Anda di halaman 1dari 15

BAB 8 : Cahaya dan Optik

Objektif Pembelajaran :  
Kriteria Kejayaan
(a) Saya dapat : Sayacermin
menggunakan berjaya
satah untuk
8.1.4 menggunakan cermin satah untuk mengaplikasi konsep mengaplikasi
pantulan cahaya. konsep pantulan cahaya.
(b) Saya dapat mewajarkan aplikasi cermin cekung dan
8.1.5 mewajarkan aplikasi cermin cekung dan cermin cermin
cembung cembung dalam kehidupan.
dalam kehidupan. (c) Saya dapat membina alat optik dan menghargai
penggunaan
8.1.6 membina alat optik dan menghargai penggunaan alat alat optik untuk meningkatkan keupayaan deria
optik manusia.
untuk meningkatkan keupayaan deria manusia.
APLIKASI CERMIN SATAH
a) Apabila cahaya terkena permukaan cermin satah, lintasan cahaya akan
diterbalikkan. Fenomena ini disebut PANTULAN CAHAYA
b) Konsep pantulan cahaya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita.
Contohnya :

Pelatih tarian di studio memerhati gerak


Cermin Pandang Belakang tari mereka dalam cermin satah
APLIKASI CERMIN CEKUNG
a) Cermin cekung boleh memantulkan sinar cahaya yang selari dan
MENUMPUKAN SINAR CAHAYA.
Contohnya : Cermin solek menggunakan
cermin cekung untuk
membesarkan imej

Cermin cekung dalam lampu picit


memancarkan cahaya yang selari Cermin pergigian membentuk imej
yang tegak dan lebih besar
APLIKASI CERMIN CEMBUNG
a) Cermin cembung MENCAPAHKAN SINAR CAHAYA lalu menghasilkan
medan penglihatan yang lebih luas.
Contohnya : Cermin cembung
pada topi keledar
angkasawan yang
bersalut emas untuk
memantulkan cahaya
matahari

Cermin cembung di selekoh jalan yang berbahaya


untuk meluaskan medan penglihatan pemandu
APLIKASI KONSEP PANTULAN CAHAYA DALAM ALATAN OPTIK
PERISKOP
a) Periskop membolehkan kita melihat objek yang terdapat di sebalik suatu
halangan seperti tembok.
b) Anak kapal selam menggunakan periskop untuk mengintip aktiviti
ketenteraan di atas permukaan laut.
CARA MEMBUAT PERISKOP RINGKAS :
(1) Sediakan dua keping cermin satah yang disusun secara selari pada sudut
45o
(2) Permukaan berkilau kedua-dua cermin itu menghadap satu sama lain.
(3) Cahaya dari objek jauh memasuki bukaan di atas lalu dipantulkan dari
cermin atas ke cermin bawah.
(4) Cahaya pantulan keluar melalui bukaan di bawah dan dapat dilihat oleh
pemerhati.
CIRI-CIRI IMEJ YANG DILIHAT DALAM
PERISKOP
(1) Maya (2) Tegak (3) Sama saiz dengan objek
(4) Tidak songsang sisi kerana cahaya dipantulkan dua kali.
APLIKASI KONSEP PANTULAN CAHAYA DALAM ALATAN OPTIK
KALEIDOSKOP
a) Kaleidoskop menggunakan prinsip pantulan cahaya untuk menghasilkan
imej pelbagai corak yang menarik.
b) Pereka fabrik dan artis visual menggunakan kaleidoskop untuk memperolehi
inspirasi bagi menghasilkan bahan seni mereka.
CARA MEMBUAT KALEIDOSKOP :
(1) Sediakan 3 keping cermin satah yang disusun pada sudut 60o di dalam
sebuah tiub.
(2) Semua permukaan berkilau cermin itu menghadap satu sama lain.
(3) Cermin-cermin itu memantulkan objek berwarna-warni berkali-kali untuk
menghasilkan corak yang menarik.
CIRI-CIRI IMEJ YANG DILIHAT DALAM
KALEIDOSKOP
(1) Maya (2) Tegak (3) Sama saiz dengan objek
8.2 SIFAT CAHAYA
a) Cahaya ialah suatu bentuk TENAGA yang merambat dalam bentuk
GELOMBANG.
SIFAT CAHAYA DAN FENOMENA ALAM YANG
BERKAITAN
CAHAYA BERGERAK LURUS
Bayang-bayang terbentuk di belakang objek legap yang disinari cahaya.
CAHAYA BOLEH DIPANTULKAN
Imej objek kelihatan di permukaan air yang memantulkan cahaya.
CAHAYA BOLEH DISEBARKAN
Pelangi terbentuk apabila cahaya disebarkan oleh titisan air di langit selepas hujan.
CAHAYA BOLEH DITAMBAH ATAU DITOLAK
Cahaya yang berwarna boleh bergabung untuk membentuk warna cahaya lain.
CAHAYA BOLEH DISERAKKAN
Langit pada waktu senja kelihatan jingga kemerahan
CAHAYA BERGERAK LEBIH LAJU DARI BUNYI
Kita dapat melihat sambaran kilat dahulu sebelum dapat mendengar
bunyi guruh
CAHAYA BOLEH DIBIASKAN
Bahagian penyedut minuman yang berada di dalam air kelihatan bengkok

Anda mungkin juga menyukai