Anda di halaman 1dari 7

MUQADDIMAH

Ilmu pengetahuan dan kehidupan manusia adalah dua perkara yang tidak dapat
dipisahkan.Ilmu merupakan landasan untuk mencapai sesuatu kejayaan.Tanpa ilmu
pengetahuan, individu ,masyarakat, bangsa dan negara akan mundur dan ketinggalan
dalam semua perkara. Oleh hal demikian, Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu
untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat sebagaimana yang dijelaskan
oleh rasulullah S.A.W dalam hadis baginda.

Wahyu yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dimulai dengan kalimah
iqra' yang bermaksud bacalah. Hal yang demikian menunjukkan bahawa Islam menyuruh
umatnya membaca kerana melalui pembacaan sesuatu ilmu diperoleh. Ayat ini juga
bertujuan menyuruh umat Islam mencari ilmu kerana ilmu sangat penting dalam
kehidupan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah S. W.T melalui Al-Quran :

Perkataan ilmu adalah berasal daripada perkataan arab iaiatu 'alima yang bermaksud
mengetahui. Kamus dewan pula mendefinisikan ilmu sebagai pengetahuan dan
kepandaian. Maksud ilmu menurut istilah pula Kamus istilah Fiqh mentakrifkan ilmu
sebagai proses pemikiran manusia untuk manangkap sesuatu makna dengan yakin atau
perasangka. Al-Quran dan As-sunnah merupakan dua sumber ilmu yang telah memberi
sumbangan yang besar terhadap perkembangan ilmu dan pembangunan di seluruh
dunia.Sesuatu ilmu diperoleh melalui beberapa proses iaitu melalui pembacaan hasil
tulisan cendiakawan lain, melalui perbincangan atau perbahasan, membuat kajian
tentang sesuatu perkara, membuat analisa untuk menemui ilmu baru, serta
mengggalakkan buah fikiran dan kemampuan akal fikiran sesuatu perkara.

Islam telah membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu ilmu fardhu ain,
iaitu ilmu yang berkaitan dengan akidah,syariat, akhlak, muamalat, jenayah dan
ibadat. Manakala ilmu fardhu kifayah pula ialah ilmu yang berkaitan dengan soal
kehidupan seperti ilmu kedoktoran, kejuruteraan, ilmu ekonomi, ilmu politik, ilmu
sains , ilmu matematik dan sebagainya.

Setiap orang harus mempelajari kedua-dua ilmu tersebut. Ilmu fardhu kifayah
perlu disandarkan pada ilmu fardhu ain supaya ilmu yang dimiliki diredhai Allah
S.W.T bagi mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.Allah mengurniakan ilmu
pengetahuan kepada manusia dengan beberapa tujuan, Antara tujuan tersebut
termasuklah :

Bil Tujuan
1 Mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
2 Untuk memajukan kehidupan umat manusia.
3 Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
4 Supaya manusia dapat membezakan anatara perkara yang benar dan batil.
5 Supaya manusia dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna.
6 Bagi membentuk keperibadian yang mulia sejajar dengan kejadian manusia
sebagai khalifah S.W.T dibumi
7 Untuk memakmurkan bumi ini sebaik-baiknya bagi kesejahteraan semua makhluk di
muka bumi.

KELEBIHAN ILMU

slam menggalakkan umatnya mencari seberapa banyak ilmu serta kemahiran dalam
bidang-bidang tertentu. Tanpa ilmu dan kemahiran, umat Islam tidak akan maju dan
tidak akan dihormati oleh umat yang lain. Ilmu pengetahuan sangat penting kepada
sesebuah Negara. Negara yang kurang sumber ekonomi boleh menjadi maju dan membangun
sekiranya rakyatnya mempunyai pencapaian ilmu pengetahuan yang tinggi. Sebaliknya
Negara yang kaya dengan bahan asli tetapi tahap pendidikan rakyatnya rendah akan
menjadi Negara yang mundur kerana rakyatnya tidak tahu bagaimana mengolah sumber-
sumber yang ada untuk memajukan Negara. Rasulullah S.A.W menjelaskan kepentingan
ilmu dalam hadis baginda :

Ilmu pengetahuan sangat berguna kepada semua manusia. Melalui ilmu, pelbagai
masalah dapat diselesaikan dan mendatangkan pelbagai kesan yang baik kepada
manusia. Kelebihan ilmu pengetahuan terhadap individu ialah :
1. Dapat membentuk diri berakhlak mulia
2. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
3. Dapat membezakan perkara baik dan buruk.
4. Dapat bertindak dengan betul.
5. Dapat memajukan diri.

Manakala kelebihan ilmu terhadap masyarakat ialah:


1. Dapat memajukan masyarakat dalam semua bidang.
2. Sebagai agen pembangunan kepada masyarakat.
3. Akan dihormati oleh masyarakat lain.
4. Keamanan dapat diwujudkan dalam masyarakat.
5. Nilai-nilai murni dapat diamalkan dengan baik.

Manakala kelebihan ilmu terhadap Negara pula ialah :


1. Sebagai agen pembangunan sesebuah Negara.
2. Rakyat dapat hidup dalam suasana aman.
3. Menaikkan imej Negara pada mata dunia.
4. Kemajuan dapat dicapai dengan baik.
5. Sukar dikuasai oleh Negara-negara lain.

Kelebihan ilmu pengetahuan juga sangat penting ke arah pembentukan individu yang
berakhlak mulia. Hal ini demikian kerana ilmu yang dipelajari akan mendidik diri
seseorang kepada sifat-sifat terpuji dan mulia. Ilmu yang dapat membentuk peribadi
seseorang kepada akhlak yang mulia ialah ilmu yang dituntut oleh Allah s.w.t. bagi
mendapat keredhaan dan rahmat-Nya. Ilmu yang dituntut bukan kerana Allah s.w.t akan
mendatangkan beberapa kesan negative kepada tindakan seseorang. Contohnya apabila
dalam bidang kerjaya , mereka akan menggelapkan wang syarikat untuk kepentingan
peribadi. Kadangkala mereka yang menuntut ilmu yang tidak dituntut oleh Allah akan
melakukan berbagai -bagai jenayah besar yang boleh memusnahkan Negara. Mereka akan
menghasut orang ramai untuk melakukan perkara yang tidak baik seperti fitnah
menghasut dan sebagainya. Mereka juga akan melakukan sesuatu untuk menipu pihak-
pihak yang tertentu seperti bank atau lain-lain sebagainya.

Bagi melahirkan individu yang berakhlak mulia, Islam menekankan seseorang itu wajib
menuntut kedua- dua jenis ilmu iaitu ilmu agama(fardhu ain) dan ilmu akademik
(fardu kifayah). Kedua-dua jenis ilmu tersebut tidak dapat dipisahkan kerana ia
diperlukan oleh setiap individu. Ilmu agama digunakan untuk bekalan hari akhirat,
manakala ilmu akademik untuk kesenangan hidup di dunia.

Menurut AL-Quran, Allah mengangkat darjat orang-orang beriman dan berilmu


pengetahuan. Firman Allah juga membezakan antara orang alim dengan orang jahil
kerana yang sentiasa ingat kepada Allah itu hanya orang-orang berilmu. Kerana itu
orang yang takut kepada Allah hanya orang yang berilmu. Dari segi taraf pemikiran ,
Allah telah berfirman iaiatu segala macam perumpamaan yang dibuat oleh Allah untuk
manusia tidak dapat dimengertikan melainkan orang yang berilmu. Firman Allah juga
banyak yang memberitahu bahawa Allah meninggikan darjat bagi manusia yang berilmu
seperti di dalam surah Al-Mujadalah ayat ke 11 seperti maksudnya :
" Allah s.w.t mengangkat darjat orang yang beriman antara kamu dan mempunyai ilmu
pengetahuan ke beberapa darjat." Bahkan di dalam firman Allah yang lain, Allah
telah menyaksikan ketuhanan-Nya, diikuti oleh malaikat dan seterusnya orang alim
memeprakui tiada tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah.

Daripada himpunan hadis-hadis Nabi pula, ada juga sabda nabi yang memberitahu
tentang kelebihan ilmu, antara himpunan hadis itu ialah kedudukan yang paling
mulia di kalangan makhluk iaitu ulama' pusaka para nabi. Seafdhal-afdhal manusia
ialah mukmin alim yang berdikari dan memberi manfaat kepada manusia semasa
diperlukan. Ilmu itu menghasilkan keimanan yang dianggap oleh Nabi sebagai buah
iman dalam hadisnya bermaksud :-

"Iman itu bertelanjang (bogel) , pakaiannya takut kepada Allah(taqwa) ,manakala


perhiasannya malu dan buahnya iman."

Orang yang berilmu darjatnya hampir dengan darjat nabi-nabi. Orang alim adalah
orang kepercayaan Allah di muka bumi. Orang yang berilmu senantiasa didoa dengan
keampunan oleh makhluk langit dan bumi.Orang berilmu juga merupakan pemberi syafaat
(pertolongan) di hari kiamat selain nabi-nabi dan para syuhada.

KELEBIHAN ILMUAN

Pada zaman kegemilangan Islam, budaya Ilmu menjadi teras


peradaban umat Islam pada ketika itu.Maka lahirlah berpuluh-puluh ilmuwan Islam
dalam pelbagai bidang, tidak kurang juga lahirnya manusia perlbagai bidang seperti
Ibnu Khaldun, Ibnu Taimiyyah, Imam al-Ghazali dan lain-lain. Dalam bidang
perundangan Islam, lahir manusia seperti Imam Malik, Imam al-Syafie, Imam Hanafi
dan Imam Hanbali. Tidak kurang juga Ibnu Hazmin al-Andalusi, Sufyan al-Thaury, al-
Syaukani, Daud al-Zahiri dan lain-lain. Dalam bidang pengumpulan hadith (bukan
sahaja di buku, tapi di minda), munculnya Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam al-
Nasa'ie, Imam Ibnu Majah, Imam al-Termizi dan ramai lain. Dalam bidang Tafsir pula
nama-nama seperti Ibnu Kathir (pakar sejarah), al-Qurtubi, al-Nasafi, al-Maraghi
dan pelbagai nama lagi. Dalam bidang sains pula lahir Abu Bakar al-Razi, Jabir bin
Hayyan, al-Khawarizmi dan lain-lain. Mereka ini bukan sahaja saintis, tapi mahir
dalam hukum-hukum fiqh. Dalam bidang falsafah pula, muncul Ibn Arabi, Imam al-
Ghazali, Ibnu Khaldun, al-Farabi dan lain-lain.
Pakar -pakar ilmu pada zaman itu telah memberi sumbangan yang besar terhadap
perkembanga tamaddun ilmu dan mereka menjadi rujukan kepada cendiakawan dari
Negara-negara luar. Dengan Ilmu, Ilmuan dapat dipandang tinggi oleh masyarakat.
Seorang ilmuan dapat menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Ilmuan
dapat menyebarkan ilmu kepada orang ramai supaya dapat dimanfaatkan untuk kebaikan
bersama. Bahkan ilmuan yang terdidik dengan nilai akhlak tidak akan menggunakan
ilmu untuk memudaratkan diri sendiri dan orang lain serta tidak akan menggunakan
ilmu ntuk menindas dan menzalimi orang lain bahkan ilmuan akan menggunakan ilmu
itu untuk membangunkan alam ini bagi kesejahteraan semua makhluk di bumi ini serta
berusah untuk memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Seorang ilmuan akan sentiasa bertindak secara positif. Hal ini demikian kerana
mereka memiliki akhlak yang mulia seperti sabar, benar , amanah, dan sebagainya.
Segala tindakan yang dilakukan dengan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang
dipelajari dengan ikhlas kerana Allah s.w.t. Seorang ilmuan akan membuat sesuatu
tindakan untuk kebaikan dan kepentingan ramai. Orang yang berilmu sentiasa menuntut
ilmu ikhlas kerana Allah s.w.t bukan untuk kepentinagn diri sendiri. Seorang ilmuan
yang sebenar tidak akan bersikap sombong dengan ilmu yang dimilikinya.

Ilmuan yang bersandarkan keimanan kepada Allah telah terdidik peribadinya menjadi
seseorang yang berakhlak mulia, merendah diri, istiqamah dalam melakukan kerja,
bertanggung jawab, tidak sombong dan lain-lain sebagainya. Ilmuan tersebut sentiasa
memelihara martabat ilmunya supaya diri sentiasa disegani dan dihormati oleh orang
lain.

Ilmuan yang sebenar dapat membina pemikiran peribadi ke arah lebih matang dan
progresif. Pemikiran yang matang dapat membentuk akhlak mulia dan berupaya membuat
sesuatu tindakan yang tepat. Seorang yang berilmu akan menggunakan segala ilmunya
untuk mentaati perintah Allah s.w.t . Hal ini dapat dijelaskan oleh Allah s.w.t di
dalam Al-Quran:

CIRI-CIRI SEORANG ILMUAN

i. Mengamalkan Budaya Membaca.

Ayat pertama yang diturunkan oleh Tuhan di dalam Al-Quran menyuruh manusia
membaca. Seorang ilmuan selalu mengamalkan budaya membaca bahkan pembacaan seorang
ilmuan tidak ada sekatan tentang ilmu yang dipelajari. Pembacaan terhadap bahan-
bahan ilmiah dan akademik dijadikan satu kegiatan harian. Pembacaan seorang ilmuan
tidak hanya terhad pada buku nota subjek di sekolah atau di IPT sahaja. Bahkan
semua ilmu yang ada di muka bumi ini. Walaubagaimanapun, seseorang ilmuan itu
mempunyai satu system penapisan maklumat dalam diri mereka.

ii. Mengamalkan Budaya Berfikir

Setiap manusia yang suka berfikir pasti akan matang penilaiannya terhadap
sesuatu benda. Inilah satu cirri seorang ilmuan. Seorang ilmuan akan bersikap
profesional, tidak emosional dan menunaikan sesuatu tugas dengan baik. Mereka akan
berfikir terhadap semua jenis maklumat yang di terima dan berfikir untuk
mengaplikasikan ilmu dan maklumat yang diterima. Allah menciptakan manusia. Allah
menganugerahkan akal dengan kebolehan dan fungsinya untuk berfikir dan memahami.
Mari kita lihat pesanan-pesanan Pencipta kita di dalam al-Quran tentang akal.
Firman Allah: "Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati
(akal), semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang
dilakukannya." [al-Isra': 36]

Firman Allah: "Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka
bumi supaya mereka menjadi orang-orang yang ada hati (akal) yang dengannya mereka
dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar?" [al-Hajj:
46]

Begitu sekali Allah mahukan kita menggunakan akal kita untuk memahami
dan berfikir tentang ciptaannya. Banyak lagi ayat yang lain yang menegaskkan bahawa
umat Islam perlu menjadi umat yang berfikir.Kita tentunya bangga dengan Islam yang
kita anuti. Tapi atas dasar apa kebanggaan kita itu? Kita katakan Islam itu syumul,
di mana syumulnya? Kita kata Islam itu lengkap dan hebat, di mana hebatnya? Sewaktu
sistem sekular Barat memajukan sistem kewangannya untuk membentuk ekonomi yang
menguasai dunia, di manakah pemikir Islam yang mampu membentuk sistem kewangan
Islam yang dikatakan hebat itu? Ketika barat sedang serius mengkaji tentang
kewujudan dinasour, di mana pemikir Islam yang tampil dengan teori yang lebih
hebat? Ketika teknologi komunikasi, globalisasi menguasai pemikiran kita semua,
manakah kehebatan Islam yang menguasai dunia? Sebelum kita tuding jari kita
menyalahkan orang lain dengan kelemahan umat Islam hari ini, lihatlah dahulu diri
sendiri yang mungkin kita sebenarnya yang menjadi perosak dan menjatuhkan imej
Islam yang kita sendiri mahu banggai. Sebelum meneropong kuman di seberang laut,
pandanglah gajah di depan mata!

iii. Mengamalkan Budaya Mengkaji

Budaya berfikir yang diamalkan oleh seorang ilmuan seterusnya akan mencetuskan
budaya mengkaji dan meneliti segala maklumat yang diterima oleh ilmuan. Budaya
mengkaji juga adalah sebahagian daripada proses ilmu. Menilai mengikut pemikiran
yang rasional,iaitu dengan melihat kepada sebab kepada sesuatu dan akibatnya. Jika
ilmu itu berupa akibat, maka sebab yang sesuai dicari. Begitu juga sebaliknya.
Andainya sebab dan akibat sudah sedia wujud, maka perlu juga dikaji semula kerana
mungkin sebab itu kena pada akibat yang salah atau sebaliknya, atau mungkin sebab
itu mempunyai banyak akibat atau sebaliknya.
Seorang ilmuan akan mengkaji dan meneliti setiap maklumat yang diterima terlebih
dahulu sebelum menerima pakai maklumat tersebut. Akal yang dianugerahkan oleh Allah
tidak dipersia-siakan kemampuannya oleh seorang ilmuan untuk terus mengkaji.
Seorang ilmuan sesungguhnya tahu bahawa dengan cara mengkaji akan dapat menentukan
ketepatan maklumat yang diterima, samaada maklumat itu tepat atau dipesongkan oleh
golongan yang berkepentingan. Ilmuan yang mengkaji semula hukum-hukum Islam akan
dapat menghasilkan satu bentuk pemikiran Islam yang sesuai pada setiap zaman dan
masa. Oleh itu, Islam tidak lagi dikatakan agama yang kolot dan ketinggalan zaman.

iv. Mengamalkan Budaya Tajdid dan Reformasi

Hasil pembacaan, fikiran , kajian , maka akan lahirlah suatu masyarakat yang
sukakan pembaharuan dan berani mengemukakan idea baru. Sebenarnya tidak ramai
manusia yang dianugerahkan oleh Allah dengan sifat berani untuk mengemukakan idea
baru. Kerana itulah kita perlu berusaha gigih untuk mencari ilmu serta menitik
beratkan budaya berfikir dan mengkaji barulah timbulkan usaha untuk mengubah
masyarakat. Contoh terbaik sebagai bukti Tajdid dan reformasi ilmuan Islam ialah
lahirnya Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim dan Muhammad bin Abdul Wahhab. Mereka ini
berani memberi pandangan yang berlainan dengan mazhab empat (Maliki, Syafie, hanafi
dan Hanbali) kerana mereka yakin dengan ide mereka itu sesuai dengan zaman dan
masa, serta tempat.

ANASIR YANG MEMATIKAN BUDAYA ILMU

Anasir utama yang mematikan daya ilmu atau dinamakan juga daya
intelektual ialah sifat MALAS.Rasulullah amat membenci sifat ini dan ia bukan
sebahagian daripada Islam. Sifat malas adalah sifat ular sawa selepas membaham
mangsa, dan bukan sifat manusia yang bertamadun. Sebab itu Rasulullah seringkali
menganjurkan agar kita berdoa dengan doa: "Ya Allah, aku berlindung denganMu
kerisauan dan kesedihan, aku juga berlindung denganMu daripada sifat lemah dan
MALAS!" Dalam apa jua bidang sekali pun, sifat malas tidak membawa kita ke mana-
mana. Malas mencari ilmu, berfikir dan mengkaji adalah sifat yang sangat
mengaibkan dan tercela. Orang yang malas hanya menerima apa yang dia dapat, dan
menyampaikan ilmu yang diterima tanpa melakukan proses berfikir. Sebab itu orang
ini tidak mampu menghasilkan ide-ide baru dan mereka akan selamanya jumud. Apabila
ada golongan lain yang cuba melakukan pembaharuan, mereka mula menyalahkan
golongan itu dengan tuduhan yang liar. Golongan yang cuba melakukan pembaharuan
seringkali dituduh menyalahi prinsip silam, sedangkan orang yang menuduh itu tidak
pernah pun menyelidiki secara serius tentang prinsip silam itu! Sudahlah malas
berfikir, orang lain yang rajin berfikir pula dipersalahkan!
Unsur kedua ialah terlalu mengutamakan emosi daripada intelektual.
Setiap hari, tajuk perbincangan adalah berkisarkan tentang tugas harian, perasaan
diri, suka duka kehidupan, pengalaman dan seumpama nya. Tiada topik yang boleh
dianggap menggunakan minda untuk dibualkan. Emosi mahu dilayan sepenuhnya, hiburan
diutamakan sehingga berlaku pemujaan terhadap dunia artis. Bicara seharian kalau
boleh semahunya sentiasa diserikan dengan lawak jenaka, tidak menyentuh 'isu
berat' yang 'memberat'kan minda. Kononnya dengan alasan belajar dalam kelas itu
sudah 'berat', mahu diberatkan dengan bicara ilmu?! Bagi mereka yang suka berfikir,
apa yang diperlajari sama ada daripada buku atau dalam bilik darjah tidak sedikit
pun memberatkan. Yang berat adalah melakukan prosesnya. Hal emosi juga dibicarakan,
tapi tidak lari daripada skop rasionaliti berasaskan sebab dan akibat yang logikal.
Kemajuan teknologi komunikasi hari ini kerana adanya pemikir-pemikir dan
pengkaji-pengkaji dalam bidang itu. Akan tetapi bagaimana pula dengan bidang
perundangan Islam, hukum Islam semasa, sistem kewangan Islam, sistem ekonomi dan
politik Islam? Wujudkah mereka yang benar-benar serius berfikir untuk itu?
Sememangnya bidang inilah yang kita nampak sangat kurang pemikirnya. Sebab itu
pembaharuan dalam bidang ini sangat kurang. Setiap ilmu perlukan pembaharuan,
bukankah Rasulullah sendiri mengakuinya dalam sebuah hadith yang sahih riwayat
Hakim: "Pada setiap seratus tahun, akan diutuskan kepada umatku Mujaddid, iaitu
golongan yang berusaha memperbaharui urusan agama mereka" Ya, mujaddid ini
dijanjikan Allah akan lahir pada setiap kurun. Bagaimana dengan kurun ini? Siapakah
mujaddidnya? Golongan manakah? Sebenarnya, mujaddid tidak lahir sendiri, tanpa
usaha daripada kita. Jika semua orang tidak berusaha untuk menjadi mujaddid, pasti
tidak akan wujud mujaddid itu. Ya, kitalah yang perlu berusaha untuk menjadi
seorang mujaddid, yang berusaha memperbaharui penampilan Islam dan ketrampilannya
supaya sesuai dipraktikkan untuk zaman kini dan masa depan.

