Anda di halaman 1dari 9

BANJIR DI MATA EMAK

CHE SOO ISMAIL


AHLI KUMPULAN:
• YAP XUAN YU
• ONG MENG XIAN
• MARSYA AQILAH
• ALSON CHONG
• JAYAKUMAR
SINOPSIS
Kisah bermula apabila ‘saya’ tersalah dail nombor kawannya, Ameera, tetapi disambut oleh
suara wanita tua di hujung talian. ‘Saya’ tidak sempat mencelah kerana mak cik tadi
menyangka ‘saya’ ialah Nana, anaknya, berasa sangat teruja kerana dihubungi. Talian
diputuskan. Setelah dihubungi berkali-kali, dia tergesa-gesa meminta ‘saya’ tidak bimbang.
Seperti tadi, talian diputuskan sebaik dia habis bercakap. ‘Saya’ tertanya-tanya bahkan terasa
ingin untuk bersama mak cik tua itu bagi mengubat kerinduan terhadap ibu kandung yang
sudah tiada. ‘Saya’ berdoa agar pertemuan dua kerinduan itu dimakbulkan / menjadi
kenyataan. Akhirnya ‘saya’ berjumpa alamat nombor tersalah dail itu.
Sekumpulan remaja menunjuk jalan ke rumah Nek Piah dalam keadaan banjir yang mencecah
paras leher. Mak Piah ceria menyambut ‘saya’ bersama
bungkusan nasi dan lauk yang disangkanya masakan Nana. Mak Piah menjelaskan dia tidak ke
pusat pemindahan kerana masalah kencing kerap (selalu buang air kecil). Mak Piah terus
memeluk ‘saya’ sebaik berjanji untuk menemaninya hingga banjir surut. Kemudian ‘saya’
menyimpan bekalan bahan mentah masakan ke dalam peti sejuk sebelum pulang. Takdir
menentukan ‘saya’ demam selama lima hari sebelum boleh ke rumah Mak Piah sekali lagi.
Malangnya, hanya jenazah Mak Piah yang diusung setelah dia tergelincir ketika membersihkan
rumah. Di kubur, ‘saya’ bertemu Nana yang persis wajah Mak Piah. Nana sedih dan kesal,
tetapi saya hanya membiarkan Nana meluahkan emosi, lalu memimpin Nana pulang …
TEMA

• Kerenggangan hubungan anak-anak dengan ibu lanjut usia


PERSOALAN

• Bersangka baik :
Mak Piah sentiasa menyebut kebaikan anaknya Nana walaupun pada hakikatnya Nana
mengabaikannya.

• Prihatin / peka :
‘Saya’ mengambil berat terhadap masalah kekurangan bahan makanan di rumah Mak Piah yang
dilanda banjir.

• Penyayang :
‘Saya’ melayan Mak Piah yang baru dikenalinya dengan penuh kasih sayang.
GAYA BAHASA
• Peribahasa :
isi hati.

• Personifikasi :
banjir kali ini menelan dua nyawa; getar suaranya menggegarkan perasaan .

• Bahasa Arab :
Ya Allah; zuhur; assalamualaikum; alhamdulillah; insya-Allah.

• Metafora :
lembah kepiluan; bungkusan takdir; lautan fikir.
NILAI
• BAIK HATI :

“Saya” membawa bekalan makanan untuk Mak Piah yang telah terputus bekalan makanan akibat kejadian banjir.

• KEPRIHATINAN:

“Saya” sanggup mengharungi banjir untuk melihat keadaan hidup Mak Piah yang tinggal seorang diri.

• SIMPATI:

“Saya” berasa simpati dengan keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan serta keadaan Mak Piah yang terlalu
merindui anak-anaknya.

• KASIH SAYANG :

Walaupun anak-anak Mak Piah tidak mengambil berat tentang kehidupannya di kampung, Mak Piah masih
mengingati dan menyayangi anak-anaknya.
PENGAJARAN

• Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang, terutamanya nama baik ahli
keluarga sendiri.
• Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong
sesama manusia.
• Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap kita.
• Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita.
SOALAN KBAT

1. Apakah cara meningkatkankekesedaran generasi muda terhadap keperluan


warga emas ?
2. Pada pendapat anda, apakah perkara terbaik yang akan anda lakukan
sekiranya mempunyai ibu bapa yang sudah tua ?

Anda mungkin juga menyukai