Anda di halaman 1dari 10

PUTERI GUNUNG LEDANG

Di atas puncak Gunung Ledang, tinggal seorang tuan puteri yang sangat
jelita, dikenali sebagai Puteri Gunung Ledang. Namun, Puteri Gunung
Ledang bukanlah tinggal keseorangan di atas gunung itu. Dia ditemani oleh
para dayang yang menjadi teman dan pembantu setianya. Malah, kononnya
turut terdapat seorang nenek kebayan tinggal bersama-sama dengan
mereka.

Segelintir penduduk di beberapa buah kampung berhampiran kaki Gunung


Ledang sering mendaki gunung itu. Mereka mencari pelbagai jenis hasil
hutan di atas gunung itu. Sekali-sekala, mereka terserempak dengan puteri
Gunung Ledang. Hal ini demikian kerana Puteri Gunung Ledang sering
memberikan pertolongan apabila mereka tersesat jalan atau ditimpa
sesuatu kesusahan.
Oleh yang demikian, nama Puteri Gunung Ledang menjadi sebutan dan
termasyhur ke mana-mana.
Sekali, kemasyhuran Puteri Gunung Ledang yang terkenal sangat jelita itu
sampai kepada pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang sedang
memerintah di negeri Melaka. Timbullah hasrat dalam hati baginda untuk
menjadikan Puteri Gunung Ledang sebagai permaisurinya.
Sultan Mahmud Syah lalu memaklumkan hasratnya itu kepada sekalian
pembesarnya. Terkejutlah para pembesar baginda apabila mendengar katakata itu. Namun, masing-masing hanya berdiam diri kerana tidak berani
menegur kehendak Sultan Mahmud. Malahan, Datuk Bendahara juga tidak
berani bersuara apa-apa.

Bukanlah mudah untuk mencari Puteri Gunung Ledang itu kerana bukan
semua orang bertuah dapat bertemu dengannya, fikir Datuk Bendahara
dalam hatinya.
Namun, apalah daya bagi Datuk Bendahara. Beliau tahu, Sultan Mahmud
sangat bengis dan pantang dihalang segala kehendak hatinya. Jika ada
sesiapa yang ingkar, mautlah padahnya. Mahu tidak mahu, terpaksalah
beliau memilih dan menentukan beberapa orang daripada kalangan
pembesar istana untuk pergi mencari dan meminang Puteri Gunung
Ledang.
Datuk Bendahara memilih Tun Mamat sebagai ketua. Tidak ketinggalan,
beliau turut memilih Datuk Sang Setia supaya ikut serta dalam rombongan
itu. Beliau berharap Datuk Sang Setia, sebagai seorang tua yang
berpengalaman luas, akan dapat turut membantu Tun Mamat.
Beta mahu Datuk Laksamana Tun Tuah turut pergi bersama-sama! titah
Sultan Mahmud.
Terkejutlah Datuk Bendahara mendengar titah itu. Beliau sengaja telah
mengecuali Laksamana Hang Tuah kerana tidak ingin membebankannya
dengan sebarang kerja berat lagi. Lebih-lebih lagi kerana Laksamana Hang
Tuah ketika itu sudah sangat berusia dan selalu pula berkeadaan uzur.
Laksamana Hang Tuah memahami perasaan hati Datuk Bendahara. Namun
kerana tidak ingin menderhaka kepada Sultan, beliau tetap patuh pada
titah itu.
Ampun, tuanku! Titah tuanku tetap patik junjung, sembah beliau.
Sukacitalah hati Sultan Mahmud bukan kepalang apabila mendengar
sembah Laksamana Hang Tuah. Baginda sangat mengharapkan cita-citanya
akan tercapai.
Tiba hari ditetapkan, berangkatlah rombongan utusan Sultan Mahmud
menuju ke Gunung Ledang. Jauhnya bukan kepalang. Perjalanannya pula

bukan mudah untuk ditempuhi. Meredah rimba belantara, menyeberang


sungai, mendaki bukit, dan menuruni lurah.
Namun, segala pahit getir itu terpaksa mereka tempuhi.
Akhirnya, mereka tiba di sebuah kampung berhampiran Gunung Ledang
itu. Terceganglah orang kampung apabila mengetahui bahawa rombongan
itu adalah utusan daripada Sultan Melaka yang datang untuk meminang
Puteri Gunung Ledang. Namun, tiada seorang pun daripada kalangan
orang kampung itu yang berkesanggupan untuk menolong mereka.
Bukan kami tidak ingin membantu, ujar penduduk kampung. Kami
sendiri tidak mengetahui di manakah sebenarnya tempat tinggal Puteri
Gunung Ledang di atas gunung itu.
Puteri Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah
tempat kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun, sampuk yang lain
pula.
Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk
cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang
tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan
Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang.
Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah
sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya
dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun
Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung
Ledang di atas gunung itu.
Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi
untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia
menunggu di kaki gunung ini saja, kata Laksamana Hang Tuah.
Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau bersamasama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki

Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang


pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka.
Puteri Gunung Ledang itu mungkin seorang puteri bunian. Sebab itulah
tempat kediamannya tiada diketahui oleh sesiapapun, sampuk yang lain
pula.
Mahu tidak mahu, terpaksalah rombongan itu meneruskan usaha untuk
cuba mencari sendiri Puteri Gunung Ledang itu. Jikalau mereka pulang
tanpa sempat bertemu Puteri Gunung Ledang, nescaya murkalah Sultan
Mahmud. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Ledang.
Tiba di kaki gunung itu, mereka berehat seketika. Laksamana Hang Tuah
sangat kepenatan kerana usianya sudah lanjut tua. Begitulah juga halnya
dengan Datuk Sang Setia. Laksamana Hang Tuah lalu menyuruh Tun
Mamat dan orang-orangnya meneruskan usaha mencari Puteri Gunung
Ledang di atas gunung itu.
Pergilah Orang Kaya Tun Mamat bersama-sama dengan yang lain lagi
untuk mencari Puteri Gunung Ledang. Biarlah hamba dan Datuk Sang Setia
menunggu di kaki gunung ini saja, kata Laksamana Hang Tuah.
Tun Mamat patuh kepada arahan Laksamana Hang Tuah. Beliau bersamasama dengan beberapa orang pemuda lain meneruskan usaha menaiki
Gunung Ledang. Pelbagai kesukaran ditempuhi mereka di sepanjang
pendakian itu. Malah, banyak pula perkara ganjil ditemui mereka.
Tiangnya diperbuat daripada tulang-tulang yang besar. Atapnya pula
diperbuat daripada rambut yang sangat panjang. Timbul juga rasa kecut
dalam hati Tun Mamat.
Tun Mamat terkejut kerana berpuluh-puluh orang gadis yang cantik tibatiba saja datang mengelilinginya.
Tuan hamba ini datang dari mana? salah seorang gadis itu menegur Tun
Mamat.

Tun Mamat segera menjawab, Hamba ini orang Melaka. Datang ke sini
untuk bertemu dengan Puteri Gunung Ledang.
Seorang nenek kebayan keluar dari tempat kediaman yang ganjil itu. Dia
lalu bertanyakan hajat Tun Mamat. Tun Mamat segera menceritakan tujuan
kedatangannya itu.
Patik akan tanyakan kepada Tuan Puteri Gunung Ledang, sama ada dia
bersetuju atau tidak menjadi permaisuri Sultan Melaka? ujar nenek
kebayan. Dia segera berjalan masuk ke dalam tempat kediaman itu semula.
Tidak lama selepas itu, nenek kebayan itu muncul semula. Dia segera
memberitahu Tun Mamat bahawa Puteri Gunung Ledang bersetuju
menjadi permaisuri Sultan Melaka, sekiranya Sultan Melaka dapat
memenuhi semua syarat peminangan yang dikehendaki.
Apakah syarat-syarat peminangan itu? Tun Mamat ingin tahu.
Nenek kebayan menjelaskan, Syarat-syaratnya ialah Sultan Melaka
hendaklah membina sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak
dari Melaka ke Gunung Ledang ini, tujuh tempayan berisi emas dan tujuh
tempayan berisi perak, tujuh tempayan air pinang muda dan tujuh
tempayan air mata, tujuh dulang hati nyamuk dan tujuh dulang hati
kuman, serta semangkuk darah Sultan Melaka dan semangkuk darah
putera Sultan Melaka.
Terpegunlah Tun Mamat mendengar segala syarat peminangan itu.
Sejenak, tiadalah beliau berkata apa-apa.
Berdasarkan syarat peminangan yang ditetapkan itu, Tun Mamat dapat
menduga bahawa Puteri Gunung Ledang tiada berkenan untuk menjadi
permaisuri kepada Sultan Melaka. Namun untuk terus menolak
peminangan itu, mungkin rasa tidak tergamak. Itulah sebabnya Puteri
Gunung Ledang sengaja menetapkan syarat-syarat sedemikian agar Sultan
Mahmud tidak berkecil hati.

