Anda di halaman 1dari 10

SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 5

Penerokaan Unsur Dalam Alam

Tema ini bertujuan untuk memperkenalkan unsur alam yang terdiri daripada jirim. Fokus
diberikan kepada sifat fizikal dan sifat kimia dan rupa bentuk tiga keadaan jirim. Pengelasan
unsur dalam jadual berkala diperkenalkan. Kewujudan sumber alam dalam bentuk unsur,
sebatian dan campuran dikaji dengan memberi tumpuan kepada perbandingan sifat-sifatnya
dan penggunaannya dalam kehidupan harian. Tajuk udara dipelajari dari aspek komposisi,
tindak balas pembakaran dan juga isu pencemaran udara.

Bidang pembelajaran: 1. Jirim


5.1 Jirim dalam alam
5.2 Tiga keadaan jirim.

JIRIM

Tahap Tafsiran
Penguasaan
1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains
mengenai jirim/jadual berkala/udara.

Soalan 1

a) Jirim adalah bahan yang mempunyai __________________ dan memenuhi


_____________________.

b) Nyatakan sama ada benda dalam jadual di bawah merupakan ‘jirim’ atau
‘bukan jirim’

Benda Jirim/Bukan Jirim

Batu

Bunyi

Air

Udara

Cahaya

1
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 5
Soalan 2

Dua cawan yang sama saiz diisi penuh dengan cuka dan satu lagi minyak zaitun.
Kedua-dua cawan diletakkan di bawah cahaya matahari. Setelah beberapa hari,
didapati kedua-dua cawan tidak penuh penuh lagi.

Apakah kesimpulan daripada pemerhatian ini.

A. Cuka menyejat lebih cepat daripada minyak zaitun.


B. Minyak zaitun menyejat lebih cepat daripada cuka.
C. Kedua-dua cuka dan minyak zaitun menyejat
D. Hanya cecair mengandungi air sahaja boleh menyejat.

Jawapan: C

2
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 5
JIRIM

Tahap Tafsiran
Penguasaan
2 Memahami jirim/jadual berkala/udara serta dapat
menjelaskan kefahaman tersebut.

Soalan 1

Pemerhatian:

Ketulan pepejal
perisa vanilla
berwarna biru

Rajah 1: Proses penghasilan Rajah 2: Hasil Air Berperisa


air perisa vanilla Vanilla

Ali seorang peniaga air minuman yang terkenal kerana inovasinya menghasilkan
pelbagai air berperisa di pasar malam. Isterinya memberi idea untuk Ali
menghasilkan air berperisa vanilla. Rajah 1 menunjukkan proses menghasilkan
minuman tersebut.

Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi kepada campuran tersebut setelah
dibiarkan beberapa jam. Nyatakan pemerhatian anda di dalam kotak di rajah 2.
Jelaskan jawapan anda.
Warna biru cair kuprum (II) sulfat dilihat tersebar ke seluruh air. Terangkan situasi
ini..

Jawapan: Warna Biru. Ini adalah kerana zarah-zarah biru kecil telah bergerak
menjauhi dan memasuki ruang antara zarah air.

3
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 5

Soalan 2

Berdasarkan aktiviti tersebut, tandakan [√] bagi pernyataan yang betul pada petak
yang disediakan dan jelaskan jawapan anda.

Ali mengambil 250g plastisin dan membentuk menjadi bola.Kemudian, dia


menggulung plastisin tersebut menjadi bentuk seperti rajah 1(b).

250 g plastisin

Rajah 1(a) Rajah 1(b)

a) Merujuk kepada rajah di atas, apakah perubahan jisim selepas Ali menukar
bentuk plastisin tersebut.

b) Adakah ini perubahan fizikal atau perubahan kimia? Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
a) Tidak berubah
b) Perubahan fizikal. Tiada bahan baru terbentuk dan jisim kekal sama.

