Anda di halaman 1dari 1

Pada malam Sabtu yang lalu, saya pergi ke pasar malam bersama keluarga.

Pasar malam itu terletak berhampiran dengan rumah saya. Jaraknya dari rumah saya, kirakira 100 meter sahaja. Kami ke sana berjalan kaki.

Saya melihat orang berpusu-pusu ke pasar malam. Pelbagai barangan dijual di pasar malam dengan harga yang berpatutan. Antaranya ialah makanan, pakaian, keperluan dapur dan barang mainan.

Para peniaga menyusun barang-barang jualan dengan teratur. Mereka menjerit-jerit untuk menarik perhatian pengunjung supaya membeli barang-barang yang dijual

Barang-barang yang dijual di sini agak murah harganya.Kita boleh tawar-menawar harga barangan kecuali barang yang diletakkan harga-mati.Kita juga dapat membeli barang yang murah dan bermutu di sini. Selain itu,Kita dapat menjimatkan wang dan masa semasa membeli-belah di pasar melam.Saya berasa amat seronok pergi ke pasar malam. Suasana di pasar malam itu sungguh sibuk dan riuh-rendah. Cahaya neon yang berwarna-warni menerangi keadaan di pasar malam. Suasana di situ hingar-bingar dengan suara pembeli dan penjual tawar-menawar.

Saya dan emak membeli barang makanan dan keperluan dapur sahaja. Sementara itu, kakak dan ayah pergi ke gerai kuih-muih dan lauk-pauk.

Pasar malam merupakan syurga bagi pembeli manakala sumber pendapatan bagi penjaja kecil. Setelah membeli barang-barang yang diperlukan, saya dan emak pulang ke rumah. Walaupun keletihan, kami pulang dengan perasaan riang dan berhasrat akan datang lagi pada minggu hadapan.

Anda mungkin juga menyukai