KESIMPULAN
Jelas kepada kita bahawa ilmu adalah bentuk maklumat yang diperolehi oleh
seseorang. Seseorang yang bermaklumat dikatakan berilmu. Dan yang kurang maklumat
dikatakan sebagai jahil. Seorang yang berilmu boleh dipanggil sebagai intelektual.
Intelektual adalah mereka yang mempunyai ilmu dan sentiasa berfikir untuk
mengaplikasikan ilmu dan melakukan reformasi dalam ilmu yang dipelajari. Para
intektual/ilmuan sentiasa berusaha bukan sahaja mendapatkan ilmu bahkan mencari dan
mencipta ilmu yang baru.

PENUTUP

Ilmu sangat penting kepada kehidupan manusia. Dengan ilmu ,manusia dapat memajukan
diri, bangsa dan Negara. Ilmu yang dituntut ikhlas kerana Allah membentuk
peribadi mulia seseorang. Orang yang berilmu dan beriman juga mendapat kedudukan
yang tinggi dalam masyarakat dan darjat yang mulia di sisi Allah s.w.t. Biasanya
minda orang yang berilmu mempunyai satu pandangan dan penilaian yang matang
terhadap sesuatu perkara. Pemikiran yang digunakan adalah dari jenis yang positif,
sentiasa optimis, boleh berfikir di luar paradigma biasa dan berani mengemukakan
ide baru. Fikiran orang yang berilmu tidak terhad kepada suasana kehidupannya,
boleh melangkaui suasana dan tidak terikat oleh ikatan-ikatan yang memundurkan.
Masyarakat amat memerlukan seorang yang berilmu untuk memastikan kemajuan dan
ketamadunan mereka agar terus berdaulat.

BIBLIOGRAFI

KERTAS KERJA : PEMBUDAYAAN ILMU DAN INTELEKTUAL ISLAM


OLEH : AHMAD SUFFIAN ABDULLAH
TERBITAN : JABATAN PEMBANGUNAN UMMAH, EXTRO PUBLICATION

BUKU RUJUKAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 DAN 5


OLEH :
TERBITAN : SASBADI

MAJALAH MOMENTUM-X
TERBITAN : EXTRO PUBLICATIONS SDN.BHD

Anda mungkin juga menyukai