Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN JENIS CERAMAH

Sebagai penceramah, kamu perlu membayangkan diri kamu berucap di


hadapan khalayak tertentu seperti rakan-rakan kamu.
1.

Bahasa yang diucapkan semasa berceramah perlu sesuai dengan khalayak,


sama ada masyarakat biasa ataupun yang berpendidikan tinggi.
2.

Pengucapan hendaklah tegas, jitu, padat, dan berkesan dengan menggunakan


intonasi suara (turun naik ataupun tinggi rendah nada suara) bagi menarik perhatian
khalayak.
3.

FORMAT KARANGAN JENIS CERAMAH


Biasanya ceramah didahului oleh kata-kata sambutan menurut protokol.
Contohnya seperti Tuan Pengerusi majlis yang saya muliakan, Tuan Pengetua, tetamu
kehormat, guru-guru, dan pelajar sekalian.
1.

Ada pula penceramah yang cenderung memberikan mukadimah terhadap satusatu tajuk yang hendak diceramahkan seperti karangan model ini.
2.

Sesudah itu barulah penceramah berkenaan memberikan kata-kata sambutan


dan memuliakan tetamu menurut protokol seperti di atas.
3.

Seelok-eloknya perinjakan daripada satu isi dengan isi berikutnya, diselitkan


unsur sapaan seperti hadirin yang saya muliakan, hadirin yang dihormati sekalian,
tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dan sebagainya.
4.

Sebelum mengakhiri ceramah, penegasan isi perlu dibuat sebagai rangkuman


supaya khalayak dapat memahami ceramah berkenaan melalui imbasan kembali.
5.

Ceramah diakhiri dengan kata-kata sambutan seperti yang terungkap dalam


pembuka bicara disusuli dengan ucapan terima kasih kepada hadirin atas
keprihatinan mereka mendengar ceramah dengan tekun.
6.

CONTOH KARANGAN CERAMAH

Sejak kebelakangan ini perkhidmatan perubatan swasta berkembang dengan


pesat. Anda sebagai Pegawai kanan di Kementerian Kesihatan dijemput
memberi ceramah tentang kesan daripada perkembangan perkhidmatan
tersebut. Tulis teks ceramah tersebut selengkapnya.
Pendahuluan

Kata alu-aluan
Penyataan tajuk
Isi-isi

Kesan baik
1. Membantu perkembangan ekonomi
2. Kualiti dan kecekapan perkhidmatan menjadi semakin baik

Kesan buruk
1. Kos rawatan yang tinggi
2. Perkhidmatan tidak menyeluruh.
Penutup
Kesan menyeluruh kepada masyarakat.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan


pengerusi majlis, para jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian. Tajuk
ceramah yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah kesan perkembangan
perkhidmatan perubatan swasta.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Perkembangan perkhidmatan perubatan swasta di Negara ini semakin
pesat. Kepesatan ini adalah selaras dengan perkembangan yang di capai dalam
sector sosioekonomi penduduk. Perkembangan pesat ini adalah untuk
menampung keperluan perubatan Negara.
Hadirin sekalian,

Perkhidmatan perubatan swasta menekankan aspek kualiti dan


kecekapan perkhidmatan yang diberikan. Oleh kerana setiap perkhidmatan
yang dikenakan bayaran, maka aspek kualiti dijaga dengan baik bagi menjamin
operasi perkhidmatan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Walaupun perkembangan perkhidmatan ini memberi kesan yang baik
namun terdapat juga kesan buruk seperti perkhidmatan yang diberikan tidak
terkawal. Seperti menjual ubatan secara haram.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pada dasarnya perkhidmatan yang disediakan ini adalah memberi
manfaat kepada masyarakat. Sekiranya terdapat perkara yang tidak elok
berlaku, tindakan tegas harus diambil supaya perkhidmatan perubatan ini
mapu memberikan kesenangan kepada masyarakat.
Sekian sahaja ceramah saya pada kali ini. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai