Anda di halaman 1dari 10

Tema Novel Bimasakti Menari

TemaNovel Bimasakti Menari ialah Kegigihan anak muda dalam usaha


melestarikan alam sekitar.

Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam
berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi
kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai
kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan
pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama
di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang
mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina
rumah mesra alam. 

Persoalan Novel Bima Sakti Menari


Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah.
Contoh Peristiwa: Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat
diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat
langit tidak menjadi gelap pada waktu malam.

Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak.


Contoh Peristiwa: Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek
Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya Muhammad Taufik walaupun
mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.

Persoalan cinta akan alam sekitar.


Contoh Peristiwa: Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap
pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan
yang tidak terancang.
Binaan Plot Novel Bimasakti Menari
Permulaan

Novel Bimasakti Menari bermula apabila Nurul Hafsa melayan sekumpulan


murid dari Jepun yang diiringi oleh Puan Wickham bagi mencerap bintang.
Nurul Hafsa baru bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor.  Malangnya, bintang tidak kelihatan kerana
langit terlalu cerah. Hasrat mereka untuk melihat kelip-kelip di Kampung
Kuantan juga tidak kesampaian.

Perkembangan

Nurul Hafsa membuat laporan tentang pencemaran cahaya yang


menghalang aktiviti mencerap bintang dan kelip-kelip ke Pejabat Daerah.
Ketua Nurul Hafsa, iaitu Puan Foziah menasihati Nurul Hafsa agar tidak
mengharapkan sebarang tindakan kerana pembangunan di Kuala Selangor
tidak melanggar undang-undang alam sekitar. Kemudian, Budiman
mempertemukan Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik. Mereka bersetuju
untuk melaksanakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor
bagi aktiviti pencerapan bintang dan menjaga populasi kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Atas pengaruh Tan Sri Muhaimin, mereka berjaya
membuat pembentangan kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor. Menteri
besar telah mengadakan majlis terbuka kepada orang ramai bagi
mendengar pembentangan tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap
tersebut.
Teknik Plot Bima Sakti Menari
Teknik dialog
Pengarang mengetengahkan teknik dialog melalui perbuala antara Dato’
Mustofa dengan Dato’ Johann mengenai Menteri Besar yang suka akan
projek yang dicadangkan oleh Muhammad Taufik iaitu projek Kawasan
Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.

Teknik monolog
Nurul Hafsa bermonolog untuk meluahkan rasa kesal kerana hasratnya untuk
melihat kelipkelip yang banyak di Kampung Kuantan tidak kesampaian,
sebaliknya dia hanya melihat enam ekor kelip-kelip.Contohnya:Ya enam ekor
kelip-kelip, Nurul Hafsa berdetik di dalam hati.

Imbas kembali
Dato’ Johann mengingati kemabali permusuhannya dengan Tan Sri
Muhaimin yang berebutkan hati seorang wanita yang bernama Marion
Wickham. Permusuhan itu hanya tercetus semula kerana isu lampu.

Teknik Pemerian
Pengarang memerihalkan kenderaan hibrid yang menjadi idaman Nurul
Hafsa.
Pengarang memerihalkan perasaan sakit hati Dato’ Johann terhadap Tan Sri
Muhaimin.

Teknik saspens

Peristiwa pengemudi bot yang membawa Nurul Hafsa untuk melihat kelip-


kelip di Kampung Kuantan memenuhi permintaan Nurul Hafsa untuk
membawa bot menyusur cabang sungai yang gelap. Pembaca tertanya-
tanya tentang peristiwa yang terjadi di mulut anak sungai yang gelap itu

Peristiwa Tan Sri Muhaimin menerima panggilan telefon daripada Menteri


Besar ketika beliau sedang memikirkan langkah keselamatan yang perlu
dilakukan untuk menjaga keselamatan  keluarganya. Pembaca tertanya-tanya
Hospital Besar Tanjung Karang
Tempat Muhammad Taufik dibawa untuk mendapatkan rawatan setelah
diserang oleh sekumpulan sejarah.

Taman Rimba Templer


Tempat Budiman mengadakan perkhemahan bersama-sama dengan budak
pengangkap.

Rumah Prototaip Ikhtiar Teknoalam


Tempat Muhammad Taufik menerima kunjungan ibunya, Puan Maryam
Wickham yang meninggalkan rombongannya untuk bersama-sama dengan
anaknya itu

Latar Masa

Hari pertama bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin


Peristiwa Nurul Hafsa berasa tidak keruan ketika mengiringi kumpulan
pengujung yang dianggotai 15 orang murid dan tiga orang pengiring yang
ingin mencerap bintangbintang di langit.

Waktu subuh
Peristiwa Haji Yassir, Budiman, Tan Sri Muhaimin, Nurul Hafsa dan Maryam
Wickham menunaikan solat subuh di surau hospital selepas kedengaran azan
dari Masjid Tanjung Karang.

Waktu malam
Peristiwa Nurul Hafsa dihantar oleh ayahnya, Haji Yassir pergi ke Kampung
Kuantan untuk melihat kelip-kelip.

50 tahun lalu
Peristiwa penduduk Kuala Selangor telah menikmati bekalan air paip.
Masyarakat yang berkahwin campur
Contoh: Tan Sri Muhaimin yang berketurunan Jawa telah berkahwin dengan
Maryam Wickham yang berketurunan Kaukasia.

Masyarakat yang setia kawan


Contoh: Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas ke
tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi
membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
Muhammad Taufik

 Anak tunggal kepada Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham.
 Berambut hitam pekat dan ikal.
 kulitnya cerah seperti kulit Maryam Wickham.
 Hidungnya mancung sederhana.
 Bertubuh tegap dan tinggi lampai.
 Berpendidikan tinggi hingga memiliki sarjana.
 Komited dalam mencintai alam sekitar.

Seorang yang cinta akan alam sekitar


Dia mengusahakan projek Ikhtiar Teknoalam, iaitu pembinaan ruman yang
berkonsepkan kediaman mesra alam.

Seorang yang bersikap prihatin


Dia sanggup menemui penjenayah dengan tujuan untuk menyelamatkan
Nurul Hafsa yang telah diculik oleh mereka.

Seorang yang berterus terang


Dia berterus terang dengan bertanya kepada Nurul Hafsa sama ada dia sudi
menerima pinangannya.

Seorang yang penyabar


Muhammad Taufik bersikap tenang dan sabar ketika berhadapan dengan
Nurul Hafsa yang berasa marah kepada tindakannya memagar sungai di
Kampung Kuantan.

Seorang yang penyanyang


Dia menyanyangi kedua-dua orang tuanya walaupun mereka telah berpisah
dengan berusaha untuk memenuhi permintaan mereka.

Seorang yang berbudi bahasa dan menghargai tetamu


Dia melayan kunjungan Nurul Hafsa dan Budiman dengan menyediakan
minuman.
Seorang yang berpengaruh besar
Beliau menggunakan pengaruhnya untuk membolehkan Muhammad Taufik
dan Nurul Hafsa membentangkan kertas kerja berhubung dengan projek
Kawasan Simpan Langit Gelap, iaitu menjadikan kawasan Kuala Selangor
sebagai kawasan gelap untuk pencerapan bintang dan populasi kelip-kelip.

Seorang yang penyayang


Beliau sentiasa memenuhi kehendak anak tunggalnya, iaitu Muhammad
Taufik.

Seorang yang berpendirian teguh


Beliau sanggup bercerai dengan isterinya kerana tidak sehaluan.

Seorang yang baik hati dan tidak bersifat dendam


Beliau tidak berdendam dengan bekas isterinya serta tidak memarahi
anaknya berikutan kunjungan bekas isterinya itu ke rumah anaknya.

Seorang yang taat akan perintah agama


Beliau menunaikan solat subuh bersama-sama dengan Haji Yassir di surau
hospital.

Seorang ayah yang bertanggungjawab


Beliau turun dari kereta untuk menemani Muhammad Taufik yang hendak
pergi ke tandas di stesen minyak untuk menjaga keselamatan anaknya.

Maryam Wickham

 Ahli perniagaan yang berjaya.


 Jutawan di Asia Tenggara.
 Berpengaruh besar.
 Tidak bersifat dendam terhadap bekas kekasih isterinya.
 Taat akan perintah agama.
Nilai Novel Bimasakti Menari
Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk membawa
kembali kegelapan di Kuala Selangor untuk memastikan habitat kelip-kelip
terjaga dan Kuala Selangor kekal sebagai lokasi pencerapan bintang. 

Nilai setia kawan


Contoh: Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penjahat di stesen
minyak PETRONAS di hadapan hospital semata-mata untuk menyelamatkan
sahabatnya, iaitu Nurul Hafsa yang telah diculik. 

Nilai Pengorbanan
Contoh: Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa
dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik

Nilai tanggungjawab
Contoh: Tan Sri Muhaimin telah membesarkan anak tunggalnya dengan
memenuhi segala keperluan anaknya itu walaupun dia seorang bapa
tunggal. 

Nilai ketabahan
Contoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi ancaman
dan cabaran dalam usaha mereka untuk mengembalikan kegelapan di Kuala
Selangor untuk pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip. 

Nilai kasih sayang


Contoh: Maryam Wickham sayang akan anaknya, Muhammad Taufik dengan
mengunjungi rumah anaknya dan memasakkan makanan untuk anaknya itu. 

Nilai berilmu berpengetahuan


Contoh: Nurul Hafsa sanggup ke Jordan selama empat tahun untuk
menyambung pelajaran dalambidang falak dan fizik. 
Pengajaran Novel Bimasakti Menari

Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya kehidupan kita dan makhluk
lain tidak terancam.
Contoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk menjadikan
Kuala Selangor sebagai kawasan gelap bagi memastikan khazanah alam
seperti kelip-kelip dan pencerapan bintang terus dinikmati.

Kita mestilah menyayangi dan menghormati ibu yang banyak berjasa kepada


kita.
Contoh: Peristiwa Muhammad Taufik mengajak ibunya ke rumah walaupun
ibunya telah berpisah dengan bapanya.

Kita hendaklah gigih mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.


Contoh: Nurul Hafsa gigih berusaha mengatasi masalah pencemaran cahaya
dan kepupusan kelip-kelip.

Ibu bapa mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya kehidupan


anak-anak terbela.
Contoh: Haji Yassir sanggup menghantar anaknya, Nurul Hafsa ke Kampung
Kuantan untuk mencerap kelip-kelip supaya anaknya tidak mengalami
masalah untuk pergi ke tempat tersebut.

Kita hendaklah menyayangi alam sekitar yang banyak memberi manfaat


kepada kita.
Contoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk menjadikan
Kuala Selangor sebagai kawasan gelap bagi memastikan khazanah alam
seperti kelip-kelip dan pencerapan bintang terus dinikmati.

Kita mestilah mempunyai sikap setia kawan


Contoh: Muhammad Taufik sanggup bertemu dengan penjenayah semata-
mata kerana tidak mahu keselamatan Nurul Hafsa yang telah diculik
terancam.
Kita mestilah tabah dalam melaksanakan sesuatu kerja supaya matlamat kerja
tersebut tercapai

Anda mungkin juga menyukai