Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian ringkaskan hingga menjadi kira-kira 100 patah

perkataan. Penggunaan kata-kata kamu sendiri dalam susunan maksud yang asal akan diberi
perhatian utama dalam pemarkahan.

Jasa ibu bapa tidak ternilai banyaknya. Betapa besarnya jasa mereka melahirkan kita ke
bumi ini. Tanpa mereka, kita tidak akan dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Namun ,
apakah yang kita lakukan sebagai menghargai jasa mereka.
Semua orang mengetahui bahawa sebelum seseorang anak damit dilahirkan , dia akan
dikandung selama Sembilan bulan oleh ibunya. Sepanjang tempoh mengandung , ibu akan
menjaga makan minum dan kesihatan dirinya agar anak yang dikandungnya dalam keadaan
sihat ketika dilahirkan. Ketika saat kelahiran tiba, ibu akan betarung nyawa demi melahirkan
anak tercinta. Tangisan pertama anak damit menghilangkan segala kesengsaraan ibu.
Kemudian, anak damit berkenaan dijaga bagai menatang minyak yang penuh hinggalah anak
meningkat dewasa. Belaian kasih sayang , tenaga , masa dan wang ringgit dicurahkan kepada
anak semata-mata untuk membesarkan nya sepertimana anak-anak yang lain. Ibu bapa
sanggup bekerja siang dan malam membanting tulang demi mencari rezeki halal untuk
memelihara anak. Ibu bapa yang bertanggungjawap akan memenuhi segala keperluan anak
seperti tempat tinggal yang selamat, pakaian, makanan , perubatan , pelajaran dan sebagainya.
Sering kali ibu bapa akan mengorbankan kepentingan diri, bergadai nyawa, bersengkang mata,
melupakan kesihatan demi anak dikasihi . Bayangkan betapa besarnya pengorbanan ibu bapa.

Disamping itu, dalam kesibukan bekerja , ibubapa tidak lupa menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri anak . pendidikan agama seperti solat , wudu, amalan puasa, mengaji al-Quran
tidak pernah diabaikan bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Ibu bapa sering
mendidik dan memberi contoh terbaik agar bersikap amanah , hormat-menghormati, berawar
galat, bekerjasama dan sebagainya. Tamsilmya , kita dapat membezakan anatara baik dan
buruk.

Sebagai membalas jasa mereka, ilmu harus kita capai setinggi mungkin. Tiada harta yang
ibu bapa harapkan hanya kejayaan anak. Apabila sudah bekerja, saralah ibu bapa untuk
meringankan beban mereka . Berbaktilah kepada mereka dan jangan sekali-kali menconteng
arang ke muka mereka . Janganlah pula, apabila mereka pergi , rasa penyesalan meronta-ronta
didalam hati.

Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kobis,
Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang di darat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar

1. Apakah puisi diatas ? ( 1 markah)
2. Apakah kelebihan bagi orang yang beriman? (2 Markah)
3. Berikan cadangan bagaimana kita boleh mempertahankan warisan budaya bangsa kita daripada
dinodai oleh budaya Barat. [3 markah]
4. Nyatakan ciri yang menandai puisi diatas.

Anda mungkin juga menyukai