Anda di halaman 1dari 25

Sejarah Tingkatan 2

Bab 4
Agama , Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Alam
Melayu
4.1 Agama dan Kepercayaan
Apakah maksud agama?
➔ Agama ialah sistem yg berkaitan dgn anutan keimanan dan penyembahan terhadap
tuhan

Apakah maksud kepercayaan?


➔ Kepercayaan ialah pegangan yg diyakini dpt menjadi panduan dlm kehidupan
seseorang

❖ Agama dan kepercayaan berperanan memberikan panduan dlm kehidupan seseorang


Kepercayaan awal

Apakah kepercayaan awal masyarakat Alam Melayu ?


➔ Alam sekeliling
➔ Animisme dan dinamisme

Animisme
● Kepercayaan bahawa - makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat
● Berkaitan dgn kepercayaan makhluk halus
● Penyembahan roh nenek moyang yg telah meninggal dunia dikenali sebagai hyang.
Dianggap amalan penting utk memastikan keluarga masih hidup dpt kebaikan dan
dihindari keburukkan
Kepercayaan Awal

Dinamisme
● Kepercayaan terhadap kekuatan yg dikenali sebagai mana atau semangat
● Setiap benda dan makhluk dianggap mempunyai mana yg boleh mempengaruhi
kehidupan seseorang
● Antara amalan penting ialah upacara pemujaan semangat tanaman
Penyebaran Agama Hindu , Buddha dan Islam Sebelum Abad ke 15

❖ Agama Hindu dan Buddha tersebar di Alam Melayu sebelum Masihi


❖ Agama Hindu dan Buddha telah mempengaruhi kehidupan masyarakat Srivijaya ,
Angkor , Majapahit , Champa dan Kedah Tua, Gangga Nagara dan Funan
❖ Agama Islam tiba di Alam Melayu mulai abad ketujuh
❖ Agama Islam disebarkan dan diamalkan dalam kerajaan Melayu spt Champa ,
Majapahit , Kedah dan Pasai

❖ Penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam di Alam Melayu berkait rapat dgn
peranan mubaligh , pemerintah dan perkembangan perdagangan antarabangsa
Funan

Agama Hindu
● Disebarkan di funan sejak abad pertama

Buddha
● Disebarkan sejak abad pertama
● Fan Shi-man berperanan besar dlm perkembangan agama buddha
● Candi GO Cay Thi ialah cth candi Buddha
Angkor

Agama Hindu
❖ Menjadi anutan utama masyarakat Angkor sejak kerajaan Angkor diasaskan
❖ Menjadi gemilang ketika pemerintahan Suryavarman II
❖ Angkor wat - candi hindu termasyhur

Buddha
❖ Zaman pemerintahan Jayavarman VII , agama Buddha mengambil alih tempat agama
Hindu
Srivijaya

Buddha
❖ Berperanan sbg pusat kegiatan agama Buddha
❖ I-Tsing , pendeta Buddha dari China pernah mempelajari bahasa Sanskrit dan
menterjemhkan kitab-kitab agama Buddha
❖ Chandi Bahal , Candi Muara Takus , Candi Muara Jambi
Majapahit
Hindu dan Buddha
❖ Hindu dan Buddha berkembang secara serentak
❖ Pada abad ke-14 Hayam Wuruk menyatukan aliran agama Hindu dan Buddha yang
dipanggil Tripaksa
❖ Candi Jabong, Candi Sukuh dan Candi Brahu

Islam
❖ Tersebar pada abad ke-14
❖ Wu Ping pegawai kerajaan Ming yg beragama Islam dilantik sebagai wakil tetap
Majapahit
Kedah Tua

Buddha dan Hindu


❖ Sejak abad ke 5 buddha diamalkan
❖ Seterusnya Hindu mula tersebar

Islam
❖ Abad ke 12
❖ Maharaja Derbar Raja II , pemerintah Kedah ke 9 memeluk Islam
Gangga Naggara

Buddha

Penemuan arca - arca buddha di Lembah Kinta

Penemuan patung Buddha, Avalokitesvara


Champa
Hindu
❖ Tersebar di Champa sejak abad keempat ketika pemerintahan Bhadravarman
❖ Bhadravarman membina candi Hindu di Lembah Mi Son yg dikenali sebagai Candi Siva-
Bhadresvara
❖ Candi Hindu juga dibina di Po Nagar

Buddha
❖ Candi Dong Duong merupakan bukti penyebaran agama Buddha

Islam
❖ Pd zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin , agama Islam tersebar luas di Champa
❖ Batu bersurat bertarikh 1035 dan batu nisan bertarikh 1039 di Panduranga merupakan bukti
penyebaran agama Islam
4.2 Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Dalam konteks Alam Melayu , apakah antara keunikan warisannya?


➔ Sistem pemerintahan beraja
➔ Kebijaksanaan pemerintahan
➔ Perkembangan kegiatan ekonomi
➔ Perkembangan sosiobudaya
➔ Amalan beragama
Sistem Pemerintahan Beraja
➢ Sistem Beraja merupakan asas sistem pemerintahan kerajaan Alam Melayu
➢ Pengaruh agama diasimilasikan atau diserapkan dlm pentadbiran
➢ Raja merupakan tonggak utama kerajaan dan kedudukan baginda diperkukuhkan
a) Bantuan para pembesar
b) Ketaatan rakyat

Aspek penting dlm sistem pemerintahan beraja di Alam Melayu

Pemilihan raja
★ Berasaskan keturunan dan pemilihan baginda disahkan para pembesar
★ Keturunan diraja dianggap suci dan berdaulat
★ Raja juga boleh dipilih drp golongan tentera . Cth - Champa
★ Wanita berketurunan diraja juga boleh dilantik sbg pemerintah . Cth- Majapahit
Kedudukan Raja
★ Semasa pengaruh agama Hindu dan Buddha berkembang di Alam Melayu , raja
dianggap titisan atau penjelmaan dewa
★ Agama Islam memperkenalkan konsep khalifah di Alam Melayu
★ Raja-raja sentiasa ditaati , mengingkar raja dianggap mengingkari tuhan dan perbuatan ini
dianggap menderhaka

Gelaran Pemerintah
★ Zaman Hindu dan Buddha , gelaran Raja dan Maharaja digunakan oleh pemerintahan
★ Gelaran spt ‘Raja di Gunung’ dan ‘Maharaja di Pulau’ digunakan oleh raja . Utk apa ?
Untuk menggambarkan kebesaran kebesaran kuasa raja
★ Gelaran Sanskrit , varman pula digunakan oleh Raja Funan,Champa, Angkor dan Srivijaya
Gelaran Pemerintah
★ Zaman Hindu dan Buddha , gelaran Raja dan Maharaja digunakan oleh pemerintahan
★ Gelaran spt ‘Raja di Gunung’ dan ‘Maharaja di Pulau’ digunakan oleh raja . Utk
apa ? Untuk menggambarkan kebesaran kebesaran kuasa raja
★ Gelaran Sanskrit , varman pula digunakan oleh Raja Funan,Champa, Angkor dan
Srivijaya

Mengapa perlu memberi gelaran kpd golongan raja?

Utk menonjolkan identiti dan keunikan kerajaan


Kebijaksanaan Pemerintah

Kebijaksanaan pemerintahan merupakan ciri unik yg membolehkan kerajaan Alam


Melayu berkembang dengan cepat dan bertahan lama

Apakah aspek-aspek kebijaksanaan pemerintah kerajaan Alam Melayu


➢ Memilih dan membangunkan pusat pemerintahan
➢ Menjalinkan hubungan diplomatik
Memilih dan membangunkan pusat pemerintahan
❖ Lokasi yg strategik dipilih oleh pemerintah sbg pusat pentadbiran , petempatan dan
pelabuhan
❖ Lokasi yg dipilih biasanya terletak di pesisiran pantai atau lembah sungai

Mengapa pemilihan lokasi menunjukkan kebijaksanaan pemerintah?

Kerana…
- Lembah sungai yg subur dipilih utk memperkembang kegiatan pertanian , cth
Angkor dan Majapahit
- Sungai berfungsi sbg laluan pengangkutan utama
- Kawasan pesisiran pantai dan muara sungai di laluan antarabangasa dipilih
menjadi pelabuhan , cth pelabuhan Oc Eo di Funan dan Palembang di Srivijaya
- Bukit dan teluk berfungsi dlm aspek pertahanan
Menjalinkan hubungan diplomatik

Pemerintah Alam Melayu telah menjalinkan hubungan diplomatik yg berterusan bagi menjamin kemakmuran kerajaan

Mengapakah hubungan diplomatik penting?

- Memelihara kedaulatan kerajaan


- Mendapatkan perlindungan
- Meluaskan jaringan perdagangan
- Memperkukuh agama dan budaya

Apakah bentuk hubungan diplomatik yg dijalankan ?

❖ Hubungan Persabahatan

-utusan persahabatan dikirimkan oleh kerajaan Srivijaya ke China pd abad ketujuh

- Kerajaan majapahit menjalinkan persahabatan dgn China pd abad ke-14

❖ Bantuan Ketenteraan atau senjata

-Maharaja Chola dari India pernah menghantar bantuan tentera kpd Srivijaya utk menyelesaiakn pemberontakan

❖ Perkahwinan

-Pd abad ke-13 , pemerintah Majapahit , Raden Wijaya berkhawin dgn puteri kerajaan Singhasari
Kegiatan Ekonomi

Lokasi petempatan menentukan dan mencorakkan kegiatan ekonomi masyarakat Melayu

Petempatan kerajaan Alam Melayu berkembang di lembah sungai dan pesisiran pantai.
Ini mencorakkan kegiatan ekonomi mereka dilakukan utk

> menyara hidup

> menjalankan perdagangan

Memanfaatkan kesuburan tanah


❖ Kesuburan tanah dimanfaatkan oleh masyarakat Alam Melayu utk menjalankan kegiatan
pertanian
❖ Cth- lembah Sungai Mekong , Sungai Musi , Sungai Brantas
Mencipta sistem pengairan

Apakah kemahiran yg dimiliki oleh masyarakat Alam Melayu ?

a) Mencipta sistem pengairan spt baray


b) Mencipta sistem saliran

Penciptaan ini bertujuan utk memastikan bekalan air mencukupi di kawasan pertanian

Membina Pelabuahan
➔ Pelabuhan didirikan kerajaan Alam Melayu di lokasi pesisiran pantai yg strategik
dan mudah dikunjungi pedagang dari timur dan barat
➔ Kegiatan perdagangan di pelabuhan tersebut membolehkan berlakunya interaksi
antara kerajaan serantau dan kerajaan antarabangsa
Apakah tiga bentuk perkembangan pelabuhan pelabuahan?

a) Pelabuhan Pembekal ( pelabuhan persinggahan utk membekalkan bahan dagangan


dan bekalan makanan kpd pedagang )
b) Pelabuhan Kerajaaan ( pelabuhan pembekal yg berkembang apabila pusat
pentadbiran atau pusat kerajaan wujud di pelabuhan tersebut )
c) Pelabuhan entrepot ( Pelabuhan yg menjadi tumpuan pedagang dan berperanan
sebagai pengumpul , pengendali dan pengedar barang dagangan)
Perkembangan Sosiobudaya

Sistem tulisan dan bahasa

● Pengaruh luar diadaptasi atau disesuaikan oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu dlm proses
perkembangan sistem tulisan dan bahasa
● Tulisan Palava dan Kawi telah digunakan sebagai medium tulisan bahasa tempatan
● Tulisan Jawi terbentuk apabila huruf-huruf Arab disesuaikan oleh masyarakat Alam Melayu dan menjadi
warisan sistem tulisan masyarakat Melayu

Persuratan

● Kegiatan persuratan menunjukkan keintelektualan masyarakat kerajaan Alam Melayu


● Pd peringkat awal , kegiatan persuratan berkembang dlm bentuk batu bersurat
● Kemudian karya-karya dlm bentuk manuskrip lahir

Seni Bina

● Kegiatan pertanian , pelayaran , perdagangan dan keagamaan juga berkembang akibat kemajuan seni
bina
● Petukang-petukang kapal yg handal lahir apabila mereka hidup di pesisiran pantai
Amalan Beragama
Apakah antara keunikan warisan dlm amalan beragama dlm kalangan masyarakat kerajaan
Alam Melayu ?

S ifat terbuka masyarakat Alam Melayu
➢Buktinya kepercayaan awal disesuaikan dgn penyebaran agama Hindu dan Buddha
➢Agama Islam tersebar dgn aman
➢Kepelbagaian anutan agama di Alam Melayu merupakan keunikan warisan masyarakat Alam Melayu

❖Sifat Toleransi dlm amalan beragama masyarakat Alam Melayu


➢Buktinya , Candi Prambanan dibina penganut Hindu yg berdekatan Candi Borobudur
➢Candi Borobudur merupakan tempat beribadat penganut Buddha

❖Agama merupakan simbol penyatuan raja dan rakyat


➢Golongan agamawan memperkukuhkan kedudukan raja di takhta kerajaan
➢Buktinya , golongan Brahmin berperanan besar semasa pertabalan raja
❖Golongan agama berstatus istimewa dan diberikan tempat istimewa dlm kerajaan
➢ Dalam kerajaan Funan , Angkor dan Srivijaya mereka dilantik sebagai pentadbir dan penasihat raja

❖Candi besar dibina sebagai lambang keagungan sebuah kerajaan


➢ Antara candi terkenal ialah Candi Borobudur , Angkor Wat , Candi Prambanan dan Candi Muara
Jambi
➢ Candi-candi berperanan sebagai pusat ibadat , tempat pemujaan roh nenek moyang dan

❖Masjid dibina sebagai pusat ibadat , pendidikan dan kebajikan apabila agama Islam
tersebar di Alam Melayu

❖Sistem pendidikan melalui institusi seperti pondok dan madrasah merupakan warisan yg
diteruskan hingga kini

Anda mungkin juga menyukai