahan

Pendahuluan - pembangunan negara yang semakin pesat / golongan remaja berfikiran sempit sering
kali melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat / Masa lapang sepatutnya terisi dengan aktiviti
yang berfaedah / masa itu emas / Masa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja kerana masa yang
terbuang tidak mungkin boleh diulang / cuti sekolah dihabiskan dengan melakukan pelbagai kegiatan
/ membuat perkara yang berfaedah

Isi
1. Pelbagai aktiviti beriadah / dapat mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan / badan cergas otak
cerdas / dapat memberi bantuan dalam bentuk tenaga kerja seperti membantu ibu bapa dan keluarga
dalam menguruskan hal di rumah / meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa / sikap
bertanggungjawab dan bekerjasama dapat disemai dalam diri setiap remaja / melahirkan keluarga yang
bahagia dan harmoni.

2. menimba ilmu dengan mengikui kelas tambahan / masa lapang dapat digunakan dengan penuh manfaat
/ membaca bahan bacaan ilmiah / bukan bahan bacaan yang mengandungi hiburan atau picisan semata-
mata / banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh / mmbaca jambatan ilmu / dihormati dan
disenangi oleh ahli keluarga dan masyarakat.

3. melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan / meningkatkan serta mengukuhkan ikatan
ukhwah sesama anggota masyarakat / mengeratkan perpaduan dalam negara / mendaftarkan diri untuk
menjadi sukarelawan/ membantu mereka yang susah terutamanya mangsa bencana alam / menjadi
pelapis bagi generasi yang prihatin akan kesusahan dan kesempitan hidup orang lain / berat mata
memandang, berat lagi bahu yan memikulnya

4. melakukan kerja-kerja sampingan / mengambil upah bekerja / menambah wang saku / menyimpan wang
yang diperoleh untuk kegunaan masa hadapan / beban yang ditanggung oleh ibu bapa dapat diringankan
/ boleh juga digunakan untuk tujuan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang tertentu di samping
dapat merehatkan serta menenangkan fikiran / jauh berjalan luas pemandangan / dapat menambah ilmu
pengetahuan dan meluaskan pengalaman serta menyemai semangat cinta akan alam sekitar.

Penutup - bijak membahagikan masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja / hanya jauhari yan
mengenal manika / Remaja yang tidak menghargai masa akan merugikan diri sendiri dan mudah terjebak
dalam kegiatan yang tidak sihat. / dapat melakukan pelbagai aktiviti / .Kita harus mengelakkan diri
daripada membuang masa / masa itu umpama pedang; jika kita tidak memancungnya, ia akan
memancung kita
LATIHAN TATABAHASA
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.

1. Baju yang selalu dipakainya dalam setiap majlis rasmi itu sudah rapuh jahitannya.

2. Hadirin dalam dewan itu ketawa berderai-derai apabila melihat telatah lucu pelawak tersebut.

3.Semua penonton bertepuk tangan kekaguman apabila penyanyi terkenal itu memulakan
persembahannya.

4.Kanak-kanak kelihatan berdedai-dedai pulang kerana hari telah remang-remang malam.

5. Bunyi radio itu amat kuat sehingga membingit telingaku.

6. Kami menerima ajakan makan malam daripada Datin Aini kerana meraikan kepulangan anak
perempuannya dari luar negara.

7.Banyak orang menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku ketika ini berpunca oleh
kerakusan manusia memanipulasi sumber alam.

8. Wang sebanyak dua puluh ringgit telah diberi oleh ibu kepada Bee Kee untuk menjelaskan
yuran peperiksaan.

9. Senarai nama-nama pelajar yang akan menyertai lawatan ke Kuala Lumpur akan ditampal
pada papan kenyataan.

10. Majlis keramaian menyambut ulang tahun kemerdekaan negara diadakan di perkarangan
Dataran Merdeka.

11. "Beta berterima kasih kepada rakyat jelata yang mendoakan kesejahteraan beta," kata Sultan
Mansur.

12. Pengurusan syarikat itu perlu diperkemaskan agar syarikat itu tidak mengalami kerugian.

13. Kami bergotong-royong untuk menghiaskan kelas kami dengan gambar-gambar


pemandangan yang cantik lagi menarik.

14. Masalah kemerosotan disiplin pelajar telah dibincangkan oleh jawatankuasa disiplin di dalam
mesyuarat baru-baru ini.

15. Pada cuti semester nanti, Encik Adam akan menebus janji untuk membawa anak-anaknya ke
pulau Tioman.

16. Pasukan bahas sekolah kami berazam untuk menebus pertandingan pada masa akan
datang.

17. Kata-kata nasihat ibunya itu telah menebus ke dalam hati Zhong Ling.
18. Bilik itu agak sesak untuk menampungi kami yang seramai lima orang.

19. Orang tua itu segera dibawa ke hospital oleh anak mereka kerana sesak nafas.

20. Para penonton sesak untuk masuk ke stadium itu bagi menyaksikan perlawanan bola sepak
Piala Malaysia.
21. Kehidupannya yang senang-lenang selama ini menjadi sesak akibat dibuang kerja baru-baru
ini.

22. Pada hari kelepasan, dia kerap mengunjungi rumah saudara-maranya bagi mempereratkan
hubungan.

23. Kerajaan mengumumkan kelepasan cukai pendapatan bagi pekerja yang bergaji rendah.

24. Pada waktu kelepasan di sekolah, pelajar akan ke kantin untuk mengisi perut mereka setelah
penat belajar.

25. Guru-guru kelepasan universiti dan maktab berganding bahu menjayakan projek amal di
kampung itu.

26. Cerpen yang memenangi hadiah pertama itu beliau karang berdasarkan pengalamannya.

27. Kami sentiasa berdebar-debar menanti daripada sehari kepada sehari menjelang
peperiksaan sebenar yang bakal dihadapi.

28. Setiap orang yang mengunjungi ke kedai itu mendapat hadiah istimewa sempena ulang tahun
pembukaannya.

29 Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis keramaian itu ialah Perdana Menteri
Malaysia.

30. Janet berasa amat bangga kerana berjaya menjadi juruterbang wanita yang pertama di
negara ini mengendalikan pesawat kormesial.

31. Kerajaan perlu berusaha meningkatkan kemudahan asas di kawasan pedalaman demi
keselesaan penduduk di situ..

32. Rakyat khususnya para belia disyor oleh kerajaan supaya menceburkan diri dalam bidang
perniagaan.

33. Sherley menegaskan yang dia akan melanjutkan pelajaran di universiti tempatan walaupun
mendapat pelbagai tawaran dari universiti swasta.

34. Mereka yang datang akan membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat yang akan diadakan
pada bulan depan.

35. Buku yang kamu cari selama-lama ini ada pada adik saya yang tinggal di Taman Berjaya.
36. Baju yang dibeli di pasaraya itu belum berjahit lagi.

37. Ketidakhadiran Cikgu Rusna dalam majlis itu adalah disebabkan badannya yang kurang sihat.

38. Pencemaran alam sekitar akan terus berlaku selagi manusia tidak menyedari akan
kepentingan menjaga kebersihan.

39. Kedai-kedai pakaian di ibu kota itu menjual baju-baju bermutu tinggi yang diimport dari luar
negara.

40. Cikgu Hadi sedang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada kami.
UJIAN PT3

Arahan : Jawab semua soalan

TATABAHASA
(25 markah)

1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut
dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Kita perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan mereka.
_________________________________________

ii) Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Amjad Restoran.
_________________________________________

iii) Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi.
_________________________________________

vi) Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku, sembah Panglima Ali kepada sultan.
_________________________________________
(8 markah)

2 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Kes penculikan kanak-kanak di pasaraya berpunca daripada sikap setengah-setengah


ibu bapa yang tidak prihatin akan pergerakan anak-anak mereka ketika asyik berbelanja.
___________________________________

ii) Ibu menghadiahkan sekotak pensil warna dan senaskhah diari kepada adik.
___________________________________

iii) Pihak pengurusan syarikat itu bersetuju untuk menggajikan pekerja baharunya dengan gaji
minima sebanyak RM900 sebulan.
____________________________________
(3 markah)
3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.

i) Ramli ke perpustakaan pada hari Sabtu.


Fareez ke perpustakaan pada hari Sabtu.
___________________________________________________________
_______________________________________________________________

ii) Abang sedang memasang payung.


Kakak membantu abang membungkus kuih-muih.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

iii) Hujan sedang turun.


Pak Abu tetap turun ke sawah.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

iv) Murid itu menunggu bas.


Murid itu membaca buku.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

v) Azmi tidak ke sekolah.


Azmi demam.
Azmi memberitahu guru kelasnya.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(10 markah)

4 Baca situasi di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan situasi
tersebut.
i) Asyraf tidak menghadapi masalah dengan penduduk tempatan ketika menetap di Belanda
kerana dia dapat menyesuaikan diri dengan adat dan budaya di situ
__________________________________________________________________

ii) Kita hendaklah mengamalkan sikap saling membantu dan bekerjasama pada setiap masa demi
merealisasikan impian yang dihajati.
__________________________________________________________________

iii) Arif bermati-matian menyiapkan projek pembinaan itu kerana dia yakin usaha yang gigih tanpa
mengenal penat lelah akan membuahkan hasil.
___________________________________________________________________

4) Amy memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan sebelum memiliki rangkaian restoran


ternama di seluruh negara.
___________________________________________________________________
(4
markah)
LATIHAN TAMBAHAN:
PERIBAHASA
(8 markah)

Lengkapkan tempat kosong yang diberikan dengan peribahasa di bawah


Air dicencang tidak akan putus Air pun ada pasang surutnya
Air sama air, sampah ke tepi juga Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Alah bisa, tegal biasa Ada gula adalah semut
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan ada air adalah ikan

1. Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana ..........................
Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

2. Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan
seperti kata peribahasa ...............................................................
Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah
ramai orang berkumpul.

3. Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah
berbaik-baik semula kerana .....................................................................
Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

4. Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan ........................................................................


kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan disebabkan
perniagaannya mengalami kerugian.
Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.

5. Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila
keluarga Ismail berbaik semula kerana
.......................................................................................................
Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka
berbaik semula kita akan tersisih.

6. Faridah itu umpama ................................................................................ Hal ini kerana dia


sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

7. Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang


cemerlang persis kata peribahasa
................................................................................................................................
Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.

8. Kerja memotong kayu itu ................................................................. sahaja bagi Ah Kow


kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.
Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

Anda mungkin juga menyukai