Tanpa berlengah lagi, Tun Mamat segera turun ke kaki Gunung Ledang.
Laksamana Hang Tuah dan Datuk Sang Setia masih menunggu di situ.
Kawan-kawannya yang hilang dulu juga sudah berada di situ. Tun Mamat
segera menceritakan kisah yang dialaminya itu kepada Laksamana Hang
Tuah.
Orang Kaya dapat bertemu sendiri dengan Puteri Gunung Ledang itu?
Laksamana Hang Tuah bertanyakan Tun Mamat.
Tidak! jawab Tun Mamat. Hamba hanya berpeluang bertemu dengan
nenek kebayan sahaja.
Nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung Ledang. Dia sengaja
menyamar menjadi seorang perempuan tua, ujar Laksamana Hang Tuah.
Termenunglah Tun Mamat sejenak setelah mendengar kata-kata
Laksamana Hang Tuah itu. Tun Mamat sama sekali tidak menduga bahawa
beliau rupa-rupanya telah bertemu dengan Puteri Gunung Ledang itu.
Kalaulah hamba tahu nenek kebayan itulah sebenarnya Puteri Gunung
Ledang, nescaya hamba akan tangkap dan bawa pulang ke Melaka, kata
Tun Mamat dengan rasa kesal. Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia
tertawa mendengar kata-kata Tun Mamat itu.
Mereka segera berangkat pulang ke Melaka.
Tiba di istana Melaka, mereka segera menghadap Sultan Mahmud. Tun
Mamat lalu menyembahkan kepada Sultan Mahmud akan segala
peminangan yang telah ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang.
Terpegunlah Sultan Mahmud mendengar segala syarat peminangan itu.
Malah, sekalian pembesar turut terkejut setelah mendengar kata-kata Tun
Mamat itu. Masing-masing tunduk berdiam diri setelah melihat Sultan
Mahmud termenung panjang memikirkan hal itu.
Hanya Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat sekali-sekala saling
berpandangan. Mereka mengetahui tujuan Puteri Gunung Ledang sengaja

menetapkan syarat sedemikian, iaitu menolak secara halus peminangan itu


agar tidak mengecilkan hati Sultan Melaka.
Lamalah Sultan Mahmud berdiam diri, termenung panjang, kerana tidak
menyangka akan demikian rupa-rupanya syarat peminangan yang
ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang itu.
Akhirnya, Sultan Mahmud bertitah kepada sekalian pembesarnya, Jikalau
beta mahu, nescaya segala syarat peminangan yang ditetapkan oleh Puteri
Gunung Ledang itu akan dapat beta penuhi. Akan tetapi, syarat semangkuk
darah putera Sultan Melaka tiadalah sanggup beta penuhi. Tiadalah
sanggup beta mengambil darah daripada putera beta sendiri, semata-mata
untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang.
Legalah hati para pembesar setelah mendengar kata-kata Sultan Mahmud
itu.
Pada mulanya, mereka menyangka Sultan Mahmud tentu akan sanggup
berbuat apa sahaja untuk mencapai sebarang cita-citanya. Sebarang
kehendak Sultan Mahmud, tidak mungkin dapat digalang. Kini, mereka
berasa lega kerana Sultan Mahmud sudah membuat keputusan sedemikian.
Wahai Tun Mamat dan Datuk Laksamana Tun Tuah, kita lupakanlah saja
tentang Puteri Gunung Ledang itu. Tidak perlulah dia menjadi permaisuri
Melaka. Biarkanlah dia tetap tinggal di atas puncak Gunung Ledang itu,
ujar Sultan Mahmud.
Tun Mamat, Laksamana Hang Tuah, Datuk Sang Setia, dan Datuk
Bendahara tersenyum panjang. Sejak itu, tiadalah lagi Sultan Mahmud
menyebut nama Puteri Gunung Ledang. Malah, baginda melarang orang
Melaka pergi ke kaki Gunung Ledang semasa hayat hidupnya.

PUTERI GUNUNG LEDANG

Di puncak Gunung Ledang, tinggal


seorang puteri yang terkenal dengan
kebijaksaan dan kecantikannya. Tiada
siapa yang pernah sampai ke puncak
gunung itu kerana ianya sangat jauh.
Terdapat pelbagai binatang buas di dalam
hutan Gunung Ledang.
Berita tentang Puteri Gunung Ledang
tersebar hingga ke istana Melaka. Sultan
Melaka hendak menjadikan Puteri Gunung
Ledang sebagai permaisurinya. Baginda
memerintahkan pembesar istana untuk
menghantar utusan peminangan itu.
Rombongan ppeminangan yang diketuai
oleh Tun Mamat berangkat dengan
membawa banyak hadiah untuk tuan
puteri. Mereka melalui pelbagai rintangan
untuk sampai ke puncak gunung.

Dipertengahan jalan, mereka bertemu


dengan nenek kebayan. Setelah
bertanyakan arah istana tuan puteri, Tun
Mamat dan ahli rombongannya
meneruskan perjalanan mereka. Mereka
tidak tahu bahawa Puteri Gunung Ledang
telah menyamar menjadi nenek kebayan.
Mereka akhirnya tiba ke istana tuan puteri
yang cantik dan besar. Tun Mamat pun
memberitahu hajat Sultan Melaka. Tuaan
puteri bersetuju menerima pinangan itu
jika Sultan Melaka dapat memenuhi
syarat yang ditetapkan. Antaranya ialah
semangkuk darah putera sultan.
Setibanya rombongan ke Melaka, Tun
Mamat segera memberitahu sultan segala
syarat yang diminta oleh tuan puteri.
Akhirnya, Sultan Melaka membatalkan
niatnya untuk memperisterikan tuan
puteri kerana tidak sanggup membunuh
anaknya.
MORAL :

Jangan kita berhajat terlalu tinggi


sehingga mengabaikan tanggungjawab
yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai