Anda di halaman 1dari 5

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat 

satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis jawapannya pada ruang jawapan yang disediakan.
Disertakan jawapan

Latihan 1

1. Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada  pagi tadi.    

2. Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu


dihantar ke rumah kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang boleh
menjaga mereka.  

3. Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu diambil oleh Encik Baba agar


penghuni dorm itu lebih prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan dorm mereka.  

4. Kita sesama manusia perlu saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.

5. Kelima-lima orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah di atas kejayaan


mereka mengharumkan nama sekolah mereka dalam pertandingan reka cipta itu.

6. Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej yang menarik kepada para


pelanggan-pelanggan sempena cuti sekolah.

7. Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian


dan manggis.

8. "Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu


Azizi kepada murid-muridnya.  

9. Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema burung pihak


berkuasa musnahkan.

    
10. Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan Eropah terpikat kepada keindahan
Pulau Tioman ketika kali pertama berkunjung ke pulau itu.  

Kesalahan Penggunaan Imbuhan

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan.Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.

1. Beliau yakin bahawa penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas akan dapat
mengurangkan terjadi tanah runtuh.

2. Kerajaan menggalakkan rakyatnya yang berbilang kaum supaya menjayakan program


kemasyarakatan agar hubungan antara mereka dapat dipereratkan.

3. Encik Azlan sering mensihatkan rakan-rakannya supaya sabar menempuh dugaan hidup
tetapi ketika musibah menimpa keluarganya, dia tidak dapat menanggungnya.

4. Ibu pejabat kontinjen polis di Jalan Bendahara itu dilengkap kemudahan komputer yang
canggih.

5. Kandungan kolesterol yang tinggi menyebabkan pemimpin itu menyerang penyakit


jantung dengan tiba-tiba.

6. Para limuwan sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkat hasil negara dalam
bidang komersial.

7. Ahli-ahli perstuan belia diingatkan agar mengenepikan perbezaan pendapat demi


mewujudkan perpaduan yang menjadi moto belia se-Malaysia.

8. Para peserta seminar itu telah memberikan penerangan yang jelas tentang profesion
sebagai kaunselor.
9. Pihak berkuasa mampu mempertingkatkan ekosistem di Taman Negara yang kaya
dengan flora dan fauna.

10. Pihak polis mencuba menyakinkan orang tua itu bahawa kedua-dua orang anaknya yang
diculik itu masih hidup dan dapat diselamatkan.
Praktis 1: Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah
maksudnya.

i. Tarian merupakan satu eleman penting dalam seni selain nyanyian.

ii. Pemuda yang berbadan besar itu bertarung hampir sejam pada perlawanan pusingan
ketiga.

iii.           Latar masyarakat merupakan aspek penting dalam sebuah novel.

Praktis 2: Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah
maksudnya.

i. Fesyen dan fabrik memang sudah sinonim dengan wanita.

ii. Beliau telah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu sebelum membuka butik ini.

iii.           Kami bertekad untuk mengubah nasib keluarga selepas peristiwa itu.

Praktis 3: Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah
maksudnya.

i. Saya sedang menunggu panggilan En. Zamri untuk mengetahui persetujuan beliau bagi
menggunakan kaedah itu.

ii. Bantuan kewangan tersebut telah diperoleh hasil sumbangan daripada syarikat-syarikat di
seluruh negara.

iii.                 Kerja-kerja membina saluran dan menaik taraf sistem saliran itu akan dijalankan dalam
masa terdekat.

Praktis 4: Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah
maksudnya.

i. Seorang pelajar lelaki hampir putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak dengan parang
oleh rakan sekolahnya

ii. Kemenangan itu telah menamatkan rekod sembilan kemenangan berturut-turut Kedah.
iii.                 Guru yang memakai baju berwarna merah itu telah ditawarkan untuk menjadi
pensyarah di sebuah kolej.

Praktis 5: Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah
maksudnya.

i. Pemimpin yang akan dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu merupakan anak watan
kampung tersebut.

ii. Semua penduduk kampung  menggembleng tenaga untuk membaiki jambatan yang rosak.

iii.                 Ekspo buku di Dewan Serbaguna Parit Bakar telah mendapat sambutan


menggalakkan daripada penduduk tempatan.

Praktis 6: Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah
maksudnya.

i. Segelintir pelajar yang ketagihan permainan video terlalu leka bermain hingga mengabaikan
pelajaran mereka.

ii. Masalah pengedaran dadah di negara ini masih belum dapat diatasi oleh pihak berkuasa.

iii. Perdagangan elektronik yang menggunakan telefon selular dijangka lebih menarik pada
tahun depan.

iv. Kerajaan menggalakkan ushawan menceburi dan menggunakan platform digital.

v. Penggunaan teknologi dan pendigitalan membantu peniaga memasarkan produk mereka


secara meluas.

vi. Platform antarabangsa seperti Lazada dan Shopee menjadi pilihan peniaga untuk
memasarkan perniagaan mereka.

Anda mungkin juga menyukai