4
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 5
Soalan 3

Fatimah ingin mengkaji apakah perubahan yang berlaku apabila telur dimasak
dalam bekas yang bertutup. Jisim telur yang belum dimasak adalah 20g. Fatimah
memasak telur dalam bekas bertutup yang tidak melekat tanpa menggunakan
minyak.

a) Apakah jisim telur selepas dimasak?

b) Adakah ini perubahan fizikal atau perubahan kimia? Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
a) Tidak berubah
b) Perubahan kimia. Bahan baru terbentuk dan tidak boleh kembali ke bentuk
asal.

5
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 5

JIRIM

Tahap Tafsiran
Penguasaan
3 Mengaplikasikan pengetahuan jirim/jadual berkala/udara untuk
menerangkan kejadian atau fenomena alam dan dapat
melaksanakan tugasan mudah.

Soalan 1

Mengangkut kayu balak

Dalam industri pembalakan, sungai merupakan pengangkutan yang penting untuk


mengangkut kayu balak kerana menjimatkan kos. Disamping itu keupayaan kayu
balak terapung di dalam sungai dan dibawa oleh arus air sungai ke kilang yang
terletak di muara sungai merupakan salah satu faktor kaedah ini digunakan.

Jelaskan, walaupun kayu balak itu berat namun ia masih boleh terapung di
permukaan air.

Jawapan: kayu balak mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada air sungai
menyebabkan ia timbul di permukaan air dan dibawa oleh arus sungai.
(Faktor lain seperti tindakan daya apungan akan diperkenalkan semasa Tingkatan 2.
Pada peringkat Tingkatan 1 hanya difokuskan pada konsep ketumpatan)

6
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 5

JIRIM
Tahap Tafsiran
Penguasaan
4 Menganalisis pengetahuan mengenai struktur jirim/jadual
berkala/udara dalam konteks
penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena alam.

Pada pendapat anda, pada kedudukan manakah kapal selam tidak dapat menyelam.
Jelaskan.

Jawapan:
Q
Kerana tangki ballast dipenuhi oleh udara dan ini menyebabkan kapal selam kurang
tumpat.

7
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 5

JIRIM
Tahap Tafsiran
Penguasaan
5 Menilai pengetahuan mengenai jirim/jadual berkala/udara konteks
penyelesaian masalah dan
membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan.

Adakah kapal selam sesuai digunakan sebagai pengangkutan berbanding dengan


kapal laut? Mengapa?

Jawapan:
Tidak sesuai
i. Tidak sesuai dari segi saiz, tidak mampu membawa penumpang yang
ramai
ii. Kelajuan,sangat perlahan
iii. Kos tinggi bagi pembinaan kapal selam bersaiz besar

8
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 5

JIRIM
Tahap Tafsiran
Penguasaan
6 Merekabentuk persembahan pelbagai
media/visual/folio/poster/main peranan/drama secara kreatif
dan inovatif dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran
sains mengenai jirim/jadual
berkala/udara dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat
keputusan dengan mengambil
kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat.

Tragedi kapal selam Kursk.

Pada September 2000 kapal selam terbesar dan tercanggih Rusia, Kursk yang
dijanakan oleh kuasa nuklear telah mengalami kemalangan semasa menyelam di
Laut Barents. Akibat kemalangan ini menyebabkan kerosakan teruk kepada struktur
Kursk dan telah mengakibatkan 118 anak kapal kehilangan nyawa.

Kapal Selam Kursk

9
SOALAN FORMATIF BERASASKAN STANDARD PRESTASI 5
Kapal Selam Kursk selepas tragedi

Penemuan pada poket seluar salah seorang anak kapal yang terkorban tertulis
“Kursk tenggelam angkara torpedo”.

Cadangkan inovasi yang anda boleh lakukan kepada reka bentuk kapal selam untuk
mengelakkan tragedi sebegini berulang kembali.

Jawapan:

 Menggunakan bahan yang kukuh.


 Mempunyai kompartmen yang boleh terpisah dengan sendiri sekiranya
berlaku tragedi.
 Perlu peralatan yang sesuai untuk menahan tekanan yang sangat tinggi di
dasar laut untuk anak kapal menyelamatkan diri.

10

Anda mungkin juga menyukai