Anda di halaman 1dari 3

1

Ujian tahun 9 Bahasa Melayu


Soalan 1

A. Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah.
1. Jemputlah makan kuih ini, kata Puan Aishah kepada Puan Atie.
2. Siapakah yang mengambil pen saya, Tanya Ahmad kepada Shaari.
3. Kamu perlu berhati-hati semasa melintas jalan, kata Puan Nina kepada anaknya.
4. Jali, jangan mengusik adik, kata Puan Rozita
5. Tolong tunjukkan kad pengenalan encik,kata polis kepada Tuan Ahmad.

B. Tukar ayat cakap pindah di bawah kepada ayat cakap ajuk.

1. Puan Lina mengaduh kesakitan pada kakinya.
2. Encik Zul melarang Kamal menonton televisyen sebelum menyiapkan kerja rumah.
3. Alan mengajak Kadir pergi ke rumah Siva.
4. Encik Mazlan menasihatnya supaya rajin belajar dan menjadi orang yang berguna.
5. Cikgu Razmi mengingatkan murid-muridnya supaya membawa pakaian sukan masing-masing
untuk latihan yang akan diadakan pada esoknya.

Soalan 2
Nyatakan pola ayat dasar bagi ayat dibawah .

i) Dia masih tidur.
(ii) Bas itu dari Seremban.
(iii) Kucing itu kurus kering.
(iv) Rakannya gadis Filipina.
(v) Puan Ramziah guru di sekolah itu.
(vi) Merokok membahayakan kesihatan.

Soalan 3
Kenal pasti subjek dan prredikat ayat dibawah. Kemudian susun ayat biasa di bawah kepada ayat
songsang.
a) Bangunan pejabat itu amat tinggi.
b) Surat itu dari seberang laut
c) Tulisan Andi amat cantik
d) ingatan Pak Hamid yang berusia 80 tahun itu masih kuat.
e) Kehebatan pemidato itu terletak pada kekuatan hujahnya.
f) Zaid telah ditukarkan ke ibu pejabat sebagai langkah penstrukturan syarikat itu semula.

2

Soalan 4
Nyatakan jenis ayat di bawah ini .

(i) Menerusi komunikasi, pelbagai maklumat disebarkan dari sebuah negara ke sebuah negara
lain dengan mudah dan cepat.
(ii) "Siapakah namakau?" soal seorang pemuda berwajah garang sambil mendekati diriku.
(iii) Bangunan yang tinggi itu direka bentuk oleh seorang arkitek dari luar negara.
(iv) Syabas, kamu telah berjaya rnenjuarai kejohanan yang berprestij itu!
(v) "Mazwin, tolong hantar buku-buku ini ke bilik guru dan letakkan di atas meja saya," kata
Puan Geetha kepada Mazwin dengan tembut.
(vi) Sampai bilakah Pak Dol akan menangisi kematian isteri kesayangannya itu?

Soalan 5
Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud
asalnya.

(i) Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu.
(ii) Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat.
(iii) Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat.

Soalan 6
Baca dan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian gabungkan setiap dua ayat tersebut dengan kata
hubung yang sesuai.

(i) Atiqah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan segera.
Ibunya membenarkan dia turut serta dalam perkhemahan pengakap itu.
.
(ii) Puan Haliza berjanji akan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu
Anaknya itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
.
(iii) Orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Pelajar-pelajar tingkatan tiga terpaksa mengulang kaji pelajaran








3

Soalan 7

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Perpaduan ialah kunci pemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan
berada dafam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup aman dan damai.
Perpaduan dapat melahirkan melalui hubungan baik dengan jiran. Jiran yang baik ialah jiran
yang berjaya memupok sernangat rnuhibbah. sanng dipercayai dan mengamalkan perkongsian
pin1ar sesama mereka.

Soalan 8
Tukarkan cakap ajuk dibawah kepada cakap pindah.
Yvonne : Awak sudah mendaftar untuk ke tingkatan enam?
Rashid : Sudah, semalam.
Yvonne : Apa pandangan awak tentang pengajian kita di tingkatan enam nanti?
Rashid : Saya tak kisah sangat. Asalkan dapat belajar, sudah.
Yvonne : Tak boleh begitu. Awak kena fikirkan peluang dan masa depan awak.
Rashid : Semuanya dah saya fikirkan tapi saya segan untuk mengatakannya.
Yvonne : Baguslah kalau begitu. Saya harap pilihan ini bukan pilihan awak yang
terakhir.
Rashid : sudah tentu tidak. Saya ke tingkatan enam kerana yakin bahawa peluang
saya untuk ke universiti lebih cerah nanti.

Soalan 9

Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa.
(ii) Kasut sekolah yang kotor itu telah saya cuci semalam.
(iii) Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih
muda.


Selamat mencuba, sila semak kembali jawapan kamu

Anda mungkin juga menyukai